Blogger Templates

Tuesday, 24 April 2012

Jaket kebal dari Jin Iblis

12.4.12 (Khamis)
Hari ni ada beberapa kes berat, istilah sebenar kronik, antaranya petang dtg sekumpulan lelaki, yg bermasalah cuma seorang, namun setelah dirawat, ada seorg lagi masalah gangguan. Yg pertama, 35 th, selalu mimpi majlis keramaian, ada yg ketawa, ada benda beri pasu bunga, ada tu pokok tiba2 semakin tinggi ke atas. Dia juga ada masalah tulang belakang, dah operate, kini tak kerja, sejak operation itu lah dia mula sakit2, sesak nafas, semput dsb. Asal dia Singapore tapi warga Malaysia, keluarganya di Johor.
Kawan dia yg pernah beberapa kali dtg ni, pulak nampak resah, sy cuba ruqyah dia dan ternyata ada gangguan teruk, berdialog dia kata datang tok bongkok, berdasarkan simptom dan reaksi, sy merasakan yg ni ada kaitan dgn keturunan, membongkok, kemudian pengsan, lumpuh tak boleh bangun dan berjalan langsung. Sy teruskan ruqyah dan alhamdulillah dia dah boleh bangun serta berjalan. Pesakit awal tadi ceritakan dia ada simpan beberapa tangkal dan azimat termasuk jaket keselamatan utk elak gangguan makhluk halus) dan berjanji utk bawa mlm nanti utk ditawarkan/ dibatalkan kesan dampingannya.

Sblh mlm mereka dtg lagi bawa jaket kebal dari Banjuwangi, Jawa Timur, ini yg bapa dia (menetap di JB) bagi , sati lagi diberi kpd abang dia, juga wafaq kain, cincin teras buluh tumpat 3 jenis yg nenek dia buat, mak dan bapa dia masih hidup, mak dia dikatakan ada buaya putih, asal dari  Pulau Air Cawan, berhijrah satu keluarga ke Pulau Berani, kemudian masuk Singapura, lepas tu ke Malaya. Semua barang2 ini akan dibatalkan kesan dampingan yg ada.

Pesakit2 lain berkaitan demam, sakit mata, gangguan tidur, terkejut, tersedar tiba2, nampak kelibat di dapur, depan bilik air dll.

Sihir Pelalau

11.4.12 (Rabu)
Pesakit yg dtg smlm bawa pulak suaminya, 45 th, yg selalu dikatakan naik angin, baran, masalah rumahtangga dsb. Sesi dijalankan 3 kali, pertama dgn isterinya, kedua suaminya dan ketiga kedua2nya. maklumat yg diperolehi nampaknya kesilapan ada pada kedua2 mereka, sy lakukan pendekatn kaunseling dan kedua2 meraka dpt terima sert berusaha utk memperbaiki keadaan selain pergantungan kpd Allah swt.

Seterusnya seorg wanita 72 th, dari Batu Pahat, badan sakit2, malam demam, mimpi menakutkan, tinggal di rumah tak selesa dan tak tentu arah, bunyi org. berjalan terutama menjelang maghrib, selepas maghrib demam sampai jam 10 mlm. Adik dia yg bawa dia kemari juga sakit kepala tak hilang2, dah lama dah.

Kes berikutnya sy syakki ada keracuna akibat santau, so sy buat rawatan tepuk pakai daun nangka, selepas tu keluar benda2 spt habuk, benda2 hijau panjang, butir2 pasir dll.
Peakit seterusnya, lelaki yg ada masalah dgn isterinya yg dikatakan bermain kayu tiga tanpa sedar, bawa isterinya setelah berjaya dipujuk. Isteri dia kata tak nak jumpa bomoh atau sesiapa kerana tak percaya rawatan macam ni. Suami dia terangkan bhw yg ni bukanlah bomoh atau dukun, lalu diceritakan sedikit sebanyak ttg diri sy lalu isterinya percaya dan bersedia utk datang. Kes ttg suami dia ni pernah diceritakan dlm blog ni beberapa hari lps. Mereka ada 5 anak, yg ni nak masuk ke 6, namun mereka masih confuse adakah ini anak mereka atau hasil hubungan isterinya dgn budak luar negara itu. Isteri dia kata dia digoda dlm masa 5 hari saja, lepas tu mula sukakan budak tu, 24 th, sedangkan dia dah 38 th. Dlm 10 hari ingatan semakin kuat sehingga sanggup lakukan apa saja permintaan lelaki itu dan hubungan terlarang ini berlaku dlm tempuh 1 bulan sehingga dikesan oleh suaminya dan diekori dan disahkan. Isteri mengaku segala2nya dan suami sanggup maafkan asalkan isteri kembali ke pangkuannya demi anak2. Masalah sekarang isteri dia mengaku masih teringatkan budak itu. Kenapa? biarlah dia jadi rahsia...tak boleh didedahkan, namun berdasarkan maklumat, unsur sihir tidak dpt disangkal mungkin berlaku.

Catatan mentera peninggalan bomoh

10.4.12 (Selasa)
Semalam ada mesyuarat AJK DS, so, tak merawatlah.
Malam ini ada beberapa kes. Antaranya seorang wanita dtg dari Perak bersama suami baru, nak dapatkan suplemen manjakani assyifa' (ramuan ni sy formulasikan sbg produk makanan kesihatan), ini utk kesihatan dalaman, utk muda balik, eloklah dia dah ada suami baru, dgn suami dulu ada masalah gangguan, namun dpt anak sorang, kini dah ok dah.

Pesakit seterusnya seorg guru wanita, datang dgn perut besar tapi doktor kata tak ada fibroid, busung, juga cyst dsb, dia mengadu sering mimpi yg bukan2, sy rawat dia sebagi pesakit yg ada gangguan. Juga anak dia, prpm tgkt. 3, juga anak lelaki, djh. 6, selalu naik angin, selalu marah dan geram tak tentu pasal. Suami dia juga kadang2 marah tak tentu pasal.

Pesakit seterusnya juga sekeluarga, nenek usia lebih 80 th, ada gangguan, asal sg keli, sabak bernam, ada benda mengacau kat rumah dia, masa sakit dia nampak ada benda mengerbang dlm bilik. Anak dia juga mendakwa masa tidur, tanpa sedar, bangun lalu mengurut dan memicit2 badan suaminya, dia seddar masa tengah memicit, duduk atas belakang suami dia. Ini kerap berlaku.
Seterusnya pesakit ni tinggal tak jauh dari rumah sy, dia dan suami selalu nak marah, asyik bertengkar, setelah dirawat sy terhidu bau kemenyan, tapi sy tak beritahu sesiapa hal ini sampailah selesai ruqyah. dia juga cerita pasal anaknya , lelaki 23 th,yg kini kemurungan, tak nak keluar rumah dn berkawan dgn sesiapa, menyendiri, masa nak kemari dia ajak tapi tak nak datang, berkurung dlm rumah, pernah dia makan ubat berlebihan, selagi ada ubat dia makan sehingga pernah terpaksa dibawa ke hospital, pernah juga lebam muka kerana hantuk mukanya sendiri ke dinding, pernah ke DS Banting.

Pesakit lain , dua beranak, mak dia berniaga berkaitan pakaian, dia tinggal dua beranak dgn anak lelaki, suami meninggal krn accident beberapa tahun lepas, dia kata semua adik beradik suaminya mati berdarah, samada kemalangan dsb. Masalah sekarang kawan dia yg 7 th lepas putus hubungan tiba2 ajaknya kongsi berniaga, jadi partner, kawan dia tu keturunan Sakai dari Perak, dulu pernah join tapi dia khianat, buat hal, dah cuba jauhkan diri, kini tiba2 kwn dia call nak dtg rumah, maca bercakap dia rasa nak pitam, telinga berdengung, dia arisau, nak elakkan, dtg ni nak minta doa perlindungan dari kemungkinan perbuatn sihir yg nak dikenakan sekali lagi kepada dia dan keluarganya. dlm pada itu dia terjumpa buku catatan peninggalan arwah suaminya, yg dapat dari datuknya, bekas keturunan bomoh,  buku kecil ttg jampi serapah dan mentera, buku katanya amat dicari2 oleh keluarga sebelah suaminya, tapi dia tak akan cakap dan tak mahu serahkan buku itu yg penuh dgn pelbagai jampi mentera mengundang jin dan iblis. Masa jumpa dan simpan buku ni sebelum bawa kpd sy, dia kena tegur dan kena lanyak dlm mimpi tapi dia tak peduli, asalkan hal2 kesyirikan ini dibuang darinya. Dia beri kpd sy untuk dibatalkan. Kandungannya, biarlah sy shj yg tahu.

Power makin kurang mata makin kelabu

8.4.12 (Ahad)
Petang ada pesakit bawa anaknya, baby usia 1 th, selalu demam, tidur mengigau dan batuk2. Dia kahwin lebih 10 th tiada zuriat, kebetulan suami dia makan makjun yg sy proses hampir 2 th lepas, tak lama dia hamil dan dapatlah anak yg dibawanya ini. Ruqyah pada air mineral dan air zam-zam, ok.

Malam pesakit wanita dgn masalah sakit lengan kanan dan kaki sebelah kiri dari lutut ke bawah. Masalah serius dia sekarang ialah mata, power lari2, antara 425 hingga 375, hairan, berubah2, turun power tapi pandangan jadi kelabu. Doktor nasihat dia jumpa doktor pakar. Sy ruqyah pada sendi siku kanan, kaki kiri dari lutut ke bawah dan kedua2 mata.

Lagi, wanita bawa anak kecilnya yg tak nak minum susu badan dan dia risau takut susu badannya kering, kalau botol dia minum jugalah, usia baru 7 bulan.

Pedang Palembang

7.4.12 (Sabtu), rawatan di DS BBB.
Pesakit lama, kini tambah kedai makan (cafe) baru bersebelahan sebuah hotel, kedai dulu ada masalah, tak boleh masak situ. Kini masak di kedai baru dan bawa ke kedai lama, kedua2 buka. Sakitnya berulang, merasuk gangguan, jin siam yg nak matikan dia, dia rasa badan dia macam terbang, tinggi dan ke bawah, kemudian naik ke atas. Diruqyah, dia merasuk kuat.

Kedua, pesakit wanita 59 th, gangguan emosi, psikologi dan rohani, perasaan risau, takut, lemahbadan, menggigil, berdebar. Suami dia pula , 67 th, batuk keluar darah.

Pesakit lain, guru wanita, 35 th, sejak ogos 2011 sakit tulang belakang dan saraf, ini kali ke 5 terima rawatan, timbul kat betis, bengkak dah dibuang, juga dia mimpi2 menakutkan, tak boleh tidur malam.

Kes lain budak 12 th, takut walaupun nak pergi bilik air, suka melawan mak bapak, degil, keras hati, suka ponteng kelas dsb,.

Pesakit seterusnya 3 beradik nak air penerang hati. Seorg lagi pesakit gangguan, wanita 29 th, tidur susah, mimpi menakutkan, terjaga tidur, dulu pernah berubat dgn seorg makcik, bomoh wanita di KL, ok sekejap.

Seterusnya pesakit wanita, 34 th, sakit tekak, batuk, selepas makan antibiotik, ada balik, juga panas dgn suami, kahwin dah 2 th, suami org Pakistan, tolong dia berniaga pakaian, skrg dia tak nak solat, asyik search internet sampai subuh, tak hiraukan dia, belum ada zuriat. Setelah diruqyah dia menangis, ada gangguan.

Pesakit berikutnya lelaki 60 th, bapa pesakti di atas, lumpuh dah lebih 2 th, pesara tentera, kes berlaku selepas balik berkelah di air terjum Toi, sempadan Pahang-Negeri 9, dekat Kuala Kunang, lepas mandi, letih dan lemah, dihantar ke hosp. doktor kata minor stroke, masuk wad, lepas 3 hari balik, kemudian 3 bulan tak boleh bangun. Dia kata ada seorg. perawat tangkap jin dlm badan dia baru boleh bangun, pd 2009. Masa tentera selalu belayar ke beberapa bandar pelabuhan spt ke Indonesia, pernah pakai cincin murah penunduk/murah rezeki. Dlm mes, dia selalu join kawan main judi dan selalu menang besar, dia tak percaya sangat pd cincin tu tapi secara kebetulan katanya. Masa dtg dia masih pakai cincin tu, dlm hati sy kata kesan tertentu masih ada pada pd cincin tu. Dulu datuk dia pernah ajar dia silat cekak, ada satu pedang, namanya pedang Palembang, dia pernah buat main2, juga ada keris terbang 13 Mei.

Monday, 23 April 2012

Tunggu transplant jantung dan paru2

6.4.12 (Jumaat)
Pesakit pelajar sekolah berasrama penuh, 13 th, selepas acara merentas desa, masuk kws kelapa sawit, mula rasa sakit, demam, muntah dan selera terganggu, demam dah 1 minggu, pergi klinik tak apa2, panas badan sampai ke kaki, rimas macam nak menjerit. Kes kedua, bekas pesakit jantung dan paru2 di Pantai Medical Centre, dah keluar hospital, masih tunggu penderma jantung dan paru2 sekaligus utk pembedahan transplant kedua2 organ tersebut, kes ini 1 dlm sejuta menurut doktor pakar, kini tak boleh pam darah, so, oksigen x cukup, salurahn darah dijantung mengecil, sempit, selera makin kurang, masalah ni sejak 2004. Seterusnya pesakit baby, 8 bulan, gatal, kudis berjangkit, dah pergi klinik beri ubat ssapu dan makan, juga anti biotik. Selain ruqyah biasa sy beri pokok dukung anak dan muntah belut utk atasi gatal dan kudis berjangkit, serta beri cara2 guna. Pesakit lain juga gatal seperti dia, perempuan usia 20 th. Seterusnya pesakit ulangan, asalnya pesakit kulit, hemangioma, kini gangguan berulang, rasa kena gigit, pedih2 badan, mimpi tempat kotor, mimpi2 melalaikan, khasnya dekat subuh, gastrik, sakit kepala dan belakang. Juga mimpikan ex-boyfriend dia walaupun dah 3 tahun tak dpt contact. Kemudian pesakit budak lelaki, sakit tekak, muntah2, menangis sorang2, rasa takut, badan tak larat, tak nak makan sebab takut muntah. 

Tolong kawan, dia pula sakit

5.4.12( Khamis mlm)

Kes pertama pesakitulangan, kini kawan dia tak boleh tengok muka dia, berlaku kat surau di ofis, lepas kawan dia kena, dia pula menggigil, setelah dia tolong doakan, lepas tu mlm dia sakit kepala dan belakang, semalaman, di ofis terpaksa berdiri kerana sakit sangat, ada jin dtg bercakap masa dirawat.
Kedua kes pesakit lama, ulangan, jin dari Indon juga bercakap, sengal dan sakit lutut, perut, ekpala, belkang dll. Seterusnya pesakit gangguan, seorg guru sek. menengah. Kemudian pesakit kanak-kanak, dia terkena badi mayat, setelah balik kg menziarahi kematian, balik sini kena. Seterusnya anggota polis semalam dtg lagi, kali ni bawak kawan dia yg datang dari Penang, baru saja sampai, lepas ni nak balik terus Penang pasal besok kerja. dia juga anggota polis 25 th,  yg kahwin belum sampai setahun. Selepas 3 bulan kahwin, isteri 26 th, buat hal, menipu, mengamuk, marah2 dll, bercerai feb. 2012, kini tempuh eddah. Dia mengesyaki terkena ilmu penunduk oleh mak mertua dia. Sy tak cakap apa cuma dlm hati mungkin juga berdasarkan apa yg berlaku dlm rumahtangga dia. Isteri dia sekarang balik kg dan tukar tempat kerja.  Sy ruqyah doa pembatal sihir , moga dia disembuhkan oleh Allah swt.

Balik menembak gatal

3.4.12 (selasa)

Antaranya sy didatangi 3 org anggota polis, yg nak berubat hanya sorang, usia 42 th, yg satu lagi rekomen kat kawan dia dtg jumpa sy. Masalahnya badan dia gatal2, hampir seluruh badan, 5  bulan dulu ada ikuti latihan menembak diSg Buloh. Gatal muncul setelah 3 hari balik dari latihan menembak. , gatal ini dari pagi sampai petang. Terakhir rujuk hosp. putrajaya juga tak dpt kesan, teruk selepas maghrib, gatal terutamanya bhg tepi, rusuk kiri dan kanan sampai ke bawah. Juda ada mimpi pergi ke langit pakai jubah putih dan songkok hitam, ada ramai org macam dia di sana.

Friday, 20 April 2012

Berhenti menyusu, payudara bengkak

2.4.12 (Isnin)
Ada beberapa kes seperti pesakit mengadu sakit tulang belakang dari tengkuk ke bawah, sering menyampah tengok seseorang, temper datang balik, mimpi2 mayat, badan rasa berat macam mengandung, period tak konsisten lagi, badan rasa berdenyut2 dll.

Kes lain seorg isteri, usia 39 th, ada 5 anak, yg bungsu 2 th, menyusu tapi kini dah 2 minggu berhenti menyusu, namun payudaranya terus bengkak, mengeras, dah pergi klinik, tak jadi apa, pergi bomoh diberi pucuk jambu, beras, bunga putih dan kuning, beras goreng, kunyit, putik kelapa, tumbuk untuk tempek kat payudara dan minum air penawar, juga tak jadi apa.

Penangan sihir penunduk

1.4.12 9 (Ahad)
Malam, ada beberapa kes, antaranya isteri ke2 yg ingin memohon zuriat, dia hanya tahu jadi isteri kedua selepas kahwin, namun terpaksa terimalah. Isteri pertama suaminya lebih tua 10 th dari suaminya dan dia sendiri 10 tahun lebih muda, so jarak usia dia dgn isteri pertama 20 th.

Kes lain seseorg yg pernah dtg dua th lepas berubat, kali ni dia bawa bekas jiran dia, seorg peniaga asal Thailand, usia 40 th, dah kahwin ada 5 anak, isteri warga sini, usia 36 th. Dulu belajar di timur tengah, pernah berniaga makanan, kini buat tavel agency, pakej umrah. Dia kenal isteri masa masih belajar iaitu ketika cuti kerja part time bantu rombongan Haji di Mekah, ini dah lama, hampir 15 th lepas,  lps kahwin menetap di Malaysia bersama isteri yg kini bekerja di sebuah syarikat. Ringkas cerita isteri dia ini sudah terjerat dgn godaan seorg pelajar dari Teluk, usia baru 24 th dan dia sendiri 36 th, ada 5 anak. Perkenalan tidak sampai 1 bulan membawa kedua2 terlanjur sebanyak 3 kali, dlm kereta isterinya. Isteri dikatakan sudah insaf dan ingin bertaubat, masalahnya dia tidak boleh melupakan lelaki itu. suaminya pula amat menyayanginya dan tidak mahu isteri dia meninggalkan dia kerana dia fikir masa depan anak-anak. Isteri bercelaru fikiran, namun dia mengaku sukar melupakan lelaki itu. Kenapa ??? (hal ini tak boleh diceritakan sama sekali). Suaminya cuba mencari bukti dan suatu mlm ketika tersempak isterinya bersama lelaki itu, ditumbuknya lelaki itu sehingga menimbulkan kekecohan di tempat tersebut. Di sinilah isterinya mengaku segala-galanya. Isteri hairan kenapa dlm tempuh amat singkat dia tak boleh mengelak, cuba mengelak tapi tak dapat. Berdasarkan maklumat yg diberi kemungkinan besar sihir dah digunakan, iaitu sihir penunduk. sy beritahu suaminya agar memohon Allah selamatkan rumahtangganya dan terhindar dari penangan sihir. Sy beri air ruqyah utk menyedarkan isterinya dan dia berjanji utk pujuk isterinya datang utk sesi kaunseling. Mudah2an air itu dpt juga melembutkan isterinya dan melupakan lelaki tadi. Seperkara lagi suami ini cakap isterinya ada simpan semacam tangkal, uncang berisi beras kuning, sejenis minyak dll utk tujuan entah apa. Dia balik rumah cari, jumpa di tingkat atas, ketika nak bawa dtg rumah sy, benda tu hilang, cari tak jumpa, akhirnya jumpa di tingkat bawah.

Thursday, 19 April 2012

Jin tukar channel TV

31.03.12 (Sabtu)
Hari ini sepertimana lazim bertugas di DS, namun ada AGM PIBG ke 16. Selaku YDP kenalah sy hadir, lagipun sy dah berjanji akan lepaskan jawatan, tak nak dicalonkan lagi, cukuplah setelah 7 tahun memimpin PIBG di sebuah sek. menengah. Ingatkan mlm lega, nak rehat sikit, namun ada 6 keluarga nak dtg berubat, terima sajalah setakat yg mampu.

Kes2 ini kebetulan agak berat dan memenatkan. Antaranya seorg ibu bawa anak angkat yg tak mahu makan minum, batuk tengah2 mlm, tidur main2 gigi dsb. Dia sendiri tak ada zuriat setelah 12 th kahwin sebab selepas kahwin terus sakit sampai sekarang. Perempuan ini juga setiap bulan keluar ketulan darah, tiap2 bulan sejak kahwin. Sy hanya ruqyah anaknya walaupun terdetik di hati, masalah sebenar ada pada mak dia.

Kes lain Satu keluarga juga mengadu sakit dan maalah ganggauan keluarga khasnya di rumah. Isteri dia gatal dan bengkak kaki, dah lama berubat tak sembuh2 dan doktor2 pakar hairan sbb tak tahu punca. Suaminya pula syakki ada saka sebab mlm slalu diganggu, mimpi budak kecik, bagi org makan nasi berlauk daging babi, mimpi ular, monyet dll, kaki selalu kejang, lebam terutama di rusuk kiri. nampak kelibat, bayang hitam, anak2 juga kena. Dlm rumah bunyi2 guli, pasir , kerusi ditarik, juga buka TV dan tukar channel sedangkan tiada sesiapa depan TV. Dia selalu mimpi ada benda ikut dari belakang, serieus sejak setahun lepas. Mak saudara dia, dianggap mak angkat, dah meninggal pernah bagi baju utk letak dlm kereta sebagai pelindung, 3 hari kemudian dia rasa sesuatu dan dibuang di sungai, campak pada 2010. Mak saudara dia ni memang susah nak mati. Isteri dia pulak ada ulser urat, dah operate.

Kes lain seperti kaki kedua2 belah pans dari lutut ke bawah, tak boleh tidur, kes sesak nafas, juga kes peskit gangguan yg jinnya mendakwa suka seorg staf tempat kerjanya, juga guru, yg dikatakan ada jin yg lebih kuat dari jin pada org ini. Juga kes seorg guru yg pernah terima kain kuning pemberian seorg wak dari Madura.

Selain itu pesakit, lelaki dtg mengadu tekanan darahnya naik tak turun2, walaupun dah makan ubat. Sy ukur 180/100. Lepas diruqyah, rehat sekejap, diukur balik bacaan turun ke 140/90, lps tu minta dia kerap minum air ruqyah dan bungkus kepala dgn kain yg dilembabkan dgn air tersebut, kena istiqamah.

Diescort para pesilat

30.01.12
Ada beberapa kes termasuk kes ulangan. Kes baru seperti seorg remaja yg dulu sangatr seria tapi kini senyap, ketakutan dan kemurungan, tidak lagi menyakat adik2 dia. Dia macam lupa, tak ingat dan seperti hilang akal, pernah dia buka silat, umpama silat gayong sedangkan dia tak pernah belajar silat. Pernah juga masa balik kg dia kata dia seolah2 diescort oleh kawan2 silat dia, masa balik ke Kemaman. Setelah dirawat dan diruqyah (doa Nabi Musa a.s), sy cadangkan dia minum air kelapa muda yg dicampur ketumbar biji dan gula batu, selama 3 hari berturut2. Kaedah hampir serupa juga sy pernah buat utk pesakit ketagihan dadah sehingga tak kenal diri sendiri, ahli keluarga dan kawan2, termasuk mandi bilas dgn air ruqyah selama 40 hari, insyaAllah sembuh.

Berjalan, lalu lalang atas bumbung

27.03.12 (selasa)
Pagi mesyuarat lanjutan bersama wakil2 JHSM di DS tentang MOU yg akan ditandatangani selepas TGUH balik nanti.

Mlm, ada beberapa kes ulangan dan kes baru, termasuk berkaitan gangguan, termasuk yg sering mendengar bunyi2 di tangga rumahnya seperti ada benda berjalan atau melintas, nampak kelibat, juga org lalu layang atas bumbung rumah, lazimnya selepas masuk maghrib. Pesakit ni pernah dtg mengadu hubungan komunikasi dgn suami ada masalah, namun masalah ni dah ok setelah diberi air ruqyah, namun timbul pulak masalah lama, gangguan di rumah.

Taekwondo Pakai Ilmu Kebal

26.03.12 (Isnin)
Mlm ada 6 keluarga dtg rumah, macam2 masalah seperti nak lembut hati, anak2 sering mengamuk, sakit dlm pantang, gangguan dll.

Antara yg serius ialah pesakit yg mengalami masalah dah berbelas th, mimpi teruk, tak boleh tidur, fikiran kacau, badan panas, mimpi org mati, org terbakar, dulu berubat macam2, pernah pagar dgn tahi besi, pernah beloajar taokwondo yg dimasukkan benda batin oleh pengajarnya, penamat dgn keris dan selempang, namun selempang tu dah dibuang ke sungai pda 1994, masa tinggal di pantai dalam. Di kg juga ada masalah, dikatkan saka keluarga, bomoh kata bekas kakak ipar dia di Bota, Perak buat hal, dia juga ada mimpi.Dia kata saka tu dah dibuang di Sg Perak, katanya. Anak dia juga mengalami gangguan serupa.

Dia juga minta air penawar utuk adiknya, lelaki, yg terlanjur, kini ada anak usia 4 th, disorok dari keluarga, panas baran sampai mak dia kecik hati, ada macam2 hal, kini dihalau keluarga perempuan itu, kini adik dia entah kemana, putus hubungan dgn keluarga. Pesakit yg dtg ni dah berhenti kerja nak balik kg jaga mak dia.

Keris berdarah dan berkhadam jin

22.03.12 ( khamis)

Pesakit ada masalah zuriat, kahwin akhir 2007, dah buat rawatan di LPKPN kali ke 5, sekali rawatan RM1300, suami mimpi ular, mengarut dan mengigau masa tidur,

Isteri ini kerap kencing malam, masa tidur mlm atas tilam, 2-3 kali sebulan kencing, sejak posting di Sarawak, selalu sendawa ada angin, perut ada pusat angin, tekan ada angin keluar, muntah, ada mulut itik, taklah luas. tukang urut kata ada biji angin, sakit bawah rusuk kiri tepi pusat. dia kata ayah dia suka simpan keris lama yg pernah bunuh org (berdarah), dia suka berkhadam dgn jin, dia didampingi wali songo, hanya guna masa perlu, kata ayah dia kepadanya. Umur ayah 76 th, mak sakit,, tak blh bangun lagi, sendu, angin dan letih badan. Tok sebelah ayah adalah bomoh istana, selalu beri air jampi. sebelah mak keturunan tok mudim, nenek masih ada. Di rumah ada banyak batu permata, keris, cucuk sanggul, kain milik tok (guna masa org berkhatan), tasbih dll. Tok sebelah mak duduk Jerangau, asal manir. Masa pergi bertugas di Sarawak bawa sejenis besi, utk pelindung, tok bagi.

Seterusnya seorg lelaki bawa anak tunggalnya, prpm, 11 th, belajar di sebuah kolej swasta, tktn, 1, yuran RM 3K sebulan, sejak masuk asrama sakit dan tiada semangat. Sakit kaki sebelah kiri, periksa doktor tiada apa2.

Pegang jawatan, datang masalah

21.03.12 (rabu)

Antaranya, Sorg pesakit dtg beritahu sejak dilantik satu jawatan di kwsn penginapan dia, dia tiada selera, mati selera, hati berdebar2, tutup nafsu makan, fikiran kosong, hanyut, koksir, bukan2, perut rasa ada angin, tidur tersedar sendiri, rasa menyantuk, tak ceria. Masa sanggup pegang jawatan ok, lepas tu rasa tak layak pulak.