Blogger Templates

Monday, 21 May 2012

Janin 4 bulan mati, tak keluar

19.05.12 (Sabtu)

Kes2 hari ini tidaklah mencabar sangat, namun agak sulit dan rumit. Kes pertama ibu yg hamil 4 bulan dan anak dlm kandungan meninggal, namun dah seminggu tak keluar, do Hospital Serdang. Doktor kata dah ada tulang dan ini anak ke5. Sebelum tu keluar ketulan darah sahaja.
Kedua seorg isteri  mimpi beremuka dgn ular, digigit, sejak Mei tak boleh tidur sehinggal 2.30 pagi, kaki habis kena gigit, kesan kat kedua2 peha, sedar bersih dgn air garam, lepas tu hilang, nak tidur balik perasaan ada benda kat luar sliding door tapi benda tu tak dpt masuk bilik. Juga ular hadap muka dia, dibaca yasin, ular tu pecah, lalu kedua2 pehanya merah. Juga mimpi gunung ganang, masuk bukit, tunggu kat bus stop, ular masa tu nak berdiri lalu diketuknya kepala ular, bas sampai dia naik. Kemudian mimpi jumpa org jawa, menjerit dan buka silat, lalu dia terajang kaki org itu.
Kes lain prpm kerja KLC C , masalah dgn suami dia yang tak nak bayar hutang RM250K, dulu tak boleh tidur langsung, skrg dah boleh tapi belum sempurna, kerja dah ok, sy beri nasihat perundangan agar dia dpt selesaikan masalah dgn suami.
Seterusnya pesakit dari Muar, prpm 65 th, gangguan masa tidur, terkejut, tarik2, badan lemah, letih, kaki berdenyut2, tak selesa. Juga kanak2 usia 4 th, selalu demam, tonsil selalu bengkak, selalu masuk dan keluar wad. Kemudian kes pening kepala, hari2 sakit, meta jadi kelabu.
Kes berikut seorg doktor pakar, usia 33 th, ada ketumbuhan (tumor ) di ovari, dah buat kemo, kini dia disahkan paru2 berair, kuman berebak ke paru2. Dia pakar radiologi dan pensyarah perubatan di sebuah hospital terkemuka di KL. Adik dia juga seorang doktor, belum dpt jodoh.
Berikut kes prpm 31 th, ketumbuhanm (cyst) belakang rahim sebelah kanan berukuran 3 cm. Doktor lain pulak kata tak ada apa-apa, sekarang ada bengkak dan doktor cadang operate pada 11.6.12 nanti.
Seterusnya budak prpm 3 th, anak sulung tunggal, tidur menangis, asyik berang, selalu tendang, ludah, mengamuk dll, dah 3 minggu macam ni. Bapanya juga ada sakit kaki sebelah kiri dan sakit belakang.

Malam pula ingat nak tengok final FA (Kelantan vs Sime Darby) namun dtg mengejut beberapa pesakit, pesakit lama, diruqyah tubuh dia bergoyang tapi dah byk ok berbanding dulu. Suami dia juga sakit belakang dan pinggang.

Kehidupan Makhluk Halus

17.05.12 (Khamis)

Pagi, ada pesakit kes ulangan, sejak 23 hari lepas tak boleh tidur mlm, pedih ulu hati, muntah2, kalau tidur setiap jam terkejut.

Petang dan malam sy curi masa utk rehat sikit, buat kajian ttg kehidupan makhluk halus, sifat, gelagat, aktiiviti dan tipuhelah makhluk halus, khasnya jin, syaitan , bunian dan makhluk yg mendakwa berasal dari ruh2 si mati. Adalah tidak sesuai utk diceritakan di sini sebab boleh mengundang pelbagai persepsi negatif, selain positif.

Trama akibat diliwat

16.05.12 (Rabu)

Masalah pelajar lelaki, 16 th, lari dari sekolah pondok kat Kuala Ketil, ikut kawan. Dia masa usia 3 th, pernah dioperate, sambung urat perut yg diambil entah dari mana, sejak itu selalu sakit, degil, keras hati dan tak dengar kata. Masa tngkatan 1 ada org buat tak senonoh kat dia, liwat dia masa tidur, hingga jadi fobia dan trauma. Setelah lari dari sekolah, nenek dia dan mak saudara ambil dia di Manjoi, dia tak balik rumah mak dia, kini di bawah jagaan nenek dan mak saudara dia , akan disekolahkan di sekolah agama kat sini, moga dia berubah. Masa di sekolah pondok dia tak minat langsung, tapi ibubapa suruh dia belajar situ, dia memberontak, solat pun malas, asyik nak berkawan.

Pesakit berikut, pesakit ulangan yg dah lama, bertahun tak dtg, kini dtg kerana ada sikit2 sakit lama berulang, dia dtg dgn suami dan anak.

Pinggang ke bawah tak boleh sentuh

14.05.12 (Isnin)

Pesakit ulangan, dulu tak oleh berjalan, kini dah boleh namun kena papah, ada gatal2 badan, berpindah2 tempat, bisa2 dari lutut ke bawah, anak dia juga gatal2, lebam2 macam kena cubit, suaminya, pemandu teksi namun selalu gayat masa pandu teksi takut2, berdebar dan rasa risau kalau melalui jln2 yg tinggi dsb. Anak dia yg lain, prpm, 17th, sekolah agama, ditimpa was2, kalau ambil wuduk berkali2, solat tak pernah khusyuk, selalu dibisikkan bahawa yg dibuat tu tak sah, so, kena ulangi berkali2, masalah ini sejak tahun lepas. Kemudian anak lelaki , 15 th, dan adiknya 7 th, asyik demam tak sembuh2.

Pesakit kanak2 lelaki 9 th, anak kenalan satu taman, masalah kaki, rasa pedih dan nyilu, sejak jumaat lepas, susah nak berjalan sebab dari pinggang ke bawah sakit menyucuk2, bisa sampai tak boleh sentuh langsung.

Wednesday, 16 May 2012

Alam Misteri

Banyak kes2 yg dianggap misteri atau ghaib yg dilaporkan baik secara lisan mahupun menerusi media. Sebahagian org mempercayainya dan sebhg org mengatakan karut, mustahil, tahyul dan khurafat. Bukan mudah utk memahami hal ini jika tidak memiliki ilmu atau pengetahuan berkaitan. Umum mengetahui makhluk berakal yang dijadikan oleh Allah selain manusia ialah golongan jin. Kedua2 golongan ini adalah makhluk yg berakal, ada kehidupan, ada nafsu, keinginan berkeluarga, makan minum, bekerja dsb. Mereka berkongsi bumi ini, iaitu ruang  yg sama dgn manusia, kecuali alam berlainan. Antara perbezaan besar antara dua golongan ini ialah manusia tidak nampak mereka sedangkan mereka boleh melihat manusia. Hal ini jelas disebut dalam al-Qur'an. Menafikan kewujudan mereka dan menidakkan campurtangan mereka dlm kehidupan manusia adalah satu kesilapan dan kejahilan. Mereka umpama CCTV yg boleh memerhati setiap aktiviti manusia di mana-mana juga, bila-bila masa, selain mereka juga diberikan keupayaan tertentu yg tidak dimiliki oleh manusia biasa. Semua ini bagaimanapun dgn kehendak dan izin Allah. Surah al-Baqarah (surah 2; ayat 3) sendiri menegaskan kita wajib beriman (percaya) dgn perkara2 ghaib.  

Tuesday, 15 May 2012

Hantu Kubur Suka Seluar Putih

13.05.13 ( Ahad Mlm)

Siang tadi ada pesakit call nak dtg berbekam, sy kata nantilah ada masa sesuai sy beritahu, sebab berbekam ni ada masa2 dan tarikh2 yg sesuai berbekam, tidak elok dibuat sesuka hati, lagipun kalau buat bekam, tidak boleh bercampur dgn pesakit2 lain. Maka waktu siang adalah pilhan.

Pesakit prpm, 30 th, mimpi hantu, tak boleh tidur, slps balik kerja melalui kaws kubur yg agak sunyi, dkt maghrib, naik motor pakai seluar putih, sedangkan selama ni tak pakai seluar warna putih, sampai rumah sangkut seluar tu kat pintu, mlm mimpi nampak hantu, celik mata nampak hantu kat seluar, seluar macam hantu, bnngun ambil seluar dan campak , sejak tu dia tak boleh tidur dlm gelap. Sejak Februari lepas inilah dia selalu mimpi nampak muka hantu, kejar dia, kemudian rasa ada tangan hantu kedua2 belah letak atas bahu dia.

Berikut pesakit prpm, 61 th, dari Kg Telosan Pasir Putih, dtg tumpang rumah anak, sakit lutut, pinggang, tak blh tidur, sakit2 sendi, teruk dari pinggang ke bawah, dah 1 bulan, pernah pergi mengurut namun tetap sakit. Juga suami pesakit ini yg tak lalu makan.

Seterusnya Prpm, 38 th, dari Jln Ipoh, sakit jari kaki kanan no. 2, nai ke atas sakit, ke pinggang, belakang, panas dan sakit kepala, ini dah 1 minggu, tersepak sesuatuk masa nak keluar rumah, sakit berdenyut2, macam kena pisau, ditoreh2, hairannya tak bengkak atau berdarah, tapi sakit giler, suami baru dia juga tak sedap badan.

KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA

13.05.12 (Ahad)
Ada program di sebuah masjid sebelah pagi, namun sy tak dapat hadir kerana ada meeting di tempat lain dan ada juga pagi ni hari keluarga jabatan, juga tak dpt hadir, dah beritahu P.A. Meeting ini sy terpaksa hadirlah kerana sy akan mempengerusikannya, selaku pengarah Kongres Pengubatan Islam Nusantara yg akan berlangsung pada 1-2 Disember 2012. Meeting ini juga diisi dgn bengkel dan didapati hasilnya amat baik dan berkesan, para ajk nampak bertambah semangat, tak sabar2, cuma yg belum confirm sekarang ialah tarikh yg dicadangkan krn sy kena jumpa TGUH dulu utk dptkan endorsement, sedangkan TGUH sejak pulang dari San Francisco petang semalam (setelah 42 hari di sana) masih perlu berehat beberapa hari lagi. Sy minta menantunya memanjangkan hasrat ini, insyaAllah perkara ini akn selesai secepat mungkin. Tujuan sy cerita ini supaya para pelawat blog ini yg berminat bolehlah menyertainya baik sebagai peserta mahupun sbg pembentang. Sy menjangkakan berpuluh2 kertas kerja akan dibentangkan meliputi pelbagai sub-topik berkaitan pengubatan Islam.
Nak tahu lanjut pasal kongres, klik tajuk AKTIVITI.

Daun Sireh dan VCO

12.05.12 (Ahad mlm)

Sepupu jiran sy, ada masalah payudra semakin mengecil, dah dtg beberapa hari lepas, kali ni dtg bawa beberapa helai sireh dan minyak VCO. Utk merawat masalah n,i sy gunakan kombinasi kaedah tradisional dgn ruqyah syar`iyyah. Daun sireh dan VCO akan didoakan dahulu termasuklah air, pesakit cuma kena panaskan @ layur daun sireh  ( yg telah disapu minyak VCO @ boleh juga guna minyak zaitun), setelah itu tekapkan permukaan atas daun sireh ke payudara kedua2 belah yg diserta doa2 tertentu, sehinggalah daun2 tersebut sejuk, kemudian ulangi sampai 3 kali. Kaedah ini perlu dibuat 3 hari berturut.  Biasanya VCO ni sy buat sendiri utk diberikan kpd pesakit2 berkaitan, namun sejak beberapa bulan kebelakangan tidaklah sempat sy membuatnya, bukan saja ia kerja rumit namun kadang2 tidak menjadi kerana kelapa tidak berapa elok, maka sy syorkan pesakit pergilah ke farmasi utk beli minyak VCO ini.

Seterusnya pesakit prpm, kes ulangan, kali ini bawa suami, dulu dia ada masalah keluarga dgn suaminya , 38 th, yg bermain kayu tiga, tak pedulikannya, ikut prpm lain, tak nak balik rumah dsb. Sy nampak pasangan suami isteri agak ceria, bahagia dan tiada tanda2 wujud pertelagahan. Isteri dia kata, sejak berubat beberapa bulan lps, kini suaminya dah pulih, dah dpt hidup bersama dan sudah meninggalkan prpm org ketiga tu. Dia nak sambung air dan minta doakan agar suaminya tak mengulangi tabiat buruk dulu. Ini kali pertama saya jumpa suaminya, sebelum ni isterinya dtg dgn anak atau kawannya.

Pesakit lain, bapa serg kenalan, bekas pelajar perubatan Islam, namun belum merawat, mungkin krn kurang yakin, belum bersedia dsb. Dia kata sakit ini akan bermula sepelas jam 10 pagi, lps tu akan sakit2 sampai ke malam. Tidur juga didatangi macam2 benda, mimpi berserabut dsb, adakalanya tidur terkejut2, sedar, lps tu rasa macam lembek.

Slps itu ada dua beranak, kes ulangan , manakala anaknya pula, prpm 18 th, asyik tersengih2, tak bercakap dan nampak malu2. Dia dikatakan akan makan seolah2 tak kenyang2, kalau makan seolah2 makanan itu tersangkut dan tidak jatuh ke perut.

Sunday, 13 May 2012

Memonyok utk kumpul tenaga

12/05/12 (sabtu)

Hari ni sy tak dpt bertugas sepertimana biasa di DS Bangi kerana ada Hari Kelurga MASWAPEM di Tmn Tasik Dato' Keramat. Setiap tahun kami ahli2 keluarga akan berkumpul  beberapa kali utk berbagai2 acara demi meningkatkan silaturrahim. Bilangan ahli keluarga setakat th 2011 adalah seramai 3870 org, dan bilangan ni dah dijangka melebi 4 ribu th ni sebab ada ramai kelahiran tahun ini dan banyak perkahwinan dilangsungkan setiap tahun.  Kami bertuah dilahirkan dlm keluarga besar dan berjaya pula menyediakan data base ahli yg lengkap. Ni bukan nak cerita pasa acara hari keluarga , tapi pasal benda lain.

Acara tahun ini, sy bagi peluang pada anak2 ambil bahagian, acara dewasa juga isteri turut serta, sy hanya memerhati dan mengambil peluang bersembang dgn ahli2 dewasa, tak byk aktif macam th2 terdahulu. Rehat memang rehatlah, tapi dah jadi rutin bg sy, kalau tak merawat barang sehari jadi letih, lesu, apatah lagi hari sabtu ada beberapa pesakit kronik nak jumpa sy hari ini, kes susulan, namun tak dpt penuhi kecuali mlm nanti.  Sy cuba buat monyok atau memonyokkan diri kerana itu adalah satu cara utk menjimatkan tenaga dan mengumpulkan kekuatan dalaman bagi digunakan kemudian nanti. Ada beberapa org tegur sy, kenapa ni tak masuk acara,, sakitkah, tak nak join acara kah? ...Sy cuma jawab...tiada org yg tak sakit, kita kena mengaku, apatah lagi kalau kita terlibat mengubati org. Kita ini manusia biasa, bukankah sakit itu adalah ujian Allah. Ramai yg tak faham ttg hal ini, semakin ramai kita merawat org, semakin banyak potensi kita mendapat sakit, bukan saja penyakit fizikal, malahan spritual. Selain kawan dan kenalan yg ramai kita perolehi, juga semakin ramai musuh kita kumpulkan. Musuh ini bukan saja dari kalangan manusia (bomoh. dukun, pawang dsb), bahkan bukan manusia. Sy mengaku isteri sendiri tidaklah memahami sepenuhnya hal ini, sedangkan dia menyaksi sendiri sy mengubati beribu2 org. Dia berkata seakan berbisik: mengubat org,  tapi diri sendiri pun sakit. Sy hanya diam... moga suatu hari dia memahami. Dlm hati sy kata, Nabi saw sendiri sakit, para sahabat sakit, ahli keluarga Nabi saw sendiri sakit, tapi sy diam saja, moga satu hari nanti dia faham . TGUH sendiri sakit, petang ni beliau sekeluarga sampai dari San Fransisco, setelah mendapat rawatan di sana selam 42 hari. TGUH sendiri telah merawat lebih suku juta pesakit (ikut anggaran sy), jadi kalau sekali sekala diri sendri sakit, perkara biasalah. Sy yg cuma merawat baru beberapa ribu pesakit ini pun, biasalah kalau sekali sekala agak letih dan kurang bermaya, namun kalau berdepan dgn pesakit, sy rasa keletihan itu terbang melayang.

Memang sy cuba nak nampakkan diri letih, monyok, tak nak banyak bergerak sana sini, duduk diam, makan-makan, minum, dan melayan org2 yg tegur sy, itu saja. Kalau masuk bidang ini ada beberapa pantang atau perkara yg dulunya kita selalu buat, namun kini kena membataskan  diri atau berhati-hati, antaranya makan minum di tempat2 awam (yg ramai org mengenali kita, kecuali majlis kahwin, keagamaan atau kematian), atau kerap ke pasar, supermarket dsb, bukan tak boleh tapi kena bataskan. kenapa?. Memang sukar nak jelaskan di sini. Samada org yg dekat dgn kita faham atau tidak, bukan perkara penting lagi...cuma kena berhati-hati. Sy perlukan persiapan mental dan fizikal yg cukup utk menghadapi situasi yg sukar dijangka malam nanti.

Meeting AJK2 DS Seluruh malaysia

11.05.12 (Jumaat)

Mlm, beberapa temujanji terpaksa dipostpone sebab ada meeting bersama AJK DS Negeri2 seluruh  Malaysia. So, rehat sikit mlm ni.