Blogger Templates

Sunday, 14 July 2013

Bolehkan pukul atau bunuh jin?

Ada yg bertanya tentang jin yg degil, bolehkah dipukul...kalau dibunuh pula atas sebab apa jin dibunuh?, adakah kesalahan yg mereka buat membolehkah kita bunuh dia? maka ulasan saya begini;

Menangani makhluk ghaib ni memerlukan penelitian yg antara lain;
1. Mengenalpasti jenis apa; iblis, ifrit, syaitan, jin biasa, bunian dsb sebab antara mereka mempunyai ciri-ciri gangguan tersendiri.
2. Sebahagian mereka bertindak kerana membalas dendam atau perintah tukang sihir atau tak sengaja masuk badan akibat kelalaian manusia atau angkara saka dsb.
3. Perawat kena mengambil beberapa pendekatan; mendakwah kpd Islam, menyuruh keluar dari badan pesakit dan hentikan gangguan, membatalkan perjanjian dgn tukang2 sihir@pengupah, menyakitinya dgn meneruskan ruqyah, mengancam dgn laknat Allah dan balasan neraka dsb. Jangan asal ganggu saja terus nak bunuh.
4. Memandangkan makluk2 ini bersifat halus. lembut, bersifat etheric dan tidak berjisim spt manusia, maka pukulan adalah simbolik agar mereka keluar dan kecederaan mereka bukan kerana pukulan tetapi kerana kesan ruqyah ke atas pesakit yang ditepuk atau dipukul menerusi tangan perawat yg membaca ruqyah. Kalau Allah izinkan ia tercedera maka tercederalah ia, kalau diizinkan terbakar maka terbakarlah ia, begitu juga kalau terbunuh. Janganlah kita mendabik dada bahawa kita boleh bunuh jin dsb seolah2 mengambil tempat dan hak Allah swt. 
5. Memandangkan makhluk2 ini berakal, berkemampuan bergerak dan berlari dlm badan dan saluran darah manusia, maka mereka boleh beralih tempat setelah dipukul dan adakalanya menipudaya perawat seolah2 pesakit merasai kesakitan pada anggota tertentu, sedangkan jin sudah keluar atau berpindah tempat, maka disangka tempat tertentu ada jin berkumpul, maka dipukul bertalu2 di tempat itu. 
6. Memahami helah dan tipudaya makhluk2 ini menerusi bukan saja dialog atau interaksi sewaktu rawatan, bahkan secara perbincangan, khususnya yg beriman dan bertaubat untuk tidak mengkhianati manusia lagi. 
7. Sentiasa memohon petunjuk Allah sepanjang sesi rawatan agar penipuan makhluk2 tersebut terbongkar dan perawat dapat mengambil langkah berjaga2.
Wallah a`lam

No comments:

Post a Comment