1.4.12 9 (Ahad)
Malam, ada beberapa kes, antaranya isteri ke2 yg ingin memohon zuriat, dia hanya tahu jadi isteri kedua selepas kahwin, namun terpaksa terimalah. Isteri pertama suaminya lebih tua 10 th dari suaminya dan dia sendiri 10 tahun lebih muda, so jarak usia dia dgn isteri pertama 20 th.
Kes lain seseorg yg pernah dtg dua th lepas berubat, kali ni dia bawa bekas jiran dia, seorg peniaga asal Thailand, usia 40 th, dah kahwin ada 5 anak, isteri warga sini, usia 36 th. Dulu belajar di timur tengah, pernah berniaga makanan, kini buat tavel agency, pakej umrah. Dia kenal isteri masa masih belajar iaitu ketika cuti kerja part time bantu rombongan Haji di Mekah, ini dah lama, hampir 15 th lepas, lps kahwin menetap di Malaysia bersama isteri yg kini bekerja di sebuah syarikat. Ringkas cerita isteri dia ini sudah terjerat dgn godaan seorg pelajar dari Teluk, usia baru 24 th dan dia sendiri 36 th, ada 5 anak. Perkenalan tidak sampai 1 bulan membawa kedua2 terlanjur sebanyak 3 kali, dlm kereta isterinya. Isteri dikatakan sudah insaf dan ingin bertaubat, masalahnya dia tidak boleh melupakan lelaki itu. suaminya pula amat menyayanginya dan tidak mahu isteri dia meninggalkan dia kerana dia fikir masa depan anak-anak. Isteri bercelaru fikiran, namun dia mengaku sukar melupakan lelaki itu. Kenapa ??? (hal ini tak boleh diceritakan sama sekali). Suaminya cuba mencari bukti dan suatu mlm ketika tersempak isterinya bersama lelaki itu, ditumbuknya lelaki itu sehingga menimbulkan kekecohan di tempat tersebut. Di sinilah isterinya mengaku segala-galanya. Isteri hairan kenapa dlm tempuh amat singkat dia tak boleh mengelak, cuba mengelak tapi tak dapat. Berdasarkan maklumat yg diberi kemungkinan besar sihir dah digunakan, iaitu sihir penunduk. sy beritahu suaminya agar memohon Allah selamatkan rumahtangganya dan terhindar dari penangan sihir. Sy beri air ruqyah utk menyedarkan isterinya dan dia berjanji utk pujuk isterinya datang utk sesi kaunseling. Mudah2an air itu dpt juga melembutkan isterinya dan melupakan lelaki tadi. Seperkara lagi suami ini cakap isterinya ada simpan semacam tangkal, uncang berisi beras kuning, sejenis minyak dll utk tujuan entah apa. Dia balik rumah cari, jumpa di tingkat atas, ketika nak bawa dtg rumah sy, benda tu hilang, cari tak jumpa, akhirnya jumpa di tingkat bawah.
No comments:
Post a Comment