2-4.9.2012- ada byk kes, antaranya kes patah kaki, barah payudara stage 3, demam malam, sakit tulang belakang, nafas sangkut. Ada satu kes berat, seorang usahawan, sakit kalau dengar azan atau masuk masjid, pagi, tengahari dan petang sakit belakang, tengkuk ke hujung jari, sebelah kanan pula bisa sampai ke tulang, dari leher ke hujung jari lengan sebelah kiri. Check hospital dan lenguh, tak ada masalah. Kisah pernah mancing di kolam kat pelabuhan, ramai perawat dah jumpa, termasuk bomoh yg bagi tali pinggang hitam (tangkal) utk pakai, juga bomoh Indon bagi benda utk selit kat kereta dan pintu. bomoh lain pula minta sediakan telor 3 biji, bunga 7 jenis, gulai, hantar ke kolam pancing dengan pinggan putih, kena beli 2 jenis pokok delima, putih dan merah, tanam depan dan belakang rumah. Satu lagi limau kasturi kena tanam depan rumah. Masa jumpa saya dia dah 4 bulan tak dapat masuk kerja. Baru 2 hari lepas dia pergi Kuala Pilah, berubat dengan perubatan secara ghaib, pernah mimpi macam2 termasuk bunuh 20 ekor ular, ada juga seorang tolong bunuh, kemudian ada betul2 2 ekor ular dibunuh di rumah, banyak ular didapati di rumah, iaitu anak ular hitam. Dia pernah juga jumpa bomoh orang asli Bt 14, berubat pakai telor 7 biji, urut kat badan kemudian dipecah. Sy ambil masa agak panjang utk sedarkan dia apa yg berlaku dan perbezaan antara rawatan yang haq dan batil sebelum meneruskan rawatan. Hasilnya positif dan mengucapkan syukur atas bantuan dan pertolongan. Saya kata syukur hendaklah kpd Allah sebab Dialah penyembuh sebenar.
Sunday, 14 July 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment