Khamis (8.3.12) hari ni sy masih cuti, namun nak juga ke pejabat sebab ada beberapa temujanji. Dah bersiap, barang2 nak dibawa pun dah dimasukkan dlm beg, namun entah kenapa rasa tak sedap badan, seolah2 tak benarkan keluar meninggalkan rumah, maka keputusan diambil tak pergilah hari ini. Org yg nak jumpa pagi ni call dan sy beritahu tak ke pejabat hari ni, postponed, insyaAllah minggu depan. Lepas tu sy mengadap komputer sekejap dan waktu tengah search pasal aktiviti paranormal di Indonesia, juga tentang tangkal azimat yang diletakkan dlm mobil seseorang, sehingga mobil tersebut selalu rosak, kerap sangat rosak, macam2 jenis kerosakan, itu ini, pelik, dan sejak ditemui azimat (jimat dlm bahasa Indonesia), dimusnah dan dibatalkan, maka, mobil tersebut tidak lagi rosak.
Tiba-tiba isteri saya memanggil dari arah ruang dapur, cemas dan ingin menunjukkan sesuatu, sy bangkit dan pergi tengok, rupa2nya sebuah kipas exhaust di dinding penjuru sebelah atas ruang dapur sedang berpusing, hidup, lalu sy perhati sejenak, hairan, suis tak buka pun, tertutup, kenapa berpusing ligat, sy teringat ada banyak kes macam ni, tapi semua di rumah2 pesakit, bukan di rumah sy, lalu sy baca doa penggerak dan ditiup ke arah kipas tersebut, dgn tiba2 kipas itu berhenti berpusing. Sy cuba buka dan tutup kembali, kipas ok tiada kerosakan, berfungsi macam biasa. Memang dlm kes begini biasanya ada petunjuk ttg sesuatu agar kita berhati2. Sy merasakan kes yg dikendalikan dua hari lepas ada kaitan, jin2 penyihir itu tak puas hati, hanya ancaman atau ugutan, namun sy tak hiraukan sangat, kerana mereka adalah makhluk2 yg lemah, asalkan kita sentiasa memohon perlindungan Allah dgn yakin. Memang sepanjang hari badan agak letih, tapi ada beberapa temujanji malam nanti yg menunggu.
Malam, kes bayi 2 bulan, bengkak testis dan berak2, puas dirujuk klinik dan bomoh2 kampung dsb. Kes lain seorang lelaki dewasa yg bermasalah dada sesak, hidung tersumbat, angin, kadang2 panas badan depan dan belakang, sakit2 sendi, lutut dsb, hairannya masalah ni berlaku selepas subuh hingga menjelang maghrib, siang ok sikit. dulu satu keluarga dia sakit, cirit birit, sakit perut, nadi bergerak2 dsb. Berikutnya seorg guru, kes ulangan, dulu gangguan agak teruk, bila diruqyah kali ini dah ok, sy percaya gangguan dah amat berkurangan, simptom dulu dah tak ada. Masa datang dulu disyorkan guna garam utuk rawat salah satu ruang di tempat kerjanya. Malam tu juga semasa tidur dia didatangi mimpi, muncul 3 lembaga hitam, salah satunya seolah2 Hindu, yg mengugut dan melarang dia dari melakukan rawatan pakai garam di tempat yg dimaksudkan, so, dia tak buat dan tak bersedia. Sy kata elok tangguh dulu sebab mungkin ada risiko, sehinggalah situasi ok sikit. Namun berdasarkan keadaan dia tadi, sy percaya kalau guna air ruqyah saja pun dah cukup. Dia ni baru dapat ijazah pengubatan Islam, sy jadi pentasmi` (penguji) sebelum diijazahkan setelah repeat kali ke 3, kemudian lulus. Dia kuat semangat dan istiqamah dalam bacaan ruqyah, setiap hari diamalkan namun gangguan lama sedikit mengganggu konsentrasinya.
Kes berikut ialah kes seorg lelaki muda sudah berkeluarga dan ada anak, menantu bekas YB. Dulu dia seorg yg aktif dgn aktiviti lasak dsb. Sejak sebulan lepas keadaan beubah, badan rasa menyucuk2, sakit2 badan, angin, kebas2, lemah, kaki sejuk, batuk pernah keluar rambut dan kahak, angin banyak, rasa bisa, masalah pernafasan, tidur tak tenteram, pernah mimpi org baju putih. Dah pergi check doktor namun diberitahu tiada sebarang masalah kesihatan, normal. Mertua menyimpan banyak keris dan senjata lama dan dia tak suka amalan2 Islam dihidupkan di rumahnya, dia sendiri tinggal di rumah mertua namun ketika ini dia menetap di rumah ibubapanya sementara anak dan isteri di rumah mertua. Tahun lepas mertua dia bawak semua ahli keluarga buat umrah, lepas balik baru dia rasa nak belajar agama, tapi mertua dia tak berapa gemar hal ini. Sejak itu mefrtua dia tak berapa sukakan dia dan isteri dia sendiri asyik panas baran dan suka cari gaduh.

No comments:
Post a Comment