10.4.12 (Selasa)
Semalam ada mesyuarat AJK DS, so, tak merawatlah.
Semalam ada mesyuarat AJK DS, so, tak merawatlah.
Malam ini ada beberapa kes. Antaranya seorang wanita dtg dari Perak bersama suami baru, nak dapatkan suplemen manjakani assyifa' (ramuan ni sy formulasikan sbg produk makanan kesihatan), ini utk kesihatan dalaman, utk muda balik, eloklah dia dah ada suami baru, dgn suami dulu ada masalah gangguan, namun dpt anak sorang, kini dah ok dah.
Pesakit seterusnya seorg guru wanita, datang dgn perut besar tapi doktor kata tak ada fibroid, busung, juga cyst dsb, dia mengadu sering mimpi yg bukan2, sy rawat dia sebagi pesakit yg ada gangguan. Juga anak dia, prpm tgkt. 3, juga anak lelaki, djh. 6, selalu naik angin, selalu marah dan geram tak tentu pasal. Suami dia juga kadang2 marah tak tentu pasal.
Pesakit seterusnya juga sekeluarga, nenek usia lebih 80 th, ada gangguan, asal sg keli, sabak bernam, ada benda mengacau kat rumah dia, masa sakit dia nampak ada benda mengerbang dlm bilik. Anak dia juga mendakwa masa tidur, tanpa sedar, bangun lalu mengurut dan memicit2 badan suaminya, dia seddar masa tengah memicit, duduk atas belakang suami dia. Ini kerap berlaku.
Seterusnya pesakit ni tinggal tak jauh dari rumah sy, dia dan suami selalu nak marah, asyik bertengkar, setelah dirawat sy terhidu bau kemenyan, tapi sy tak beritahu sesiapa hal ini sampailah selesai ruqyah. dia juga cerita pasal anaknya , lelaki 23 th,yg kini kemurungan, tak nak keluar rumah dn berkawan dgn sesiapa, menyendiri, masa nak kemari dia ajak tapi tak nak datang, berkurung dlm rumah, pernah dia makan ubat berlebihan, selagi ada ubat dia makan sehingga pernah terpaksa dibawa ke hospital, pernah juga lebam muka kerana hantuk mukanya sendiri ke dinding, pernah ke DS Banting.
Pesakit lain , dua beranak, mak dia berniaga berkaitan pakaian, dia tinggal dua beranak dgn anak lelaki, suami meninggal krn accident beberapa tahun lepas, dia kata semua adik beradik suaminya mati berdarah, samada kemalangan dsb. Masalah sekarang kawan dia yg 7 th lepas putus hubungan tiba2 ajaknya kongsi berniaga, jadi partner, kawan dia tu keturunan Sakai dari Perak, dulu pernah join tapi dia khianat, buat hal, dah cuba jauhkan diri, kini tiba2 kwn dia call nak dtg rumah, maca bercakap dia rasa nak pitam, telinga berdengung, dia arisau, nak elakkan, dtg ni nak minta doa perlindungan dari kemungkinan perbuatn sihir yg nak dikenakan sekali lagi kepada dia dan keluarganya. dlm pada itu dia terjumpa buku catatan peninggalan arwah suaminya, yg dapat dari datuknya, bekas keturunan bomoh, buku kecil ttg jampi serapah dan mentera, buku katanya amat dicari2 oleh keluarga sebelah suaminya, tapi dia tak akan cakap dan tak mahu serahkan buku itu yg penuh dgn pelbagai jampi mentera mengundang jin dan iblis. Masa jumpa dan simpan buku ni sebelum bawa kpd sy, dia kena tegur dan kena lanyak dlm mimpi tapi dia tak peduli, asalkan hal2 kesyirikan ini dibuang darinya. Dia beri kpd sy untuk dibatalkan. Kandungannya, biarlah sy shj yg tahu.
No comments:
Post a Comment