Selasa (6.3.12) jam 11 pagi sy terima call, seorg perempuan sedang sakit teruk, di sebuah kawasan di pusat bandar KL dia bekas pesakit sy yg alami gangguan agak lama. Ketika itu sy ada temujanji dgn seseorg. Sy kata nantilah tengahari nanti sy datang. Memang sebelum itu mereka dua beranak minta sy ke rumahnya utk merawat kediaman mereka yg terdapat gangguan dan gerai makanan mereka turut bermasalah. Selepas zohor sy ke sana. Selain kedua beranak ini dan nenek mereka, turut ditemani seorang kawan mereka yg juga guru di sebuah pusat tahfiz dan sekolah agama berdekatan. Pesakit itu menggigil dan menggeletar sebaik saja sy menyiapkan garam dan lada hitam utk proses rawatan memulihkan kediaman. Setelah itu dia mengerang kesakitan. Sy meneruskan ruqyah pembatal sihir dan doa pelindung. Kemudian sy ruqyah pesakit itu dan bawanya menuju ke setiap bilik dan penjuru rumah sambil dia menunjukkan ke beberapa arah dgn tangan jari telunjuk dlm keadaan menggigil dan ketakutan. Ada beberapa objek seperti patung dan boneka yg dia tak mahu pandang dan menepisnya. Ruqyah diteruskan dan akhirnya pesakit sedar, diberi minum air dan basuh muka.
Sementara itu kawan mereka tadi, seorg prpm, guru tahfiz , juga guru agama di sekolah agama berdekatan memberitahu beberapa masalah yg dihadapinya. Selain gangguan, sering muntah2 dan sakit, dia dikatakan menjadi rebutan di kalangan orang2 agama seperti imam, para huffaz dll. Dia berusia 40 th dan tak pernah kahwin, tapi nampak macam usia awal 20 an. Budak2 hafiz tu gila agaknya, itu katanya, adakah buat benda2 tak elok seperti guna minyak cenuai (minyak dagu) utk mendapatkan dia, disapu kat motornya, dicalit kat belakang bajunya dan diletak dlm pasu berhampiran masjid yg menempatkan sekolah agama tempat dia bertugas. Dia tunjukkan sy lokasi dan tempat benda2 tu diletak dan ditanam. Budak2 tahfiz tu muda2 , usia antara 28 hingga 36 tahun. Sy tak menjangkakan hal ini boleh berlaku, tapi dia beria2 menunjukkan bukti2. Dia pernah dilarikan (secara helah) oleh sekumpulan yg bersubahat dgn geng2 tu, dibawa dgn kereta ke satu tempat oleh imam masjid, disertai budak2 hafiz (bukan pelajar tapi memang dah hafiz) waktu bulan puasa th lepas, ketika majlis tadarus yg dipimpinnya belum selesai lagi, dia diajak ke satu tempat dan di situlah dia dipujuk untuk kahwin oleh imam tu. Budak2 hafiz ini termasuk dari Siam biasanya akan datang ke masjid2 seluruh Kl utk bertugas pimpin solat tarawikh, tadarus dll, dapatlah juga saguhati yg agak lumayan. Dia kata ada seorang hafiz tu dari Thailand bawa minyak cenuai. Kalau betul2 nakkan dia, buatkan cara beradab, masuk meminang cara elok. Syarat dia taklah berat sangat, cuma bakal suaminya hendaklah orang yang sentiasa dan istiqamah dgn solat tahajjud sepertimana dia dan arwah mak dia lakukan. Sy akan rahsiakan semua nama2 yg terlibat termasuk nama imam, budak2 hafiz dan masjid2 yg disebut oleh pesakit ini. Sy tidaklah mempercayai 100 % semua maklumat yg diberikan, namun ini boleh dijadikan iktibar bhw golongan agama juga adalah manusia biasa yg ada kalanya melakukan kesilapan2 yg tidak sepatutnya.
Malam, ada beberapa pesakit termasuk yg asalnya sakit2 badan dan demam sejak Jumaat lepas, setelah pergi mengurut dgn seseorg (yg diperturunkan ilmu mengurut secara warisan, tanpa belajar), dia mendapat sakit perut, cirit birit, memulas dsb mulai Ahad lepas, kini dah 3 hari. Tukang urut itu kata dia ada membawa benda (gangguan makhluk halus), justeru itulah kawan dia syorkan dia datang berubat. Sy memang agak penat mlm ni setelah apa yg berlaku siang tadi, tapi tak apalah, sebab dah janji. Setelah selesai, dia mangadu anaknya, usia 6 th, juga ada masalah sukar nak bernyawa atau bernafas, kadang2 terpaksa pegang hidung, dipercayai saluran udara dlm hidungnya agak sempit dan tersumbat. Sy ruqyah pada dia dan air, minta disapu pada hidung dan minum setiap malam dan pagi.
Pengajaran: Orang Islam hendaklah berpada-pada menyimpan patung, termasuk patung mainan, ia cuma diharuskan untuk dijadikan mainan kanak2, bagi tujuan pendidikan dan pengajaran, namun patung bersaiz besar baik diperbuat dari logam mahupun material seperti kayu, kain, fabrik, plastik, vinnyl, fiber, damar dsb tidak digalakkan, apatah lagi patung2 itu berlambak2 disimpan dalam bilik, dijadikan teman tidur dan dibelai sementara mata terlelap, sementelah lagi yg bermain dengannya bukan lagi kanak2, bahkan usia macam mak budak, dah besar panjang. Sy mendapat maklumat dari makhluk2 ini bahawa mereka memang sukakan patung, mendampingi dan mendiami dlm patung2 itu, khasnya patung yg memiliki rupa dan anggota lengkap seperti manusia. Membelai patung seolah membelai jin dan syaitan yg duduk di situ.
Kedua mengenai para huffaz, mereka adalah golongan yang sepatutnya menjadi idola, menunjukkan teladan yang terbaik, mengelak dari fitnah, namun kita kena faham mereka memiliki nafsu, dan syaitan iblis akan sentiasa mencari mangsa2 di kalangan mereka ini. Mungkin sejak usia remaja mereka bergelumang dengan dunia hafazan, jarang berpeluang enjoy dan bercampur dgn masyarakat, apatah lagi untuk bersosial, mereka memendam gelora rasa dan gelodak yg membara, dlm hati dan perasaan, pada psikologi dan naluri. Peluang sekali sekala ini tidak akan dilepaskan oleh golongan jin syaitan utk merosakkan mereka dan membawa fitnah, akhirnya golongan ini dipandang serong oleh masyarakat. Barangkali mereka berniat baik, namun adakalanya cara dan pendekatan tidak sesuai, justeru itu mereka juga perlukan pembimbing dan penasihat yang baik dan ikhlas, bukannya penasihat yg mempermudahkan mereka menuju kemungkaran. Sy mempunyai bukti ramai para imam dan lebai yg memberi tangkal dan azimat kepada org ramai utk berbagai tujuan apabila org ramai mendatangi mereka untuk meminta pelbagai hajat dan pertolongan. Kalau golongan ini turut melakukan perbuatan yg boleh membawa kepada syirik dan kufur, maka tidak hairanlah para bomoh masih dilanggani oleh orang2 Islam, termasuk bomoh2 Siam, tok sami dan tok pekong.

No comments:
Post a Comment