Hal berkaitan saka sudah diterangkan dalam info pada tahun lepas, namun masih ramai yang keliru dan inginkan penjelasan lanjut. Ada pesakit seolah2 mendesak perawat memberitahu benarkah dia ada saka atau tidak, sepertimana dia tanya benarkah dia disihir ataupun tidak. Kadang2 sy tanya balik, kalau betul ada , apa yang nak dibuat. Dia kata buangkanlah. Sy jawab balik, inilah yang perawat sentiasa usahakan, serah saja kepada perawat. Memang benar sebahagian dari pesakit yang mengalami gangguan berpunca dari makhlus halus dikesan hasil dari pengaruh atau campurtangan saka, baik saka warisan nenek moyang mahupun saka baru. Perawat tidak digalakkan membuat kesimpulan terburu-buru bahawa seseorang itu ada saka atau tidak meskipun pesakit menceritakan hal2 berkaitan amalan pelik datuk nenek seperti upacara jampi serapah. mentera, menjamu atau menyediakan sajian dsb. Dalam situasi tertentu sukar untuk mengiya ataupun menafikan ada pengaruh saka atau tidak. Ini bergantung pada kemahiran dan pengalaman perawat di samping amalan doa dan zikir2 tertentu yg membantu perawat mendapatkan petunjuk2 berkaitan.
Saka adalah amalan mewarisi jin atau syaitan untuk membolehkan makhluk halus itu memberikan pemiliknya pelbagai kekuasaan ghaib seperti kekuatan luar biasa, kecantikan, pengaruh dalam masyarakat dan pelbagai lagi. Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah syirik dan haram di dalam Islam. Jin yang menjadi saka boleh memperdaya tuannya seperti menjelma di dalam mimpi sebagai seorang yang warak dan kuat beribadat. Akan tetapi ia bagi memastikan manusia itu terpedaya dengannya seterusnya sesat dari Islam. Saka tidak semestinya diwariskan kepada saudara sedarah tetapi kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula pelbagai antaranya menerusi perbuatan seperti bersalaman, menerusi lafaz atau menyerahkan barang tertentu seperti keris, cincin dan azimat.

Nasihat saya kepada mana-mana ahli waris yang berpotensi untuk menerima atau mewarisi saka agar cepat-cepat membuangnya, memutuskan hubungan atau penjanjian dengannya dan berikrar tidak mahu menerima saka di samping mengharamkan saka berada dan campur tangan dalam urusan keluarga. Sekiranya saka itu baik saka darat mahupun saka laut tidak mahu pergi dan bertaubat maka kita berhak bertindak mengusir atau membunuhnya dengan izin Allah SWT. Mintalah bantuan mana-mana perawat yang mengamalkan kaedah yang betul berlandaskan syariat Islam, tanpa campur tangan atau khidmat iblis, syaitan mahupun jin. InsyaAllah saka akan pergi dan kita akan diselamatkan oleh Allah SWT dari gangguan saka.
No comments:
Post a Comment