Blogger Templates

Sunday, 21 July 2013

Diajak ke Tigasegi Bermuda

...kisah ni akan sy ceritakn detail setelah sy selesai menulis catatan2 lain sebelum ini. Ini berkaitan raja segala iblis iaitu Azazil . Dan apabila Allah berkata sujudlah kamu kpd Nabi Adam, maka mereka (para malaikat) semuanya sujud kecuali Iblis. Dia enggan dan sombong dan dia temasuk dlm kalangan org2 yg. kufur (terj. al-Quran) . Terdapat 4 pusingan sy berdialog dgn Azazil ini pada hari dan waktu berlainan. sy cuba menduganya samada maklumat yg diberi bertepatan dgn sumber2 nas atau sekurang2nya catatan Muhammad Isa Dawud dlm bukunya Dialog Dengan Jin Muslim. Sy sentiasa mengesan info yg diberikan termasuk membandingkan maklumat yg diberi dgn rekod2 sejarah, sejak zaman sebelum Adam a.s sehinggalah zaman permulaan Islam dan selepasnya. Ada yg tersasar dan ada yg betul. Termasuk maklumat terkini ttg struktur istana (dia marah disebut istana, tapi kediaman) kerajaan Iblis di Bermuda. Terdapat banyak istana dan setiap istana bukan menegak ke atas tetapi ke bawah dasar lautan yg terdiri dari banyak lapisan.  Sy bandingkan dgn maklumat dari Quran dan hadith ttg kedudukan lautan ini. Info ttg dajjal, imam Mahdi dll disebut satu persatu, termasuk kiamat yg dia sendiri tak tahu tapi menjangkakan pada tahun (disebut sekian2)....pasal hubungan David Copperfield juga disentuh dan hubungan perjanjian beliau dgn iblis lapisan pertama lautan (maqam iblis yg paling rendah). Juga ttg banyak kemalangan pesawat dan kapal yg melalui kwsn tersebut. Kenapa terjadi begitu. Dia nak bawa sy melawat tigasegi bermuda, sy kata tak payahlah, sy ada banyak kerja lain nak buat.  Sy minta dia tunjukkan diri utk sy rakam gambar. Dia kata tak boleh. Namun demikian dia bersetuju utk lukis rupanya dari hujung tocang hingga ke bawah. Utk membezakan rupa dia sendiri, ifrit, iblis, syaitan dan jin biasa, sy beri kertas dan pen lalu dia lukis semuanya, satu persatu. Sy ada simpan lukisan tsbt. Samada betul atau tak, terpulanglah kpd pengalaman kita berdepan dgn makhluk2 ini. Dia tetap musuh Allah dan musuh manusia Islam dan beriman. Yg paling dimusuhinya selain manusia yg beriman ialah keturunan nabi Muhammad saw. Sy tetap berkeras bahawa dia mesti kembali ke Bermuda tapi dia kata tugasnya belum selesai. Dia tak takut laknat Allah, para malaikat, para rasul dan seluruh kaum muslimin sebab dia dah bersumpah utk menyesatkan manusia dan menggoda mereka dan dia tak akan mati sehinggalah kiamat dan neraka utk dia pun dah disediakan. Dia nak sesatkan manusia ini (pesakit yg sy rawat) kerana pesakit ini didakwanya keturunan ke 33 Nabi Muhammad saw.  Sy kata akan teruskan ruqyah agar dia pergi tinggalkan pesakit ini, dia kata silakan ruqyah...dia mengarang kesakitan dan sejurus kemudian pesakit sedar.
Kisah ini mempunyai teladannya tersendiri. nantilah bila sy post detail nanti. Mungkin 2-3 bulan dari sekarang.

Monday, 15 July 2013

Tengok tulang manusia macam x-ray

15.9.12 - kes  3 beranak ada gangguan, masa ruqyah mak dia, dia nampak keluar prpm putih dari badan, suami dia pula boleh Nampak tembus tulang manusia macam x-ray, kes lain prpm 37 th,ada breast cancer, lps rawat hosp buat ultrasound tak Nampak apa-apa, skrg dia hamil 4 bln anak ke4, dia kalau makan lada hitam atau telor benda tu marah kecuali ikan bakar atau singgang baru tak apa, kat rumah pulak selalu bau kemenyan dan macam2 keanihan. Kes lain lelaki 76 th, susah nak tidur, selalu mimpi org mati, dengar suara org bagi salam, kalau tidur ada benda tarik bantalnya, selalu Nampak kelibat.

Silat syeikh harimau berantai


14.9.12- kes pemuda 37 th, pernah dulu belajar silat syeikh harimau berantai, kini sakit2, bisa, bahu, tulang belakang dll, susah nak tidur, dah 2 th macam ni. Masa belajar silat, cuma niat maka gerak silat berlaku sendiri. dia juga pernah memasukkan susuk kelapa, mcam serbuk, digosok masuk kemudan hilang, ini dah 12 th lepas. ....susat nak publish posting ni, computer buat kacau, mudah2an boleh. oklah.

Kena golek dalam bilik

12.9.12 - kes prpm 24 th, tak boleh tidur dlm bilik, perasan ada kelibat di situ, semua dlm rumah dia takut, kalau masuk bilik macam kena golek, serius dlm sebulan ni, siang pula tak apa-apa, mlm kena tindih dan bisik namanya.

Keturunan bomoh

7.9.13 - kes beb hari lepas kebanyakannya kes biasa, namun mlm ni kes agak berat, seorg ibu, 36 th, dikatakan ramai bomoh ada saka, dah puas berubat, doktor kata ada cyst, confirmed pada 2010, saiz 5 cm,kat ovari sblh kiri,  dulu dia kerja staff nurse di sebuah pusat perubatan terkenal, jadi panas baran termasuk berdebar2, masalah ketara kini anak bungsunya 4 th, susah buang air besar, sembelit dll. Anak sulung pula sakit kaki, no. 2 panas baran dan sensitif, no. 3 tak suka sekolah, menyendiri dan main sorang2, Pakcik dia pula adalah bomoh, pakcik satu lagi pula menuntut ilmu salah, moyang anak dia berubat orang pakai saka, prpm tua rambut putih, juga bomoh bedah batin di sebuah negeri di selatan.  

Sunday, 14 July 2013

Bolehkan pukul atau bunuh jin?

Ada yg bertanya tentang jin yg degil, bolehkah dipukul...kalau dibunuh pula atas sebab apa jin dibunuh?, adakah kesalahan yg mereka buat membolehkah kita bunuh dia? maka ulasan saya begini;

Menangani makhluk ghaib ni memerlukan penelitian yg antara lain;
1. Mengenalpasti jenis apa; iblis, ifrit, syaitan, jin biasa, bunian dsb sebab antara mereka mempunyai ciri-ciri gangguan tersendiri.
2. Sebahagian mereka bertindak kerana membalas dendam atau perintah tukang sihir atau tak sengaja masuk badan akibat kelalaian manusia atau angkara saka dsb.
3. Perawat kena mengambil beberapa pendekatan; mendakwah kpd Islam, menyuruh keluar dari badan pesakit dan hentikan gangguan, membatalkan perjanjian dgn tukang2 sihir@pengupah, menyakitinya dgn meneruskan ruqyah, mengancam dgn laknat Allah dan balasan neraka dsb. Jangan asal ganggu saja terus nak bunuh.
4. Memandangkan makluk2 ini bersifat halus. lembut, bersifat etheric dan tidak berjisim spt manusia, maka pukulan adalah simbolik agar mereka keluar dan kecederaan mereka bukan kerana pukulan tetapi kerana kesan ruqyah ke atas pesakit yang ditepuk atau dipukul menerusi tangan perawat yg membaca ruqyah. Kalau Allah izinkan ia tercedera maka tercederalah ia, kalau diizinkan terbakar maka terbakarlah ia, begitu juga kalau terbunuh. Janganlah kita mendabik dada bahawa kita boleh bunuh jin dsb seolah2 mengambil tempat dan hak Allah swt. 
5. Memandangkan makhluk2 ini berakal, berkemampuan bergerak dan berlari dlm badan dan saluran darah manusia, maka mereka boleh beralih tempat setelah dipukul dan adakalanya menipudaya perawat seolah2 pesakit merasai kesakitan pada anggota tertentu, sedangkan jin sudah keluar atau berpindah tempat, maka disangka tempat tertentu ada jin berkumpul, maka dipukul bertalu2 di tempat itu. 
6. Memahami helah dan tipudaya makhluk2 ini menerusi bukan saja dialog atau interaksi sewaktu rawatan, bahkan secara perbincangan, khususnya yg beriman dan bertaubat untuk tidak mengkhianati manusia lagi. 
7. Sentiasa memohon petunjuk Allah sepanjang sesi rawatan agar penipuan makhluk2 tersebut terbongkar dan perawat dapat mengambil langkah berjaga2.
Wallah a`lam

Rumah dipenuhi ular

2-4.9.2012- ada byk kes, antaranya kes patah kaki, barah payudara stage 3, demam malam, sakit tulang belakang, nafas sangkut. Ada satu kes berat, seorang usahawan, sakit kalau dengar azan atau masuk masjid, pagi, tengahari dan petang sakit belakang, tengkuk ke hujung jari, sebelah kanan pula bisa sampai ke tulang, dari leher ke hujung jari lengan sebelah kiri. Check hospital dan lenguh, tak ada masalah. Kisah pernah mancing di kolam kat pelabuhan, ramai perawat dah jumpa, termasuk bomoh yg bagi tali pinggang hitam (tangkal) utk pakai, juga bomoh Indon bagi benda utk selit kat kereta dan pintu. bomoh lain pula minta sediakan telor 3 biji, bunga 7 jenis, gulai, hantar ke kolam pancing dengan pinggan putih, kena beli 2 jenis pokok delima, putih dan merah, tanam depan dan belakang rumah. Satu lagi limau kasturi kena  tanam depan rumah. Masa jumpa saya dia dah 4 bulan tak dapat masuk kerja. Baru 2 hari lepas dia pergi Kuala Pilah, berubat dengan perubatan secara ghaib, pernah mimpi macam2 termasuk bunuh 20 ekor ular, ada juga seorang tolong bunuh, kemudian ada betul2 2 ekor ular dibunuh di rumah, banyak ular didapati di rumah, iaitu anak ular hitam. Dia pernah juga jumpa bomoh orang asli Bt 14, berubat pakai telor 7 biji, urut kat badan kemudian dipecah. Sy ambil masa agak panjang utk sedarkan dia apa yg berlaku dan perbezaan antara rawatan yang haq dan batil sebelum meneruskan rawatan. Hasilnya positif dan mengucapkan syukur atas bantuan dan pertolongan. Saya kata syukur hendaklah kpd Allah sebab Dialah penyembuh sebenar.

Suami suruh isteri berzina, baru ada feel

30.9.12 - pasangan suami isteri dah 7 th kahwin,, sebelum kahwin suami ada 3 anak dgn bekas isteri. Suami sekarang tak bagi anak2 balik kampung, skrg mereka merajuk tak nak balik langsung. Jiran dia , prpn Indon, pakai amat seksi, pernah suami dia diberi semangkuk sup daging, lalu mereka sering bergaduh dan tak nak balik. Bila suami ada rumah, prpm Indon tu keluar. sorg prpm sms tanya bila lagi nak bercerai...suami pula paksa dia hamil, dia takut sebab pernah ada cyst, dah dibuang sebelah kanan, nak bersama tak boleh, tak boleh fokus, salahkan isteri, lalu jumpa seorang tabib yg menggelarkan dirinya prof. Suami ugut jual rumah, dulu suami solat, sekarang tak lagi. Kini suami minta isteri dia berzina dgn lelaki lain baru dia ada 'feel' dgn isteri, suami nakkan anak. Masalahnya suami suruh cari jantan lain dan dlm masa sama suaminya suruh dia layannya macam baby.

Anak raja ajak ke Narathiwat

26.8.12- kes pemuda 22 th, anggota tentera, dah bertunang, nak kahwin sebulan lebih lagi, keluarganya pun dah sediakan lembu tk kenduri, namun dia teringatkan prpm lain, dia kebingungan. Kini dia tak nak teruskan bertunang, nak putuskan, kad2 kahwin dah edar, ramai ahli keluarga dll diberitahu. Kes lain prpm yg nak bunuh diri, juga kes wanita 52 th, lepas operate otak 2 th lepas, mengalami gangguan tidur, mengigau, cakap sorang2, pernah nampak org tua berjanggut, skrg nampak org muda ajak kergi ke narathiwat, dia kata dia anak raja.  27.8.12 pula ada 6 kes termasuk pagar rumah yg mengalami gangguan yg agak teruk.

Saturday, 13 July 2013

Ajar tanam tebu dan rawatan telepathy

25.8.12 Kes wanita 60 th, sebelum puasa lepas, jatuh kat bilik air 2 ptg lps zohor, terhantuk ke dinding, kini x ada selera, x lapar, x ngantuk, sesak nafas, kepala , tangan dan kaki kebas, hati berdebar, panas, tercekik, takut makan, takut tidur, takut pejam mata, dah pergi klinik, hospital, doktor pakar, semua kata ok. 2-3 bulan ni mimpi bukan2, spt ada org nak bagi barang tapi dia tak nak. Bila nak pejam mata dtg org prpm tak dikenali, nak menawar dia tunjuk cara2 tanam tebu.
Kes lain wanita Singapura, berusia dan belum kahwin, mengalami sakit yg teruk dari hujung rambut ke hujung kaki, dlm mulut juga rasa kering, tak boleh bercakap, susah nak sebut dan rasa tercekik. Dia pernah dtg berubat dgn sy. Kali ni dia nak sambung rawatan tapi dia berada di Singapura. Berkali2 dia telefon mohon bantuan dan ketika itu sy agak sibuk dan minta dia call balik, dan sy terpaksa gunakan kaedah telepathy (ruqyah jarak jauh) kira2 8 minit. Kaedah ini tidaklah pelik, cuma kita mendoakan ke atas pesakit yg tidak berada di depan kita, macam org solat jenazah ghaib atau mendoakan anak2 yg berjauhan dari keluarga dsb.

Isteri lari diberi duit raya RM20 K

24.8.12 Kes lelaki ada 2 isteri, isteri 1 ada sorang anak. yg kedua dikahwini 8 th lepas, keras kepala. Selepas kahwin 5 th isteri lari masa hamil 7 bu. Dah bersalin 2 bu tapi belum dpt tengok anaknya. Mertua dia tak bagi jumpa, seorang ustazah, adik beradik isteri 3 orang cacat. Isteri sekarang duduk dgn budak2 Sabah, semuanya kristian. Bapa isteri yg arwah 2 th lepas , bekas guru besar pernah mengaku mengaji dgn iblis (tanpa guru) . Bulan lepas saja RM 100 ribu buang duit utk isteri dlm masa 2 hari. Duit raya diberi RM20 ribu dan tanggung belajar isterinya selama 6 th belajar perubatgan di sebuah koleh universiti di KL. Kes lain wanita 68 th gatal2 satu badan, yg kronik sblh dlm lengan kiri, cucuk klinik mcm tu juga, dah 2 bu. Dia ada mimpi bukan2, dibawa berjalan oleh seorg prpm, nampak kelibat org prpm masuk rumah, masa sy ruqyah dia, dia ckp nampak byk ulat keluar. 

Budak kecil peluk tak nak lepas

11-12.8.12 Ada kes biasa tapi susah nak lepas, wanita 20 th, kalau tidur saja mesti kena himpit, mimpi budak kecik peluk dia, tak nak lepaskan, kerap berlaku, tiap2 minggu, tak kira siang atau malam, dah lebih 1 th macam ni. Kes lain berlaku dlm satu keluarga, asyik sakit dan demam2 sekeluarga, ada kelibat, rasa angin kuat, bunyi tarik2, guli jatuh, anak2 menangis sebelum pergi sekolah dsb. Juga kes isteri masa hamil lari dari rumah tanpa sebab, dah 6 bu. Anak baru lahir 2 bu dia belum tengok.

Muntah sebaldi

11.8.12 Ada byk kes namun kes yg nak dicatat ini agak istimewa, ada kaitan dgn sihir yg dikenakan ke atas bapanya, bekas pegawai tinggi tentera.. Dia madu yg belum dikurniakan zuriat sewaktu mula2 jumpa sy hampir setahun lps (pendek cerita , semasa ditulis posting ni dia dah bersalin, masih dlm pantang). Ayahnya pernah dianiyai (tidak sedar melakukan jenayah sehingga dipenjara berpuluh th) dan pernah dirawat oleh TGHD 20 th dulu sehingga muntah 1 baldi dan juga jumpa tangkal yg dikenakan oleh seseorg. 

Sihir menerusi novel dan ulat keluar dari mulut

28.7.12 Ada byk kes hari ni, antaranya wanita 27 th, selalu ngantuk, pening, kebas, luka2 seluruh badan, kekadang lebam, bengkak, rasa panas pedih, dada berdebar, gelisah dsb, dah pergi mengurut, tak jadi apa. Kes lain wanita 40 th, dah kahwin 16 th belum ada zuriat, doktor sahkan endometriosis, buat EC kat uterus, juga pernah buat IUI, IVF, juga mendakwa pernah disihir, macam sentiasa ada org di sebelah baik masa tidur mahupun sedar, rasa x selesa sebelah kiri, masa buat EC, anak angkat ada nampak kelibat budak berlari dalam rumah. Dia pernah belajar kump. 22. Dia kata tak suka diruqyah, tak selesa. Kes lain wanita , mengadu pasal suami dia 34 th dh berubah, tak nak dekat isteri, sentiasa dgn h/phone, x byk ckp, pernah beritahu ada prpm lain, kt pejabat dia, dia jadi murung dah 2 bu. Isteri ni syaksuami teraniaya, dia reda kalau suami nak prpm tu. Suami diberi hadiah buku cerita, dibacanya tiap2 mlm, buku yg prpm tu suka pengarangnya, antaranya novel Nothing last Forever, dah 1 bu. bawa balik novel tu, asyik baca tiap2 mlm dan sejak baca novel tu dia asingkan diri dari isteri. Selanjutnya wanita asal sarawak, mendakwa pernah disantau oleh bekas suami, kini kahwin dgn suami baru, masa dirawat bertali keluar ulat dari mulut, kini dia cepat marah kat suami, nak bersama takut, selalu mengelak, period pula berlaku 3 kali selalunya, hidung berdarah tak tentu, keluar berketul2.  

Sambung posting...Tak dapat potong India sami

InsyaAllah mulai hari ini sy akan sambung posting ttg catatan rawatan setelah hampir setahun tak sempat buat. Kes 26.7.12. Seorg wanita dtg mendakwa ada bengkak kaki, dari peha ke bwh, dah pergi mengurut 3 x tapi masih ada. Masa nak dtg tadi rasa berdenyut2 dan menggigil, sebelum ni sakit perut dan berak pun tak sedar. Pernah masa nak pergi kerja, cuba nak potong motor India pakai sami, tapi tak jadi lalu patah balik, kemudian cuma lagi pergi kerja, jumpa lagi India sama pakai sami, juga patah balik. 

Bersama Prof Dr Massaru Emoto (Pakar air dari Jepun)

Sy berada di Negara Brunei Darussalam atas jemputan pada 10-13 Mei 2013 dan sempat mengikuti Simposium The Beautiful of Water yg disampaikan oleh saintis Jepun yg terkenal di sunia, Prof Dr Massaru Emoto. Antara yg menarik ialah dipamerkan penemuan terkini dan molekul indah bacaan ruqyah, asma' al-husna dll.

Konvensyen Pengubatan Islam Malaysia pada 29-10 Jun 2013

...ditakdirkan jadi pembentang mewakili UM atas kapasiti penyelidik dan ahli akademik. Tajuk tersebut sepatutnya dibentang oleh TGHD dlm ucaptama namun program ini bertembung dengan jadual beliau utk satu program di sebuah negeri lain yg telah diconfirm lebih awal. Jadi penganjur meminta saya mengambil slot pembentangan dgn tajuk al-Quran sebagai al-Syifa'.