Blogger Templates

Saturday, 25 August 2012

bunian tunggu pesakit depan rumah saya

Ini kes pesaskit yg dtg semalam,  juga akan dicatat selepas ni...

cuti ramadan dan idil fitri

sepanjang ramadan rawatan masih berlangsung iaitu petang sebelum berbuka dan selepas terawikh, namun tidaklah spt bulan2 lain sebab nak rehat, kes2 tak banyak dan pesakit2 boleh bertahan sehingga selepas raya. Masuk raya ketiga, rawatan macam biasa, namun kes2 tertentu akan diposting insyaallah sehari dua lagi. Kebanyakan kes berkaitan isteri lari rumah, anak prpm yy suka kaum sejenis, suami dihalau isteri dan keluarga mertua, serta gangguan rumah....jumpa selepas ini.

Wednesday, 15 August 2012

rawat kebun

dah banyak kes sy tak posting, insyaAllah beberapa hari lagi, kerana asyik melayan pertanyaan dlm emel grup ahli DS ttg pelbagai jenis penyakit dan kaedah rawatan termasuk merawat kebun atau tanaman.

Saturday, 4 August 2012

Bekam Api dan wafak bulu gajah

25.07.2012 (Rabu)
Pesakit asal K.kangsar, prpm 35 th, sakit perut, kejang2 , tarik2, dah 4-5 hari, tidur terjaga dan sakit, pernah merawat dgn org yg jual produk HPA. iaitu bekam api, pakai mangkuk. Bakar kertas dan layur api berdekatan kat badan pesakit. Ini kali pertama sy dengar pasal bekam api. Doktor hospital pernah syak ada fibroid, tapi lps check tak ada pulak.
Kemudian 2 org pesakit yg seorg saudara sy pernah minta bantuan utk rawatkan mereka. Pertama prpm 27 th, kenal seorg lelaki Indon, asal Medan 4 th lepas, bertunang lebih 2 th di Pahang, lepas tu putus, tak tahu silap di mana. Lelaki tadi kemudian kahwin dgn prpm Indon juga kemudian bercerai. Kini lelaki tadi ingin kembali kpd dia tapi dia dah serik tak nak lelaki tu lagi. Namun demikian dia tak boleh lupakan lelaki itu sejak Januari 2012. Masalah dia tak dpt lupakan lelaki tu.Menurutnya lekai bekas tunang dia ada simpanbenda2 pelik, pakai mentera dsb utuk rujuk dia balik, juga dia ada simpan bulu gajah dan wafak.
Kawan dia pulak, 35 th, dh berasingan dgn suami 4 th, baru th ni bercerai resmi, suami ikut ckp mertua, halangan dari mertua yg ada buat amalan tarik harta dan perkara mistik, simpan tangkal, azimat dll.

Friday, 27 July 2012

Mulut berakar dan kembang

21.07.12 (Sabtu)
Ada beberapa kes yg anih dan kronik. Antaranya pesakit wanita, pesyarah sebuah IPTA di pantai timur, nak bertunang dgn sorg pegawai sebuah kementerian, sama2 26 th dan kenal masa belajar dulu , sejak merancang nak bertunang, macam2 perkara anih terjadi kpd wanita ini, sy kenal dia sebab dia dulu pelajar sy. Dia kata mulutnya rasa macam berakar, sebelah pipi kiri dan kadang2 ke kanan, dekat mulut, jadi kembang dan bergelodak, manakla perut dia juga katanya macam ada angin berombak2. Dulu taklah macam ni.
Kes lain pesakit santau, wanita 33 th, datang dgn suami, kedua2 guru dan 3 anak. Dlm bilik rawatan hanya dia dan 2 anak masuk, suami dan anak satu lagi tidak. Katanya setiap minggu sakit dia akan datang dari hari isnin sampai jumaat , asal Bkt Abal, Pasir Puteh. Dgn TGUH pun dia kata dah berubat 5 kali, tak termasuk perawat2 lain hampir setiap minggu. Dia kata abang ipar dia (anak mertua) pernah beri makan ubat, keluarga mertua tipu tanah, puja benda, bakar kemenyan dsb. Dia tak suka keluarga mertua dan enggan balik kg suami, maka suami dia juga tak kasi dia balik kg dia jugak.  Hasilnya seri, kedua2 tak balik ke mana2 sejak sakit ni. Suami dia sebenarnya enggan berubat, tapi taklah larang isterinya ini. Sy ruqyah dia dan sy perasaan pernah kenal prpm ni, tapi di mana. Kebetulan masa nak keluar bilik rawatan dia kata dia anak murid sy dulu, baru dia perasan, dia pernah pinjam nota kuliah sy. Dia kata tak terfikir dan tak sangka sy terlibat dlm pengubatan ini. MasyaAllah, lps tu sy minta dia panggil suami masuk dan berbincang ttg langkah seterusnya demi mendapatkan kesembuhan.

Air ruqyah berapi

20.07.12  (Jumaat)

Saudara dari Kelang call ada dua prg prpm ingin berubat, sy kata insyaAllah biar dia konteks slps ini. Akan ditentukan tarikh dan masa sesuai. Juga kes yg agat rumit iaitu seorg pelajar yg ada masalah dgn bakal tunangnya. Dia pensyarah sebuah IPTA manakala bakal tunangnya bekerja di sebuah kementeriaan kerajaan. Dia pernah berubat dgn seeorng, masalahnya dia pelan nak kahwin tak jadi, bomoh tu kata dia sesuatu padanya. memang perut dia bergelodak sejak selasa lepas, juga sakit dekat rahang, macam tercekik, spt tak dpt bercakap, tidur mudah jaga, mimpi suara2 cakap jangan kacau lelaki tu, ini banyhak kali berlaku, suaranya sama iaitu prpm berumur, juga dtg cakap dlm mimpi, warning dia. Mereka berkawan ni sejak 2008 lagi ketika masih sama-sama belajar. Dia kata dia tak boleh balik rumah lama di kampung, seolah2 ada menyekatnya. Bapa lelaki itu pula sangat rapat dgn seseorg dari Sabah, dipercayai memakai benda2 pelik termasuk pendamping. Abang dia juga dan isterinya selalu baran dan bergaduh. Sy minta dtg ke klinik di BBB masa sy bertugas besok utk diruqyahkan, bawa juga bakal tunangnya.
Mlm, pesakit yg pernah dtg, saudaranya bawa, dia cakap lps balik rumah hari tu, dah lebih 3 bulan ok, sihat dah, dia pun leka tak buat apa-apa, doa tidak, zikir tidak,  sehinggalah beberapa hari lepas, terkena lagi kat kilang tempat dia kerja, , kemudian balik rumah, disuruh  minum air ruqyah yg masih berbaki, dia tak nak, dia kata kotor, macam ada api. Masa sampai, dia macam org hilang akal, layu, tak bermaya, tak bercakap, macam bingung, kosong fikiran. Mula saja ruqyah dia bertempik amat kuat, walaupun badan dia kurus dan lemah, berulang2kali jugalah dia menderam, akhirnya dia longlai dan tidur, 15 minit kemudia sedar dan ok..

Wednesday, 25 July 2012

Patung bercucuk jarum dlm bungkusan

 ...dah beberapa hari tak sempat buat catatan kerana ada beberapa hal,...Kes ini masih ditangani, pesakit saya, prpm, di mimpi kakaknya pimpin tangan dia pegi ke sebuah padang dekt rumah lama dia, di situ dia ternampak satu lubang dan dalamnya ada anak patung yg badannya dicucuk dgn jarum macam lidi, di tangannya ada sampul putih, dan dalamnya ada gambar2 lama keluarga dia. Dlm mimpi tu dia terus telefon saya dan nampak rupa aya, putih, pakai kopiah dan jubah putih, lalu saya memberitahunya biarkan patung itu, jgn diapa2kan, kerana org yg buat kerja ni dah nak mati, sekarang sedang sakit. Ini cuma mimpi dan sy tidak mahu pentafsirkan mimpi ini lebih2 sangat  takut menimbulkan salah tanggapan. Selama sy mengubati dia, sy cuma mendoakan kebaikan utk dia dan keluarganya, dan sekiranya ada org2 yg menjadi punca kesakitan yg dialami, dimohon agar Allah memberi petunjuk kpd org2 itu agar meninggalkan kerja2 yg tidak elok dsb. namun sekiranya ditakdirkan Allah hendak memulangkan kesakitan itu kpd penyebabnya atau memberi ujian, maka itu hak Allah. 

Thursday, 19 July 2012

Cicak hitam melekat di kaki

17.07.12 (Selasa)
Antara kes yg jarang ditemui ialah pesakit lelaki, 46 th,  diterpa oleh beberapa ekor cicak ke kakinya sewaktu berada dlm sebuah surau, dikuis, kemudian jatuh lagi yg lebih besar, ini berlaku 4-5 bulan lepas, terkini ada lagi sekor cicak jatuh kat kakinya, tapi ia berwarna hitam. Sejak itu dia rasa sakit tapak kaki, rasa panas, senja pula selalu panas belakang, selepas isyak baru ok sikit, juga susah tidur, termasuk terbayang2 ular. Dia mengaku pergi jumpa bomoh, diberi minum air. Dia juga waktu pasang CD Quran, tiba2 rasa ada kecoh kat rumah, lalu melompat masuk bilik dan menangis. Dia juga mengaku hilang nafsu terhadap isterinya sedangkan nafsu isterinya adalah sebaliknya, lebih dari biasa, tak pernah seperti ni, macam buang tebiat. Bomoh kata ada 2 ekor jin kat kaki kiri dan seekor kat kaki kanan sebelah bawah betis. ..........sambung. 

Rawatan jarak jauh

16.07.12 (Isnin)
Sy terima panggilan seorg. wanita, dia minta tolong buat rawatan jarak jauh untuk anaknya yg sedang sakit, gangguan dan merasuk di sebuah asrama di daerah Sabak Bernam. Sepatutnya dia beritahu dulu apa masalah anaknya, apa dah terjadi dan minta saya ikhtiarkan. Ini tidak, terus minta sy buat rawatan jarak jauh. Sy kata sy tak buat rawatan jarak jauh spt yg dimintanya, dia kecewa dan kata, tak apalah kalau tak boleh buat. Sy jawab bukan macam tu, kita ikhtiar di mana-mana pun boleh, tak spt. mana rawatan yg dia kehendaki, sebab kita hanya mendoakan kpd Allah utk dapatkan kesembuhan. Sy tak menyalahkan dia 100 % setakat ini sebab dia sering mendatangi bomoh sebelum ni, cuma akhir2 ni terdorong utk mencuba rawatan Islam. Setelah dia letak telefon, 2 minit kemudian dia call balik, minta tolong ikhtiarkan, doakan agar anaknya sembuh, sy kata insyaAllah. Memang di DS pelajar didedah ttg kaedah rawatan tsbt yg dinamakan telepathy. Ia melibatkan doa dan konsepnya sama saja dgn solat ghaib bagi jenazah yg tiada hadir di depan kita sebelum dikebumikan. Allah mendengar doa kita di mana2 jua dan bila2 masa jua. Ruqyah yang disusuli dgn solat hajat dan zikir2 tertentu sebelum tidur utk dapatkan petunjuk. Cuma kaedah spt yg diamalkan oleh pawang, dukun dan bomoh spt. menilik, nak tahu punca, angkara siapa, siapa yg buat dsbnya, maaflah, sy tak buat semua itu. Ia boleh mengundang fitnah selain kesyirikan.

Seterusnya pesakit prpm, dah lama x dtg buat susulan, katanya sejak saudara-mara sebelah suaminya dtg berkunjung ke rumahnya beberapa hari lepas, dia dan  anaknya serta rumahnya dpat kembali masalah. Masa saudara suaminya dtg , dia boleh berhubung dgn makhluk yg terdapat dlm badan saudaranya itu, iaitu saka dari mertuanya,sudah tua dan tinggal2 sorang2 di rumah lama di Melaka. Pengakuan dari ahli keluarganya ttg saka ni adalah konsisten walaupun sy keberatan nak guna istilah saka sebab ia boleh mengundang fitnah. Semasa dialog, jin asal iaitu jin muslim mengatakan badan prpm ini dah dimasuki ramai jin2 saka sebelah suaminya, juga dah masuk rumahnya dan mendampingi anak lelakinya, yg diakui dia ada masalah hyperaktif, sering tengking, marah2 maknya sampai terjengkil biji mata, sedangkan sebelum ni taklah sampai begitu sekali. Jin muslim tadi sebenarnya tak berada dlm rumah prpm tadi, hanya bila dia keluar rumah, barulah jin ini mengekorinya dan sebaik2 prpm tadi balik dan masuk rumah, dia tinggal di luar, dan inilah rutin dia. Hal ini pernah diceritakan dlm posting terdahulu. Ringkas cerita sy ruqyah utk mengusir jin saka yg jahat, melibatkan 2 fasa, akhirnya pesakit ok dan rasa ringan badannya.