Blogger Templates

Wednesday, 28 December 2011

SAKA

Info Saka

Saka adalah amalan mewarisi jin atau syaitan untuk membolehkan makhluk halus itu memberikan pemiliknya pelbagai kekuasaan ghaib seperti kekuatan luar biasa, kecantikan, pengaruh dalam masyarakat dan pelbagai lagi. Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah syirik dan haram di dalam Islam. Jin yang menjadi saka boleh memperdaya tuannya seperti menjelma di dalam mimpi sebagai seorang yang warak dan kuat beribadat. Akan tetapi ia bagi memastikan manusia itu terpedaya dengannya seterusnya sesat dari Islam. Saka tidak semestinya diwariskan kepada saudara sedarah tetapi kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula pelbagai antaranya menerusi perbuatan seperti bersalaman, menerusi lafaz atau menyerahkan barang tertentu seperti keris, cincin dan azimat.

Nasihat saya kepada mana-mana ahli waris yang berpotensi untuk menerima atau mewarisi saka agar cepat-cepat membuangnya, memutuskan hubungan atau penjanjian dengannya dan berikrar tidak mahu menerima saka di samping mengharamkan saka berada dan campur tangan dalam urusan keluarga. Sekiranya saka itu baik saka darat mahupun saka laut tidak mahu pergi dan bertaubat maka kita berhak bertindak mengusir atau memusnahkannya dengan izin Allah SWT. Mintalah bantuan mana-mana perawat yang mengamalkan kaedah yang betul berlandaskan syariat Islam, tanpa campur tangan atau khidmat iblis, syaitan mahupun jin. InsyaAllah saka akan pergi dan kita akan diselamatkan oleh Allah SWT dari gangguan saka. (Dr Abdullah Yusof - 013-6720840)

No comments:

Post a Comment