Blogger Templates

Wednesday, 8 February 2012

Singlet dan seluar pendek ketok

Rabu 8.2.12 , ada beberapa kes, termasuk yg ada temujanji tapi tak dpt datang manakala ada yg tiada temujanji tapi tiba2 muncul depan pintu. Drp 7 kes, ada dua yg agak serius dan blh dijadikan pengajaran dan kedua2nya melibatkan kes dgn pasangan masing2. Pertama masalah kemurungan, kebingungan dan kesedihan yg melampau kerana bekas isterinya kahiwin lain 2 hari lepas tanpa disangka2 sedangkan bekas isterinya sudah berjanji utk rujuk semula. Dia tak boleh lupa isterinya dan amat menyanginya walaupun isterinya bermain kayu tiga dan keluar dari rumah (nusyuz). Pendekatan kaunseling digunakan utk membantu lelaki ini dan nampaknya dia blh terima pandangan; dia harus bekerja krn anak2 amat memerlukannya, jangan membinasakan diri sendiri, terimalah ketentuan Allah swt, jangan biarkan anak2 menderita, kalau diikutkan hati yg hancur luluh, dia akan sakit jiwa dan boleh jadi gila. Mahukah dia jadi gila dan anak2nya seramai 5 org itu berbapakan seorang gila?. Dia blh terima nasihat dan moga Allah swt mengeluarkannya dari kekusutan fikiran dan kepedihan ini. Berdoa dan solat hajat antara tindakan yg boleh diambil utk tenangkan fikiran.
Kes kedua, inipun agak memeranjatkan. Sebuah teksi berhenti depan rumah dan pemandu, seorang India dtg minta tolong, katanya ada seorg perempuan Melayu dlm teksi, masalah besar dgn teman lelakinya yg tak nak bertanggungjawab, ajak kahwin tak nak dan dia seolah2 nak main-main saja. sy kata oklah sy cuba tolong dan minta dia pergi beli air mineral dulu, lepas tu dtg balik.
Sewaktu sy sedang ruqyah seorg pesakit tiba-tiba meluru masuk seorg perempuan pakai t shirt dan seluar pendek (kain jeans) singkat macam spendour saja, lalu duduk di kerusi kayu di ruang tamu. Ini kes berat, nasib baik cuma ada 3 pesakit lain masa ni yg nampak dia. Sy panggil isteri dan membisikkan agar diberi pakai kain batik dan tudung kepala pd perempuan tadi. Semasa sy meneruskan ruqyah pd pesakit lain, dia dah siap pakai kain batik sarung yg diberikan. Sy pergi kat dia dan tanpa apa masalah sebenar. Terkejut juga sy sebab dia memang pakai nama Melayu, asal Jawa Barat tetapi penganut Protestan dan umur 20 an. Dah lebih 1 tahun dtg kerja kat Malaysia. Dia tinggal bersama seorang lelaki cina pertengahan umur, beragama Budha di sebuah apartment tanpa ikatan perkahwinan, dah hampir setahun dan perempuan ini tak kerja, lelaki tadilah yg menyaranya dan mereka hidup bagai suami isteri. Menurutnya keluarganya di kampung tidak tahu hal ini dan keluarga cina tadi juga tak sukakannya. Yg jadi masalah dia ajak kahwin, pelbagai alasan diberikan, nak ditinggalkan lelaki tadi tak boleh sebab dia kata dah cinta sangat. Sy kata ramai lelaki Indon di sini tapi dia tak nak, lelaki cina ini baik katanya. Dia minta agar lelaki tadi sudi kahwin dgnnya dan tak ingat lagi dgn bekas kawan perempuan  cina tadi yg dah putus beberapa tahun lepas. Sy kata elok ajak cina tu pergi Medan atau Jakarta, kahwin sana ikut Kristian (masuk Budha lebih bermasalah), senyap2 dan balik Malaysia blh hidup bersama, hati pun senang. Dlm hati terlintas nak dakwah kpd Islam, namun ini bukan masa sesuai. Menurutnya nenek dia Islam tapi keturunan dia lepas tu semuanya Kristian, itupun hanya nama, tak patuhpun. Alang2 dah bawa air sy doakan agar Allah berikan petunjuk kepadanya dan jangan biarkan lelaki cina tadi ambil kesempatan...diminta dia dan cina itu minum air malam dan pagi agar terbuka hati untuk kahwin, kalau tidak maksiat akan terus berlaku dan juga agar Allah bukakan pintu hatinya kepada Islam. Kita boleh doakan agar dpt hidayah tapi tak boleh doakan agar Allah ampunkan dosa org bukan Islam. Katanya org Indonesia biasa saja kahwin Kristian dgn Islam, tapi dgn Budha jarang. Dua jam lepas sebelum blog ni ditulis, perempuan tadi sms katanya, selepas balik semalam, dia bagi minum air ruqyah pd cina tu dan kesannya yg lelaki cina tu terus tidur, lama....
Pengajaran: Jangan cepat putus asa dan belajarlah menerima takdir Allah swt kerana isteri itu adalah pinjaman, bila2 masa boleh diambil, bukankah jodoh itu ketentuan Allah, mungkin akan diganti dgn yg lebih baik. Kedua, kita sebagai perawat tidak boleh menolak kalau org bukan Islam meminta bantuan kita, asalkan utk perkara2 kebaikan dan ini kena dilakukan dgn cara paling berhikmah agar mereka menyenangi Islam dan niat berdakwah mesti ada.

PENYERTAAN KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI 1

INI ADALAH MAKLUMAN AWAL BERKAITAN KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI 1 YANG DIANJURKAN OLEH DARUSSYIFA' MALAYSIA.

1. TARIKH: 1-2 DISEMBER 2012
2. PARA PENGAMAL, PENYELIDIK, AHLI AKADEMIK DSB DIPELAWA MENULIS DAN MEMBENTANG  KERTAS KERJA PADA KONGRES TERSEBUT DALAM SUB-BIDANG BERKAITAN PENGUBATAN DAN KESIHATAN BERDASARKAN TIBB AL-NABAWI.
3. KONGRES INI TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERMINAT KHASNYA DARI KALANGAN NEGARA-NEGARA SERANTAU.
4. PARA PENGENDALI DAN PERAWAT DI PUSAT-PUSAT RAWATAN YANG MENJALANKAN KAEDAH RAWATAN YANG TIDAK MENYALAHI SYARIAT ISLAM DIGALAKKAN MENYERTAINYA.
5. PENYERTAAN ADALAH TERHAD DAN MEREKA YANG MEMBUAT PENGESAHAN AWAL BERPELUANG MENYERTAINYA.
6. KONGRES INI AKAN DIADAKAN SELAMA 2 HARI DAN DIJANGKA SEBANYAK 18 KERTAS KERJA UTAMA MENCAKUPI PELBAGAI ASPEK AKAN DIBENTANG DAN DIBINCANGKAN.
7. KONGRES INI JUGA AKAN MENAMPILKAN 2 UCAPTAMA OLEH TOKOH PENGUBATAN ISLAM DI NEGARA INI DAN DI LUAR NEGARA.

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 0136720840

Tuesday, 7 February 2012

KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI 1

Adalah dimaklumkan bahawa satu Kongres Pengubatan Islam di peringkat serantau akan diadakan sekitar bulan ogos 2012. sesiapa yang bercadang untuk menyertainya baik sebagai pembentang mahupun sebagai peserta, bolehlah hubungi talian berikut untuk maklumat lanjut. 0136720840

Bayi Usia 3 bulan Bercakap

Hari ni (6.2.12) Isnin, cuti umum, sy ke HUKM ziarah ahli keluarga yg masuk wad setelah buat operation pangkreas, masa di situ, sy terima sms wanita yg sakit nak bersalin di Hospital Labuan dahpun bersalin. Pagi tadi sy doa lagi (kaedah telepathy) agar sakitnya hilang dan bukaannya yg ketika itu hanya 3cm moga bertambah dan moga dia bersalin mudah dan cara normal. Ini semuanya kehendak Allah dan dia selamat bersalin bayi perempuan 3.5 kg. Selepas ziarah sy teruskan perjalanan ke lokasi yg diberikan oleh seorg pesakit agar ke rumahnya utk merawat bayinya serta rumah yg dia sendiri tak snggup tinggal di situ kerana ada gangguan. Ringkas cerita masuk saja ke rumah, saya tinjau beberapa tempat dan ada 3 tempat yg mendebarkan, menyeramkan, sy perhati keadaan rumah dan ternyata ada banyak azimat dan wafak (kertas bertulisan pelbagai gaya dan huruf) dilekatkan di semua tempat dan penjuru rumah. Tuan rumah cakap wafak dan azimat tersebut diberikan oleh beberapa org ustaz yg merawat keluarganya sebelum ini. So, bila digelar ustaz, dia pun percayalah. Di pintu masuk dan keluar rumah ada tapak kuda (ladam) yg dipebuat dari logam yg dah berkarat di sangkut di atas pintu, ada 4 semuanya dan lain-lain. Sy minta ditanggalkan kesemuanya dan dikumpulkan utk dibatalkan. Sy perhatikan tanda-tanda lebam di bayi dan ibunya, lebam2 ini sekejap ada, sekejap tak ada.
Sy tak berhajat nak cerita keseluruhan episod rawatan di sini, cuma ada satu perkara yg cukup memelikkan dan tak terfikir dek akal, inilah sesuatu yg tidak pernah sy alami dan mungkin juga rakan2 perawat lain. Bayi 3 bulan bercakap. Itulah yg terjadi pd bayi ini. Bayi ini ada gangguan dan dia bercakap dengan suara yg bukan telor kanak-kanak. Jelas dan nyata. Dia kata pada ibunya: Maa, maa,  ada hantu,sana ada hantu, sambil tuding jari ke arah ruang tengah atas rumahnya (tempat tangki air). Memang di tempat tu ada beberapa wafak dan penyepit buluh (seperti penyepit ayam percik) yg sebelum tu sy minta turunkan. Hal ini adalah pertama kali berlaku pada sy sebagai perawat. Sy teruskan rawatan dan sapu air ruqyah di beberapa tempat lebam di badannya, mohon Allah selamatkan dia dari gangguan dan jangan dikacau ganggu lagi bayi ni selepas ni. Kesian  usia dia baru 3 bulan tapi dah dipergunakan oleh makhluk halus. Moga2 tak berlaku lagi pada bayi ini, biarlah dia bercakap ketika usianya munasabah. Sy pun tak berhasrat nak cerita panjang kalau ditanya hal ini kerana ada sesuatu yg patut dirahsiakan demi mengelak aib seseorang.

Pengajaran: Kita hendaklah sentiasa memohon agar diselamatkan oleh Allah dari segala gangguan berpunca dari manusia mahupun bukan manusia dnn jangan disangka kanak-kanak terselamat dari gangguan, mentang-mentang akalnya masih mentah dan mindanya belum matang. Hal ini tidak mustahil berlaku dan kes ini adalah antara buktinya...satu lagi jangan pakai azimat, tangkal dan jampi mentera yg menyeru nama-nama makhluk halus walaupun dilakukan oleh perawat bergelar ustaz, Hadith sahih menyebut" Bahawa jampi mentera, tangkal dan azimat adalah perbuatan syirik.

Perawat santau terkena santau

Hari ni (4.2.12) sabtu, rawatan di DS Bangi agak memenatkan, byk kes2 gangguan baik bayi, kanak2 dan orang dewasa bahkan nenek. Sy tak nak cerita yg lain2 kecuali yg satu ini sebab banyak pengajaran yg boleh diambil. Pesakit ini (seorang wanita) sebelum ni dah lama berkhidmat sebagai perawat di salah sebuah pusat rawatan DS di luar Selangor, khasnya rawatan keracunan (santau). Nak jadi cerita, ketika dia tak berapa sihat, maklumlah usianya dah 60 th, ada org datang minta tolong, maka dia tolonglah buat rawatan santau, ini berlaku kira2 sebulan lepas, sejak itu dia tak lagi merawat kerana sakit teruk, ditangkapnya (serangan) pada belakang, belikat ke pinggang dan turun ke kaki sehingga ke hujungnya, seluruh bagan lemah, macam bisa seluruh badan, menyucuk2, seakan2 seluruh bisa santau terkumpul dalam badannya. Sebelum ini dia cuba dapatkan rawatan di salah sebuah pusat rawatan DS, namun ketua perawat di situ yg juga pengerusi pusat rawatan meminta beliau ke DS Bangi dan berjumpa seseorang (perawat). Tiba giliran beliau masuk ke bilik tempat saya merawat, bilik ICU (Intensive Care Unit). Sy suka merawat di bilik ini sebab ada 2 set katil dan tandas di dalam, senang kalau ada kes2 kecemasan dan kerasukan, lagipun kurang bising. Setelah duduk depan saya, sy tanya pasal simptom dan hal2 berkaitan sakitnya, dia ceritalah secara ringkas, katanya dia dah pergi ke  pusat rawatan tu, tapi ketua perawat di sana minta datang ke sini jumpa saya (disebut nama saya). Dlm hati sy kata kenapa jadi begini, semua perawat di DS sama saja di segi kebolehan, bahkan pengalaman sy tidaklah lebih byk berbanding ramai perawat2 senior di situ. Tapi tak apalah, mungkin ketua perawat tu tahu sy biasa handle kes macam ni. Tak apalah, mula saja meruqyah, sy merasai getaran yg luar biasa, badan pesakit menggigil, menggeletar dan bergoncang2, sy merasa seolah2 ada aliran memasuki badan sy, sy kuatkan semanagat dan terus baca ruqyah pelemah dan pembatal sihir, baca ayat hantar balik santau dll, badan sy rasa lega kembali, akhirnya pesakit longlai dan sy minta suami dan anaknya papah dan baringkan dia di katil bersebelahan, selimutkan dia dan biar dia berehat kira2 20 minit. sementara itu sy teruskan merawat pesakit2 lain. Antaranya pesakit gangguan tegar, usia dah 31 th belum kahwin, perempuan, tangannya menyentap bila2 masa, seluruh badan sakit, pinggang, dada, perut, mengah, lelah, tersekat sesuatu di leher, macam meletup bawah rahang, dagu, menyhucuk2 semua sendi, mimpi2 ngeri setiap malam, rasa macam nak bunuh diri dan nak bunuh orang lain. Setelah selesai handle pesakit ini sy minta seorg perawat wanita yg senior teruskan ruqyah  pesakit (perawat) wanita yg sebelumnya tadi kerana ada beberapa poin sulit yg sy sebagai perawat lelaki tk boleh sentuh, dia faham dan teruskan bacaan...akhirnya nampak ok dan minta pesakit ini balik dan teruskan amalan2 susulan untuk pemulihan.
Malam, ada 4 kes yg dikendalikan, ada yg ringan dan ada agak kritikal.   

Pengajaran: Para perawat hendaklah buat persiapan rapi di segi rohani dan jasmani keran ada situasi di mana perawat patut menahan diri dari merawat dan kembali merawat setelah keadaan ok. Jangan main pakai redah saja, asal saja org minta tolong, ditolongnya, sedangkan diri sendiri ketika itu, tidak sihat ketika itu. Ini boleh mengundang bahaya dan risiko, apatah lagi utk kes2 berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus. Tuan Guru selalu ingatkan, kalau ada tanda2 tertentu, hentikan dulu rawatan, buat persiapan, kuatkan rohani dan jasmani dulu, kalau keadaan nampak dah ok, line clear, smooth, maka teruskan rawatan. kalau tidak perawat mungkin akan diserang bertalu-talu sehingga tak sempat menepis dan akhirnya menerima padah, lebih teruk dari pesakit yg kita rawat. Mungkin pesakit pula yg merawat perawat.

Saturday, 4 February 2012

INFO KHAS UNTUK AHLI DARUSSYIFA'

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA DARUSSYIFA’ AKAN MENGANJURKAN KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI KE 1 (KOPI-01) YANG DIJANGKA AKAN BERLANGSUNG PADA BULAN OGOS 2012. BERIKUTAN ITU, KAMI MEMPELAWA MANA-MANA AHLI YANG BERMINAT DAN SECARA SUKARELA UNTUK MEMBANTU MELAKSANAKAN KONGRES TERSEBUT. NYATAKAN MAKLUMAT ANDA (Nama penuh, no. ahli, no. telefon, emel, pekerjaan dan bidang kepakaran/pengalaman anda) DAN EMELKAN KEPADA SAYA (abdullahyusof61@gmail.com) ATAU SMS 013-6720840. Mesyuarat pertama akan diadakan dalam tempuh terdekat.

T.KASIH

DR. ABDULLAH YUSOF
(Pengarah Kongres –KOPI-01)

Thursday, 2 February 2012

Tidur bercakap, menyucuk perut, menangis dan gangguan

Hari ni (2.2.12) ada appointment dgn 6 keluarga, tak termasuk sorg wanita yg hamil, kini di Hospital Labuan.
Kes pertama, seorang nenek 78 th, tinggal sorang di selatan tanah air, anak2 jenguk kalau cuti, dibawa kemari utk dirawat, ada cerita berkaitan sanak saudara di kg yg masih meneruskan amalan pelik2, nenek ni masa di kg cakap sorang2, jerit2 dan selalu tak sedar apa berlaku, diebetes dah 20 th, pernah anaknya ambil barang2 lama peninggalan nenek moyang yg disimpan sejak zaman Jepun termasuk keris dan beberapa kertas bertulis jawi-arab yang sukar dikenalpasti, namun tercatat banyak perkataan ganjil, ini dinamakan wafak.
Kes kedua, wanita muda dah berkahwin namun belum dikurniakan anak, malam sakit perut macam kena cucuk, beralih2 tempat, serign kebas satu badan, loya dsb, tidur tak lena, muntah, mimpi pelik2.
Kes ketiga, nakanya berusia 3 tahun kerap menangis, seolah2 ketakutan bila berada di rumah, sering batuk, teruk dari jam 1-6 pagi, masa siang tinggal di rumah pengasuh, ok. ibunya cakap selalu ada benda/lembaga hitam menghempap, terutama ketika di bilik utama. Janji ke rumahnya utk memagar/membersih rumah bila ada free.
Kes keempat, seorang bawa mak mertuanya, 56 th, ada gangguan, bengkak dan keras kaki kiri dari lutut ke kaki, sukar bangun, kebas dan solat atas kerusi, ada diebetes dan suntik insulin. Stelah dirawat wanita ini mengamuk/merasuk seolah2 menjengkel biji mata menyua ke arah saya, marah setelah diruqyah, sy teruskan ruqyah dan menjangka hal ini akan berlaku, dah lama dirawat dgn pelbagai jenis kaedah, namun ini kali pertama ahli keluarganya menyaksikan dia merasuk kerana gangguan, taklah sy nak cerita dari mana gangguan itu, cuma sy beri beberapa nasihat agar keluarga ini pulih dari gangguan. Lepas itu rawat suaminya, sy syakki ada gangguan namun sy ruqyah yg ringan2 sebab nampaknya beliau kurang bersedia dan sy pun tak mahu bila menderam nanti, banyak rahsia yg keluar, tidak elok waktu ini. Seterusnya dirawat anak perempuannya yg sudah berkeluarga, merasuk lagi, agak ganas, degil dan suka menipu, adakalanya mirip masalah psikologi. Akhirnya ok dan saya beri daun bidara utk dibuat mandi. Saya nasihatkan keluarga ini agar bersepakat dalam mencari kesembuhan dan mereka pun berikrar tidak akan mendatangi mana-mana bomoh lagi termasuk yg memakai gelaran ustaz tapi mengamalkan perkara yg merosakkan aqidah.

Pengajaran: Masalah tinggalan barangan lama daripada org2 yg dulunya menyemah, menjamu/menyajikan utk makhluk2 halus perlu ditangani dengan cermat. Elok dibuat pemutus perjanjian tanpa syarat2 yg merugikan manusia dan bebaskan makhluk2 ini dari ikatan perjanjian yg dibuat oleh nenek moyang sekiranya ada.

Wednesday, 1 February 2012

Kayap, Olok-olok dan Sendawa

Semalam (1.2.12) rawatan taklah memenatkan sangat, agak ringan. Pesakit pertama mengadu kena kayap dah disahkan oleh pihak hospital. Kayap ni disebabkan virus, samada kayap ular, tali pinggang, tapak kucing dsb, antara bahan yg sy syorkan ialah kapur kerang sama rumput sambau atau kayu sepang diasah, basuh dgn air rebusan patawali dulu, tapi pesakit hanya bawa air mineral dan air zam-zam. Sy beri dia muntah belut utk dilumur di kawasan kena kayap, air zam-zam utk minum dan disapu sebelum comor muntah belut.
Kedua, satu keluarga, masalah dia dan suami masih ada gangguan tidur dsb, juga anaknya yg enggan masuk kelas, sampai sekolah saja buat hal, pura-pura muntah, buat keras tak bergerak macam pengsan, mengadu sakit dan enggan bercakap, dibawa balik elok terus, hal ini kerap dilakukan, ibunya hilang punca dikatakan anaknya buat olok-olok dan beliau mati akal memikirkannya.
Ketiga seorang isteri yg keadaannya bertambah baik berbanding dulu, namun masih ada sesak nafas, sukar tidur mlm dan sering sendawa. Beberapa bulan dulu saya beri beberapa jenis herba untuk direbus dan minum, saya tanya dah habis ke herba tu direbus. Suami isteri berpandangan sesama sendiri dan berkata: Belum lagilah ustaz. Oh patutlah, ubat periuk tu elok direbus dan diminum utk membuang angin dalam badan sebab disyakki banyak angin yg terperangkap dalam badan. Sy kata elok balik nanti, rebus dan minum secara istiqamah agar penyakit hilang dgn izin Allah swt. 

Peringatan: Ruqyah dan guna bahan rawatan hendaklah dibuat secara istiqamah sehingga pesakit benar2 merasa sudah sembuh dan terhindar dari segala macam gangguan.

Keris, golok dan sampah

Semalam (31.1.12) spt dijanji, dtg pesakit dgn kakak dan abg ipar serta mak dan cucu2nya. Yg bermasalah abg iparnya, gatal2 seluruh badan setelah balik dari mandi2 laut di Teluk Batik, Lumut, dah 2 hari, check hospital, ambil darah xde apa. Setelah itu dirawat pula mak mertua dia, umur dah lebih 70th, nampak sihat berbanding dulu tapi masih sakit, dia terpaksa tinggalkan suami kerana mengamalkan perkara pelik, tak nak solat dsb. Suaminya ada simpan keris dan golok warisan dan mendakwa mengetahui apa yg org lain nak buat ke atasnya termasuk anaknya sendiri, dia pula hidup tak terurus, kotor, sampah berselerak dlm rumah khasnya tahi kucing yg banyak dibelanya. Dia tinggal sorang2, anak cucu tak suka dan dia sendiri tak berapa suka org lain ada bersama. Dilawati anak2 dua minggu sekali.Ok kembali kepada isterinya (nenek) yg dh diceraikan ini, setelah 2 minit diruqyah tiba2 menyentak, seolah2 ada benda mengejut keluar, sy merasakan ada sesuatu di luar rumah, meluru keluar lalu baca doa berkubu, ruqyah diterusnya, tiba2 datang suara beri amaran keras jangan kacau dan  ganggu dia, dia suka org ni, dah lama dah ada sama dia. Oh, itu taktik lama, dia mengaku Islam tapi sy tak percaya, ada sebab2nya, sy dpati dia menipu, poin rusuk kanan bawah sy pegang dan mengena, bertempik kesakitan dan meracau2, sy tak peduli, sy beri amaran baliklah kpd tuan kamu, kamu ditipu dan buang masa, kalau tidak Allah akan seksa dan sakiti kamu kerana menzalimi manusia, dgn izin Allah kamu boleh musnah terbakar, dia berkeras, poin lain sy pegang dan dia macam menggelupur, akhirnya mengaku nak keluar, dgn izin Allah pesakit sedar dan berkali2 mengucapkan terima kasih  pd sy, saya kata bersyukurlah kepada Allah kerana Dialah penyembuh sebenar, manusia hanya berikhtiar.

Peringatan: Berhati-hati dgn keris atau senjata yg dianggap ada kuasa sakti, apatah lagi sering dipuja dan diperasap utk dptkan hajat sesuatu. Apa yg dpt sebenarnya penderitaan, keluarga pecah belah, cerai berai dsb. Juga jangan kotorkan tempat tinggal kita kerana jin, syaitan dan iblis sukakan tempat2 kotor dan busuk. Namun bapanya (bekas suami wanita tadi) sengaja biarkan kotor, tambah lagi anaknya balik 2 minggu sekali utk mengemas, namun dia tidak berubah, percayakan keris dan benda 2 pelik dan warning anak2 jgn buat benda yg dia tak suka..iaitu cuba mengubati dia. 

Informasi Terpilih

Peringatan
i) Umat Islam digalakkan untuk mengkaji dan menganalisis dengan lebih mendalam perkara-perkara yang berhubung dengan bidang perubatan ini, samada untuk menghasilkan ubat-ubat yang lebih mujarrab ataupun untuk mengenal pasti teknik-teknik rawatan dan pengesanan penyakit (diagnosis) yang lebih baik ataupun lain-lainnya, insyaAllah.


Ini berpandukan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:





"Kalimah yang bijaksana ialah barang yang kehilangan dari seorang yang bijaksana. Di mana saja ia mendapatinya, dialah yang lebih berhak memilikinya."
(Ibn Majah dan Tirmidhi)


Berhubung dengan ini Hasan Al-Banna telah berkata: "Islam membebaskan akal mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam sekeliling. Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan ahli-ahli ilmu. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah adalah suatu barang yang hilang daripada seorang mukmin di mana saja beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak memilikinya. Sesungguhnya usaha-usaha yang seperti ini adalah merupakan suatu ibadah.
ii) Kadang-kadang di dalam proses pengubatan, para doktor terpaksa membuat keputusan-keputusan penting. Umpamanya ia terpaksa memilih satu di antara dua cara untuk mengubati seseorang pesakit sedangkan kedua-dua cara pengubatan itu mempunyai risiko dan kemudaratan yang tersendiri. Sebagai contoh, persoalan samada perlukah suatu pembedahan yang berisiko tinggi dilakukan ataupun dibiarkan sahaja si pesakit dengan keadaannya, yang mana ini juga mempunyai risiko yang tinggi.


Kaedah yang mesti dipegang ialah:-"Harus mengambil yang ringan di antara dua kemudaratan."
Sekiranya seseorang doktor tidak ada pilihan melainkan terpaksa memilih satu di antara dua bentuk pengubatan yang sama sama memudaratkan, hendaklah dipilih cara pengubatan yang kurang memudaratkan dibandingkan dengan cara yang lainnya. Sebagai contoh, Rasul pernah menyuruh dua sahabat Baginda memakai sutera untuk mengubati penyakit gatal mereka. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


Walaupun jelas mengikut kacamata syari'at, memakai sutera bagi lelaki adalah memudaratkan kerana ianya haram, tetapi ianya merupakan kemudaratan yang lebih ringan jika dibandingkan dengan kemudaratan yang akan menimpa jika dibiarkan penyakit gatal-gatal ini berterusan! Lantas Rasul telah memilih kemudaratan yang lebih ringan dengan mengizinkan kedua-dua orang sahabat Baginda itu memakai sutera untuk seketika.



Pembedahan (Operation)
Pada ketika-ketika diperlukan, Islam mengizinkan pembedahan dilakukan ke atas pesakit.
Menurut satu hadis:

"Nabi telah menghantar seorang tabib kepada Ubai ibn Kaab yang sedang sakit. Tabib itu telah memotong saluran darahnya dan kemudian menyelar (cauterize). (Muslim)
Menurut satu hadis yang lain:
Abdullah ibn Abbas telah berkata: "Nabi telah berbekam dan telah memberi upah kepada si pembekam darah. (Bukhari dan Muslim)
Berbekam bererti memotong satu bahagian badan untuk mengeluarkan darah daripadanya. Kesemuanya ini menunjukkan harus memotong badan pesakit untuk mengeluarkan darah dan melakukan pembedahan pembedahan lain dalam usaha untuk mengubati pesakit.
Menyapu Ubat Di Atas Kulit (Topical Application)
Rasul pernah berubat dengan cara menyapu ubat di atas kulit yang dihinggapi oleh penyakit. Menurut satu hadis:
'Tidak mengenai Rasulullah sesuatu luka ataupun duri melainkan disapukan inai diatasnya."
(al-Tirmizi)

Memasukkan Ubat Ke Dalam Rongga-Rongga Badan.
Harus juga memasukkan ubat ke dalam rongga-rongga badan sekiranya ia diperlukan untuk mengubati sesuatu penyakit. Sesungguhnya Nabi telah menyuruh mengubati sejenis penyakit bernanah di antara hidung dan halkum dengan memasukkan ubat ke dalam rongga hidung pesakit itu. (Abu Daud)
Di dalam hadis yang lain: Seorang wanita telah diserangi penyakit di bahagian matanya, lantas berkatalah Abdullah ibn Mas'ud: "Sekiranya kamu melakukan seperti mana yang dilakukan oleh Ar-Rasul ini lebih baik untuk kamu dan lebih layak untuk sembuh iaitu kamu memasukkan air ke dalam mata kamu dan berkata: Jauhilah penyakit. Wahai Tuhan bagi manusia, sembuhilah penyakit kerana Kamulah Yang Maha Penyembuh dan tidak ada ubat melainkan ubat kamu, penawar yang tidak akan meninggalkan penyakit."
(Ahmad, Ibn Majah dan Hakim)
Lantas harus memasukkan ubat-ubat ke dalam rongga-rongga badan seperti hidung, mata, telinga dan lain-lainnya sekiranya ini diperlukan untuk merawati sesuatu penyakit.
Memakan Ubat
Satu bentuk rawatan yang telah ditunjukkan oleh Rasul ialah memberi ubat-ubat untuk dimakan oleh pesakit-pesakit (oral medication).
Menurut satu hadis: Seorang sahabat telah datang memberitahu Rasul bahawa saudaranya sedang diserang oleh penyakit cirit-birit. Maka Nabi pun menyuruh agar diberikan madu kepada saudaranya, untuk dimakan. Akan tetapi penyakit cirit-birit saudaranya itu tidak berkurangan malah semakin bertambah buruk. Sahabat ini telah menjumpai Rasul sebanyak tiga kali mengadukan perkara ini dan di setiap kali perjumpaan itu, Rasul menyuruh agar diteruskan memberi madu. Pada kali yang keempatnya, Nabi pun bersabda: "Allah bercakap benar dan perut saudaramu yang ber- dusta." Lantas diberikan madu untuk kali yang keempatnya, maka baiklah penyakit saudaranya itu.
(Bukhari dan Muslim)
Berpantang Ketika Sakit
Islam menyuruh mereka yang sedang mengidap sesuatu penyakit, berpantang daripada apa-apa saja, yang akan menyemarakkan dan menambahkan lagi serangan sesuatu penyakit itu.Mengikut satu riwayat:- "Rasulullah telah memasuki rumah Ummu Munzir bersama Saidina Ali. Saidina Ali ketika itu sedang hampir sembuh daripada penyakitnya. Rasulullah pun bangun mencapai buah-buah tamar yang tergantung di dalam rumah itu untuk dimakannya dan Saidina Ali pun turut bangun untuk mengambil buah tamar seperti yang dilakukan oleh Ar-Rasul.
Lantas Ar-Rasul pun bersabda kepada Saidina Ali: "Sesungguhnya kamu hampir-hampir sembuh daripada penyakit!" Saidina Ali pun tidak jadi memakan buah-buah tamar itu. Ummu Munzir pun memasak bubur gandum dan menjamu mereka dengannya. Bersabda ArRasul kepada Ali: "Makanlah ini. Ia lebih bermanfaat untuk kamu."
(Abu Daud, Ibn Majah dan Tirmizi)

Di dalam hadis yang lain, Suhaib telah berkata aku pun datang kepada Rasulullah, dan di hadapan Baginda ketika itu terhidang roti dan buah tamar, Bersabda Ar-Rasul: "Marilah dan makan." Maka aku pun mengambil buah tamar dan terus memakannya." Bertanya Ar-Rasul: "Adakah kamu memakan buah tamar sedangkan mata kamu sedang sakit?"
(Tirmidhi dan Al Hakim)

Walau bagaimanpun, jika si pesakit berselera untuk memakan makanan yang sepatutnya dipantangi, maka berikanlah sedikit makanan itu kepadanya. Jangan dihalangi sama sekali daripada menjamahnya, kerana andaikata dihalangi ini akan mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kemudaratan apabila ia memakan sedikit sahaja daripada makanan itu. Satu ketika Saidina Ali telah datang kepada Nabi dan ketika itu dia (Saidina Ali) sedang sakit mata. Di hadapan Rasul ketika itu terhidang buah-buah tamar yang sedang dimakannya. Bersabda Rasul "Ya Ali, adakah kamu teringin kepada buah tamar ini?" (Abu Nuai'm dan Ibn Majah - Hadis Hasan) Maka Rasul memberikan sebiji-sebiji buah-buah tamar kepadanya hingga genap tujuh biji. Selepas itu Baginda bersabda: "Cukuplah setakat ini" (Abu Nuai'm dan Ibn Majah -- Hadis Hann)
Adapun tentang makanan-makanan lain yang tidak harus dipantangi oleh si pesakit, berikanlah apa saja yang disukainya.
Satu ketika Ar-Rasul telah memiarahi seorang sahabat yang sedang sakit dan bertanya kepadanya: "Apakah makanan yang kamu terasa suka untuk memakannya?"
Jawabnya: "Aku teringin hendak memakan roti gandum."
Kemudian bersabda Ar-Rasul:
"
Sesiapa yang mempunyai roti gandum, maka hantarlah ia kepada saudaranya."
"Sekiranya seseorang pesakit di antara kamu berkehendakkan sesuatu berikanlah makanan itu kepadanya."
(Ibn Majah)
Kesimpulannya:- Sekiranya si pesakit perlu dipantangi daripada sesuatu makanan, janganlah diberikan makanan itu kepadanya. Tetapi kalau ia berkeinginan juga untuk menjamahnya berikanlah sedikit makanan itu kepadanya. Adapun makanan-makanan lain berikanlah mengikut kesukaannya.
Menganalisa Untuk Memastikan Punca Penyakit
Pada dasarnya Islam (di bidang perubatan) menerima hakikat bahawa tanda-tanda zahir penyakit (symptoms) yang sama bukan bermakna punca dan sebab penyakit juga adalah sama. Perhatikanlah apa yang Ar-Rasul sabdakan tentang darah istihadah:
"Ia adalah berpunca dari saluran darah dan bukanlah ia darah haid..."
(Bukhari dan Muslim)
Daripada ini jelas menunjukkan, walaupun seseorang wanita boleh mengalami keadaan keluamya darah daripada farajnya, akan tetapi sebabnya mungkin berbeza. Satu disebabkan oleh penyakit disaluran darah yang di panggil sebagai istihadah dan sebab yang lain ialah haid. (Diseases with the same symptoms but different causes).
Islam menekankan aspek memastikan punca penyakit untuk tiap-tiap penyakit terlebih dahulu sebelum diberikan ubat. Ini disebabkan, sekiranya ubat yang salah di berikan kepada pesakit, akibatnya lebih membahayakan daripada mendatangkan kemanfaatan. Oleh itu ubat yang diberikan mestilah mampu, dengan izin Allah, mengubati punca sesuatu penyakit (cause), bukan hanya mampu mengurangkan tanda-tanda zahir penyakit itu (symptomatic treatment).
Perhatikanlah sabda Rasul tentang penyakit yang dibawa oleh lalat:

"Jika terjatuh lalat di dalam bekas (air atau minuman) seorang di antara kamu, maka hendaklah dibenamkannya kemudian dikeluarkannya, kerana sesungguhnya salah satu daripada dua sayapnya mempunyai penawar dan sayapnya yang lain mempunyai penyakit." (Bukhari)
Di dalam hadis ini, Ar-Rasul memberi isyarat tentang kepentingan menghapuskan punca penyakit dengan ubat yang tertentu. Ar-Rasul tidak menyuruh sahabat-sahabat Baginda membiarkan saja racun dari lalat itu dimakan dan kemudian apabila kelihatan tanda-tanda racun itu dibadan (symptoms), maka terus diubati sahaja tanda-tanda zahir itu. Akan tetapi Ar-Rasul menyuruh kita memusnahkan punca penyakit ini dari awal-awal lagi, dengan menyuruh sahabat- sabahat membenamkan lalat itu didalam bekas makanan ataupun minuman. Ini merupakan suatu peringatan tentang kepentingan memusnahkan punca penyakit di dalam usaha-usaha pengubatan.

Mengikut hadis yang lain riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi telah mengubati penyakit sihir yang menimpa Baginda dengan mengeluarkan bahan-bahan sihir daripada sebuah perigi dan kemudian membuangnya. Ini juga merupakan petanda bahawa pengubatan sesuatu penyakit mestilah bermula dengan memastikan puncanya terlebih dahulu dan kemudian menghilangkan atau memusnahkan punca atau penyebab sesuatu penyakit itu.
Lihatlah pula perkataan Imam Ibn Qaiyim tentang cara pengubatan penyakit pening:- "Dan cara pengubatannya berbagai-bagai kerana pelbagaian jenis dan sebab-sebabnya. Ada bentuk pening yang memerlukan pembuangan sesuatu benda dari badan. Ada yang memerlukan makanan-makanan (tertentu)..."
Perkataan Ibn Qaiyim menunjukkan kepada kita tentang kepentingan memastikan punca sesuatu 'symptom' (tanda penyakit) sebelum memulakan rawatan. Kesamaan'symptoms' penyakit-penyakit bukan bermakna kesamaan punca!. Lantas tidak salah bagi umat Islam mengujudkan makmal-makmal tertentu untuk memeriksa umpamanya, air kencing, air ludah dan sebagainya untuk memastikan punca sesuatu penyakit, sekiranya ini diperlukan. Begitulah juga diharuskan penggunaan X-ray, alat-alat ultrasounds dan lain-lainnya untuk menentukan sebab sesuatu penyakit ketika ini diperlukan.
Pengasingan Atau Isolation/Quarantine
Islam telah mengutarakan konsep pengasingan (iaitu mereka Yang sakit tidak boleh bergaul dengan mereka yang sihat terutamanya di dalam pengubatan penyakit-penyakit berjangkit).
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Sekiranya kamu terdengar taun menyerang di suatu tempat, jangan kamu memasuki tempat itu. Dan sekiranya kamu berada di suatu tempat dan taun menyerang, jangan kamu keluar daripadanya." (Bukhari dan Muslim)
Menggembirakan PesakitPesakit perlu diberikan semangat dan kekuatan psikologi. Ini akan menghilangkan perasaan putus asa. Jangan sekali-sekali dikatakan kepadanya: "Awak sudah tidak ada harapan lagi!"
Telah bersabda Ar-Rasul:
"Tatkala kamu menziarahi seseorang pesakit hilangkanlah kerisauannya tentang ajalnya. Walaupun ini tidak dapat menolak sesuatu, tetapi ia dapat menenangkan jiwa.
(Ibn Majah dan Tirmidhi)
Di samping itu mintalah si pesakit mendoakan kita, kerana doanya dimakbulkan Allah.
Telah bersabda Ar-Rasul:
"Apabila kamu menziarahi seseorang pesakit, suruhlah dia berdoa untuk kamu, kerana sesungguhnya doanya seperti doa malaikat." (Ibn Majah)
Namun di institusi-institusi perubatan sekarang, sering kita melihat para doktor, jururawat-jururawat dan lain-lainnya mengherdik dan menengking pesakit-pesakit, Ini cukup menyedihkan bukan menggembirakan mereka.
Ikrar Perawat
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani
Saya bersumpah demi Allah ... Yang Maha Agung
Bahawa saya akan mengingati Allah di dalam menjalankan tugas saya
Bahawa saya akan melindungi nyawa manusia di semua peringkat dan di dalam semua keadaan, melakukan dengan seberapa daya saya untuk menyelamatkannya dari maut, penyakit, kesakitan dan kegelisahan ..
Bahawa saya akan menjaga kehormatan semua orang, melindungi perkara-perkara peribadi dan mengunci rahsia mereka ..
Bahawa saya akan sepanjang masa memperhambakan diri kepada belas kasihan Allah, memberikan khidmat perubatan saya kepada yang dekat dan yang jauh, yang baik dan yang berdosa serta kawan dan lawan .. Bahawa saya akan berusaha di dalam mengejar pengetahuan dan menggunakannya untuk manafaat dan bukan untuk merosakkan manusia ..
Bahawa saya akan menghormati guru saya, mengajar perawat dibawah saya dan menjadi saudara kepada pengamal perubatan lain dan bekerjasama di dalam semangat ketaqwaan dan kebajikan ..
Bahawa saya akan menghidupkan keimanan saya semasa berseorangan atau di khalayak ramai, mengelakkan perkara yang boleh mencemarkan saya pada pandangan Allah, RasulNya dan orang beriman yang lain. Semoga Allah menjadi saksi kepada ikrar ini.
KERAHSIAAN PROFESIONALOrang-orang yang beriman diperintahkan menyimpan rahsia orang lain ... lebih-lebih lagi jika orang itu seorang doktor, kerana orang akan memberitahu rahsia dan meluahkan perasaan kepada doktor mereka dengan rela hati, yakin dengan kerahsiaan profesional yang dipegang oleh profesion perubatan semenjak awal zaman lagi. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa tiga ciri-ciri orang munafik ialah: "Bila dia bercakap dia bohong, bila dia berjanji dia mungkir dan bila disuruh pegang amanah dia khianati". Seorang doktor hendaklah merahsiakan seketatnya segala maklumat yang diperolehinya melalui penglihatan, pendengaran atau secara kesimpulan. Semangat keIslaman juga memerlukan butir-butir di dalam undang-undang patut menekankan hak pesakit untuk melindungi rahsia mereka yang telah diluahkan kepada doktor. Pengkhianatan keatas amanah ini akan menjejaskan imej amalan perubatan, selain dari menjauhkan kumpulan tertentu dari mendapatkan bantuan rawatan perubatan.

(maklumat di atas dipetik dari tulisan Dr Daniel Zanal Abidin dengan melakukan suntingan)