Sy berada di Negara Brunei Darussalam atas jemputan pada 10-13 Mei 2013 dan sempat mengikuti Simposium The Beautiful of Water yg disampaikan oleh saintis Jepun yg terkenal di sunia, Prof Dr Massaru Emoto. Antara yg menarik ialah dipamerkan penemuan terkini dan molekul indah bacaan ruqyah, asma' al-husna dll.
Saturday, 13 July 2013
Konvensyen Pengubatan Islam Malaysia pada 29-10 Jun 2013
...ditakdirkan jadi pembentang mewakili UM atas kapasiti penyelidik dan ahli akademik. Tajuk tersebut sepatutnya dibentang oleh TGHD dlm ucaptama namun program ini bertembung dengan jadual beliau utk satu program di sebuah negeri lain yg telah diconfirm lebih awal. Jadi penganjur meminta saya mengambil slot pembentangan dgn tajuk al-Quran sebagai al-Syifa'.
Wednesday, 26 June 2013
Azazil...raja segala iblis
Azazil, yg dulunya beribadat kepada Allah selama 80 ribu tahun, namun kerana ego dan sombong dgn kejadiannya dari api, enggan sujud kepada Adam a.s.......kini setelah berhenti posting hampir setahun, insyaAllah selepas konvensyen pengubatan Islam malaysia pada 29 & 30 Jun 2013 nanti saya akan mula menyambung posting. Semua catatan masih tersimpan dan banyak kes yang rumit dan memerlukan penelitian lanjut, juga kes2 yang memberi maklumat baru yang jarang diketahui berkaitan rawatan. Tidak kurang info2 terkini tentang aktiviti para makhluk halus, juga detail perbezaan antara syaitan, ifrit dan jin biasa, begitu juga azazil (tidak suka digelar iblis kerana dia mengaku ketua iblis, yg satu2nya). Dlm tempuh sejak julai tahun lepas (sy berhenti sementara posting) sy terus selongkar kitab2 lama dan baru, juga hasil kajian, tesis dsb berkaitan pengubatan Islam, melayu tradisional, perbomohan, perdukunan dan hal2 yg bersangkutan dgn paranormal khasnya di Indonesia, juga amalan bomoh2 siam, hindu, cina, jawa, juga bomoh2 arab. Juga menemui banyak jin2 dan ifrit serta iblis dari pelbagai negara. Terbaharu ifrit dari Nigeria dan Azazil yang bersinggahsana di Bermuda. Saya juga berdepan dengan azazil yang membuat lukisan/lakaran rupa@imej yg berbeza antara ifrit, syaitan, jin, iblis dan rupanya sendiri, juga lakaran kediaman raja azazil di Miami @ Bermuda. Dia melukis langsung di depan saya dan disaksikan beberapa perawat lain. Juga tulisan zaman sebelum nabi Musa a.s dll, semuanya ada dalam simpanan saya. Sy merasakan dunia perawatan memiliki rahsia2 dan hal2 misteri yang tak mampu dibongkar segala-galanya. Syukur dan memadai kalau kita menyedari sedikit darinya dengan izin Allah. Kita bukan hendak menjadi sakti atau memiliki hal2 bersifat luarbiasa atau super natural, namun ikhtiar rawatan ibarat berada di bawah tadahan air terjun, terjahan hampir sama, namun airnya adalah berbeza.
Sunday, 23 December 2012
saya akan kembali posting
Salam semua pembca blog ini. Sy akan kembali posting dgn kes2 baru dalam beberapa hari lagi...
Tuesday, 2 October 2012
Saturday, 25 August 2012
bunian tunggu pesakit depan rumah saya
Ini kes pesaskit yg dtg semalam, juga akan dicatat selepas ni...
cuti ramadan dan idil fitri
sepanjang ramadan rawatan masih berlangsung iaitu petang sebelum berbuka dan selepas terawikh, namun tidaklah spt bulan2 lain sebab nak rehat, kes2 tak banyak dan pesakit2 boleh bertahan sehingga selepas raya. Masuk raya ketiga, rawatan macam biasa, namun kes2 tertentu akan diposting insyaallah sehari dua lagi. Kebanyakan kes berkaitan isteri lari rumah, anak prpm yy suka kaum sejenis, suami dihalau isteri dan keluarga mertua, serta gangguan rumah....jumpa selepas ini.
Wednesday, 15 August 2012
rawat kebun
dah banyak kes sy tak posting, insyaAllah beberapa hari lagi, kerana asyik melayan pertanyaan dlm emel grup ahli DS ttg pelbagai jenis penyakit dan kaedah rawatan termasuk merawat kebun atau tanaman.
Saturday, 4 August 2012
Bekam Api dan wafak bulu gajah
25.07.2012 (Rabu)
Pesakit asal K.kangsar, prpm 35 th, sakit perut, kejang2 , tarik2, dah 4-5 hari, tidur terjaga dan sakit, pernah merawat dgn org yg jual produk HPA. iaitu bekam api, pakai mangkuk. Bakar kertas dan layur api berdekatan kat badan pesakit. Ini kali pertama sy dengar pasal bekam api. Doktor hospital pernah syak ada fibroid, tapi lps check tak ada pulak.
Kemudian 2 org pesakit yg seorg saudara sy pernah minta bantuan utk rawatkan mereka. Pertama prpm 27 th, kenal seorg lelaki Indon, asal Medan 4 th lepas, bertunang lebih 2 th di Pahang, lepas tu putus, tak tahu silap di mana. Lelaki tadi kemudian kahwin dgn prpm Indon juga kemudian bercerai. Kini lelaki tadi ingin kembali kpd dia tapi dia dah serik tak nak lelaki tu lagi. Namun demikian dia tak boleh lupakan lelaki itu sejak Januari 2012. Masalah dia tak dpt lupakan lelaki tu.Menurutnya lekai bekas tunang dia ada simpanbenda2 pelik, pakai mentera dsb utuk rujuk dia balik, juga dia ada simpan bulu gajah dan wafak.
Kawan dia pulak, 35 th, dh berasingan dgn suami 4 th, baru th ni bercerai resmi, suami ikut ckp mertua, halangan dari mertua yg ada buat amalan tarik harta dan perkara mistik, simpan tangkal, azimat dll.
Friday, 27 July 2012
Mulut berakar dan kembang
21.07.12 (Sabtu)
Ada beberapa kes yg anih dan kronik. Antaranya pesakit wanita, pesyarah sebuah IPTA di pantai timur, nak bertunang dgn sorg pegawai sebuah kementerian, sama2 26 th dan kenal masa belajar dulu , sejak merancang nak bertunang, macam2 perkara anih terjadi kpd wanita ini, sy kenal dia sebab dia dulu pelajar sy. Dia kata mulutnya rasa macam berakar, sebelah pipi kiri dan kadang2 ke kanan, dekat mulut, jadi kembang dan bergelodak, manakla perut dia juga katanya macam ada angin berombak2. Dulu taklah macam ni.
Kes lain pesakit santau, wanita 33 th, datang dgn suami, kedua2 guru dan 3 anak. Dlm bilik rawatan hanya dia dan 2 anak masuk, suami dan anak satu lagi tidak. Katanya setiap minggu sakit dia akan datang dari hari isnin sampai jumaat , asal Bkt Abal, Pasir Puteh. Dgn TGUH pun dia kata dah berubat 5 kali, tak termasuk perawat2 lain hampir setiap minggu. Dia kata abang ipar dia (anak mertua) pernah beri makan ubat, keluarga mertua tipu tanah, puja benda, bakar kemenyan dsb. Dia tak suka keluarga mertua dan enggan balik kg suami, maka suami dia juga tak kasi dia balik kg dia jugak. Hasilnya seri, kedua2 tak balik ke mana2 sejak sakit ni. Suami dia sebenarnya enggan berubat, tapi taklah larang isterinya ini. Sy ruqyah dia dan sy perasaan pernah kenal prpm ni, tapi di mana. Kebetulan masa nak keluar bilik rawatan dia kata dia anak murid sy dulu, baru dia perasan, dia pernah pinjam nota kuliah sy. Dia kata tak terfikir dan tak sangka sy terlibat dlm pengubatan ini. MasyaAllah, lps tu sy minta dia panggil suami masuk dan berbincang ttg langkah seterusnya demi mendapatkan kesembuhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)




