Blogger Templates

Thursday, 19 April 2012

Jin tukar channel TV

31.03.12 (Sabtu)
Hari ini sepertimana lazim bertugas di DS, namun ada AGM PIBG ke 16. Selaku YDP kenalah sy hadir, lagipun sy dah berjanji akan lepaskan jawatan, tak nak dicalonkan lagi, cukuplah setelah 7 tahun memimpin PIBG di sebuah sek. menengah. Ingatkan mlm lega, nak rehat sikit, namun ada 6 keluarga nak dtg berubat, terima sajalah setakat yg mampu.

Kes2 ini kebetulan agak berat dan memenatkan. Antaranya seorg ibu bawa anak angkat yg tak mahu makan minum, batuk tengah2 mlm, tidur main2 gigi dsb. Dia sendiri tak ada zuriat setelah 12 th kahwin sebab selepas kahwin terus sakit sampai sekarang. Perempuan ini juga setiap bulan keluar ketulan darah, tiap2 bulan sejak kahwin. Sy hanya ruqyah anaknya walaupun terdetik di hati, masalah sebenar ada pada mak dia.

Kes lain Satu keluarga juga mengadu sakit dan maalah ganggauan keluarga khasnya di rumah. Isteri dia gatal dan bengkak kaki, dah lama berubat tak sembuh2 dan doktor2 pakar hairan sbb tak tahu punca. Suaminya pula syakki ada saka sebab mlm slalu diganggu, mimpi budak kecik, bagi org makan nasi berlauk daging babi, mimpi ular, monyet dll, kaki selalu kejang, lebam terutama di rusuk kiri. nampak kelibat, bayang hitam, anak2 juga kena. Dlm rumah bunyi2 guli, pasir , kerusi ditarik, juga buka TV dan tukar channel sedangkan tiada sesiapa depan TV. Dia selalu mimpi ada benda ikut dari belakang, serieus sejak setahun lepas. Mak saudara dia, dianggap mak angkat, dah meninggal pernah bagi baju utk letak dlm kereta sebagai pelindung, 3 hari kemudian dia rasa sesuatu dan dibuang di sungai, campak pada 2010. Mak saudara dia ni memang susah nak mati. Isteri dia pulak ada ulser urat, dah operate.

Kes lain seperti kaki kedua2 belah pans dari lutut ke bawah, tak boleh tidur, kes sesak nafas, juga kes peskit gangguan yg jinnya mendakwa suka seorg staf tempat kerjanya, juga guru, yg dikatakan ada jin yg lebih kuat dari jin pada org ini. Juga kes seorg guru yg pernah terima kain kuning pemberian seorg wak dari Madura.

Selain itu pesakit, lelaki dtg mengadu tekanan darahnya naik tak turun2, walaupun dah makan ubat. Sy ukur 180/100. Lepas diruqyah, rehat sekejap, diukur balik bacaan turun ke 140/90, lps tu minta dia kerap minum air ruqyah dan bungkus kepala dgn kain yg dilembabkan dgn air tersebut, kena istiqamah.

No comments:

Post a Comment