Blogger Templates

Wednesday, 28 March 2012

Tak sempat buat catatan

sejak rabu lepas, dah seminggu sy tak sempat nak tulis dlm blog ni, sepanjang minggu ni ada beberapa yg menarik termasuk urusan kerja DS di Sarawak dan sy berada di serikin, betul2 di atas garisan khatulistiwa. Ada bekas pelajar sy di UM dulu, kini bertugas di KK dan ajk DS Sarawak bawa sy ke sana. Berada di Sarawak 24-25.03.12. Esok insyaAllah catatan seminggu tu akan dinyatakan di sni...

Tuesday, 20 March 2012

Rawat rumah dan saka

Selasa (20.3.12) Pagi, merawat beberapa kes sementara menunggu perjumpaan dgn Pengerusi dan Setiausaha Agung DS mengenai draf kandungan MOU antara DS dan satu pihak. Selepas itu ada satu group penyelidik dari sebuah IPTA yg buat kajian tentang DS di peringkat sarjana, maka sy turut diminta melayan soalan2 dan wawancara bersama mereka.  Malam pula ada beberapa kes, termasuk permintaan seorg kenalan yg minta kediamannya dirawat (dan beberapa kali tertangguh) dan dia telah mengumpulkan semua adik beradik, emak dia selain dilonggokkan banyak barang2 lama tinggalan arwah neneknya seperti hampir 10 bilah keris dan senjata, wafak, azimat, tangkal dsb yg disimpan sejak sekian lama utk dibatalkan. Kesan gangguan dikatakan hampir kesemua adik beradik dan ahli keluarganya mengalami masalah, gangguan dan nampak kelibat2 dalam rumah, gangguan perniagaan, rumah panas dan anak2 semakin degil, suami pemarah dsb. Sy ke rumahnya selepas solat maghrib. Mereka mengaku neneknya ada saka dan mertuanya sendiri dulu seorang bomoh. Di kalangan yg berkumpul sy dapati semuanya ikhlas untuk memulihkan keadaaan dan gangguan kecuali seorg, yg ini dia nampak selamba, tidak ikhlas, namun tidak menolak rawatan. Selesai sesi sy minta semua yg ada di situ minum air ruqyah sedikit seorang sebelum balik ke rumah masing2 dan sy minta diri kerana ada pesakit lain yg menunggu sy di rumah. Sy juga sempat merawat emaknya yg kini kaki kirinya telah dipotong akibat diabetes.

Kebetulan sebentar tadi (rabu pagi) sy terjumpa kenalan ni di satu majlis dan dia memberitahu, semalam agak ok, tidur pun lena, cuma apabila dihulurkan air ruqyah untuk diminum oleh suaminya, suaminya menepis, enggan minum. Sy beritahu, tak apalah, bersabar, bagi lembut sikit hati dan fikirannya. Sy dari awal menjangka dia takkan minum air tu, dan gangguan sakit fizikal diakuinya sendiri (sakit, lemah dan sengal2, sebelah kanan badannya). Oleh kerana waktu ni suaminya belum bersedia untuk dirawat dan kurang percaya rawatan ruqyah, sy kata tunggulah masa yg sesuai.

Kuliah bahan rawatan non-herbal

Isnin (19.3.12) Malam, kuliah pengubatan Islam di Dewan Kuliah DS Bangi setiap Isnin malam adalah diisi sendiri oleh TGHD, namun ketika ini beliau akan berada di California mulai semalam sehingga sebulan, maka kuliah di situ tetap diteruskan untuk menggenapkan modul pengajaran. Sy teruja bila diminta oleh Tuan Pengerusi melalui P.A beliau bahawa sy akan mengisi slot kuliah dgn tajuk berkaitan penggunaan bahan rawatan bukan herba. Sy tahu ramai rakan2 pengajar yg keberatan dan menolak sekiranya dipelawa memberi kuliah di DS pusat, mereka segan, maklumkah lazimnya semua kuliah diisi oleh TGHD kecuali tajuk2 tertentu seperti Anatomi manusia, Pertolongan cemas dan kaunseling akan diisi oleh Dr Huda, Dr Azlin (kedua2nya doktor perubatan dan ahli DS) serta beberapa yg lain. Memberi kuliah di sini amat bermakna dan teruja bagi mana-mana pengajar DS. Ia amat mengujakan tidak seperti kuliah2 di pusat2 pengajian pengubatan DS termasuk di Kelantan, Trengganu, Kedah, Perak, Perlis, Melaka, Sabah, Brunei, Labuan, Sarawak dan lain2 yg pernah sy kuliahkan. Dgn bantuan slides dan projektor barangkali urusan kuliah dipermudahkan, cuma masa agak terbabas sedikit kerana ingin menghabiskan kandungan kuliah. Apa yang berlaku selepas itu sy dihujani panggilan dan sms bertanya macam2, namun sebahagian sy sempat layan dan sebahagian lagi sy minta mereka rujuk dlm blog saya. Ada jug mengenai gangguan tidur, beruk nak tikam dia, sakit rheumatoid artritis , inginkan zuriat dll.

Sunday, 18 March 2012

Kuliah DS Bangi mengujakan

Ahad (18.03.12), selepas subuh bertolak ke Ayer Molek, Melaka, ada kuliah pengubatan Islam di sana, kuliah jam 9 pagi dan selesai jam 1 lebih tengahari, dlm perjalanan balik, pergi Tangkak dulu ziarah anak di asrama Matrikulasi, lepas tu bertolak balik, sempat jumpa seorang lagi anak yg nak bertolak ke asrama petang tu setelah cuti seminggu. Dalam perjalanan P.A Pengerusi DS hantar SMS minta sy bagi kuliah kepada pelajar2 pengubatan di DS Bangi esok malam, tajuk macam sy pernah bentang pada Simposium 7 Januari lepas. Berkaitan penggunaan bahan bukan herba dalam rawatan Islam. Sy balas SMS, insyaAllah.  Malam berehat.  Minggu depan Sabtu dan Ahad kena ke Kuching, Sarawak, juga beri kuliah pengubatan di sana. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan.

Tumbuk bapa, mahu mati, lipan besar dan ditelanjangi jin

Sabtu (17.03.12) Ada banyak kes juga hari ni, cuma nak diceritakan beberapa saja. Antaranya pesakit yg amat peramah, sentiasa senyum, namun emaknya menceritakan anaknya ini seorang panas baran, cakap dgn ibubapa tak serupa ibubapa, kasar, caci maki dsb, bahkan selalu bertumbuk dgn bapa, semalam pun tumbuk bapa, hanya ditegur sedikit oleh bapanya. Dia kerja elektrikal di tempat bakar mayat cina, berhampiran kubur cina. Berdasarkan pemerhatian zahir memang tak disangka sama sekali watak sebenarnya.  Kes lain seorg wanita muda, seorg penari profesional, masalah rumahtangga dgn suaminya, seorg pemuzik di kelab, dia ad hubungan dgn prpm lain, dia tak solat, hubungan dgn suami hanya ok 6 bln pertma lps tu lemah tenaga batin, kini hanya 1 kali sebulan.  Antara kes lain, seorang pemuda setiap kali bangun tidur, fikir bukan2, rasa mahu mati sejak februari 2012, tak guna hidup dsb.
Kes malam, dtg pesakit tanpa temujanji, dia bermasalah gangguan, juga gangguan rumahnya, kali ini dia jumpa lipan saiz besar dlm bilik air, dibunuh dgn kerat dgn pisau, selepas tu tangannya sakit, menggigil2, juga menceritakan suaminya yang tidak percaya rawatan begini, Allah nak tunjukkan padanya. Suatu pagi dia bangun, tiba2 suaminya dapati dirinya bertelanjang bulat, pakaian entah di mana, sedangkan ditanya isterinya, tiada apa-apa yg diusik, isterinya pun hairan, namun kenapa boleh jadi begini, tak pernah macam ni, pakaian pun tak tahu mana pergi. Dia juga cerita sejak 2 minggu lepas dia dan suami tak bercakap, tiada komunikasi, tidak bertegur sapa, suami ambil sikap tak pedulikan dia, dia terimalah, tunggu dan lihat, namun setiap malam suami dia nakkan haknya, setiap malam, berlangsung tanpa sebarang komunikasi, dia rasa macam tunggul saja.
Kes lain 2 pasangan adik beradik perempuan dan suami masing2, masalah zuriat, kakak dah kahwin 8 tahun, belum dikurniakan zuriat, ada cyst, nak buat IVF bulan Mei nanti,  adiknya pula berusia 30  bermadu, usia madunya 21 tahun lebih tua darinya dan suaminya 11 tahun lebih muda dari isteri tua. Dia mimpi macam2 yg pelik dan menakutkan serta mencemaskan. isteri tua pernah datang mengamcamnya. Dia juga pernah 2 kali mimpi Dr. Haron Din datang kat dia cakap Arab, dia pula tak faham bahasa Arab. Juga mimpi org dtg minta tolong, rupa dia macam arwah Ibrahim Pendek.

Friday, 16 March 2012

INFO SAKA

Hal berkaitan saka sudah diterangkan dalam info pada tahun lepas, namun masih ramai yang keliru dan inginkan penjelasan lanjut. Ada pesakit seolah2 mendesak perawat memberitahu benarkah dia ada saka atau tidak, sepertimana dia tanya benarkah dia disihir ataupun tidak. Kadang2 sy tanya balik, kalau betul ada , apa yang nak dibuat. Dia kata buangkanlah. Sy jawab balik, inilah yang perawat sentiasa usahakan, serah saja kepada perawat. Memang benar sebahagian dari pesakit yang mengalami gangguan berpunca dari makhlus halus dikesan hasil dari pengaruh atau campurtangan saka, baik saka warisan nenek moyang mahupun saka baru. Perawat tidak digalakkan membuat kesimpulan terburu-buru bahawa seseorang itu ada saka atau tidak meskipun pesakit menceritakan hal2 berkaitan amalan pelik datuk nenek seperti upacara jampi serapah. mentera, menjamu atau menyediakan sajian dsb. Dalam situasi tertentu sukar untuk mengiya ataupun menafikan ada pengaruh saka atau tidak. Ini bergantung pada kemahiran dan pengalaman perawat di samping amalan doa dan zikir2 tertentu yg membantu perawat mendapatkan petunjuk2 berkaitan. 

Saka adalah amalan mewarisi jin atau syaitan untuk membolehkan makhluk halus itu memberikan pemiliknya pelbagai kekuasaan ghaib seperti kekuatan luar biasa, kecantikan, pengaruh dalam masyarakat dan pelbagai lagi. Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah syirik dan haram di dalam Islam. Jin yang menjadi saka boleh memperdaya tuannya seperti menjelma di dalam mimpi sebagai seorang yang warak dan kuat beribadat. Akan tetapi ia bagi memastikan manusia itu terpedaya dengannya seterusnya sesat dari Islam. Saka tidak semestinya diwariskan kepada saudara sedarah tetapi kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula pelbagai antaranya menerusi perbuatan seperti bersalaman, menerusi lafaz atau menyerahkan barang tertentu seperti keris, cincin dan azimat.

Nasihat saya kepada mana-mana ahli waris yang berpotensi untuk menerima atau mewarisi saka agar cepat-cepat membuangnya, memutuskan hubungan atau penjanjian dengannya dan berikrar tidak mahu menerima saka di samping mengharamkan saka berada dan campur tangan dalam urusan keluarga. Sekiranya saka itu baik saka darat mahupun saka laut tidak mahu pergi dan bertaubat maka kita berhak bertindak mengusir atau membunuhnya dengan izin Allah SWT. Mintalah bantuan mana-mana perawat yang mengamalkan kaedah yang betul berlandaskan syariat Islam, tanpa campur tangan atau khidmat iblis, syaitan mahupun jin. InsyaAllah saka akan pergi dan kita akan diselamatkan oleh Allah SWT dari gangguan saka.

Thursday, 15 March 2012

Pantai Medical Centre

Jumaat (16.3.12) sebentar lagi sy akan ke Pantai Medical Centre atas jemputan ahli keluarga seorg pesakit jantung, wanita berusia 41 tahun. Semoga Allah menyelamatkan dia dan memanjangkan usianya. Sy tiba di wad sepertimana dijanjikan dan pesakit ditemani oleh emaknya, abang iparnya dan dua orang anak saudaranya. Pesakit ni anak sulung dan belum berkahwin, masalah tekanan  tinggi, hingga jantung sebelah kanan tak berfungsi, saluran darah bhg aras agak kecil, so, darah tak dapat mengalir secara normal, sehingga bekalan oksigen ke otak dan kepala tidak cukup. Dia pernah tumbang dan pengsan pada tahun 2004 dan inilah bermula sejarah dia dikesan menghidapi masalah jantung. Doktor pakar mengesyorkan agar dibuat transplant (pemindahan organ) yang melibat jantung dan paru-paru sekaligus. Ini bermakna penderma hendaklah bersedia menderma kedua2 organ tersebut sekaligus. di Malaysia ketika ini ada 6 org yang bersedia menderma namun peluang untuk serasi  dan boleh confirm sihat selepas transplant agak tipis. Sebab itu emak dia tak mahu dia ambil risiko ini. Sy ruqyah dan doakan pada  pesakit, pada air mineral dan air zamzam, juga minta dia amalkan bacaan ayat2 tertentu khususnya dari surah Yasin, di samping berpantang

Tanah, air bocor di ruang tamu dan ilmu kebal

Khamis (15.3.12) sy ada temujanji dgn pesakit malam ni, anaknya kena demam campak sampai tiga kali dlm tempuh berlainan. Kemudian baru sebentar tadi sy terima penggilan tentang situasi pelik berlaku di rumah pemanggil yg semakin menakutkan. Sebenarnya sy dah janji dgn tuan rumah tu nak datang minggu ni tapi belum ditentukan hari apa, tengoklah kalau ada free.  Panggilan sebentar tadi agak mencemaskan, katanya dinding ruang tamu rumahnya (apartment tingkat satu) dilontar2 ketulan tanah yg entah dari mana, kena dinding dan hancur terlerai, banyak kali, juga bunyi macam air bocor jatuh dari bumbung rumahnya (apartment tingkat 1 mana ada bumbung), isteri dan anaknya terkurung dalam bilik ketakutan, mereka dengar semua itu, suami dia di tempat kerja masa tu, lepas tu suami dia telefon sy minta segera datang ke rumahnya, minta sangat2 agar bantu pulihkan keadaan, sebelum maghrib dia akan sampai rumah. Sy kata insyaAllah selepas maghrib nanti sy datang...so sekarang hampir maghrib, sy kena bersiap sedia ke sana lepas solat nanti....bersambung ...apa yg berlaku selepas di sana,...sy tiba sebelum isyak, tinjau2 sekitar rumah, sy dapati agak keras dan panas, terutama di muka pintu masuk, sy terhidu bau kemenyan yg agak keras, juga bau colok di kuil hindu, tapi sy tak beritahu sesiapa. Tanah yg berselerak dan air bocor tumpah ke lantai sebenarnya tiada, cuma dia dengar dari dlm bilik dan takut nak keluar, bukan sekejap bunyi tu, tapi lama. Ada satu patung kecil yg tergantung di ruang tamu dan satu lagi dlm setor sy minta agar simpan atau buang. Anak mereka yg berusia 3 tahun mendakwa nampak makhluk2 warna putih, hitam dan oren di beberapa penjuru rumah sewaktu sy membaling garam. Semalam juga suami dia kata nampak kelibat putih sewaktu bangun nak minum air jam 3 pagi. Setelah disiasat rupanya suami dia adalah pengamal ilmu kebal iaitu diterima dari seseorang masa muda remaja dulu lagi, kini tak lagi mengamal dan membaca ayat2 kebal tersebut. Sejak itu. badannya semakin hari semakin susut, juga sendi2 dan urat2 tangan dan lengan semakin bengkak2, berketul2 sehingga menyakitkan. kini dia tak boleh lagi solat dgn pergerakan biasa, nak duduk tahiyyat pun amat sukar. Dia amalkan bacaan ayat2  Quran tertentu  secara terbalik, tunggang langgang, itu yg diajar oleh gurunya. Murid guru itu hanya dia seorang. Selepas diajar guru itu menghilang dan tak dapat dikesan sampai hari ini. nak buang ilmu tu dia tak tahu, ramai org yg dirujuk tapi dia rasa masih ada. Ayat2 yg disangka berkhadam itu, bila dirujuk baru dia tahu itu tak betul, selama ini dia ingat ayat Quran yg diamalnya betul, nakkan kuat dan kebal Memang masa beramal dulu dia kebal, sehingga kawan2 pukul dia pun tak rasa apa-apa.  Sy kata memanglah ayat Quran tapi telah ditukar, diputar dan diterbalikkan. Dia dan isteri hendakkan sy tengok atau rawat masa tu juga. Isteri sy yg ada sebelah juga membisikkan, tengoklah dia sekejap. Sy kata sy datang ni kerana dipanggil atas sebab lain, dgn niat dan tujuan lain iaitu utk pulihkan rumah atau mententeramkan gangguan. Kes pakai ilmu kebal ni kena rawatan khusus dan ada bahan tertentu kena sediakan selain kena mandi selama sekurang2nya 40 hari bagi menawarkan atau membatalkan apa yg ada dalam badan dan urat saraf dia. Kes ini tak boleh diusik sembarangan, kalau diusik kena selesaikan sampai habis. Elok ditentukan masa daan hari lain yg sesuai. Lagipun ada pesakit lain nak ke rumah sebentar lagi, sy kena balik dulu.

Sekejap tadi sy terima call dari bekas pesakit sy, dia minta tolong sy ke Pantai Medical Centre esok utk doakan kakaknya, pesakit jantung kronik, saluran darah ke jantung mengecil, dah 10 hari dlm wad, doktor nak buat pemindahan jantung tapi emak dia keberatan buat masa ini, nak ikhtiar dulu, cara lain agar pesakit dpt bertahan, sebab operation ini ada risiko yg tinggi. Esok sy ada temujanji di pejabat dan pada waktu lunch, sebelum solat jumaat di Masjid Bangsar, barulah dpt singgah di hospital tu, sebab taklah jauh dari pejabat.
.

Miang-miang

Rabu (14.3.12) ada beberapa kes agak akut tapi taklah serius sangat.

Tuesday, 13 March 2012

Mesyuarat di BPTK Kementerian kesihatan

Selasa (13.3.12) Semalam sy dihubungi oleh seorang kawan, juga AJK pusat DS utk hadir ke mesyuarat di BPTK Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini sebagai wakil Pengerusi dan Setiausaha DS. Mesyuarat selama 3 1/2 jam itu berkaitan isu2 yg berbangkit di kalangan badan dan pengamal perubatan tradisional dan komplementari, khususnya di kalangan badan pengamal ayurveda, akupuntur, homeopati, tradisional Melayu dan tradisional cina. Pengubatan Islam adalah antara 8 badan pengamal yg disenaraikan oleh BPTK. Perbincangan hanya melibatkan isu2 berkaitan badan2 lain dan tiada sebarang isu tentang pengubatan Islam. DS adalah menjadi wakil kepada badan2 pengamal pengubatan Islam di negara ini. Memandangkan pengarah baru BPTK seorang doktor wanita berbangsa cina, maka aspek yang ditinjau lebih memihak kepada pengubatan tradisional cina. Dua org wakil DS (termasuk saya) hanya mengambil sikap dengar dan perhati. Mereka berbincang atas perkara2 yg kami (pengubatan Islam) sudahpun bersedia ke arah itu. Kami dah tubuhkan GAPPIMA (Gabungan persatuan pengamal pengubatan Islam Malaysia) dan kini dalam proses pendaftaran, DS sendiri dah sediakan modul untuk program pengubatan Islam di peringkat Diploma, juga sudah ada Kod Etika Rawatan Islam, juga dah submit nama2 perawat utk didaftarkan di BPTK, juga nama2 AJK penilai program rawatan Islam BPTK (Sy salah seorang AJK). Kami pasukan rawatan Islam dah lakukan semua itu dan sudah bersedia. Justeru itulah barangkali isu berkaitan rawatan islam tak disentuh sedikitpun, yg lain masih di peringkat isu2 dasar khasnya kemasukan pengamal dan perunding asing untuk bekerja di negara ini dalam bidang2 pengubatan tradisional dan komplementari. Apapun mesyuarat ini memberi banyak info tentang apa yg sedang berlaku kepada pengamal2 rawatan bukan Islam.

Petang sy diminta ke rumah seorang pesakit, dah beberapa kali tertangguh sebelum ini, semalam pun dia standby tapi sy pulak ada hal, so, sy terus ke rumahnya utk melakukan rawatan rumah dan dirinya serta ahli keluarga yg bermasalah gangguan. Sesi ini agak keras juga, jin penyihir yg datang dari Siam memang degil. Ini antara jin yang paling degil sy temui tapi bukanlah ganas dan nak menyerang tak tentu hala, sering mohon simpati dan usianya dah lebih 8 ribu tahun. Dah 15 tahun berada dlm badan org ini, dia sendiri akui, sejak putus tunang 15 tahun lepas, iaitu sebelum kahwin dan kini ada 3 anak. Jin itu tak peduli, perjanjian dgn tuannya utk kacau org ini sampai mati. Kini tuan asal dia tak kisah lagi, namun oleh kerana dah 15 tahun bersama, dia dah suka org ini, tak mahu berpisah, merayu2 jgn dipisahkan, seolah2 menyembah sy. Sy ruqyah dan jin itu mengerang2 kesakitan, namun tak keluar juga, namun dia janji akan keluar satu masa nanti, tapi tak tahu bila, nantilah bila dia dah bersedia. Sy kata lebih baik kamu hentikan kerja2 ini, baliklah ke Siam, tuan kamu dah tipu kamu, buat apa kamu masuk campur urusan manusia lagi. Soal sekarang dia kata suka sangat org ini sebab dia terlalu baik. Masa org ini pergi kerja dia tunggu rumah, balik kerja dia terus masuk badan org ini. Bagi sy soal rawatan ni tak boleh putus asa, sebab kesembuhan itu hanyak milik Allah. Keadaan kemudian ok, dia lepaskan pesakit ini, namun sy percaya dia akan masuk kembali setelah sy balik, mungkin malam ni atau esok siang. Sy cakap kat jin tu, sy tak akan putus asa, kita akan jumpa lagi utk buat perhitungan.

jin degil dan tumbang di kubur nenek

Isnin (12.3.12) kes jin enggan keluar dan kes gangguan di pejabat, juga kes tumbang di kubur arwah nenek serta kes zikir di luar kemampuan.

tunda kes

Ahad (11.3.12) Hari ini agk sibuk dan tak sempat merawat, ada beberapa kes ditundu besok.

Tak merawat, rasa tak sihat

Sabtu (10.3.12), ada banyak kes hari ni, penat jugalah, tapi lagi gelisah kalau sehari saja tak merawat, kalau 2 hari tak merawat rasa macam nak demam, ertinya merawat merupakan satu rutin, satu keperluan.

Tauliah Bekam Sunnah

Jumaat (9.3.12), hari ni ada meeting PIBG (selaku YDP) sampai lewat petang, sebelum maghrib pula berkejar ke sebuah surau utk menyambung kursus berkaitan rawatan Islam (Bekam Sunnah) selepas maghrib dan selepas isya', iaitu sambungan minggu lepas. Siang tadi ada beberapa kes, cuma sediakan air ruqyah utk beberapa orang pesakit. Minggu lepas adalah teori dan pengenalan tentang sejarah bekam, dalil dan nas, kebaikan, poin2 penting bekam, syarat pembekam dan orang kena bekam, persediaan, peralatan dan bahan dan pelbagai aspek lagi termasuk kaedah membekam dsb. Malam ini sesi praktikal, semua peserta seramai 10 org, bakal jadi pembekam, serius dan tak sabar2, persiapan mental dan fizikal dah dibuat beberapa minggu lepas lagi, sebelum itu latihan amali kaedah buang santau dan susuk (hanya 8 org terlibat, 2 tak hadir). Sy lebih suka bilangan kecil tapi penuh komitmen dan serius. Malam ini ditentukan 5 pasangan akan melakukan bekam dan dibekam. Sy mensyaratkan juru bekam mestilah pernah dibekam dan pernah membekam orang,  di samping memenuhi kriteria tententu. Mlm ini adalah peluang utk praktikal bagi memenuhi keperluan tersebut. Sesi penerangan dimulakan selapas maghrib manakala praktikal sebenar selepas isya' bermula jam 9 mlm hingga 11.30 mlm.

Semua peserta melepasi ujian amali ini tanpa masalah walaupun ada peserta yg agak kekok pada mulanya. Mereka nampaknya berpuashati kerana apa yg dilalui tidak sepertimana yg mereka gambarkan dan saksikan sebelum ini. Terdapat doa dan ruqyah tertentu perlu dibacakan sebelum, semasa dan selepas sesi bekam. Bekam mesti dibuat dlm keadaan cermat, bersih dan langkah keselamatan yg ketat perlu diambil. Penggunan cup, alat vakuum, swab alcohol, surgical spirit, kapas, tisu, balsam, minyak pati gamat berangin, cecair atau losyen kuning, jarum pakai buang (sekali guna), topeng muka dan sarung tangan serta cecair pembasmi kuman seperti dettol, di samping alat menyukat tekanan darah, kandungan gula dlm darah dsb hendaklah difahami betul2 oleh peserta. Begitu juga pembuangan sisa-sisa klinikal seperti darah kotor, tisu, jarum dan sarung tangan yg dah digunakan hendaklah pada tahap keselamatan yg tinggi. Sy harap selepas ini mereka akan menjadi juru bekam yg berkemahiran asal saja mereka terus menimba pengalaman dan pengetahuan dari masa ke semasa. Mereka adalah peserta yg akan diijazahkan amalan Bekam Sunnah dan akan memberi perkhidmatan kepada masyarakat yg memerlukan.

Wednesday, 7 March 2012

Kipas berpusing sendiri

Khamis (8.3.12) hari ni sy masih cuti, namun nak juga ke pejabat sebab ada beberapa temujanji. Dah bersiap, barang2 nak dibawa pun dah dimasukkan dlm beg, namun entah kenapa rasa tak sedap badan, seolah2 tak benarkan keluar meninggalkan rumah, maka keputusan diambil tak pergilah hari ini. Org yg nak jumpa pagi ni call dan sy beritahu tak ke pejabat hari ni, postponed, insyaAllah minggu depan. Lepas tu sy mengadap komputer sekejap dan waktu tengah search pasal aktiviti paranormal di Indonesia, juga tentang tangkal azimat yang diletakkan dlm mobil seseorang, sehingga mobil tersebut selalu rosak, kerap sangat rosak, macam2 jenis kerosakan, itu ini, pelik, dan sejak ditemui azimat (jimat dlm bahasa Indonesia), dimusnah dan dibatalkan, maka, mobil tersebut tidak lagi rosak.
Tiba-tiba isteri saya memanggil dari arah ruang dapur, cemas dan ingin menunjukkan sesuatu, sy bangkit dan pergi tengok, rupa2nya sebuah kipas exhaust di dinding penjuru sebelah atas ruang dapur sedang berpusing, hidup, lalu sy perhati sejenak, hairan, suis tak buka pun, tertutup, kenapa berpusing ligat, sy teringat ada banyak kes macam ni, tapi semua di rumah2 pesakit, bukan di rumah sy, lalu sy baca doa penggerak dan ditiup ke arah kipas tersebut, dgn tiba2 kipas itu berhenti berpusing. Sy cuba buka dan tutup kembali, kipas ok tiada kerosakan, berfungsi macam biasa. Memang dlm kes begini biasanya ada petunjuk ttg sesuatu agar kita berhati2. Sy merasakan kes yg dikendalikan dua hari lepas ada kaitan, jin2 penyihir itu tak puas hati, hanya ancaman atau ugutan, namun sy tak hiraukan sangat, kerana mereka adalah makhluk2 yg lemah, asalkan kita sentiasa memohon perlindungan Allah dgn yakin. Memang sepanjang hari badan agak letih, tapi ada beberapa temujanji malam nanti yg menunggu.

Malam, kes bayi 2 bulan, bengkak testis dan berak2, puas dirujuk klinik dan bomoh2 kampung dsb. Kes  lain seorang lelaki dewasa yg bermasalah dada sesak, hidung tersumbat, angin, kadang2 panas badan depan dan belakang, sakit2 sendi, lutut dsb, hairannya masalah ni berlaku selepas subuh hingga menjelang maghrib, siang ok sikit. dulu satu keluarga dia sakit, cirit birit, sakit perut, nadi bergerak2 dsb. Berikutnya seorg guru, kes ulangan, dulu gangguan agak teruk, bila diruqyah kali ini dah ok, sy percaya gangguan dah amat berkurangan, simptom dulu dah tak ada. Masa datang dulu disyorkan guna garam utuk rawat salah satu ruang di tempat kerjanya. Malam tu juga semasa tidur dia didatangi mimpi, muncul 3 lembaga hitam, salah satunya seolah2 Hindu, yg mengugut dan melarang dia dari melakukan rawatan pakai garam di tempat yg dimaksudkan, so, dia tak buat dan tak bersedia. Sy kata elok tangguh dulu sebab mungkin ada risiko, sehinggalah situasi ok sikit. Namun berdasarkan keadaan dia tadi, sy percaya kalau guna air ruqyah saja pun dah cukup. Dia ni baru dapat ijazah pengubatan Islam, sy jadi pentasmi` (penguji) sebelum diijazahkan setelah repeat kali ke 3, kemudian lulus. Dia kuat semangat dan istiqamah dalam bacaan ruqyah, setiap hari diamalkan namun gangguan lama sedikit mengganggu konsentrasinya.

Kes berikut ialah kes seorg lelaki muda sudah berkeluarga dan ada anak, menantu bekas YB. Dulu dia seorg yg aktif dgn aktiviti lasak dsb. Sejak sebulan lepas keadaan beubah, badan rasa menyucuk2, sakit2 badan, angin, kebas2, lemah, kaki sejuk, batuk pernah keluar rambut dan kahak, angin banyak, rasa bisa, masalah pernafasan, tidur tak tenteram, pernah mimpi org baju putih. Dah pergi check doktor namun diberitahu tiada sebarang masalah kesihatan, normal. Mertua menyimpan banyak keris dan senjata lama dan dia tak suka amalan2 Islam dihidupkan di rumahnya, dia sendiri tinggal di rumah mertua namun ketika ini dia menetap di rumah ibubapanya sementara anak dan isteri di rumah mertua. Tahun lepas mertua dia bawak semua ahli keluarga buat umrah, lepas balik baru dia rasa nak belajar agama, tapi mertua dia tak berapa gemar hal ini. Sejak itu mefrtua dia tak berapa sukakan dia dan isteri dia sendiri asyik panas baran dan suka cari gaduh.

Tuesday, 6 March 2012

Patung berisi dan hafiz menggatal

Selasa (6.3.12) jam 11 pagi sy terima call, seorg perempuan sedang sakit teruk, di sebuah kawasan di pusat bandar KL  dia bekas pesakit sy yg alami gangguan agak lama. Ketika itu sy ada temujanji dgn seseorg. Sy kata nantilah tengahari nanti sy datang. Memang sebelum itu mereka dua beranak minta sy ke rumahnya utk merawat kediaman mereka yg terdapat gangguan dan gerai makanan mereka turut bermasalah. Selepas zohor sy ke sana. Selain kedua beranak ini dan nenek mereka, turut ditemani seorang kawan mereka yg juga guru di sebuah pusat tahfiz dan sekolah agama berdekatan. Pesakit itu menggigil dan menggeletar sebaik saja sy menyiapkan garam dan lada hitam utk proses rawatan memulihkan kediaman. Setelah itu dia mengerang kesakitan. Sy meneruskan ruqyah pembatal sihir dan doa pelindung. Kemudian sy ruqyah pesakit itu dan bawanya menuju ke setiap bilik dan penjuru rumah sambil dia menunjukkan ke beberapa arah dgn tangan jari telunjuk dlm keadaan menggigil dan ketakutan. Ada beberapa objek seperti patung dan boneka yg dia tak mahu pandang dan menepisnya. Ruqyah diteruskan dan akhirnya pesakit sedar, diberi minum air dan basuh muka.

Sementara itu kawan mereka tadi, seorg prpm, guru tahfiz , juga guru agama di sekolah agama berdekatan memberitahu beberapa masalah yg dihadapinya. Selain gangguan,  sering muntah2 dan sakit, dia dikatakan menjadi rebutan di kalangan orang2 agama seperti imam, para huffaz dll. Dia berusia 40 th dan tak pernah kahwin, tapi nampak macam usia awal 20 an.  Budak2 hafiz tu gila agaknya, itu katanya,  adakah buat benda2 tak elok seperti guna minyak cenuai (minyak dagu) utk mendapatkan dia, disapu kat motornya, dicalit kat belakang bajunya dan diletak dlm pasu berhampiran masjid yg menempatkan sekolah agama tempat dia bertugas. Dia tunjukkan sy lokasi dan tempat benda2 tu diletak dan ditanam. Budak2 tahfiz tu muda2 , usia antara 28 hingga 36 tahun. Sy tak menjangkakan hal ini boleh berlaku, tapi dia beria2 menunjukkan bukti2. Dia pernah dilarikan (secara helah) oleh sekumpulan yg bersubahat dgn geng2 tu, dibawa dgn kereta ke satu tempat oleh imam masjid, disertai budak2 hafiz (bukan pelajar tapi memang dah hafiz) waktu bulan puasa th lepas, ketika majlis tadarus yg dipimpinnya belum selesai lagi, dia diajak ke satu tempat dan di situlah dia dipujuk untuk kahwin oleh imam tu. Budak2 hafiz ini termasuk dari Siam biasanya akan datang ke masjid2 seluruh Kl utk bertugas pimpin solat tarawikh, tadarus dll, dapatlah juga saguhati yg agak lumayan.  Dia kata ada seorang hafiz tu dari Thailand bawa minyak cenuai. Kalau betul2 nakkan dia, buatkan cara beradab, masuk meminang cara elok. Syarat dia taklah berat sangat, cuma bakal suaminya hendaklah orang yang sentiasa dan istiqamah dgn solat tahajjud sepertimana dia dan arwah mak dia lakukan. Sy akan rahsiakan semua nama2 yg terlibat termasuk  nama imam, budak2 hafiz dan masjid2 yg disebut oleh pesakit ini. Sy tidaklah mempercayai 100 % semua maklumat yg diberikan, namun ini boleh dijadikan iktibar bhw golongan agama juga adalah manusia biasa yg ada kalanya melakukan kesilapan2 yg tidak sepatutnya.

Malam, ada beberapa pesakit termasuk yg asalnya sakit2 badan dan demam sejak Jumaat lepas, setelah pergi mengurut dgn seseorg (yg diperturunkan ilmu mengurut secara warisan, tanpa belajar), dia mendapat sakit perut, cirit birit, memulas dsb mulai Ahad lepas, kini dah 3 hari. Tukang urut itu kata dia ada membawa benda (gangguan makhluk halus), justeru itulah kawan dia syorkan dia datang berubat. Sy memang agak penat mlm ni setelah apa yg berlaku siang tadi, tapi tak apalah, sebab dah janji. Setelah selesai, dia mangadu anaknya, usia 6 th, juga ada masalah sukar nak bernyawa atau bernafas, kadang2 terpaksa pegang hidung, dipercayai saluran udara dlm hidungnya agak sempit dan tersumbat. Sy ruqyah pada dia dan air, minta disapu pada hidung dan minum setiap malam dan pagi.

Pengajaran: Orang Islam hendaklah berpada-pada menyimpan patung, termasuk patung mainan, ia cuma diharuskan untuk dijadikan mainan kanak2, bagi tujuan pendidikan dan pengajaran, namun patung bersaiz besar baik diperbuat dari logam mahupun material seperti kayu, kain, fabrik, plastik, vinnyl, fiber, damar dsb tidak digalakkan, apatah lagi patung2 itu berlambak2 disimpan dalam bilik, dijadikan teman tidur dan dibelai sementara mata terlelap, sementelah lagi yg bermain dengannya bukan lagi kanak2, bahkan usia macam mak budak, dah besar panjang. Sy mendapat maklumat dari makhluk2 ini bahawa mereka memang sukakan patung, mendampingi dan mendiami dlm patung2 itu, khasnya patung yg memiliki rupa dan anggota lengkap seperti manusia. Membelai patung seolah membelai jin dan syaitan yg duduk di situ.

Kedua mengenai para huffaz, mereka adalah golongan yang sepatutnya menjadi idola, menunjukkan teladan yang terbaik, mengelak dari fitnah, namun kita kena faham mereka memiliki nafsu, dan syaitan iblis akan sentiasa mencari mangsa2 di kalangan mereka ini. Mungkin sejak usia remaja mereka bergelumang dengan dunia hafazan, jarang berpeluang enjoy dan bercampur dgn masyarakat, apatah lagi untuk bersosial, mereka memendam gelora rasa dan gelodak yg membara, dlm hati dan perasaan, pada psikologi dan naluri. Peluang sekali sekala ini tidak akan dilepaskan oleh golongan jin syaitan utk merosakkan mereka dan membawa fitnah, akhirnya golongan ini dipandang serong oleh masyarakat. Barangkali mereka berniat baik, namun adakalanya cara dan pendekatan tidak sesuai, justeru itu mereka juga perlukan pembimbing dan penasihat yang baik dan ikhlas, bukannya penasihat yg mempermudahkan mereka menuju kemungkaran. Sy mempunyai bukti ramai para imam dan lebai yg memberi tangkal dan azimat kepada org ramai utk berbagai tujuan apabila org ramai mendatangi mereka untuk meminta pelbagai hajat dan pertolongan. Kalau golongan ini turut melakukan perbuatan yg boleh membawa kepada syirik dan kufur, maka tidak hairanlah para bomoh masih dilanggani oleh orang2 Islam, termasuk bomoh2 Siam, tok sami dan tok pekong.

Sunday, 4 March 2012

Merawat Jin Tercedera yg bertaubat dan peluk Islam

Ahad (4.3.12), temujanji dgn seorang rakan, juga perawat, namun beliau rasa tak mampu dan belum bersedia merawat kes sebegini, sy akui kes ini agak rumit, melibatkan ahli keluarganya dan keluarga ipar duai. Dia memberitahu datang untuk dirawat anak saudaranya sahaja, usia 3 th,  bengkak kaki, dan kedua2 tangan, dah lebih 1 minggu, pergi doktor ambil darah dsb, tidaklah diketahui puncanya. Sy pula menjangkakan akan ada kes sampingan lain. Setelah dirawat, mak dia beritahu pernah berubat dgn seorang bomoh berdekatan kampungnya di Trengganu (nama bomoh dan tempat dirahsiakan) dan pernah diberi sebentuk cincin oleh bomoh tadi. Malangnya dia dah serahkan cincin itu kat seorang bomoh lain semasa berubat. Sejak itu dia jatuh sakit yg tak henti2, bunyi2 pelik dlm rumah, ada belalang hijau, mimpi ular hitam nak patuk, ada banyak lipan dlm bilik air dll. Tiba2 mak dia (ibu kepada mak budak yg dirawat tadi) menggilai dan memperli serta menempelak bahawa cincin itulah yg menjadi punca kemarahan bomoh yg berikan dia cincin itu. Sekarang dia (jin) mula merasuk,  datang utk memberitahu, beri amaran dan mendakwa tugasnya utk menyakiti seluruh keluarga ini belum selesai. Cincin itu tak boleh diberikan kepada sesiapa, tapi dia langgar janji dan pantang. Kini jin bomoh datang meresap dlm badan mak dia (nenek budak yg dirawat tadi) . jin itu cakap di rumah dia di kampung, di bilik belakang ada minyak mati bunuh. Sy biarkan jin itu membebel seketika.

Selepas itu sy memberi peringatan kepada jin itu ttg usahanya dan bomoh tuannya itu akan gagal kerana Allah tidak akan izinkan semua perbuatan jahatnya berlaku, berhentilah dari melakukan kerja2 ini, kamu dah tersilap masuk dalam badan orang ini (nenek), dia kuat, rajin solat, mengaji dan berzikir dan nanti kamu akan merasa sakit dan menderita. Kalau tadi dgn lagak sombong dan keras, kini dia mula menurunkan suaranya. Dia kata betullah, badan dia mula rasa sakit, panas, aku tersilap masuk, tersalah orang, Macamana ustaz?. kata jin itu. Sy kata macam inilah, kamu ni jin, bukan syaitan (ada perbezaan antara jin dan syaitan), kamu dipergunakan oleh manusia jahat, tak ada apapun kamu dapat kecuali makan benda2 kotor seperti darah, bangkai dsb, kamu dah buat kerja ni dah lama, buang masa saja, sia-sia, dah banyak buat dosa, kamu akan ditempatkan dlm neraka nanti, kamu makhluk berakal sama seperti manusia, namun kamu terperangkap dgn perbuatan jahat manuisia, kamu boleh meninggalkan kerja2 tu, bertaubatlah dan  kembalilah kepada Allah. Dlm al-Quran Allah berfirman: Aku tidak jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat (memperhambakan diri kepadaKu). Dia tunduk, sambil angkat perlahan2 lengan kiri. Sy tanya kenapa?, apa dah jadi dgn tangan dan lengan kamu tu?. Dia kata dah tercerdera sebab terkena air ruqyah sewaktu dirawat dulu. Sy sambung, itulah balasan kerja jahat kamu, tidak semua yg kamu buat berjaya, Allah akan halang, ni pun kamu dah silap masuk badan org ni, dia ni suka beibadat, solat , baca Quran, berzikir dsb, nanti kamu akan tersiksa, tak sempat bertaubat dan masuk nerakalah kamu selama-lamanya. Dia kata kalau macam tu dia ingin masuk Islam, tapi dia ada bawa kawan2 dia bersama (ada di luar badan nenek). Sy kata eloklah, ajak sekali kawan2 kamu tu peluk Islam, putuskan hubungan kamu dgn bomoh tu, , bebaskan diri kamu, jangan takut lagi kepada tuan kamu, si bomoh tu kerna dia adalah manusia yg lemah, jin juga lemah, lepas ni pergilah belajar agama, jadilah makhluk yg beriman, insyaAllah dosa2 kamu akan diampunkan.

Sy percaya pendekatan dakwah perlu dilakukan. Dia lalu menagis terisak2, minta ampun atas dosa2 kepada ahli keluarga ini yg ada di rumah sy. Sy kata keampunan sebenar hendaklah dipohon kepada Allah swt, bukan manusia. Sebelum diIslamkan sy merawat dulu lengannya yg tercedera dan selepas itu dia mengatakan dah baik dah, sy kata selepas ini mintalah kesembuhan kpd Allah. Setelah itu sy minta dia berikrar dan bersumpah sesudah Islam nanti, tidak akan murtad, sekiranya dia dan kawan2nya murtad, Allah akan melaknatnya di dunia dan di akhirat serta mendapat azab di akhirat nanti. Setelah merasa dia ikhlas, lalu sy minta dia dan kawan2nya memimilih nama2 Islam yg baik. Dia sendiri setuju pakai nama Ibrahim dan kawan2nya dinamakan Abdul Qadir, Haron dan Ishak, kemudian dia dan kawan2nya mengikuti lafaz syahadatain yg saya ucapkan dan disaksikan oleh 11 orang yg berada di situ. Selepas mengucapkan salam, sy minta dia dan kawan2nya pergilah ke Mekah sepertimana diinginkannya dan berjumpa dgn Abdullah dan Ismail di sana (antara Jin Islam yg pernah menjadi musuhnya sebelum ini dan sy pernah berdialog dgn mereka berdua). Moga Allah selamatkan jin2 Islam  tadi dan didoakan agar mereka menjadi makhluk Allah yg beriman. Nenek itu pula tiba2 tersedar dan sy ceritakan serba sedikit apa yg berlaku tadi serta berdoalah agar Allah memberi hidayah kepada bomoh2 yg menggunakan khidmat jin dan syaitan agar dia bertaubat dan  meninggalkan kerja2 jahat yg merosakkan manusia.
Pengajaran: Ramai org yg mempertikaikan, bolehkah jin memeluk Islam, betulkah dia ikhlas atau cuma menipu perawat ?. Bagi sy segalanya terserah pada Allah, Janganlah kita menjadi makhluk yg sering berburuk sangka, moga Allah tetapkan iman mereka dan sempurnakan janji serta ikrar mereka utk beriman kepada Allah. Bukankah Allah telah berfirman bahawa: Aku tidak jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu. Ramai manusia yang asal keturunan mereka bukan Islam, tetapi kemudiannya memeluk Islam, begitulah juga makhluk jin ini.

Saturday, 3 March 2012

Suami kaki mabuk, bakal mertua tukar fikiran dan..

Sabtu (3.3.12) hari ini ada berbelas kes tapi hanya beberapa kes nak diceritakan. Ada pesakit perempuan, kes lama, sy dapati ini antara kes yg paling degil, on off, ramai yg dah rawat dia, belum pulih sepenuhnya, putus sikit air ruqyah, gangguan teruk berulang. Dlm pada tu dia ceritakan minggu lepas, setelah disyorkan dia pergi ke rumah seorg perawat, di sana dia rasa pelik, kenapa perawat tu guna seorg perempuan dan suaminya utk memberitahu masalah dia, punca penyakitnya, setelah dijampi dia tak sedar, maka perempuan yg ada bersama perawat itulah yg memberitahu ttg penyakitnya, puncanya dan hal2 sulit sehingga kalau didengar boleh memalukan pesakit, menimbulkan fitnah, setelah sedar dia diberitahu apa yg berlaku oleh kawan2nya yg datang bersama, dia hairan kerana di DS, tak pernah dia dirawat macam ni. Namun di sini lain pulak. Perempuan yg digunakan oleh perawat itu dikatakan nampak makhluk2 halus seperti bekas boyfriendnya berwajah seperti syaitan, menakutkan, siapa yg hantar sihir dsb. Kes ini saya klasifikasikan sebagai menurun, sama seperti tanasukh arwah atau mengubat orang melalui perantaraan. Namun demikian perawat tersebut tidak berjaya mengusir jin yg bersarang dlm badannya, sekadar beri air ruqyah dan suruh dia balik. Bila dia ceritakan kepada sy, tidaklah sy komen apa2, sy tidak tengok sendiri, cuma diberitahu dia guna kaedah seumpama itu termasuk oleh ramai pesakit lain. Ramai perawat2 senior yg kagum dgn kebolehan perawat super senior tadi, cuba mendampingi utk mengetahui rahsia dan kelebihannya, sy juga ingin tahu ttg amalannya, namun sy org junior berbanding beliau, seganlah, lagipun kaedah itu pelik sikit, sebab setahu sy TG tak pernah  ajar kaedah seumpama itu. Biarlah, harap2 dia tidak menyalahi kaedah pengubatan yg diisyaratkan oleh Nabi Muhammad saw. Sy juga tidak ingin memburukkan seseorg, apa lagi memperlekehkan seseorang, lagipun dia perawat seperguruan sy.

Kes lain, pessakit yg kini hamil 7 1/2 bulan, dia datang bersama mertua, adik ipar dan bakal menantu mak mertuanya. Suami dia sambung belajar di New Zealand dan sambil bekerja di sebuah syarikat di sana. Menurutnya suami dia suka melayan perempuan walaupun dia taklah handsome,isteri dia kata suaminya pakai penunduk, jadi kaki perempuan dan minum arak serta sering mabuk bersama kawan2 mat sallehnya. Dia risau mahu agar suami meninggalkan tabiat buruknya itu. Dia suami yg baik namun dia risau sebab perangainya menjadi2 semasa di rantau orang.

Kes lain seorang lelaki yg berkawan dgn seorang perempuan, suka sama suka tapi keluarga perempuan tak suka, tak sekufu katanya. Dia pernah masuk meminang tapi ditolak mentah2 tanpa sebab. Akhirnya dia terima hakikat dan berundur. Selepas beberapa ketika dia diperkenalkan dgn seorang wanita dan setelah berkawan beberapa bulan, kedua2 mereka rasa serasi dan ingin berkahwin. Wanita ini seorang janda tanpa anak tapi pernah keguguran dua kali. Bekas suaminya kini dah kahwin lain. Setelah lelaki tadi berkawan dgn wanita ini dan merancang nak kahwin, tiba2 keluarga perempuan pertama tadi menukar pendirian pulak dan bersedia serta setuju menerimanya sebagai menantu. Dulu ditolak mentah2, kini terima pulak, macamana ni?. Kini dia dalam dilema. Sy nasihatkan dia buat istikharah dan solat hajat mohon dipermudahkan segala urusan.  Dia kena terima hakikat bahawa perempuan pertama itu bukan jodohnya dan wanita yg muncul kemudian mungkin lebih tepat baginya. Sejak berkawan dgn wanita ini semua perkara berjalan lancar dan dipermudahkan.

Selepas kes di atas, masuk pesakit lain, perempaun, sy masih ingat dia yg pernah datang tahun lepas, ada gangguan dan menangis terisak2, mengadu suaminya tiba2 berubah hati, ingin kahwin lain dan tak mempedulikan dia lagi. Kali ini dia datang memberitahu dia dah jadi janda, diceraikan dgn talak satu dan bekas suaminya dahpun kahwin lain. Kini dia sendirian dan akhir tahun lepas pergi umrah, di sana kawan dia memperkenalkan dia dgn seorang lelaki, masih bujang, bila ditanya lanjut, oh rupanya lelaki yg jumpa sy sebentar tadilah orangnya. Mereka merancang bernikah dan sy kata jangan tangguh lama2, cuma masalah sekarang bekas suaminya cuba hubunginya semula dan ingin rujuk kerana dia kata perkahwinan dgn isterinya sekarang tidak bahagia, dia ingin kembali dan diberi peluang, namun wanita ini sudah kecewa, berkerat rotan berpatah arang, lagipun dia sedang merancang utk bernikah dgn lelaki tadi. Sy minta dia panggil lelaki tadi masuk semula dan mereka berdua di depan sy. Lelaki tadi cakap dia pernah pergi berubat di sebuah Pusat Rawatan Islam terkenal dan perawat di situ guna kaedah agak pelik termasuk minta dia tanam baju kat kubur agar dapat melupakan bekas bakal tunangnya dulu. Sekali lagi sy tanya asal usul lelaki itu dan dia memberitahu sekian, sekian, sy hanya diam. Cuma sy minta beritahulah hal sebenar kepada ahli keluarga tentang status perempuan ini yg bakal jadi isterinya, janda tanpa anak, pernah gugur dua kali, dia kata insyaAllah keluarga dia akan faham. Selepas sesi selesai mereka berdua keluar. Sy tak sempat memberitahu bahawa sy adalah sekampung dgn lelaki itu, satu mukim, satu qariah Jumaat. Memang dia tak kenal saya sebab sy dah merantau hampir 35 tahun, hanya sekali sekala balik  Elok juga mereka berdua tak tahu...sy pun tak suka memberitahu hal peribadi tanpa sebab.

Petang, ke rumah seorang sahabat, juga murid sy utk merawat rumah dia, sy ajak beberapa org utk bantu, setelah selesai, isteri tuan rumah memberitahu merasa berdebar dan gementar masa proses rawatan dilakukan, juga anaknya tiba2 sakit kaki kiri, sy ruqyah, kemudian ok, masa tengah minum tiba2 anaknya yg sorang lagi mengadoi sakit sebelah kaki kiri dari lutut ke bawah, sampai tak boleh berjalan. sy ruqyah dan dia nampak ok. Rumah dia ada gangguan yg menurutnya dikesan sejak tahun lepas, ada macam2 bunyi, nampak kelibat, ada yg bagi salam waktu 6 pagi dan ahli keluarga sering sakit pelik2. Bila dibuat check up dan diagnosis di hospital dan klinik pakar, menurut doktor tiada apa2 masalah.

Malam, ada beberapa kes gangguan, sakit2 seluruh badan, lebam2, menyucuk2, macam2 bunyi di rumah, dengar benda1 melompat, tercium bau racun dalam rumah dsb.  Ada juga beberapa kes yg merasuk.

Pengajaran: Perawat kena berhati-hati dan sentiasa mengelak dari menjadi bahan fitnah baik di kalangan manusia mahupun makhluk halus. Ada kes manusia sendiri yg memfitnah dan ada juga jin yang memfitnah perawat. Samada berupa fitnah atau benar2 dilakukan, Wallah A`lam. Begitu juga pasal jodoh, itu sebahagian dari qada' dan qadar . Kita kena berikhtiar dan sekiranya ditakdir juga terimalah dgn berlapang dada dan reda.

Suami simpan tangkal dan azimat pengasih

Jumaat (2.3.12) mlm sy ada beri kuliah Hijamah (Bekam Sunnah)  di sebuah surau, secara teori dan praktikal, maka balik lewat sikit. Sampai rumah peskit ni siap menunggu dan ini adalah kes ulangan, keadaan dia semakin ok berbanding dulu, tadi ssebelum datang lampu rumah dia tiba-tiba padam, tapi bukan semua, lepas tu menyala semula, padahal tiada sesiapa usik suis. Semalam pula dia mimpi ada org beri ular suruh pegang lalu dia pegang sedangkan beberapa malam lepas orang bagi kemenyan tapi dia tak ambil. Lepas pegang ular dia rasa badan rasa miang, juga lebam di peha dah 1 minggu tak hilang2, kaki juga, lalu digosok dgn garam campur lada hitam (utk rawatan rumah), yg gosok tu sy tak suruh tapi dia buat sendiri, tapi ok pulak, maka sakit kaki hilang. Masalah kini ialah sejak 1 minggu suami bersikap dingin, tak nak cakap macam biasa, ditegur atau ditanya sepatah dijawap sepatah, macam tak endahkan dia. Ini sejak dia bercadang nak ambil secara sulit wafak bertulis doa dan jampi penunduk, pengasih pemanis dsb milik suami yg disimpan cermat dan tak mahu sesiapa pun ambil dan tengok, tapi kali ni dia nekad, cari dan jumpa lalu ambil serta bawa kemari, lepas dibatalkan dia nak letak balik. Suami dia kata, pantang sesiapa ambil barang dia yg satu ni termasuk sebotol minyak pengasih, tapi minyak ni tak jumpa cari mungkin dia bawa bersama dia atau sorok di tempat lain, kebetulan suaminya kerja syif malam, lalu dia datang bersama anaknya. Sy nasihatkan dia bantu suami agar pulih dari kesan yg tak elok juga doa agar suami dia kembali solat sebab dah 3-4 bulan tak lagi solat. Air ruqyah dibekalkan.

Pengajaran: Sekiranya isteri atau suami mendapati pasangannya memilik barangan sihir, tangkal dan azimat, hendaklah berbincang utuk memusnah atau membatalkannya, sekiaranya salah seorang enggan, hendaklah cermat sewaktu mengambil untuk membatalkannya, janganlah sampai disedari pasangan sehingga membawa pergaduhan besar. Walaupun niat baik, utuk membantu memulihkan kehanrmonian rumahtangga namun hal2 sebegini perlu berhati2.