Blogger Templates

Tuesday, 14 February 2012

Panggilan kecemasan dan gerak hati

Hari ini Selasa (14.02.12) sy terima 3 panggilan kecemasan dan beberapa panggilan biasa. panggilan pertama dari Putrajaya, pemanggil seolah2 ketakutan, katanya dia tak boleh keluar dari rumah kerana diugut dan diancam oleh makhluk halus, kalau keluar akan kena sesuatu, dia bersama 3 rakan serumahnya yg lain. Dia call minta bantuan. Lalu sy call rakan perawat yg tinggal berdekatan utk bantu, dia sanggup uruskan hal ini. Setelah diberikan alamat tepat, dia uruskan perawat ke sana dan sejam lebih kemudian dia sms semuanya dah settle.

Panggilan kecemasan kedua dari dari S.Alam, seorang suami kata isterinya sedang merasuk, meracau2, menjerit mengilai2, cakap sorang2 dsb, suaminya beritahu tinggal di mana dan minta sy datang, sy kata ok sebelum maghrib sy sampai, sy tak perasan tempat tu bukan yg sy sangka, bila search, agak jauh dan utk pergi dan balik makan masa lebih 2 jam, mlm ni pula ada temujanji dgn beberapa keluarga pesakti. Lalu sy minta setelah ok sikit, blh dtg mlm ni, dia kata nak panggil imam berdekatan dulu, sy kata ok. Selepas maghrib dia sms kata dlm perjalanan ke rumah sy. Dia beritahu imam tadi dah ikhtiar tapi macam tu juga. Dia sampai rumah dpt giliran kedua, tapi sy minta pesakit lain utk rawat dia dulu sebab ini kes serius dan dia tinggal jauh. Setelah diruqyah hampir 10 minit, dia meracau2, menjerit2 minta jgn disakitinya, dia sayang org ini, dah duduk lama, sejak dia kecil, sy kata tak peduli, kamu tak ada pilihan, kena keluar atau kamu beriman kpd Allah, dia ini tak menganut apa2 agama, kemudian ketawa mengilai seolah2 mempermainkan sy, sy kata jgn main2, kamu dah zalimi org ini, akan mendapat kemurkaan Allah, dia semakin degil dan cuba menentang sy. Gerak hati mengatakan ada sesuatu di badannya yg menghalang jin ini keluar. Sy terpandang gelang jed yg dipakainya, dia kata dari negeri China dah lebih 10 tahun dipakai, sy minta utk tengok, dia tanggalkan, memang naluri sy merasa sesuatu yg panas mengalir dlmnya, tapi hal ini sy tak beritahu dia dan suaminya, sy cuma kata elok tak pakai lagi gelang ni, carilah ganti gelang lain, dia angguk. Sy teruskan ruqyah ayat2 pembakar dan akhirnya pesakit sedar, disentuh di semua poin2 penting, dah ok, sy minta teruskan rawatan dgn minum air ruqyah dan mandi daun bidara.

Lepas itu dirawat beberapa pesakit yg berkaitan dgn gangguan, penyakit fizikal tapi disyakki ada campurtangan permainan makhluk halus. Ketika jam 11 mlm lbh, call dari sebuah hospital di Kelang, kawan dia sakit kronik, aslinya pesakit ini Indonesia dah koma, dah ambil air sumsum tulang belakang tpi doktor hairan, tak tahu apa sebabnya, sy kata insyaAllah esok sy cuba usahakan.

Pesakit yg dtg 2 mlm lepas, tiba dgn isterinya, bawa dua bungkusan tangkal dan azimat serta sebatang buluh tumpat yg disimpan di rumahnya, yg diberi oleh beberapa bomoh sebagai pendinding dan beberapa bentuk cincin penguat, penunduk dsb.  Mereka bawa utk dibatalkan dan ditawarkan kesan2 yg ada pada barangan tadi. Esok sy akan musnahkan mana2 yg patut, samada dibakar atau ditanah. Sy tak hanyutkan ke sungai atau ke laut kerana bimbangkan kesannya, kerana barang2 ini dikhuatiri ada bisa dan racun, kalau buang ke sungai, dimakan ikan ke, lalu pemancing dpt ikan ni, dimakannya pula, maka kesan racun dan bisa akan masuk dan mengalir dlm tubuhnya, ini membawa mudarat. Sy sentiasa ingat pesan guru di DS ( Pakar rawat santau) bhw barang2 sihir jangan dibuang sembarangan.

Peringatan: Pertama, kalau terima kes2 kecemasan kena hati2, terutama dari org yg kita tak kenal, elok pass kes ini kpd perawat yg tinggal berdekatan utk minta bantuan, jadi tak perlu pergi sendiri, kecuali pesakit itu dah kenal kita dan beria2 nakkan kita pergi. Kedua, pasal gerak hati kadang2 membantu kita selesaikan masalah, mohon agar Allah hindari dari bisikan syaitan. Gerak hati tak boleh diceritakan sewenang2nya kpd seseorang hatta kpd pesakit, kalau dpt petunjuk teruskan rawatan. Ada beberapa ayat Quran yg blh dibaca utk dapatkan petunjuk bila kita dlm keadaan buntu. Ketiga, selamatkan aqidah umat Islam dari kesyirikan yg berpunca dari amalan sihir samada sebagai pengupah, apatah lagi sebagai penyihir, jgn putus asa walaupun cabarannya besar. Tadi sy merasai menerima ancaman dan ugutan sewaktu nak meruqyah dua bungkusan tangkal azimat tadi, tapi sy teruskan tawakkal kpd Allah sebab Dialah penyelamat sebenar, kena yakin sungguh2. Kita memperaktikkan semua ini pun kerana Allah, demi kesejahteraan umat manusia.

Monday, 13 February 2012

Jin memfitnah perawat

Perawat hendaklah bersedia menghadapi fitnah yg ditimbulkan oleh golongan jin, syaitan dan iblis laknatullah, tak kira dari aliran atau pusat rawatan mana sekalipun. Walaupun sudah berhati-hati namun hal ini sukar dibendung. Fitnah yg ditimbulkan dan meracuni fikiran para pesakit dan ahli keluarga mereka. Kebiasaannya perawat yg banyak menyusahkan golongan jin dan syaitan akan terdedah dgn fitnah ini. Sy mendapat maklumat ada beberapa rakan sy yg juga perawat telah difitnah oleh golongan jin lantaran tindakan keras mereka berdepan dgn jin khasnya jin penyihir. Fitnah ini disebarkan samada oleh jin sendiri atau melalui pesakit atau perawat lain, namun sy tak semudah itu hendak percaya, walaupun diberikan bukti2nya, sebab maklumat itu datang dari makhluk halus. Fitnah menyebabkan kita memandang serong kepada perawat2 tertentu dan inilah kerja2 iblis dan syaitan. Tidak dinafikan bhw mungkin ada sebilangan perawat yg didampingi baik disedari mahupun tidak, membawa saka, khadam dsb, namun hal ini kita berserah kepada Allah. Tidak ada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Dia.

Sunday, 12 February 2012

Kes Limfoma, tangkal azimat dan jin penunduk

Hari ini Isnin, (12 02.2012), seorg wanita call beritahu ada seorg ahli keluarganya sdg tenat dan koma sejak beberapa hari lps setelah disahkan mengidap sejenis kanser darah iaitu Limfoma tahap 4, dulu dah dapat, dah buat kimoterapi dah, kini sel2 kanser merebak ke seluruh sistem lymphatik, melibatkan gangguan pada sel2 darah putih. Panggilannya agak cemas dan diselangseli dgn tangisan. Sy sedang berehat setelah balik dari satu kursus di sebuah masjid berdekatan, lagipun mlm nanti ada temujanji berkaitan kes2 yg agak berat dan sy perlukan rehat minda dan fizikal. Merawat kerja partime, namun macam ada on call, tak kira masa, ada free dan munasabah, pergilah kalau org minta pertolongan kita, memang sy free petang tu. Sy check GPS jaraknya 35 km, pergi balik 70 km, itupun kena redah pusat bandar KL nak sampai ke sana, memandu kena ambil masa lebih 2 jam pergi balik, itupun kalau x jem, pasal tol x kisahlah, sebab ini kerja sukarela. kira-kira 2 jam slps terima call, sy tiba di sana (Tkt. 4, Hospital Selayang)  dan bertanya beberapa perkara ttg latar belakang pesakit dan situasinya. didapati keadaannya agak kritikal, namun sy ambil pendekatan memujuk keluarga pesakit, beri semangat dan kekuatan, tiada penyakit yg tiada ubatnya, pesakit wanita ini masih muda, usia baru 29 th, anak ada dua, sejak hamil anak kedua dia kena penyakit ini secara tiba-tiba. Tinggal di selatan tanahair, dah dihantar ke beberapa hospital sebelum ni, dah 3 hari tak buang air besar serta kecil. Masih koma dan setelah diruqyah hampir 20 minit, dia tiba2 tersentak, nak bercakap tapi tak boleh agak mengerang, sy spu air zamzam ke matanya, dia macam menolak, ditepis dgn tangan, pelik, koma tapi ada tenaga, lps tu sy minta mak pesakit ini beri minum dan sapu muka dgn air zamzam, selalulah baca yasin dan tiba di kalimah mubin (Mubin ada 7 tempat dlm surah yasin) berhenti utk berdoa kemudian sambung bacaan, kena amal ini, insyaAllah sembuh.
Petang, sy terima call dari seorang wanita pasal suami yg sakit gatal kronik dan misteri sebab dah lama dan ramai pakar gagal mengesan punca dan cuma beri ubat penahan sakit. Beberapa hari lepas pesakit dtg sama isteri dan keluarga, setelah dirawat, dua hari kemudian si isteri mengadu sakit bertambah dan gatal menjadi2, sy kata sabar sebab rawatan belum selesai, suami nampak putus asa. Petang ni isteri call kata suaminya dah tak gatal lagi, dah ok, dia hajat nak dtg sambung air tapi suaminya kata dah ok dah, tak payah datang. Dah sy pesan penyakit misteri ni jgn cepat sangat puashati, kena teruskan sapu dan minum air dan bahan rawatan sampai benar2 sembuh, kalau tidak boleh berulang. Sy pun kata tak apalah, moga sembuh sepenuhnya.
Malam, ada 7 pesakit yg dtg termasuk satu yg tiada temujanji, iaitu tiba2 datang setelah baru saja menyaksikan satu lembaga berkepala tanpa muka melayang2 dlm rumah. Kes2 mlm ni agak memenatkan walaupun tidak begitu agresif (Men jadi amalan sy baca doa pelemah dulu sebelum berdepan dgn makhuk2 jahat, jin penyihir dan ganas) . Hanya beberapa kes nak dicatat di sini.
Kes pertama seorang wanita, ini kes dah lama, masih ada gangguan tapi semakin ok, tak macam dulu. Dulu berbagai jenis jin ganggunya, satu demi satu datang dari pelbagai tempat dan daerah dan dari pelbagai punca. Alhamdulillah sebahagian besar jin2 tadi berjaya diIslamkan dan tak ganggu dia lagi. Masalah sekarang ialah yg satu ni ketua syaitan, sejak jin2 lain gagal kacau ganggu wanita ni, dialah yg ambil tempat. Syaitan marah sangat sebab wanita ni berhajat nak tunaikan haji tahun ni, dia sangat marah dan sakitkan pinggang, belakang dan kepala. Sy terserempak dgn wanita ni tadi di sebuah masjid. masa dialog syaitan tadi kata ada 7 jin Islam menyambutnya. Sy agak mereka semua adalah jin yg dah diislamkan dulu, sejak 2 th lepas. Yg ada skrg adalah ketua syaitan, memang degil dan dia sukakan cabaran sebab itu dia masuk dlm badan org. ni.
Setelah itu, kes seorg pelajar sekolah yg dulunya dikacau ganggu oleh jin bersifat warisan (diakui sendiri oleh ahli keluarga dan jin pengacau), kini diganggu oleh 2 ekor jin yg dihantar oleh seseorg (nama yg disebut sy kenal, tapi sy tak ambil peduli, takut2 ini penipuan), jin2 ini datang dari Bandung menerusi pengamal ilmu hitam tadi, setelah dibaca mentera2 tertentu. Ini bertujuan agar budah sekolah ini patuh dan tunduk segala arahan dan perintahnya. Setelah diajak berdialog kedua2 mengaku telah tertipu dan terpedaya dan tak mahu jadi jin penyihir lagi, dia nak bertaubat dan beriman sesungguhnya kepada Allah, setelah bersumpah dan berikrar tidak akan murtad selepas ini, diIslamkan dan minta mereka berdua pergi belajar agama di sebuah masjid berdekatan, mereka setuju, yg pertama diberi nama Aminah, usia 20 ribu tahun dan kedua Khadijah, usia 10 ribu tahun (jgn diukur dgn usia manusia sebab tak sama). Ada ancaman bhw jin 2 lain akan dihantar lagi oleh manusia penyihir yg sama. Sy dah beri amaran, agaknya permainan ini dah bermula...jangan kita takut kpd sihir kerana tipudaya syaitan adalah lemah, mereka adalah makhluk yg dilaknat oleh Allah dan manusia yg melakukan syirik dgn melibatkan sihir, lambat laun akan terbongkar, elok berhenti dari sekarang.
Kes seterusnya suami isteri yg alami sakit macam2, pelik dan misteri, ringkas cerita setelah diubat oleh ramai bomoh dan dukun di merata tempat, termasuk pagar rumah, keadaan makn menjadi2, rumah berbunyi macam2, nampak kelibat dsb. Mereka akui ada menggunakan pelbagai tangkal, azimat dan wafak yg diberikan oleh beberapa kpdnya semasa dirawat. Sy cuba fahamkan ttg penggunaan benda2 ni yg boleh membawa kpd syirik kalau dipercayai benda2 itulah yg berkuasa memberi perlindungan kpd kita, tak boleh bergantung pd benda tu, bahkan patut dikeluarkan dari rumah setelah ditawarkan dan dimusnahkan segala unsur negatif yg ad padanya dgn izin Allah. Ini mungkin salah satu sebab kenapa tidak sembuh. Mereka berjanji akan buang benda2 tiwalah, tamimah dan wafak, dibawa kemari untuk dibatalkan dulu.
Pengajaran:

Perut buncit tiba2, sakit misteri dan trick agar jin tertipu

Hari ni (Sabtu 11.02.12), pagi di DS sempat merawat kira2 18 orang dan malam pula 6 orang. Kebanyakan kes gangguan dan rasukan. Ada beberapa kes yang pelik. Antaranya seorang pesakit, pengendali kedai makan, bila diruqyah terdapat gangguan, lepas tu perutnya buncit tak semena-mena. Sy tanya dah pergi check hospitel ke apa ke, dia kata pergi check klinik tak ada apa-apa, x-ray pun tak ada apa-apa, oklah setelah diruqyah, perut mula kempes dan minta dia terus sapu air yg diruqyah di perut setiap malam sebelum tidur.
Kes kedua seorg pesakit kes ulangan, dulu jinnya yg berasal dari Siam dah pergi dah, dah masuk Islam. Kini yang baru dihantar, asal sempadan kat Perlis, dia marah sebab tak dapat makan babi iaitu sajian kegemarannya dan tuannya tidak bagi makan apa-apa, dia marah lalu menyakiti wanita ini. Seperti jin terdahulu, yg ni tak beragama, harganya lebih murah dari dulu. Bila tanya tentang Islam, dia tak tahu apa-apa, sy kata di Perlis takkan kamu tak tahu apa-apa ttg orang Islam. Dia diam sebentar kemudian berkata bahawa dia tahu Juanda. Sy tanya mufti tu ke. dia angguk. Setelah menerangkan serba sedikit ttg Islam dan akibat menzalimi manusia, juga tentang syurga dan neraka serta dirinya ditipu oleh manusia pengupah, maka dia sanggup, angguk. setuju terima Islam dan beriman kepada Allah. Sy tanya boleh kamu tunjukkan rupa kamu supaya dpt membezakan rupa kamu antara sebelum dan selepas Islam? rupa kamu sekarang amat buruk dan setelah Islam insyaAllah rupa kamu akan jadi cantik, dia setuju lalu tunjukkan rupanya, sy kata jangan duduk kat muka dia, kamu pergi kat situ (sy tunjukkan di belakang pintu), tiba-tiba pesakit sedar, pesakit kata jin tu dah pergi. Teringat bhw sy belum Islamkan dia, lalu sy panggil masuk balik dan dia masuk. Dia ni jin lelaki, diberi nama.(nama spt sy, dia yg minta).....setelah mengucap syahadatain, sy minta dia pergi belajar agama di sebuah surau iaitu..... Moga dia tidak menipu. Ini trick yg pernah dipraktikkan utk mengalih tumpuan jin dan minta dia keluar dari badan pesakit dan lepas tu kena terus ruqyah dgn doa hijab atau berkubu agar dia tak kembali memasuki badan pesakit dgn izin Allah.
Kes ketiga seorang permuda, berlaku masa memancing waktu mahgrib dkt westport, sblm tu kerja serba tak kena, nak tebang satu pokok bermasalah,mesin tiba2 berhenti, buat hal dsb, seolah2 tak bagi tebang, balik memancing, mukanya naik bengkak satu kepala sampai ke pipi macam kena kayap, amat sakit dan pedih, kat rumah sewa kawan dia dengar suara dia tapi dia tak ada, juga nampak kepala manusia serta kain kuning berbungkus kat katilnya, juga ada lembaga di situ.
Kes keempat setelah dirawat, jin ini tak mahu keluar, dia merayu sungguh2, dia suka sangat org ni, dah duduk sejak kecil, dia enggan keluar dan kalau satu masa tuhan engkau izinkan baru aku keluar (dia ckp kat sy). Sy kata tak blh macam ni, kamu dah zalimi dia, kalau kamu betul2 suka kamu tak akan zalimi dia, sakitkan dia. Oleh krn jin ini boleh keluar dan masuk dgn senang dari tubuh org ni, sy doakan agar Allah permudahkan kerja ini, satu masa yg sesuai keluarkan dia, kerja keluarkan jin bukan kerja manusia, manusia hanya pohon, itu hak dan urusan Allah, kalau ada perawat mendakwa dia yg keluarkan jin, itu tidak betul, perawat hanya berusaha, sembuh itu hak Allah. Jin yg satu ini berjanji dan bersumpah tidak akan menyakiti wanita ini walau sedikit pun, kalau dia berbuat demikian dia akan disiksa oleh Allah dgn azab yg pedih. Dia dah peluk Islam sebentar tadi, namanya .....Bolehkah kita pegang janji ini?. Manusia hanya berikhtiar, itu soal antara dia dgn Allah, kalau kita betul2 ikhlas, nescaya Allah maqbulkan permintaan kita (perawat dan pesakit serta jin tadi). Lalu diruqyah dan dia tak lagi menyakiti pesakit. Moga hal ini berterusan.

Peringatan: Jin adalah makhluk yg banyak tipu muslihat dan amat sedikit yg boleh dipercayai. Berhati-hatilah jangan mudah terpedaya.

Thursday, 9 February 2012

Ubat Fibroid dan cincin berisi

Hari ni Jumaat (10.02.2012), sy nak ke pejabat, ada beberapa temujanji hari ni. Sebelum pergi isteri tanya ubat fibroid utk pesakit si fulan tu dah siapke?, sy terlupa ada pesakit yg dah beberapa hari minta. Sy kata ok lah, minta isteri siapkan bahan-bahan tu utk dirumuskan. Utk fibroid sy gunakan bahan herba lebih 10 jenis, bergantung pd tahap penyakit yg dialami. Pesakit fibroid ni dulunya disahkan oleh doktor, saiz 6 cm x 4 cm, kena operate, tapi dia tak mahu, minta tangguh dulu, pernah sakit sampai tak blh bangun dan bergerak, lepas jumpa sy, diberikan ubat (sy declare sbg minuman kesihatan) dah ok, pergi buat check up, dianosis dsb, didapati makin kecil dan sakit berkurangan, dulu selalu tumpah darah sampai kena pakai cawat kain batik utk elak darah memancut keluar, kini dah tak berlaku lagi padanya, namun pesakit masih nak terus ambil dan minum ubat tu. Bagi sy ini antara contoh pesakit yg ada komitmen utk sembuh sepenuhnya. Sy sediakan ramuan dgn dos yg rendah berbanding dulu. Sy pernah rawat fibroid bersaiz 25 x 18 cm dan alhmdulillah, Allah berikan kesembuhan. Setiap pesakit yg datang biasanya sy tanya dah pergi ke klinik atau hospital ke, check dulu betul2, buat diagnosis, ct scan, biopsi dsb, kenali simptom dll. Bahan rawatan yg saya sediakan samada utk pesakit breast cancer, cyst, tyroid, fibroid, hemongioma, eczema. tuberculosis, diabetes, arteroklerosis dll penyakit kronik, sy anggap sebagai bahan makanan kesihatan atau bahan sapu, gosok dsb (bagi kes eczema, kayap) atau minum bagi cyst dan tyroid, juga bengkak kalenjar prostat bagi lelaki, keputihan dan senggugut bagi wanita dll. Termasuk juga yg ada masalah hamil atau kerap keguguran, ada banyak bahan yg boleh digunakan. Sebahagian besar bahan2 ada disebut dlm al-Quran dan hadith dan sebahagiannya dikenalpasti keberkesanannya menerusi analisis makmal seperti VCO (minyak kelapa dara) yg juga digunakan sebagai minyak selusuh utk wanita hampir bersalin. Buah Pinang (nama saintifik: areca catechu) misalnya amat mujarab utk pesakit breast cancer kerana keupayaannya menyingkir sel mcf-7 (sel kanser payudara) dlm tempuh 48 jam berbanding penggunaan biji aprikot.
Masa sy menaip blog ni. terima call dari seorg pesakit yg jumpa sy sabtu lepas di DS, katanya suami dia dah tak nak makan dan minum apa-apa kat rumah, tak lagi anggap dia sbg isteri dah. Sy kata cuba pujuk dia dtg bersama ke DS, utk temani sj, kalau tak dia x nak dtg. Sy diberitahu, suaminya pakai sebentuk cincin yg bermasalah, sebab sejak ada cincin tu yg x nak ditanggalkannya, bermulalah masalah dlm keluarganya...adakah cincin ini berisi sesuatu, hanya Allah yg mengetahuinya. ok sy tunggu suami isteri ini besok di DS.

Peringatan: Dalam tempuh rawatan jangan cepat berpuashati dan juga jangan cepat berputus asa. Kesembuha itu milik Allah swt dan dia yang menentukan bila akan sembuh. Sebagai [erawat dan pesakit kita hendaklah sentiasa berdoa kepadaNya.

Ketulan darah

Hari ni Khamis (9.2.12) cadang nak rehat sikit, namun terima banyak call dan sms ttg rawatan susulan, sy cakap nantilah kalau ada free, blh confirm kemudian. Lagipun pagi ni sy kena resmikan satu program di sebuah sek. men. di Puchong, kebetulan saya adalah YDP PIBG di situ sejak 7 th lepas dan kerap juga terima jemputan utk program mcm ni. Kes pertama dia cakap pernah jumpa saya disember 2011 kerana masalah period yg berterusan sejak kahwin, tak henti2, belum dapat anak walau lebih 8 th kahwin. Setelah dirawat dan diminta minum beberapa jenis ubat, dia kata haid terbaru  25 januari 2012 dan habis 2 februari 2012. Itu dah normal, cuma hari akhir keluar ketulan darah hampir sebesar hati ayam. Dia tanya macam mana, sy cakap insyaAllah episod gangguan haid dan pendarahan yg berterusan akan ok dgn izin Allah. Cuma rawatan elok secara istiqamah, kena teruskan minum air ruqyah dsb, jgn cepat leka dan puashati kerana penyakit yg berpunca gangguan boleh dtg kembali kalau kita leka dan lupakan pergantungan kpd Allah, elok diteruskan. Sy tak cakap kena jumpa sy, sebab ini berkaitan etika perawat, jangan offer diri dan jgn dorong pesakit jumpa kita, biarlah dia sendiri buat keutusan, dia dtg berubat dgn kehendak dan kerelaan dia sendiri. TG selalu berpesan pasal ini.
Kes lain pasal gatal semakin keronik, ini memang sy dah jangka sebab gatal disebabkan gangguan (sebab ramai doktor pakar dan periksa, macam2 ujian dan kaedah radiologi/radioterapi dilakukan, masih tidak diketahui puncanya, dan doktor sendiri minta berubat di DS. Isteri pesakit ini risau, sy kata itu antara simptom yg biasa berlaku, dlm seminggu biasanya oklah, teruskan sapu air zamzam yg diruqyah, namun sy tanya dah buatke sapuan pakai serbuk kulit pisang emas yg dijemur kering dan dirumus dgn bedak sejuk asli atau kapur kerang, dia kata belum lagi. Dlm hati berkata; patutlah sakit dan rasa gatal teruk, dia hanya guna daun mambu (daun mambu hanya utk elak gatal, bukan merawat penyakit kulit tu), sy dah pesan kena cari kulit pisang emas (serbuk) atau guna kayu sepang tapi dia belum buat.
Kes lain pasal tangkal yg menurut pesakit, bapa saudaranya di Singapura akan buang ke laut. Sy cakap nanti dulu, perlu dibatalkan dulu dan dibuang segala kesan menerusi ruqyah syar`iyyah, lepas tu nak buang ke , tanam ke bolehlah, jangan main hentam, nanti benda tu mengamuk, dia cakap akan bawa dari Singapura utk dibatalkan. Ok sy tunggu.
Peringatan: Setiap rawatan mesti istiqamah, jangan cepat berpuashati bila ok sikit, kena teruskan berdoa agar penyakit sembuh sepenuhnya. Kedua, bahan rawatan yg disyorkan hendaklah dipatuhi, jgn main mudah, termasuk minum dan sapu air yg diruqyahkan di samping solat hajat minta Allah swt sembuhkan segera. Ketiga, tangkal dan azimat hendaklah ditawarkan atau dibatalkan dulu sebelum dibuang atau dimusnahkan kerana dikhuatiri ia masih ada dampingan tertentu apabila diisi dlm upacara mementera dan menjampi benda2 tu, khususnya dari kalangan yg memiliki saka.

Wednesday, 8 February 2012

Singlet dan seluar pendek ketok

Rabu 8.2.12 , ada beberapa kes, termasuk yg ada temujanji tapi tak dpt datang manakala ada yg tiada temujanji tapi tiba2 muncul depan pintu. Drp 7 kes, ada dua yg agak serius dan blh dijadikan pengajaran dan kedua2nya melibatkan kes dgn pasangan masing2. Pertama masalah kemurungan, kebingungan dan kesedihan yg melampau kerana bekas isterinya kahiwin lain 2 hari lepas tanpa disangka2 sedangkan bekas isterinya sudah berjanji utk rujuk semula. Dia tak boleh lupa isterinya dan amat menyanginya walaupun isterinya bermain kayu tiga dan keluar dari rumah (nusyuz). Pendekatan kaunseling digunakan utk membantu lelaki ini dan nampaknya dia blh terima pandangan; dia harus bekerja krn anak2 amat memerlukannya, jangan membinasakan diri sendiri, terimalah ketentuan Allah swt, jangan biarkan anak2 menderita, kalau diikutkan hati yg hancur luluh, dia akan sakit jiwa dan boleh jadi gila. Mahukah dia jadi gila dan anak2nya seramai 5 org itu berbapakan seorang gila?. Dia blh terima nasihat dan moga Allah swt mengeluarkannya dari kekusutan fikiran dan kepedihan ini. Berdoa dan solat hajat antara tindakan yg boleh diambil utk tenangkan fikiran.
Kes kedua, inipun agak memeranjatkan. Sebuah teksi berhenti depan rumah dan pemandu, seorang India dtg minta tolong, katanya ada seorg perempuan Melayu dlm teksi, masalah besar dgn teman lelakinya yg tak nak bertanggungjawab, ajak kahwin tak nak dan dia seolah2 nak main-main saja. sy kata oklah sy cuba tolong dan minta dia pergi beli air mineral dulu, lepas tu dtg balik.
Sewaktu sy sedang ruqyah seorg pesakit tiba-tiba meluru masuk seorg perempuan pakai t shirt dan seluar pendek (kain jeans) singkat macam spendour saja, lalu duduk di kerusi kayu di ruang tamu. Ini kes berat, nasib baik cuma ada 3 pesakit lain masa ni yg nampak dia. Sy panggil isteri dan membisikkan agar diberi pakai kain batik dan tudung kepala pd perempuan tadi. Semasa sy meneruskan ruqyah pd pesakit lain, dia dah siap pakai kain batik sarung yg diberikan. Sy pergi kat dia dan tanpa apa masalah sebenar. Terkejut juga sy sebab dia memang pakai nama Melayu, asal Jawa Barat tetapi penganut Protestan dan umur 20 an. Dah lebih 1 tahun dtg kerja kat Malaysia. Dia tinggal bersama seorang lelaki cina pertengahan umur, beragama Budha di sebuah apartment tanpa ikatan perkahwinan, dah hampir setahun dan perempuan ini tak kerja, lelaki tadilah yg menyaranya dan mereka hidup bagai suami isteri. Menurutnya keluarganya di kampung tidak tahu hal ini dan keluarga cina tadi juga tak sukakannya. Yg jadi masalah dia ajak kahwin, pelbagai alasan diberikan, nak ditinggalkan lelaki tadi tak boleh sebab dia kata dah cinta sangat. Sy kata ramai lelaki Indon di sini tapi dia tak nak, lelaki cina ini baik katanya. Dia minta agar lelaki tadi sudi kahwin dgnnya dan tak ingat lagi dgn bekas kawan perempuan  cina tadi yg dah putus beberapa tahun lepas. Sy kata elok ajak cina tu pergi Medan atau Jakarta, kahwin sana ikut Kristian (masuk Budha lebih bermasalah), senyap2 dan balik Malaysia blh hidup bersama, hati pun senang. Dlm hati terlintas nak dakwah kpd Islam, namun ini bukan masa sesuai. Menurutnya nenek dia Islam tapi keturunan dia lepas tu semuanya Kristian, itupun hanya nama, tak patuhpun. Alang2 dah bawa air sy doakan agar Allah berikan petunjuk kepadanya dan jangan biarkan lelaki cina tadi ambil kesempatan...diminta dia dan cina itu minum air malam dan pagi agar terbuka hati untuk kahwin, kalau tidak maksiat akan terus berlaku dan juga agar Allah bukakan pintu hatinya kepada Islam. Kita boleh doakan agar dpt hidayah tapi tak boleh doakan agar Allah ampunkan dosa org bukan Islam. Katanya org Indonesia biasa saja kahwin Kristian dgn Islam, tapi dgn Budha jarang. Dua jam lepas sebelum blog ni ditulis, perempuan tadi sms katanya, selepas balik semalam, dia bagi minum air ruqyah pd cina tu dan kesannya yg lelaki cina tu terus tidur, lama....
Pengajaran: Jangan cepat putus asa dan belajarlah menerima takdir Allah swt kerana isteri itu adalah pinjaman, bila2 masa boleh diambil, bukankah jodoh itu ketentuan Allah, mungkin akan diganti dgn yg lebih baik. Kedua, kita sebagai perawat tidak boleh menolak kalau org bukan Islam meminta bantuan kita, asalkan utk perkara2 kebaikan dan ini kena dilakukan dgn cara paling berhikmah agar mereka menyenangi Islam dan niat berdakwah mesti ada.

PENYERTAAN KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI 1

INI ADALAH MAKLUMAN AWAL BERKAITAN KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI 1 YANG DIANJURKAN OLEH DARUSSYIFA' MALAYSIA.

1. TARIKH: 1-2 DISEMBER 2012
2. PARA PENGAMAL, PENYELIDIK, AHLI AKADEMIK DSB DIPELAWA MENULIS DAN MEMBENTANG  KERTAS KERJA PADA KONGRES TERSEBUT DALAM SUB-BIDANG BERKAITAN PENGUBATAN DAN KESIHATAN BERDASARKAN TIBB AL-NABAWI.
3. KONGRES INI TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERMINAT KHASNYA DARI KALANGAN NEGARA-NEGARA SERANTAU.
4. PARA PENGENDALI DAN PERAWAT DI PUSAT-PUSAT RAWATAN YANG MENJALANKAN KAEDAH RAWATAN YANG TIDAK MENYALAHI SYARIAT ISLAM DIGALAKKAN MENYERTAINYA.
5. PENYERTAAN ADALAH TERHAD DAN MEREKA YANG MEMBUAT PENGESAHAN AWAL BERPELUANG MENYERTAINYA.
6. KONGRES INI AKAN DIADAKAN SELAMA 2 HARI DAN DIJANGKA SEBANYAK 18 KERTAS KERJA UTAMA MENCAKUPI PELBAGAI ASPEK AKAN DIBENTANG DAN DIBINCANGKAN.
7. KONGRES INI JUGA AKAN MENAMPILKAN 2 UCAPTAMA OLEH TOKOH PENGUBATAN ISLAM DI NEGARA INI DAN DI LUAR NEGARA.

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 0136720840

Tuesday, 7 February 2012

KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI 1

Adalah dimaklumkan bahawa satu Kongres Pengubatan Islam di peringkat serantau akan diadakan sekitar bulan ogos 2012. sesiapa yang bercadang untuk menyertainya baik sebagai pembentang mahupun sebagai peserta, bolehlah hubungi talian berikut untuk maklumat lanjut. 0136720840

Bayi Usia 3 bulan Bercakap

Hari ni (6.2.12) Isnin, cuti umum, sy ke HUKM ziarah ahli keluarga yg masuk wad setelah buat operation pangkreas, masa di situ, sy terima sms wanita yg sakit nak bersalin di Hospital Labuan dahpun bersalin. Pagi tadi sy doa lagi (kaedah telepathy) agar sakitnya hilang dan bukaannya yg ketika itu hanya 3cm moga bertambah dan moga dia bersalin mudah dan cara normal. Ini semuanya kehendak Allah dan dia selamat bersalin bayi perempuan 3.5 kg. Selepas ziarah sy teruskan perjalanan ke lokasi yg diberikan oleh seorg pesakit agar ke rumahnya utk merawat bayinya serta rumah yg dia sendiri tak snggup tinggal di situ kerana ada gangguan. Ringkas cerita masuk saja ke rumah, saya tinjau beberapa tempat dan ada 3 tempat yg mendebarkan, menyeramkan, sy perhati keadaan rumah dan ternyata ada banyak azimat dan wafak (kertas bertulisan pelbagai gaya dan huruf) dilekatkan di semua tempat dan penjuru rumah. Tuan rumah cakap wafak dan azimat tersebut diberikan oleh beberapa org ustaz yg merawat keluarganya sebelum ini. So, bila digelar ustaz, dia pun percayalah. Di pintu masuk dan keluar rumah ada tapak kuda (ladam) yg dipebuat dari logam yg dah berkarat di sangkut di atas pintu, ada 4 semuanya dan lain-lain. Sy minta ditanggalkan kesemuanya dan dikumpulkan utk dibatalkan. Sy perhatikan tanda-tanda lebam di bayi dan ibunya, lebam2 ini sekejap ada, sekejap tak ada.
Sy tak berhajat nak cerita keseluruhan episod rawatan di sini, cuma ada satu perkara yg cukup memelikkan dan tak terfikir dek akal, inilah sesuatu yg tidak pernah sy alami dan mungkin juga rakan2 perawat lain. Bayi 3 bulan bercakap. Itulah yg terjadi pd bayi ini. Bayi ini ada gangguan dan dia bercakap dengan suara yg bukan telor kanak-kanak. Jelas dan nyata. Dia kata pada ibunya: Maa, maa,  ada hantu,sana ada hantu, sambil tuding jari ke arah ruang tengah atas rumahnya (tempat tangki air). Memang di tempat tu ada beberapa wafak dan penyepit buluh (seperti penyepit ayam percik) yg sebelum tu sy minta turunkan. Hal ini adalah pertama kali berlaku pada sy sebagai perawat. Sy teruskan rawatan dan sapu air ruqyah di beberapa tempat lebam di badannya, mohon Allah selamatkan dia dari gangguan dan jangan dikacau ganggu lagi bayi ni selepas ni. Kesian  usia dia baru 3 bulan tapi dah dipergunakan oleh makhluk halus. Moga2 tak berlaku lagi pada bayi ini, biarlah dia bercakap ketika usianya munasabah. Sy pun tak berhasrat nak cerita panjang kalau ditanya hal ini kerana ada sesuatu yg patut dirahsiakan demi mengelak aib seseorang.

Pengajaran: Kita hendaklah sentiasa memohon agar diselamatkan oleh Allah dari segala gangguan berpunca dari manusia mahupun bukan manusia dnn jangan disangka kanak-kanak terselamat dari gangguan, mentang-mentang akalnya masih mentah dan mindanya belum matang. Hal ini tidak mustahil berlaku dan kes ini adalah antara buktinya...satu lagi jangan pakai azimat, tangkal dan jampi mentera yg menyeru nama-nama makhluk halus walaupun dilakukan oleh perawat bergelar ustaz, Hadith sahih menyebut" Bahawa jampi mentera, tangkal dan azimat adalah perbuatan syirik.