Blogger Templates

Monday, 9 July 2012

Rutinku banyak berubah

09.07.12 (Isnin)
Mlm sy ada mesyuarat di DS, sblm mesy habis ada panggilan dari pesakit, sy jawab lps mesy nanti call balik. Rupanya dia datang dari Melaka, dah sampai rumah sy ketika itu, kesihan juga sebab dia tak call dulu sblm dtg, biasanya pesakit yg dtg buat temujanji dulu, kot2 sy tak ada rumah. Juga dari pesakit pasangan suami isteri yg ada masalah endometriosis, belum dikurniakan zuriat, akan buat temujanji dgn sy nanti. Mesy ni kadang2 mengejut, namun ada yg tidak, misalnya Sabtu ni kena jadi pentasmik pelajar2 perubatan kump. 24, Ahad pula sy wakili DS utk hadir dlm AGM GAPPIMA (Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia) dan baru2 ni sy dilantik sebagai AJK Khas, Bhg. Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia. Maka tahun ni agak sibuk, terutama selaku Pengarah Kongres Pengubatan Islam Nusantara, selain AJK Pusat Darussyifa' Malaysia merangkap Pengerusi R & D. Nampaknya rutin sy banyak berubah sejak beberapa th kebelakangan ni, tapi tak apalah, asalkan ia membawa kebaikan ke arah melestarikan amalan Tibb al-Nabawi, iaitu sunnah yg ramai org telah meninggalkannya. Malam nanti dah ada beberapa temujanji.

Diskusi Santau

Salam semua,

Beberapa hari lepas ahli2 grup DS beremel ttg rawatan santau yg dikatakan perlu dilakukan R & D utk mengenali apakah benda2 yg keluar dan kenapa sesetengah pesakit sukar mendpat kesembuhan, juga tentang ibu santau dll. Sy bersetuju bahawa kita kena berusaha meningkatkan ilmu di samping pengalaman dari masa ke semasa. Santau melibatkan bahan ramuan, tukang sihir dan perantaraan jin atau makhluk halus. Research pula merupakan kajian tentang pelbagai perkara untuk mendapatkan natijah berdasarkan sesuatu objektif dan ia mempunyai justifikasi serta pelbagai metodologi. Persoalan timbul adakah santau ini boleh dibuktikan secara saintifik dan justeru itu terdapatkah instrumen tertentu bagi membantu kajian mengenai benda2 ghaib dan misteri ini. Pada tahap ini sy lebih suka dibuat kajian rintis dahulu yg melibatkan perawat, pesakit dan ahli keluarga, ertinya mereka boleh dijadikan responden.  Selain wawancara dan observasi, borang soal sedlidik juga boleh diedarkan.
Memang terdapat pelbagai jenis bahan yg boleh dilihat, selain yg terlindung setelah melalui proses tepukan (guna daun nangka). Apa yg dipraktikkan di DS, selain dilakukan spt diajar oleh ustaz Mokhtar (tepuk dari pangkal leher hingga ke pinggang) ada juga perawat yg hanya tepuk bhg2 badan tertentu spt, lengan sahaja, lutut ke bawah shj, peha ke bawah atau kaki sahaja tanpa duduk membongkok, namun masih menggunakan daun nangka..Sy pula pernah memberi pesakit santau menelan makjun buatan sendiri yg telah diruqyah khusus dan tak sampai 10 minit, serpihan kaca keluar menerusi lengan pesakit dan boleh disepit keluar. Berdasarkan bahan2 yg keluar ada pelbagai kemungkinan berlaku:
1. Benar2 bahan santau yg keluar dari badan pesakit.
2. Bahan racun yg keluar tapi bukan bahan santau.
3. Bahan yg bukan dari badan pesakit, tapi yg dihadirkan oleh makhluk2 ghaib sewaktu proses rawatan.
4. Bahan2 ada yg keluar selepas rawatan spt bila pesakit mandi atau buang air ketika di rumah.
5. Bahan serangga hidup spt yg merayap dan terbang, juga bahan spt paku, jarum dsb.
Kita semua tahu bahawa santau melibatkan permainan halus samada melibatkan makhluk ghaib mahupun tidak. Kita tidak boleh mengukur sembuh atau tidak berdasarkan simptom fizikal fizikal semata2. Sy dapati pesakit2 yg ditepuk sebahagiannya turut mengalami masalah gangguan, boleh dikatakan majoriti. Perlu disedari permainan makhluk halus tetap berlaku bahkan semakin agresif apabila pesakit sedang menerima rawatan. Apa yg keluar dan dilihat atas tracing paper, kemudian bila perawat lain tepuk tak keluar apa-apa, kita tidak boleh membuat kesimpulan tertentu secara pasti kerana benda2 tu juga adakalanya keluar secara tersembunyi. Sbg contoh, bomoh rawat, ok ditunjukkan benda2 fizikal keluar, tapi perawat Islam tepuk tak semua keluar. ini juga sebahagian permainan syaitan, jin dan iblis. Perawat hanya menyumbang sekitar 30 % dan selebihnya usaha dan keyakinan pesakit sendiri. Sepertimana juga ada pesakit hanya nak dirawat oleh perawat2 tertentu, kononnya perawat itu teror, ruqyah sekejap saja, jin keluar, pesakit merasuk, maka dikatakan perawat itu hebat, sedangkan perawat lain tak seteror itu, bahkan yg senior berbuih2 baca ruqyah, tak ada apa-apa pun simptom. Maka pesakit membuat justifikasi sendiri ttg kehebatan perawat tersebut dan inilah yg silap. Bagaimanapun penyakit dia tak juga sembuh2 biarpun setiap kali dirawat dia merasuk, menderem dan menggelupur. Selalu juga pesakit menceritakan kehebatan perawat2 tertentu dan keberatan utk dirawat oleh perawat2 lain, maka sy kata kalau macam tu, tunggulah sampai dia datang, kalau tak datang, balik dulu dan datanglah bila2 dia ada. Inilah punca2 mengapa tak sembuh. 
Pergantungan kita sebenarnya kepada Allah kerana Dia penyembuh sebenar, bukan manusia, dan jangan terperangkap dgn pandangan mata kasar, secara fizikal semata2. Allah akan menyembuhkan sesiapa yg dikehendaki tidak kira siapa yg merawat namun kita kena ingat, syaitan dan iblis sering memerhati perawat dan akan mengenakan perangkap, bukan saja pesakit tewas, bahkan perawat2 sekali. 

Dia kata Dia Nabi No. 1, Muhammad no. 2

08.07.12 (Ahad)
Hari ni ada beberapa kes, pagi dan malam. Sy juga terima call dari seprg prpm, mengadu suaminya seorg yg rajin solat, beramal, melayan anak2 dan isteri dgn baik termasuk nafkah makan minum pakai dsb, sehinggalah ke hari ini tak pernah berkurang, bahkan rezeki bertambah2. . Namun demikian hal2 berkaitan pemikirannya amat merisaukan,  dia nak tahu adakah dia dianggap telah tercerai atau terputus hubungan dgn suaminya, adakah dia kena keluar rumah dan tak boleh tinggal bersama lagi. Pemikiran suaminya yg amat pelik dan anih spt mengatakan semua org di Malaysia telah murtad, menghentam semua org, dikatakan tak betul, sebab tak boleh atau mampu mengubah situasi Malaysia pada hari ini, semuanya bersekongkol dgn bekas PM. Dia mengaku dialah penjaga kaabah sebenar, imam Mahdi akan berkunjung ke rumahnya bulan zulhijjah nanti, kaabah sebenar terletak di Kg. SK (singkatan) Pahang dan kaabah sekarang di Mekah adalah kaabah sementara, malam2 bercakap sorang2 seolah berkomunikasi menerusi astro dgn semua inteligent seluruh dunia (dlm B.Inggeris) . Yg paling mengejutkan isterinya dan jiran2nya ialah dia mendakwa dialah Nabi No. 1 sedangkan Nabi Muhammad ialah Nabi No. 2....dia ni tidak pernah belajar agama, hanya belajar sendiri2 dan tidak merujuk sesiapa, juga ada ikut grup tabligh, tapi bukanlah kerana ikut tabligh dia jadi macam ni, dia pun tak nak belajar dgn org2 yg reti agama sebab dia tak percaya semua tokoh2 agama di negara ini, sekarang rumah dia penuh dgn barang2 makanan, barang mentah, beras sekali beli 10 kampit, dia kata akan berlaku huruhara tak lama lagi, lalu buat persiapan. Masalahnya, isteri dia ni nak tahu status perkahwinannya, yg melibatkan isu aqidah, patutkah dia keluar dari rumah dan tidak tinggal bersama dgn suami, sy memberi beb. cadangan utk dilakukan, antaranya rujuklah pejabat agama, buat laporan polis dsb ....bersambung...agak panjang sebab panggilannya berdurasi 26:31 minit.
Mlm, ada pesakit kes ulangan, gangguan, jin2 dulu dah tak ganggu lagi kata suaminya, setelah diruqyah dtg jin lain ygh sdg ganggu dia skrg, dia mengaku jin2 yg dulu dah pergi masjid belajar agama, dia ni jin tak bertuan, asal dari sebuah hutan, ringkas cerita dia juga ingin memeluk Islam setelah diberitahu ttg kelebihan dan kebaikan Islam, dia pilih nama Z....dan akhirnya dia pergi ke sebuah masjid berdekatan utk palajari agama dgn guru2 dari kalangan bangsa dia. Juga anak pesakit ini, prpm, yg panas baran, pergi sekolah tapi kerap melencong ke lain, tak sampai sekolah, dia kata ramai tak nak berkawan dgnnya di sekolah, dia baru berusia 15 th, tapi nampak mcm awal 20 an kerana berdandan rapi, juga anak saudaranya yg dulu ada gangguan, kini dah ok, dtg ni nak sambung air, juga adik bungsunya, 30 th, masalah jodoh, sesak nafas, tidur mengigau, gigit2 gigi dan kurang selera makan.
Pesakit akhir, prpm 40th, gatal, tumbuh biji merah, seluruh badan, hospital kata alergik, beri ubat ssapu, makan, krim dan sabun, namun tak elok2, tetap bisa menyucuk2, kulit jadi kasar, semua gatal kecuali muka saja tak gatal. Suami pesakit ini, 51 th, penakut, sejak akhir2 ni jadi lebih penakut, tak boleh tinggal di rumah atau di mana2 sorang2, rasa macam ada sesuatu, terancam, ini berlaku sejak kahwin, duduk rumah atau di mana2pun tetap rasa takut, meskipun dia berbadan besar dan nampak garang.  

Saturday, 7 July 2012

Usia 30 dah jadi nenek

07.07.12 (Sabtu)
Pagi merawat di DS, iaitu 23 org jugalah hari ni termasuk malam. Antaranya ialah kes pesakit yg kini dah bertudung setelah beberapa sesi rawatan, didakwahkan secara berhemat dan pernah bermimpi jumpa TGUH yg mengajarnya dlm sebuah surau dan rupa TGUH masa itu amat muda dan banyak episod menarik berlaku sepanjang rawatan ke atasnya spt baru2 ini opahnya meninggal dunia dan sebaik2 selesai mengkebumikannya, sekumpulan awan membentuk kalimah ALLAH di langit dan hal ini menimbulkan kegemparan dan ramai yg sempat mengambil foto tersebut. Beliau kini jauh lebih sihat namun usaha mendapatkan zuriat belum berhasil sepertimana semua adik beradiknya yg lain, tiada seorangpun yg memberikan cucu kepada ibunya.

Pesakit kronik lain, prpm yg pernah berada di luar negara 7 th, usia 44 th belum kahwin walaupun pernah berkawan dgn seorg lelaki pada 1997. Pernah berubat dgn seorg nenek (usia baru 30 th) atas syor kawannya. Nenek ini didakwa mendapat tenaga dan kuasa berubat baru setahun, setiap kali berubat rupanya jadi semakin tua, semakin tua, dia bersanggul dan semua aksi dan tutur bicara spt seorg nenek walaupun dia baru berusia 30 th. Sebelum dpt kuasa dan tenaga berubat, dia dulunya seorang yg buruk pekerti, jahat dan nakal (spt dinyatakan oleh pesakit ini), namun seseorg yg mengajarnya telah memasukkan benda iaitu jin nenek ke dlm badannya maka jadilah dia spt itu. Prpm ini pernah berubat 2 kali dgn nenek ini iaitu julai dan Okt. tahun 2011. Dia tinggal bersama bapa, namun bapanya suka curi barang2 dia dan mengaku bapa dia mengamalkan benda2 pelik di rumah.

Kes berikut pasangan suami isteeri, suami usia 28 th, manakala isteri 40 th, kahwin 2006, lps kahwin berniaga makanan, kini tutup, hanya suami kerja, anak 5 org. Isteri amat pemarah, baran dsb manakala suami bendi tengok muka isterinya. Masa berniag macam2 berlaku, kedai terlindung dari pandangan, pasir ditabur dlm dan atas kedai, nasi yg baru dimasuk dimasukkan dlm thermos, tak sampai 10 minit jadi berlendir, so, macamana nak berniaga kalau begini, lalu tutup, namun ganggauan berterusan sampai ke hari ini biarpun dah ramao bomoh ditemui. Sebaik2 saja diruqyah isterinya menggigil dan menggeletar lalu bertempik yg amat kuat, jarang pesakit bertempik sekuat ini.

Mlm pula ...............sambung

Jin Asyik Menidurkan Orang

06.07.12 (Jumaat )

Mlm, ada tujuh pesakit sempat dirawat dan yg nak dicatat di sini cuma berkaitan satu keluarga. Sebaik saja tiba giliran keluarga ini, semua rasa mengantuk, kedua2 suami dan isteri serta kedua2 anak mereka semuanya jadi mengantuk. Bukan iu saja saya pun jadi mengantuk yang amat sangat sehingga menguap sedangkan jam baru pukul 9.30 mlm. Mula saja ruqyah anak lelaki mereka, sy mula mengantuk, seterusnya anak prpm dan suami. Isterinya adalah pesakit gangguan yang teruk. Setelah ruqyah dia terus tidur dan sukar dikejutkan, ngantuk sy dah ok, kemudian jin dlm badannya membebel, sy teruskan ruqyah sehingga selesai dan semua ok.  Dia pesakit ulangan dan sy pun hairan kenapaa sakitnya walaupun dah jauh berkurangan namun belum sembuh2. Rupanya apa yg saya sarankan dibuat setelah balik rumah, satupun tidak dibuat, dia kata jadi lupa, sedangkan tiap2 kali datang sy pesan perkara yg sama, suami dia juga begitu, lupa apa yg patut dibuat, namun kita jgn putus asa, berikanlah lagi nasihat dan saranan2 tsbt sebab mereka pesakit gangguan, maka tidak hairanlah kalau makhluk2 tsbt mengganggu fikiran mereka dan melalaikan atau melupakan mereka selain asyik menidurkan orang saja kerjanya. Kenalah banyak bersabar.

Barangan Tahyul, peralatan sihir dan keris perdukunan.

06.07.12 (Jumaat)
Hari ni sy menjadi pembentang dalam Wacana Ilmu bertajuk: Sihir dan Implikasinya Terhadap Kehidupan Manusia: Satu Pendedahan. Wacana ini mendapat sambutan yg baik walaupun musim cuti semester. Ia dihadiri oleh para pelajar ijazah tinggi, staf pentadbiran, staf akademik dan masyarakat luar selain pihak media. Sempena wacana ini diadakan juga pameran barangan khurafat, peralatan sihir dan keris perdukunan. Acara berjalan lancar, namun demikian pameran tidak dapat dilanjutkan sehingga ke petang kerana masalah teknikal. Barangan yg dipamerkan terdiri dari ratusan jenis tangkal, azimat, peralatan sihir, keris perdukunan dan warisan, pedang, batuan meteor, jaket kebal dan banyak lagi yg sy percaya tidak pernah dipamerkan sebegini untuk tatapan awam, apatah lagi ianya adalah barangan sebenar, bukannya replika. Semuanya ini hanya untuk tujuan pendidikan dan informasi agar  masyarakat menjauhinya demi mengelakkan dari terjerumus dalam perbuatan syirik dan membawa kekufuran.

Wednesday, 4 July 2012

Bomoh Besar Dah sihat

04.07.12 (Rabu)
Mlm, hanya nak catat satu saja iaitu, seorg yang pernah bawa bapanya, seorang bomoh besar kira2 dua minggu lepas, kali ni dtg bawa kawannya, yg bermasalah isteri kawannya itulah. Tiga bulan lepas pernah dtg, selepas periksa doktor, dia disyakki ada tumor kat payudara sebelah kanan dan ada doktor suspect kanser. Sejak dirawat 3 bulan lepas dia mengadu dah ok, tak sakit lagi dan ketulan dah mengecut, cuma 2-3 hari ini selepas makan budu ada sikit2 rasa menyucuk tapi taklah teruk. Datang ni kerana nak sambung air ruqyah, dibawanya 3 botol mineral 5.5L setiap satu. Setelah itu anak bomoh tadi mencelah, katanya bapa dia dah tak sakit dah, dah oke, berjalan ok, makan minum ok, dah sihat. Sy cuma kata jangan leka dan ralit sangat, kena terus memohon agar kesembuhan berterusan kerana Allah yg menentukan. Sebagai perawat, antara nikmat yg tak boleh digambarkan ialah apabila diketahui org yg pernah kita rawat mendapat kesembuhan, perasaan syukur ini tak boleh digambarkan, tidak boleh ditukar dgn wang ringgit dsb. Bagaimanapun kita kena sentiasa mendidik hati agar tidak merasa sombong dan riak atas apa saja yg dilakukan.

Tuesday, 3 July 2012

Tersalah Masuk Rumah Bomoh

03.07.12 (Selasa)
Malam sy ada mesyuarat persatuan penduduk, selaku pengerusi wajiblah hadir, jadi sy tak merawat sblh mlm. Jam 10 pagi sy ada pemanggil iaitu bekas pesakit sy kata mak kawannya nak dtg berubat, kena buatan org katanya. Sy kata siang tak bolehlah sebab sy kerja, petang sebelum maghrib, insyaAllah. Mak dia datang dari Taiping tapi dia akan bertolak satu keluarga selepas asar dari rumah anaknya di Sg Buloh dan dijangka sampai kira2 jam 6 ptg, sy kata okeylah sebab sy dah ada kat rumah waktu tu. Jam 7 ptg dia belum sampai, jadi sy putuskan tak elok kalau merawat waktu ni, dah dekat maghrib, mungkin dia org tak jadi dtg kot. Tiba-tiba dia call dah sampai depan rumah, sy kata okeylah sila masuk. Setelah 10 minit tunggu, tak nampak kelibat sesiapa depan rumah dan diapun tak masuk, maka sy fikir dia tersilap rumah ni.  Oleh kerana takut tak sempat merawat sebab dah jam 7 lbh , maka sy call dia tanya kenapa dah sampai belum masuk lagi?. Dia jawab, dah masuk dah ni, sy berada dlm rumah ustaz ni. Eikk?, namun sy tak hairanpun, cuma terfikir, dia dah masuk laluan yg salah, amat salah sebab sekejap lagi dia akan terperangkap dlm amalan yg mengandungi unsur2 syirik, kesian mak dia, dia dah termasuk ke rumah seorang bomoh yg disyakki mengamalkan ilmu hitam. Sy tak nak cerita dia pakai hantu raya ke, polong ke, penanggal ke, itu dia punya pasal. Yg pasti ramai juga pesakit yg dtg jumpa sy adalah bekas pesakit2 dia. Kalau dah masuk rumah org takkan nak keluar begitu saja, so, terimalah. Ini silap dia juga tak tanya no. rumah sy, kwn dia hanya beri no. tel, mungkin kawan dia beritahu secara rambang saja. Ada juga pesakit2 yg dlm perjalanan nak ke rumah bomoh, tiba2 melencong ke rumah sy, sy tanya betulkah dtg ni?, dia kata memang, dia tak jadi nak ke rumah bomoh tu, rasa tak sedap badan pulak. Kalau nak merawat ke, berbomoh ke, silakan, namun sebagai org Islam elok jgn mendatangi org yg guna kaedah pelik, pakai pendamping, dsb, kita kena beritahu etika sebenar rawatan sebab ini tanggungjawab, yg tahu kena beritahu, tak boleh lepas tangan, namun hendaklah secara berhemah, agar tiada sesiapa yg tersinggung.  Dah datang dari jauh sebab nak jumpa sy, kemudian mlm ni juga kena balik Perak, ini pula yg terjadi. Kesian sungguh. Jam 9.15 sy cuba call balik, nak tahu apa dah jadi, mungkin dia dlm perjalanan balik, namun penggilan sy tak berjawab, lalu sy delete no. dia dlm phonebook sy, habis cerita.

Monday, 2 July 2012

Tak Mengaku Simpan Azimat

02.07.12 (Isnin)

Kes gangguan prpm seorg. ni boleh tahan, pesakit ulangan, dia kata lps balik dari rumah sy mlm tu dia tak boleh masuk rumah, namum masuk juga, bila masuk kena rasuk lagi, matanya melilau2 ke atas siling rumah, dia on off , berganti2, sehinggalah jam 3 pagi. Suami dia kata, minum air ruqyah tak jalan, daun bidara pun tak jalan, juga baling garam lada hitam macam tu juga. Pontianak dan jin2 lain silih berganti datang. Dlm pada itu jin dlm badannya menuduh jiran peniaganya yg jadi punca, alih2 yg itu. Mlm ni dia dtg bawa rakan yg juga berniaga sebelah kedainya dan seorg lagi kawan dia. Semasa sy meruqyah pesakit ni, dia nampak marah dan mengancam kawan yg sorang tu. Sy cuba tenangkan jin ni, jgn tuduh sembarangan, kamu ni memang selalu menipu dan bawa fitnah, kalau kamu tahu, sebut saja mana barang tu diletakkan, di kedainya ke atau di rumah, bolehlah dicari utk dibatalkan, dia tak nak beritahu, sy kata tak apalah, lebih baik diam dari menabur fitnah2 ni, kalau diizinkan Allah kamu cedera ke, terbakar ke , mati ke, itu dah nasib kamu, sebagai pembalasan kerana menganiayai makhluk Allah. Tiba2 sy dpt firasat tentu ada di kalangan yg dtg ni bawa azimat. sy terus tanya kawannya yg turut dtg. Ada simpan apa-apa ke dlm dompet, kertas ke, tulisan ke, yg dilipat2, ditulis dn ayat Quran dan tulisan lain spt mentera. Kedua2 mereka tak mengaku, seorg mengatakan dia tak bawa dompet, seorg lagi kata tak ada apa-apa , cuma wang. Dia juga peniaga macam pesakit tadi. Sy kata sy tak nak tengok wang, cuma kertas itu saja, berlipat tu,  beberapa kali sy tanya, akhirnya dia mengaku, sy kata cuma nak tengok, namun berkali2 dia tak nak tunjukkan, tak nak keluarkan, tak nak bagi,  maka suami pesakit tadi pujuk dia, akhirnya dia keluarkan dompet dan keluarkan lipatan kertas yg terselit. Kalau sy memang malu sangatlah sebab tadi bermati2an tak mengaku ada simpan azimat, sekarang terpaksa tunjukkan pula. Oklah sy tak nak menyalahkan dia 100 % sebab terntu dia takut, mungkin ancaman dari bomoh yg dia perolehi benda ni, biasanya bomoh bagi syarat jgn tunjukkan kepada sesiapa dan jangan buka. Bila sy pegang azimat tu, sy suakan kpd pesakit tadi, pantas dia marah, maka sahlah azimat ini berisi, makhluk jahat, memang dia guna ni sebagai pelaris dan perisai. Sy katakan azimat macam ni tak elok, ada hadith2 yg menunjukkan ia membawa kpd syirik, lagipun ada tulisan nama2 Allah dan ayat2 Quran selain mentera, dia mengaku bawa masuk toilet dsb, takpun keluarkannya dari dompet. Setelah selesai rawatan sy beri kembali azimat tu, sebab sy hanya minta nak tengok, kalau dia tak minta batalkan, tak bolehlah kita batalkan, nanti jadi kecoh pula, bila beri dia terus ambil dan selitkan kembali dlm dompet. Sy kata elok batalkan azimat tu dan jangan percaya tangkal dan azimat, dia diam. Menurut suami pesakit ni, kawan dia tu memang suka cari bomoh. Dlm hal ni sy tidaklah menilik apa yg ada dlm dompet seseorg atau barang2 peribadi seseorg, sy bukan penilik, sy tak nampak azimat dlm dompet dia, cuma gerak hati sy kuat mengatakan ada. Masa dia tak mengaku ada simpan dlm dompet, hati sy masih tetap kata ada, dan terjadilah apa yg telah terjadi. Sewaktu meruqyah mintalah Allah beri petunjuk tertentu, jgn mengundang pembantu2 dari kalangan makhluk ghaib. Moga2 hal ini memberi pengajaran kpd semua termasuk diri sy sendiri.
Kebetulan masa tu ada pesakit lama tunggu giliran, yg dah berbulan tak dtg sambung air, dia dtg sekeluarga dan dialah yg banyak beri nasihat kpd pesakit tadi dan suaminya, sy biarkan, sebab pengalaman dia sekeluarga mendapat gangguan antara yg terkuat sy tangani. Rumahnya selalu ada pembantu, buka suis lampu, kipas, mengemas rumah, cuci pinggan mangkuk, sapu sampah dll kerja pembantu rumah dibuatnya, tapi makhluk itulah yg buat, dia tak pakai bibik pun. Hubungan kelamin dgn suami juga terganggu, pernah katilnya terangkat dan digoyang2, makhluk tu tidur bersama, ada haiwan masuk rumah, haiwan mati dsb, juga lebam, gatal, bengkak dan calar di badan2 dia dan anak-anak dia, pernah dia beritahu muka anak dia jadi macam berok, dia bawa jumpa sy, memang betul, dan bermacam2 yg pelik yg tak muat sy nak catat di sini, kereta juga diganggu, ini kes2 sebelum sy create blog ini, jadi tak adalah dlm posting. Apapun sy tabik sebab dia istiqamah dalam berusaha memohon pertolongan Allah, sebab itulah dia berjaya dan sembuh. Mlm ni dia bawa 11 tong besar air mineral utk didoakan, diguna utk minum sekeluarga lebih 1 bulann mungkin stok ni cukup utk 2 bulan.  Alhamdulillah dia sekeluarga dah ok, namun memohon keselamatan kepada Allah tidak boleh berhenti sama sekali.  

Sunday, 1 July 2012

Harimau Putih Dari Aceh

30.06.12 (Sabtu)

Beberapa kes semalam biasa saja dan tak perlukan dicatat di sini. Mlm pula ada beberapa 13 kes yg agak teruk dan memenatkan, kes kronik dan gangguan.
Kes pertama seorg pelajar lelaki, 16 th, dulu badannya 115 kg, 2 minggu lps ditimbang menjadi 105 kg, terkini belum disukat, biarpun merosot namun masih anginnya tak menentu, muntah saja keluar najis ikut mulut, tak boleh berak, kalau makan ubat muntah, asal cirit birit, mula sakit ni pada 3.6.12 , ke hospital dah 3 kali, klinik dah 6 kali, doktor kata tak apa-apa cuma angin, diberi ubat angin, tetap sakit, namun bapa dan maknya naik angin sebab doktor tak nak tahan anaknya dlm wad, tak nak ambil darah ke , ambil air kencing ke utk ujian, lps tu ambil ubat homeopathi, ada kesan sikit, tapi lambat, pengubatan2 Islam juga pergi, tapi bukan DS, dikatakan karang hempedu, perut makin membesar biarpun berat susut. Sy mula saja nak ruqyah dia terus pening dan minta baring, namun sy teruskan juga ruqyah. Selain minum dan sapu air ruqyah, juga guna air zamzam selain air rebusan biji kurma yg dikeringkan.
Kes seterusnya pesakit yg dtg beb. mlm lps, kali ni jinnya yg satu lg dtg, dulu pasangannya dah masuk Islam, kini dia bersedia masuk Islam dgn nama Salbiah, nama ini dia pilih sendiri. Lps dia keluar, dtg lagi pontianak, spt sebelumnya diruqyah dia terus keluar.

Sy teruskan kes yg paling berat, pesakit terakhir iaitu prpm, 39 th, asal P.Pinang, dtg sekelurga dgn suami, 30 th yg berkahwin pd 2007 dan 3 anak. Yg teruknya prpm itu yg mengaku masalah dia ni dah lama, sebelum kahwin lagi, ada tiga anak masing2 berusia 4, 10 dan 14 th (sy syak 2 anak dari suami terdahulu). Mula saja ruqyah dia mula menggerakkan jari2 tangan dan kaki, mula mencengkam, kedua2 anak matanya melilau sambil mengecil dan merenung tajam ke arah saya. Dia mula mengangkat kedua2 tangan nak terkam dan cekik sy, sy teruskan dgn ruqyah pelemah lalu menghentikan ruqyah. Sy menjangka ini kes berat dan perlu bantuan utk pegang dan rebahkannya. Firasat sy mengatakan ini saka darat iaitu rimau, bukan saka buaya atau monyet, sebab ruqyah utk menentangk saka ni biasanya ada dua iaitu saka darat dan saka laut atau air. Bila dibaca dgn ruqyah menentang saka darat, dia mula menunjukkan agresif dan melawan. Sy hentikan ruqyah dulu dan dia jadi normal. Masa normal dia beritahu dia anak tunggal dan ada saka rimau, iaitu rimau putih, sy cuma angguk sebab sy dah duga dari tadi. Sy hubungi pembantu yg selalu bantu kalau ada kes2 begini. Tak sampai 10 minit sampailah 4 org (mrk ni dah tamat belajar pengubatan Islam) dan sy sambung kembali ruqyah, kali ini ruqyah penentang saka darat, 10 saat kemudian dia mula membuka langkah, seakan2 bersilat, mula mengganas dan nak terkam serta cekik saya, hanya sy di depan dia, lalu sy pegang dan bagi isyarat agar pembantu2 sy pegang dari belakang. Dia menendang dan sy mengelak dan menepis, cuma terkena sikit, akhirnya dia direbahkan, suaminya turut bantu pegang. Ertinya diperlukan 5 org utk menumbangkan dia ketika mengganas. Ruqyah diteruskan, sy sempat berdialog dan menasihati jin dlm badannya agar menghentikan kezaliman ini, putuskan perjanjian dan minta dilepaskan. Dia mengaku saka harimau putih dari Acheh  yg ditugaskan menjaga org ini. Sy minta rimau putih ini hentikan kezaliman ini dan akhirnya dia akur, sy terus baca ruqyah penidur agar dia berehat dan relaks sekejap. Dia terus tidur, persis tidur harimau dan 5 minit kemudian dibaca lagi doa lain agar dia sedar kembali. Kami berlima terus menyambung ruqyah2 lain sehingga dia benar2 pulih , lps itu pesakit nampak lemah longlai sampai lengan pun dia tak boleh diangkat. Sy beri minum air daun bidara, barulah dia ok dan normal. Dlm hal ini TGUH selalu berpesan agar perawat kena berhati2 dlm mengambil risiko, ada masanya kita kena hentikan rawatan dan kalau line dah clear,  ok, boleh teruskan kembali dan dlm situasi tertentu jangan merawat bersendirian, spt kes tadi, kerana kekuatan makhluk ini boleh menyamai 25 tenaga lelaki. Mengenai doa penidur ni, kerap rakan perawat bertanya, sy kata bacalah ruqyah biasa cuma kesannya bergantung pada niat, bukan saya tak nak beritahu, cuma takut disalahguna, bila dah bersedia tiada yg perlu disembunyikan. Semasa meruqyah sentiasalah mohon petunjuk dari Allah swt.