Sabtu malam lepas saya dihubungi oleh seorang hamba Allah, memberitahu sebuah kampung di pinggir KL telah diserang oleh Orang Minyak (setiap malam dan dah 4 malam) dan ingin meminta bantuan saya untuk pergi ke kampung tu malam tu juga. Saya agak serbasalah, pertama kes ini tidak boleh dan tidak elok dikendalikan secara keseorangan. Kedua, pagi-pagi besok saya kena ke DS Melaka, ada kuliah pengubatan di sana. So, saya minta dia rujuk ke Pusat rawatan DS terdekat dan saya call orang kuat di situ. Saya ingin membantu, namun apakan daya, cuma dapat berdoa dari jauh - kaedah telepathy. Saya percaya DS berdekatan dah ambil action dan moga kes ni dah ok. Ini sedikti info kalau betul2 itu orang minyak;
1. Orang minyak menggunakan kaedah pukau bertujuan bagi memudahkan menceroboh ke dalam rumah bagi matlamat tertentu, khasnya melengkapkan pensyaratan ilmu hitam iaitu menodai gadis yang masih dara. Justeru itu yang menjadi sasaran ialah rumah-rumah yang ada penghuninya anak dara.
2. Orang minyak mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah. Selain itu ia dikatakan dapat menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar. Mampu melekat pada siling seperti cicak dan mampu juga naik ke atas dengan sehelai benang (seperti spiderman) dan mampu menggunakan bantuan pelesit dan bertindak secara bersendirian.
3. Sekiranya seseorang itu tidak mahu diganggu oleh Orang Minyak pada waktu malam terutamanya gadis, sekeliling tempat tidurnya harus ditaburi dengan kelopak jantung pisang dan daun keladi bira (sebagia alternatif boleh guna garam dan lada hitam yang telah diruqyah) Untuk menangkap Orang Minyak, apabila Orang Minyak itu telah dikepung, ia harus diselubungkan dengan kain batik lepas untuk melemahkannya (membatalkan ilmu pukau ) dan dibaca ayat2 pembatal sihir . Hanya setelah diselubungkan dengan kain batik lepas baru boleh digigit ibu jari Orang Minyak itu untuk menghapuskannya (kaedah tradisional) . Oleh kerana orang minyak takutkan cermin, maka carilah cermin dan halakan ke wajahnya.
4. Awas!, ada orang minyak yang tidak menggunakan sebarang ilmu hitam, hanya melumurkan badannya dengan minyak gris untuk menghitamkannya dan melicinkan badan supaya mudah meloloskan diri bila ditangkap. Yang ni orang minyak tiruan, pencuri dan penyamun biasa.
Anda dinasihatkan berhati-hati sebelum mendakwa sesuatu lembaga yang dilihat itu orang minyak atau jin atau makhluk halus. Info di atas berdasarkan maklumat mengikut kaedah tradisional nusantara. Umat Islam digalakkan mengadakan doa selamat, solat hajat dan membaca Quran dan zikir di samping mengelakkan dari perbuatan yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT.
AY (Biro R & D Darussyifa')
No comments:
Post a Comment