Blogger Templates

Friday 27 July 2012

Mulut berakar dan kembang

21.07.12 (Sabtu)
Ada beberapa kes yg anih dan kronik. Antaranya pesakit wanita, pesyarah sebuah IPTA di pantai timur, nak bertunang dgn sorg pegawai sebuah kementerian, sama2 26 th dan kenal masa belajar dulu , sejak merancang nak bertunang, macam2 perkara anih terjadi kpd wanita ini, sy kenal dia sebab dia dulu pelajar sy. Dia kata mulutnya rasa macam berakar, sebelah pipi kiri dan kadang2 ke kanan, dekat mulut, jadi kembang dan bergelodak, manakla perut dia juga katanya macam ada angin berombak2. Dulu taklah macam ni.
Kes lain pesakit santau, wanita 33 th, datang dgn suami, kedua2 guru dan 3 anak. Dlm bilik rawatan hanya dia dan 2 anak masuk, suami dan anak satu lagi tidak. Katanya setiap minggu sakit dia akan datang dari hari isnin sampai jumaat , asal Bkt Abal, Pasir Puteh. Dgn TGUH pun dia kata dah berubat 5 kali, tak termasuk perawat2 lain hampir setiap minggu. Dia kata abang ipar dia (anak mertua) pernah beri makan ubat, keluarga mertua tipu tanah, puja benda, bakar kemenyan dsb. Dia tak suka keluarga mertua dan enggan balik kg suami, maka suami dia juga tak kasi dia balik kg dia jugak.  Hasilnya seri, kedua2 tak balik ke mana2 sejak sakit ni. Suami dia sebenarnya enggan berubat, tapi taklah larang isterinya ini. Sy ruqyah dia dan sy perasaan pernah kenal prpm ni, tapi di mana. Kebetulan masa nak keluar bilik rawatan dia kata dia anak murid sy dulu, baru dia perasan, dia pernah pinjam nota kuliah sy. Dia kata tak terfikir dan tak sangka sy terlibat dlm pengubatan ini. MasyaAllah, lps tu sy minta dia panggil suami masuk dan berbincang ttg langkah seterusnya demi mendapatkan kesembuhan.

Air ruqyah berapi

20.07.12  (Jumaat)

Saudara dari Kelang call ada dua prg prpm ingin berubat, sy kata insyaAllah biar dia konteks slps ini. Akan ditentukan tarikh dan masa sesuai. Juga kes yg agat rumit iaitu seorg pelajar yg ada masalah dgn bakal tunangnya. Dia pensyarah sebuah IPTA manakala bakal tunangnya bekerja di sebuah kementeriaan kerajaan. Dia pernah berubat dgn seeorng, masalahnya dia pelan nak kahwin tak jadi, bomoh tu kata dia sesuatu padanya. memang perut dia bergelodak sejak selasa lepas, juga sakit dekat rahang, macam tercekik, spt tak dpt bercakap, tidur mudah jaga, mimpi suara2 cakap jangan kacau lelaki tu, ini banyhak kali berlaku, suaranya sama iaitu prpm berumur, juga dtg cakap dlm mimpi, warning dia. Mereka berkawan ni sejak 2008 lagi ketika masih sama-sama belajar. Dia kata dia tak boleh balik rumah lama di kampung, seolah2 ada menyekatnya. Bapa lelaki itu pula sangat rapat dgn seseorg dari Sabah, dipercayai memakai benda2 pelik termasuk pendamping. Abang dia juga dan isterinya selalu baran dan bergaduh. Sy minta dtg ke klinik di BBB masa sy bertugas besok utk diruqyahkan, bawa juga bakal tunangnya.
Mlm, pesakit yg pernah dtg, saudaranya bawa, dia cakap lps balik rumah hari tu, dah lebih 3 bulan ok, sihat dah, dia pun leka tak buat apa-apa, doa tidak, zikir tidak,  sehinggalah beberapa hari lepas, terkena lagi kat kilang tempat dia kerja, , kemudian balik rumah, disuruh  minum air ruqyah yg masih berbaki, dia tak nak, dia kata kotor, macam ada api. Masa sampai, dia macam org hilang akal, layu, tak bermaya, tak bercakap, macam bingung, kosong fikiran. Mula saja ruqyah dia bertempik amat kuat, walaupun badan dia kurus dan lemah, berulang2kali jugalah dia menderam, akhirnya dia longlai dan tidur, 15 minit kemudia sedar dan ok..

Wednesday 25 July 2012

Patung bercucuk jarum dlm bungkusan

 ...dah beberapa hari tak sempat buat catatan kerana ada beberapa hal,...Kes ini masih ditangani, pesakit saya, prpm, di mimpi kakaknya pimpin tangan dia pegi ke sebuah padang dekt rumah lama dia, di situ dia ternampak satu lubang dan dalamnya ada anak patung yg badannya dicucuk dgn jarum macam lidi, di tangannya ada sampul putih, dan dalamnya ada gambar2 lama keluarga dia. Dlm mimpi tu dia terus telefon saya dan nampak rupa aya, putih, pakai kopiah dan jubah putih, lalu saya memberitahunya biarkan patung itu, jgn diapa2kan, kerana org yg buat kerja ni dah nak mati, sekarang sedang sakit. Ini cuma mimpi dan sy tidak mahu pentafsirkan mimpi ini lebih2 sangat  takut menimbulkan salah tanggapan. Selama sy mengubati dia, sy cuma mendoakan kebaikan utk dia dan keluarganya, dan sekiranya ada org2 yg menjadi punca kesakitan yg dialami, dimohon agar Allah memberi petunjuk kpd org2 itu agar meninggalkan kerja2 yg tidak elok dsb. namun sekiranya ditakdirkan Allah hendak memulangkan kesakitan itu kpd penyebabnya atau memberi ujian, maka itu hak Allah. 

Thursday 19 July 2012

Cicak hitam melekat di kaki

17.07.12 (Selasa)
Antara kes yg jarang ditemui ialah pesakit lelaki, 46 th,  diterpa oleh beberapa ekor cicak ke kakinya sewaktu berada dlm sebuah surau, dikuis, kemudian jatuh lagi yg lebih besar, ini berlaku 4-5 bulan lepas, terkini ada lagi sekor cicak jatuh kat kakinya, tapi ia berwarna hitam. Sejak itu dia rasa sakit tapak kaki, rasa panas, senja pula selalu panas belakang, selepas isyak baru ok sikit, juga susah tidur, termasuk terbayang2 ular. Dia mengaku pergi jumpa bomoh, diberi minum air. Dia juga waktu pasang CD Quran, tiba2 rasa ada kecoh kat rumah, lalu melompat masuk bilik dan menangis. Dia juga mengaku hilang nafsu terhadap isterinya sedangkan nafsu isterinya adalah sebaliknya, lebih dari biasa, tak pernah seperti ni, macam buang tebiat. Bomoh kata ada 2 ekor jin kat kaki kiri dan seekor kat kaki kanan sebelah bawah betis. ..........sambung. 

Rawatan jarak jauh

16.07.12 (Isnin)
Sy terima panggilan seorg. wanita, dia minta tolong buat rawatan jarak jauh untuk anaknya yg sedang sakit, gangguan dan merasuk di sebuah asrama di daerah Sabak Bernam. Sepatutnya dia beritahu dulu apa masalah anaknya, apa dah terjadi dan minta saya ikhtiarkan. Ini tidak, terus minta sy buat rawatan jarak jauh. Sy kata sy tak buat rawatan jarak jauh spt yg dimintanya, dia kecewa dan kata, tak apalah kalau tak boleh buat. Sy jawab bukan macam tu, kita ikhtiar di mana-mana pun boleh, tak spt. mana rawatan yg dia kehendaki, sebab kita hanya mendoakan kpd Allah utk dapatkan kesembuhan. Sy tak menyalahkan dia 100 % setakat ini sebab dia sering mendatangi bomoh sebelum ni, cuma akhir2 ni terdorong utk mencuba rawatan Islam. Setelah dia letak telefon, 2 minit kemudian dia call balik, minta tolong ikhtiarkan, doakan agar anaknya sembuh, sy kata insyaAllah. Memang di DS pelajar didedah ttg kaedah rawatan tsbt yg dinamakan telepathy. Ia melibatkan doa dan konsepnya sama saja dgn solat ghaib bagi jenazah yg tiada hadir di depan kita sebelum dikebumikan. Allah mendengar doa kita di mana2 jua dan bila2 masa jua. Ruqyah yang disusuli dgn solat hajat dan zikir2 tertentu sebelum tidur utk dapatkan petunjuk. Cuma kaedah spt yg diamalkan oleh pawang, dukun dan bomoh spt. menilik, nak tahu punca, angkara siapa, siapa yg buat dsbnya, maaflah, sy tak buat semua itu. Ia boleh mengundang fitnah selain kesyirikan.

Seterusnya pesakit prpm, dah lama x dtg buat susulan, katanya sejak saudara-mara sebelah suaminya dtg berkunjung ke rumahnya beberapa hari lepas, dia dan  anaknya serta rumahnya dpat kembali masalah. Masa saudara suaminya dtg , dia boleh berhubung dgn makhluk yg terdapat dlm badan saudaranya itu, iaitu saka dari mertuanya,sudah tua dan tinggal2 sorang2 di rumah lama di Melaka. Pengakuan dari ahli keluarganya ttg saka ni adalah konsisten walaupun sy keberatan nak guna istilah saka sebab ia boleh mengundang fitnah. Semasa dialog, jin asal iaitu jin muslim mengatakan badan prpm ini dah dimasuki ramai jin2 saka sebelah suaminya, juga dah masuk rumahnya dan mendampingi anak lelakinya, yg diakui dia ada masalah hyperaktif, sering tengking, marah2 maknya sampai terjengkil biji mata, sedangkan sebelum ni taklah sampai begitu sekali. Jin muslim tadi sebenarnya tak berada dlm rumah prpm tadi, hanya bila dia keluar rumah, barulah jin ini mengekorinya dan sebaik2 prpm tadi balik dan masuk rumah, dia tinggal di luar, dan inilah rutin dia. Hal ini pernah diceritakan dlm posting terdahulu. Ringkas cerita sy ruqyah utk mengusir jin saka yg jahat, melibatkan 2 fasa, akhirnya pesakit ok dan rasa ringan badannya.

Wednesday 18 July 2012

Ilmu Memanjang Suara

15.07.12 (Ahad)
Selesai kuliah DS Perlis, bab sihir, seorg pelajar minta doakan emaknya, katanya mak dia sakit sekarang ni, dulu ada ambil dan amal ilmu untuk memanjangkan suara, dgn bacaan ayat2 tertentu, dulubaca Quran panjang suara, kalau dulu ada program Akademi Quran, boleh menang punya, mengalahkan mursyid, tapi dia kini dah berusia, tak larat dah.............bersambung.

Makhluk ghaib ajak main bola

15.07.12 (Ahad)
Sy dihantar ke rumah tu utk berehat sementara tunggu flight 9.45 mlm. Masa tukar pakaian nak ke bilik air, tiba-tiba muncul satu bola getah, saiz kecil sikit dari bola FIFA, bola tu bergerak-gerak seolah2 ditolak atau dikuis2 dgn kaki. Mungkin dia boring, nak ajak saya main bola, tapi nak main dgn siapa, hanya sy sorang ada ketika itu, sy tak peduli bola tu, nak bergerak ke , nak menendang ke, sy tak layan, lalu melewati bola yg sedang bergerak2 menuju ke bilik air, mandi dan ambil wuduk utk solat asar. Selepas solat bola tu berhenti, sy tetap tak layan, lalu berkemas dan bersiap utk ke airport. Kalau semalam sy bermalam di sini mungkin sempat berkenalan, tapi sy dihantar ke hotel.

Tuesday 17 July 2012

Gulai Kawah Rusa dan Landak

14.07.12 dan 15.07.12 (Sabtu dan Ahad)
Flight dijadual berlepas jam 7.10 pagi ke Alor Star, 5.30 baru bertolak dari rumah, sampai LCCT jam 6.15, yg sepatutnya paling leweat pukul 6.00 kena sampai. Agak cemas jugalah kerana nak check in masa dah kurang 1 jam, so mesin kiosk tak terima, cuma boarding pass utk return keluar, so kena beratur pulak di kaunter, panjang juga, kena demda pasal lewat, lps tu tiba di dewan menunggu terpapar di skrin...Gate Closed. Sy minta petugas buka pintu, dia tolong, lalu sy bergegas ke bay F95, sampai check point terakhir, petugas dah nak beredar, masa tinggal 8 minit utk berlepas, nasib baik tangga belum ditarik keluar, sebaik saja masuk perut pesawat, tangga ditunda. Oh,,,cemas jugalah, Syukur Allah makbulkan doa agar sempat.

Kuliah DS di dewan bertempat di perkarangan kediaman resmi MB Kedah, selesai kuliah bila masuk waktu zohor. Setelah selesai solat, sy dibawa oleh sahabat, pengerusi DS Perlis dan 2 ajknya utk ke Perlis pulak. Dlm perjalanan singgah di sebuah gerai kat Gunong Teriang yg menghidangkan pelbagai jenis gulai kawah termasuk  rusa, landak dll. Kami makan tengahari di situ. Dapatlah merasa gulai kawah rusa, ikan keli goreng persis di Anjung Keli Perlis dll, cuma Pengerusi DS Perlis agak terkilan kerana kempunan nak makan landak, landak dah habis, pekerja situ kata kalau sebelum pukul 12 t/hari masih sempat, lepas tu nasiblah, sebab landak susah nak dapat, itupun bekalan tak banyak. Tak apalah, lain kali kalau ada rezki. Sy pernah makan rendang landak awal th 1980 sewaktu menetap di Ulu Langat, waktu tu ada jiran yg selalu memburu landak, lps tu ingat2 sy pernah makan lagi tapi lupa bila. Sy bisik kat ssahabat tu, kalau TGUH turun ke Perlis atau Kedah, bolehlah sound makan kat sini, pekena rendang landak ke , rusa ke. Sy tanya tenggeling tak ada ke?. Pernah diberitahu tenggiling halal dimakan seperti juga dob (spesis biawak padang pasir), cuma ia spesis eksotik yg terkawal. Malam pula kami ke Kuala Perlis, pekena ketam, kerapu 5 rasa dll, balik hotel, cuba tidur tapi terjaga beberapa kali, macam ada sesuatu, tapi apa yg ada tak payahlah cerita pada sesiapa. Akhirnya terjaga jam 5.30 pagi. Besoknya Kuliah di DS Perlis, lepas tu lunch di Anjung Keli, pelanggan lebih ramai berbanding biasa, mungkin sebab hujung minggu terakhir sebelum puasa. Keluar hotel tadi dah check out, so lps kuliah sy ke rumah TGUH di Bohor Latif, berehatlah di situ dulu, sampai jam 6.30 bertolak ke airport utk pulang ke KL. Terima kasih atas layanan sahabat2 DS di Kedah dan Perlis semuanya. Sampai rumah jam 12.00 anak2 ramai dah tidur, esok kena pergi kerja, jam 2.30 pagi baru tidur. Ada beberapa pesakit yg terpaksa ditunda temujanji dlm 2 hari ni, akan dtg mlm esok atau lusa.

Friday 13 July 2012

Kuliah di DS Kedah dan Perlis

13.07.12 (Jumaat)
Hari ni tak dpt merawat kerana nak siapkan bahan bagi kuliah pengubatan iaitu Sabtu di Kedah dan Ahad di Perlis. Tajuk yg diberi dah berkali2 sy ceramahkan, namun biasalah setiap kali akan ada penambahan bahan atau maklumat, kalau tidak penceramah juga turut boring. Apatah lagi kedua2 tempat tu berlainan tajuk, so, nak siapkan slides memakan masa kira2 4-5 jam jugalah. Ahad nanti juga sy terlepas 2 function penting iaitu sbg pentasmik di DS Bangi dan juga AGM GAPPIMA di Wisma Belia, KL. Nak buat camno, buatlah apa-apa yg dapat dan penting dulu.

Wednesday 11 July 2012

Jin Wusyu nak duduk dgn saya

11.07.12 (Rabu)

Pagi di pejabat sy didatangi seorg dari Niger, Afrika, lelaki, 35 th, ingatkan dia nak tanya sesuatu ttg penyelidikan, rupanya dia ada masalah peribadi. Dia pernah ikuti wacana ilmu berkaitan sihir yg sy sampaikan hari Jumaat lepas dan justeru itu terdorong menemui sy. Dia dah beristeri, usia isteri 22 th dan berkahwin sudah lebih 5 th (2007). Masalah lain tiada, badan sihat, tenaga ok, zahir dan batin, cuma satu iaitu sejak kahwin sampai sekarang mereka tidak dapat bersama, kadang2 di pihak dia, ada juga di pihak isteri, ringkas cerita sekalipun mereka tak pernah atau tak dapat, walaupun sering dicuba. Sy cuba menerangkan tentang kemungkinan berlaku rabt al-zawj @ al-Zawaj,  iaitu simpulan perkahwinan, maka sy beri beberapa ayat Quran dlm beberapa surah, juga doa dari hadith2 Nabi saw utk diamalkan secara istiqamah. Sy beri tempuh 2 minggu, kalau tiada perubahan, bolehlah dtg jumpa sy, bawa isteri sekali.

Kes mlm pula, seorg ibu bawa anaknya, prpm, 2 bu 10 hari, anak ke3, dia kuat menangis, tak kira siang atau malam, dia dtg ni dibawa oleh kawannya, secara mengejut, tiada appointment, tapi tak apalah, kuat menangis ni susah berhenti, kira2 1- 2 jam baru berhenti, kemudian menangis lagi. Hospital kata kembung perut, diberinya ubat sapu. Kalaulah dia beritahu awal sebelum dtg, sy cadangkan dia bawa bersama daun pokok kacang botol sebagai bahan tambahan, utk diramas dan dimandikan, kemungkinan ada sawan, namun tak apalah, sy suruh dia cari selepas ni. Sy ruqyah pada air dan minta ibunya beri minum, sapu dan mandikan.

Berikut bapa pesakit dari Bangsar yg tiba2 call, dah lama tak berhubung, dia kata anaknya, prpm, yg dulu ada masalah gangguan, kini berulang. Dia mengaku air dah habis, dah putus sejak 5 bulan lepas, rasa dah ok, maka tak buat apa-apa, lalai zikir, baca Quran dsb. Dlm tempuh 5 bulan sehingga beberapa hari lepas anak dia dah nampak pulih, tiada gangguan lagi, namun kenapa ianya berulang.  Pendek cerita jam 10 pm mereka sekeluarga 5 org dtg. sy sdg merawat pesakit lain ketika itu. Setelah diruqyah, pesakit ini mula menderam, kemudian buka gerakan kedua2 belah tangan seolah2 langkah sembah, lalu bangun, berpusing, seterusnya buka langkah spt wusyu, berpusing kedua2 kaki latuh menjatuhkan badan. Sy hentikan dulu ruqyah sebab ini berisiko tinggi, kekuatannya luarbiasa. Sy call pembantu, dtg 4 org, maka sy teruskan ruqyah, pesakit bangun buka langkah sekali lagi, kali ini kami bersiap, menangkap dan rebahkannya ke lantai. Beberapa rangkaian ruqyah dibacakan bersama2 dan turut diikuti oleh ahli2 keluarganya iaitu ibunya dan kedua2 adik prpmnya, namun demikian bapanya yg bersungguh2 bawanya dtg, sekadar duduk selamba, hanya tengok. Bila masuk bab zikir barulah bapanya join kami baca. Dia menderem dan meracau berulang2 kali dan ruqyah serta zikir juga berulang2 kali.

Sy biarkan 4 org pembantu tadi meneruskan ruqyah sementara sy handle kes lain, ada satu keluarga, 5 org, bapa mereka, yg dulunya badannya amat lemah, dah berhenti kerja, bisa seluruh badan, kedua2 betis bengkak dan tiada selera makan. Dia kata kini dah banyak ok, tidur dan makan ok, ada selera, cuma bengkak kaki masih ada terutama waktu2 malam. Mrk dtg kerana dua perkara, iaitu nak sambung air dan kedua bawa barang2 tangkal dan azimat yg banyak disimpan dirumah. Antaranya sebotol air yg kononnya dimasukkan tulisan ayat Quran, dan air itu diminumnya sampai tinggal sisa. Sy tengok sungguh kotor air itu, bercampur kertas, dakwat dan berkelodak, patutnya dia mendpat penyakit krn minum air kotor macam ini yg telah dijampi, katanya dibuat oleh ustaz. Sy kata kalau betul dia ustaz, taklah beri minum air kotor macam ni, ayat Quran pula bukanlah utk ditulis kemudian direndam dlm botol, smpai hancur dan diminum, tiadalah dikenali asas kaedah macam ini dlm pengubatan Nabi saw. Sy juga diberitahu, seorg bomoh yg para pesakitnya menggelarkannya ustaz, namun ada org lain yg mengenalinya kata, ustaz apa, belajar agama pun tak pernah, kecuali pernah belajar dgn bomoh Indonesia. Bomoh ni tak minta pun org panggil dia ustaz, namun kalau ada org panggil dia ustaz, nak buat macamana, seronokah, lagipun gelaran itu boleh guna utk cari makan, merawat org, biarpun pakai hantu penanggal. Apatah lagi dia menjampi dan baca mentera dlm bilik, tak pernah pun depan pesakit, jadi tak tahulah apa yg dibacanya, ayat Quran ke, ape ke. Bagaimanapun sy doakan moga satu hari nanti dia dapat hidayah, insaf, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Berbalik kpd pesakit beraksi wusyu tadi, sy teruskan ruqyah dan dakwahkan agar dia meninggalkan tuannya, dari sebuah tokong di Batam, Indonesia. Masa berdialog dia bercakap Melayu, kemudian cakap Inggeris, sy suruh cakap cina, diapun cakap Tionghua, sy minta dia cakap Tamil, dia kata tak reti. Oklah, dia kata memang dah Islam, dah pergi masjid selepas sy rawat pesakit ini dulu dan jin ini diislamkan, dah 5 bulan duduk di sebuah masjid di KL belajar agama. Pesakit ini pun mengaku selepas dirawat 5 bulan, slps tu dia ok sangat, sihat, tak ada gangguan, namun dia rasa seronok dan leka, tak amalkan zikir secara istiqamah. Dlm tempuh yg sama tuan kpd jin ini, dari tokong tak puashati, dihantar spy2 utk cari jin ini dan akhirnya dikesan di sebuah masjid. Sy kata tak apalah, dia pernah Islam namun skrg nak mengucap susah, tersangkut dan tak lancar. Setelah diteruskan ruqyah buka simpulan, dia boleh mengucap dgn lancar, sy kata kena Islamkan dan mengucap sekali lagi. Dia kata baiklah, namun jin ini tak nak pergi, dia nak duduk dgn saya, nak duduk di rumah sy, minta sy jaganya krn bimbang tuannya cari dia lagi sebab dia dah buat perjanjian. Sy kata tak bolehlah macam tu, kalau kamu dah beriman dgn yakin maka Allah akan jaga kamu, akan selamatkan kamu. Diminta pergi ke sebuah masjid terkenal di KL, namun dia tak nak sebab di situ ada kubur. Dicadangkan masjid lain, dia akur tapi sebelum tu dia nak tukar nama kpd Sakinah, sy kata tak ada masalah, maka dgn memakai nama Sakinah, dia mengucap syahadatain sekali lagi dan akhirnya sebelum pergi dia mengucapkan Assalamualaikum kpd saya dan sy jawab salamnya. Pesakit terus tertidur dan sy minta keluarganya biarkan dia berehat krn badannya penat sangat. Episod mlm ini memberi banyak pengajaran iaitu ttg istiqamah dlm memohon kesembuhan kpd Allah. Moga Allah selamatkan Sakinah, jin yg asalnya Budha, kini beriman kpd Allah, agar keimanannya dpt dipertahankan dgn kehendak dan restuNya.

Sihir Tafriq (Pemisah suami isteri)

10.07.12 (Selasa)
Kes seorg ibu tunggal, guru tadika, anak 4 orang, dia bawak ni anak bungsu, prpm 1 th 11 bln, katanya setiap kali bekas suaminya ambil utk jaga setiap hujung minggu, setelah dikembalikan, balik dari rumah bapa dia,  dia mesti ada gangguan, meracau2, menenguk2 ke atas, terbeliak, jadi macam histeria,takut dsb. Dia mengaku sejak mula kahwin lagi suaminya ada pakai benda2 pelik, tapi disangkanya benda baik seperti tangkal dan azimat, bunjut hitam, minyak busuk, juga ada keris, buku ilmu zuk, bekas rokok daun dan tembakau. Dia juga pernah nampak kelibat suami dia di rumah, jadi panas dan tak boleh tengok rupa bekas suaminya, bila temu juga nampak mata dia merah semacam. Selain masalah anak dia, dia sendiri ada masalah teringat bekas suami dia amat mendalam, teramat sangat, tak boleh lupa walau sekejap, namun suaminya kata amat benci tengok dia. Dia kerap sms bekas suaminya meluahkan perasaan cinta yg amat mendalam, namun seolah2 menunggu kucing bertandauk, sms tak pernah berbalas.

Kes berikut, pesakit ulangan, kali ni bawa anak dia yg kata sakit di sana, sakit di sini, berpindah2, namun sebaik2 saja masuk rumah sy, dia kata tak sakit apa-apa dah. Tak apalah, sy teruskan juga rawat anaknya. Kemudian dia minta suaminya dirawat kerana mengadu dah beberapa hari tak boleh rukuk dlm solat, tak boleh bongkok belakang dan pinggang sakit sangat. Masa ruqyah isterinya batuk2 dan meliuk2 mengantuk, selesai suami dia kata dia ok, tak ada apa-apa, namun sy rasa dialah yg tak ok sebenarnya, namun dia tak bersedia dirawat nak buat macamana. Sebelum rawat suami dia, sy tanya adakah wujud masalah hubungan suami isteri sejak kebelakangan ni, masing2 berpandangan dan isteri minta suaminya menceritakan. Suaminya kata memang betul dia dan isteri tak bersama dah lama, kalaupun dpt bersama tak bersemangat, tak rasa apa-apa, kosong dan isterinya juga mengaku bencikan suaminya. Ini dah sy agak dan dugaan sy betul. Katanya lagi dia telah mentalaqkan isterinya hampir sebulan lepas setelah didesak oleh isterinya sebulan sebelum itu. Mahkamahpun dah beri dikri perceraiaan. Kesian juga keluarga ini sebab anak-anaknya ok, sekolah agama, ramai hafal Quran dan semua belajar ok, belajar tinggi. Bila diberitahu kpd anak2 semuanya mengangislah. Di segi zahir tiada nampak apa-apa kekurangan bagi pasangan ini, suaminya pun menyayangi isteri dan anak-anak, dia bapa yg baik. Namun ini melibatkan perasaan, isterinya kata dia bencikan suaminya, itu saja. Memang beberapa kali sy ruqyah sebelum ini jin dlm badannya kata dia diupah oleh penyihir utuk bencikan suaminya, biar mereka berpisah atau dia akan mati. Banyak usaha dilakukan, namun isterinya selalu lupa, lupa nak minum air ruqyah, lupa nak bandi, sapu air, zikir, baca surah2 tertentu dsb, angkara permainan jin dlm badannya. Ini berlaku sejak dia mula kahwin lagi, lebih 20 th dah. Namun sy yakin sekiranya usaha ini dilakukan secara istiqamah, mereka akan bersatu kembali, insyaAllah.

Monday 9 July 2012

Rutinku banyak berubah

09.07.12 (Isnin)
Mlm sy ada mesyuarat di DS, sblm mesy habis ada panggilan dari pesakit, sy jawab lps mesy nanti call balik. Rupanya dia datang dari Melaka, dah sampai rumah sy ketika itu, kesihan juga sebab dia tak call dulu sblm dtg, biasanya pesakit yg dtg buat temujanji dulu, kot2 sy tak ada rumah. Juga dari pesakit pasangan suami isteri yg ada masalah endometriosis, belum dikurniakan zuriat, akan buat temujanji dgn sy nanti. Mesy ni kadang2 mengejut, namun ada yg tidak, misalnya Sabtu ni kena jadi pentasmik pelajar2 perubatan kump. 24, Ahad pula sy wakili DS utk hadir dlm AGM GAPPIMA (Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia) dan baru2 ni sy dilantik sebagai AJK Khas, Bhg. Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia. Maka tahun ni agak sibuk, terutama selaku Pengarah Kongres Pengubatan Islam Nusantara, selain AJK Pusat Darussyifa' Malaysia merangkap Pengerusi R & D. Nampaknya rutin sy banyak berubah sejak beberapa th kebelakangan ni, tapi tak apalah, asalkan ia membawa kebaikan ke arah melestarikan amalan Tibb al-Nabawi, iaitu sunnah yg ramai org telah meninggalkannya. Malam nanti dah ada beberapa temujanji.

Diskusi Santau

Salam semua,

Beberapa hari lepas ahli2 grup DS beremel ttg rawatan santau yg dikatakan perlu dilakukan R & D utk mengenali apakah benda2 yg keluar dan kenapa sesetengah pesakit sukar mendpat kesembuhan, juga tentang ibu santau dll. Sy bersetuju bahawa kita kena berusaha meningkatkan ilmu di samping pengalaman dari masa ke semasa. Santau melibatkan bahan ramuan, tukang sihir dan perantaraan jin atau makhluk halus. Research pula merupakan kajian tentang pelbagai perkara untuk mendapatkan natijah berdasarkan sesuatu objektif dan ia mempunyai justifikasi serta pelbagai metodologi. Persoalan timbul adakah santau ini boleh dibuktikan secara saintifik dan justeru itu terdapatkah instrumen tertentu bagi membantu kajian mengenai benda2 ghaib dan misteri ini. Pada tahap ini sy lebih suka dibuat kajian rintis dahulu yg melibatkan perawat, pesakit dan ahli keluarga, ertinya mereka boleh dijadikan responden.  Selain wawancara dan observasi, borang soal sedlidik juga boleh diedarkan.
Memang terdapat pelbagai jenis bahan yg boleh dilihat, selain yg terlindung setelah melalui proses tepukan (guna daun nangka). Apa yg dipraktikkan di DS, selain dilakukan spt diajar oleh ustaz Mokhtar (tepuk dari pangkal leher hingga ke pinggang) ada juga perawat yg hanya tepuk bhg2 badan tertentu spt, lengan sahaja, lutut ke bawah shj, peha ke bawah atau kaki sahaja tanpa duduk membongkok, namun masih menggunakan daun nangka..Sy pula pernah memberi pesakit santau menelan makjun buatan sendiri yg telah diruqyah khusus dan tak sampai 10 minit, serpihan kaca keluar menerusi lengan pesakit dan boleh disepit keluar. Berdasarkan bahan2 yg keluar ada pelbagai kemungkinan berlaku:
1. Benar2 bahan santau yg keluar dari badan pesakit.
2. Bahan racun yg keluar tapi bukan bahan santau.
3. Bahan yg bukan dari badan pesakit, tapi yg dihadirkan oleh makhluk2 ghaib sewaktu proses rawatan.
4. Bahan2 ada yg keluar selepas rawatan spt bila pesakit mandi atau buang air ketika di rumah.
5. Bahan serangga hidup spt yg merayap dan terbang, juga bahan spt paku, jarum dsb.
Kita semua tahu bahawa santau melibatkan permainan halus samada melibatkan makhluk ghaib mahupun tidak. Kita tidak boleh mengukur sembuh atau tidak berdasarkan simptom fizikal fizikal semata2. Sy dapati pesakit2 yg ditepuk sebahagiannya turut mengalami masalah gangguan, boleh dikatakan majoriti. Perlu disedari permainan makhluk halus tetap berlaku bahkan semakin agresif apabila pesakit sedang menerima rawatan. Apa yg keluar dan dilihat atas tracing paper, kemudian bila perawat lain tepuk tak keluar apa-apa, kita tidak boleh membuat kesimpulan tertentu secara pasti kerana benda2 tu juga adakalanya keluar secara tersembunyi. Sbg contoh, bomoh rawat, ok ditunjukkan benda2 fizikal keluar, tapi perawat Islam tepuk tak semua keluar. ini juga sebahagian permainan syaitan, jin dan iblis. Perawat hanya menyumbang sekitar 30 % dan selebihnya usaha dan keyakinan pesakit sendiri. Sepertimana juga ada pesakit hanya nak dirawat oleh perawat2 tertentu, kononnya perawat itu teror, ruqyah sekejap saja, jin keluar, pesakit merasuk, maka dikatakan perawat itu hebat, sedangkan perawat lain tak seteror itu, bahkan yg senior berbuih2 baca ruqyah, tak ada apa-apa pun simptom. Maka pesakit membuat justifikasi sendiri ttg kehebatan perawat tersebut dan inilah yg silap. Bagaimanapun penyakit dia tak juga sembuh2 biarpun setiap kali dirawat dia merasuk, menderem dan menggelupur. Selalu juga pesakit menceritakan kehebatan perawat2 tertentu dan keberatan utk dirawat oleh perawat2 lain, maka sy kata kalau macam tu, tunggulah sampai dia datang, kalau tak datang, balik dulu dan datanglah bila2 dia ada. Inilah punca2 mengapa tak sembuh. 
Pergantungan kita sebenarnya kepada Allah kerana Dia penyembuh sebenar, bukan manusia, dan jangan terperangkap dgn pandangan mata kasar, secara fizikal semata2. Allah akan menyembuhkan sesiapa yg dikehendaki tidak kira siapa yg merawat namun kita kena ingat, syaitan dan iblis sering memerhati perawat dan akan mengenakan perangkap, bukan saja pesakit tewas, bahkan perawat2 sekali. 

Dia kata Dia Nabi No. 1, Muhammad no. 2

08.07.12 (Ahad)
Hari ni ada beberapa kes, pagi dan malam. Sy juga terima call dari seprg prpm, mengadu suaminya seorg yg rajin solat, beramal, melayan anak2 dan isteri dgn baik termasuk nafkah makan minum pakai dsb, sehinggalah ke hari ini tak pernah berkurang, bahkan rezeki bertambah2. . Namun demikian hal2 berkaitan pemikirannya amat merisaukan,  dia nak tahu adakah dia dianggap telah tercerai atau terputus hubungan dgn suaminya, adakah dia kena keluar rumah dan tak boleh tinggal bersama lagi. Pemikiran suaminya yg amat pelik dan anih spt mengatakan semua org di Malaysia telah murtad, menghentam semua org, dikatakan tak betul, sebab tak boleh atau mampu mengubah situasi Malaysia pada hari ini, semuanya bersekongkol dgn bekas PM. Dia mengaku dialah penjaga kaabah sebenar, imam Mahdi akan berkunjung ke rumahnya bulan zulhijjah nanti, kaabah sebenar terletak di Kg. SK (singkatan) Pahang dan kaabah sekarang di Mekah adalah kaabah sementara, malam2 bercakap sorang2 seolah berkomunikasi menerusi astro dgn semua inteligent seluruh dunia (dlm B.Inggeris) . Yg paling mengejutkan isterinya dan jiran2nya ialah dia mendakwa dialah Nabi No. 1 sedangkan Nabi Muhammad ialah Nabi No. 2....dia ni tidak pernah belajar agama, hanya belajar sendiri2 dan tidak merujuk sesiapa, juga ada ikut grup tabligh, tapi bukanlah kerana ikut tabligh dia jadi macam ni, dia pun tak nak belajar dgn org2 yg reti agama sebab dia tak percaya semua tokoh2 agama di negara ini, sekarang rumah dia penuh dgn barang2 makanan, barang mentah, beras sekali beli 10 kampit, dia kata akan berlaku huruhara tak lama lagi, lalu buat persiapan. Masalahnya, isteri dia ni nak tahu status perkahwinannya, yg melibatkan isu aqidah, patutkah dia keluar dari rumah dan tidak tinggal bersama dgn suami, sy memberi beb. cadangan utk dilakukan, antaranya rujuklah pejabat agama, buat laporan polis dsb ....bersambung...agak panjang sebab panggilannya berdurasi 26:31 minit.
Mlm, ada pesakit kes ulangan, gangguan, jin2 dulu dah tak ganggu lagi kata suaminya, setelah diruqyah dtg jin lain ygh sdg ganggu dia skrg, dia mengaku jin2 yg dulu dah pergi masjid belajar agama, dia ni jin tak bertuan, asal dari sebuah hutan, ringkas cerita dia juga ingin memeluk Islam setelah diberitahu ttg kelebihan dan kebaikan Islam, dia pilih nama Z....dan akhirnya dia pergi ke sebuah masjid berdekatan utk palajari agama dgn guru2 dari kalangan bangsa dia. Juga anak pesakit ini, prpm, yg panas baran, pergi sekolah tapi kerap melencong ke lain, tak sampai sekolah, dia kata ramai tak nak berkawan dgnnya di sekolah, dia baru berusia 15 th, tapi nampak mcm awal 20 an kerana berdandan rapi, juga anak saudaranya yg dulu ada gangguan, kini dah ok, dtg ni nak sambung air, juga adik bungsunya, 30 th, masalah jodoh, sesak nafas, tidur mengigau, gigit2 gigi dan kurang selera makan.
Pesakit akhir, prpm 40th, gatal, tumbuh biji merah, seluruh badan, hospital kata alergik, beri ubat ssapu, makan, krim dan sabun, namun tak elok2, tetap bisa menyucuk2, kulit jadi kasar, semua gatal kecuali muka saja tak gatal. Suami pesakit ini, 51 th, penakut, sejak akhir2 ni jadi lebih penakut, tak boleh tinggal di rumah atau di mana2 sorang2, rasa macam ada sesuatu, terancam, ini berlaku sejak kahwin, duduk rumah atau di mana2pun tetap rasa takut, meskipun dia berbadan besar dan nampak garang.  

Saturday 7 July 2012

Usia 30 dah jadi nenek

07.07.12 (Sabtu)
Pagi merawat di DS, iaitu 23 org jugalah hari ni termasuk malam. Antaranya ialah kes pesakit yg kini dah bertudung setelah beberapa sesi rawatan, didakwahkan secara berhemat dan pernah bermimpi jumpa TGUH yg mengajarnya dlm sebuah surau dan rupa TGUH masa itu amat muda dan banyak episod menarik berlaku sepanjang rawatan ke atasnya spt baru2 ini opahnya meninggal dunia dan sebaik2 selesai mengkebumikannya, sekumpulan awan membentuk kalimah ALLAH di langit dan hal ini menimbulkan kegemparan dan ramai yg sempat mengambil foto tersebut. Beliau kini jauh lebih sihat namun usaha mendapatkan zuriat belum berhasil sepertimana semua adik beradiknya yg lain, tiada seorangpun yg memberikan cucu kepada ibunya.

Pesakit kronik lain, prpm yg pernah berada di luar negara 7 th, usia 44 th belum kahwin walaupun pernah berkawan dgn seorg lelaki pada 1997. Pernah berubat dgn seorg nenek (usia baru 30 th) atas syor kawannya. Nenek ini didakwa mendapat tenaga dan kuasa berubat baru setahun, setiap kali berubat rupanya jadi semakin tua, semakin tua, dia bersanggul dan semua aksi dan tutur bicara spt seorg nenek walaupun dia baru berusia 30 th. Sebelum dpt kuasa dan tenaga berubat, dia dulunya seorang yg buruk pekerti, jahat dan nakal (spt dinyatakan oleh pesakit ini), namun seseorg yg mengajarnya telah memasukkan benda iaitu jin nenek ke dlm badannya maka jadilah dia spt itu. Prpm ini pernah berubat 2 kali dgn nenek ini iaitu julai dan Okt. tahun 2011. Dia tinggal bersama bapa, namun bapanya suka curi barang2 dia dan mengaku bapa dia mengamalkan benda2 pelik di rumah.

Kes berikut pasangan suami isteeri, suami usia 28 th, manakala isteri 40 th, kahwin 2006, lps kahwin berniaga makanan, kini tutup, hanya suami kerja, anak 5 org. Isteri amat pemarah, baran dsb manakala suami bendi tengok muka isterinya. Masa berniag macam2 berlaku, kedai terlindung dari pandangan, pasir ditabur dlm dan atas kedai, nasi yg baru dimasuk dimasukkan dlm thermos, tak sampai 10 minit jadi berlendir, so, macamana nak berniaga kalau begini, lalu tutup, namun ganggauan berterusan sampai ke hari ini biarpun dah ramao bomoh ditemui. Sebaik2 saja diruqyah isterinya menggigil dan menggeletar lalu bertempik yg amat kuat, jarang pesakit bertempik sekuat ini.

Mlm pula ...............sambung

Jin Asyik Menidurkan Orang

06.07.12 (Jumaat )

Mlm, ada tujuh pesakit sempat dirawat dan yg nak dicatat di sini cuma berkaitan satu keluarga. Sebaik saja tiba giliran keluarga ini, semua rasa mengantuk, kedua2 suami dan isteri serta kedua2 anak mereka semuanya jadi mengantuk. Bukan iu saja saya pun jadi mengantuk yang amat sangat sehingga menguap sedangkan jam baru pukul 9.30 mlm. Mula saja ruqyah anak lelaki mereka, sy mula mengantuk, seterusnya anak prpm dan suami. Isterinya adalah pesakit gangguan yang teruk. Setelah ruqyah dia terus tidur dan sukar dikejutkan, ngantuk sy dah ok, kemudian jin dlm badannya membebel, sy teruskan ruqyah sehingga selesai dan semua ok.  Dia pesakit ulangan dan sy pun hairan kenapaa sakitnya walaupun dah jauh berkurangan namun belum sembuh2. Rupanya apa yg saya sarankan dibuat setelah balik rumah, satupun tidak dibuat, dia kata jadi lupa, sedangkan tiap2 kali datang sy pesan perkara yg sama, suami dia juga begitu, lupa apa yg patut dibuat, namun kita jgn putus asa, berikanlah lagi nasihat dan saranan2 tsbt sebab mereka pesakit gangguan, maka tidak hairanlah kalau makhluk2 tsbt mengganggu fikiran mereka dan melalaikan atau melupakan mereka selain asyik menidurkan orang saja kerjanya. Kenalah banyak bersabar.

Barangan Tahyul, peralatan sihir dan keris perdukunan.

06.07.12 (Jumaat)
Hari ni sy menjadi pembentang dalam Wacana Ilmu bertajuk: Sihir dan Implikasinya Terhadap Kehidupan Manusia: Satu Pendedahan. Wacana ini mendapat sambutan yg baik walaupun musim cuti semester. Ia dihadiri oleh para pelajar ijazah tinggi, staf pentadbiran, staf akademik dan masyarakat luar selain pihak media. Sempena wacana ini diadakan juga pameran barangan khurafat, peralatan sihir dan keris perdukunan. Acara berjalan lancar, namun demikian pameran tidak dapat dilanjutkan sehingga ke petang kerana masalah teknikal. Barangan yg dipamerkan terdiri dari ratusan jenis tangkal, azimat, peralatan sihir, keris perdukunan dan warisan, pedang, batuan meteor, jaket kebal dan banyak lagi yg sy percaya tidak pernah dipamerkan sebegini untuk tatapan awam, apatah lagi ianya adalah barangan sebenar, bukannya replika. Semuanya ini hanya untuk tujuan pendidikan dan informasi agar  masyarakat menjauhinya demi mengelakkan dari terjerumus dalam perbuatan syirik dan membawa kekufuran.

Wednesday 4 July 2012

Bomoh Besar Dah sihat

04.07.12 (Rabu)
Mlm, hanya nak catat satu saja iaitu, seorg yang pernah bawa bapanya, seorang bomoh besar kira2 dua minggu lepas, kali ni dtg bawa kawannya, yg bermasalah isteri kawannya itulah. Tiga bulan lepas pernah dtg, selepas periksa doktor, dia disyakki ada tumor kat payudara sebelah kanan dan ada doktor suspect kanser. Sejak dirawat 3 bulan lepas dia mengadu dah ok, tak sakit lagi dan ketulan dah mengecut, cuma 2-3 hari ini selepas makan budu ada sikit2 rasa menyucuk tapi taklah teruk. Datang ni kerana nak sambung air ruqyah, dibawanya 3 botol mineral 5.5L setiap satu. Setelah itu anak bomoh tadi mencelah, katanya bapa dia dah tak sakit dah, dah oke, berjalan ok, makan minum ok, dah sihat. Sy cuma kata jangan leka dan ralit sangat, kena terus memohon agar kesembuhan berterusan kerana Allah yg menentukan. Sebagai perawat, antara nikmat yg tak boleh digambarkan ialah apabila diketahui org yg pernah kita rawat mendapat kesembuhan, perasaan syukur ini tak boleh digambarkan, tidak boleh ditukar dgn wang ringgit dsb. Bagaimanapun kita kena sentiasa mendidik hati agar tidak merasa sombong dan riak atas apa saja yg dilakukan.

Tuesday 3 July 2012

Tersalah Masuk Rumah Bomoh

03.07.12 (Selasa)
Malam sy ada mesyuarat persatuan penduduk, selaku pengerusi wajiblah hadir, jadi sy tak merawat sblh mlm. Jam 10 pagi sy ada pemanggil iaitu bekas pesakit sy kata mak kawannya nak dtg berubat, kena buatan org katanya. Sy kata siang tak bolehlah sebab sy kerja, petang sebelum maghrib, insyaAllah. Mak dia datang dari Taiping tapi dia akan bertolak satu keluarga selepas asar dari rumah anaknya di Sg Buloh dan dijangka sampai kira2 jam 6 ptg, sy kata okeylah sebab sy dah ada kat rumah waktu tu. Jam 7 ptg dia belum sampai, jadi sy putuskan tak elok kalau merawat waktu ni, dah dekat maghrib, mungkin dia org tak jadi dtg kot. Tiba-tiba dia call dah sampai depan rumah, sy kata okeylah sila masuk. Setelah 10 minit tunggu, tak nampak kelibat sesiapa depan rumah dan diapun tak masuk, maka sy fikir dia tersilap rumah ni.  Oleh kerana takut tak sempat merawat sebab dah jam 7 lbh , maka sy call dia tanya kenapa dah sampai belum masuk lagi?. Dia jawab, dah masuk dah ni, sy berada dlm rumah ustaz ni. Eikk?, namun sy tak hairanpun, cuma terfikir, dia dah masuk laluan yg salah, amat salah sebab sekejap lagi dia akan terperangkap dlm amalan yg mengandungi unsur2 syirik, kesian mak dia, dia dah termasuk ke rumah seorang bomoh yg disyakki mengamalkan ilmu hitam. Sy tak nak cerita dia pakai hantu raya ke, polong ke, penanggal ke, itu dia punya pasal. Yg pasti ramai juga pesakit yg dtg jumpa sy adalah bekas pesakit2 dia. Kalau dah masuk rumah org takkan nak keluar begitu saja, so, terimalah. Ini silap dia juga tak tanya no. rumah sy, kwn dia hanya beri no. tel, mungkin kawan dia beritahu secara rambang saja. Ada juga pesakit2 yg dlm perjalanan nak ke rumah bomoh, tiba2 melencong ke rumah sy, sy tanya betulkah dtg ni?, dia kata memang, dia tak jadi nak ke rumah bomoh tu, rasa tak sedap badan pulak. Kalau nak merawat ke, berbomoh ke, silakan, namun sebagai org Islam elok jgn mendatangi org yg guna kaedah pelik, pakai pendamping, dsb, kita kena beritahu etika sebenar rawatan sebab ini tanggungjawab, yg tahu kena beritahu, tak boleh lepas tangan, namun hendaklah secara berhemah, agar tiada sesiapa yg tersinggung.  Dah datang dari jauh sebab nak jumpa sy, kemudian mlm ni juga kena balik Perak, ini pula yg terjadi. Kesian sungguh. Jam 9.15 sy cuba call balik, nak tahu apa dah jadi, mungkin dia dlm perjalanan balik, namun penggilan sy tak berjawab, lalu sy delete no. dia dlm phonebook sy, habis cerita.

Monday 2 July 2012

Tak Mengaku Simpan Azimat

02.07.12 (Isnin)

Kes gangguan prpm seorg. ni boleh tahan, pesakit ulangan, dia kata lps balik dari rumah sy mlm tu dia tak boleh masuk rumah, namum masuk juga, bila masuk kena rasuk lagi, matanya melilau2 ke atas siling rumah, dia on off , berganti2, sehinggalah jam 3 pagi. Suami dia kata, minum air ruqyah tak jalan, daun bidara pun tak jalan, juga baling garam lada hitam macam tu juga. Pontianak dan jin2 lain silih berganti datang. Dlm pada itu jin dlm badannya menuduh jiran peniaganya yg jadi punca, alih2 yg itu. Mlm ni dia dtg bawa rakan yg juga berniaga sebelah kedainya dan seorg lagi kawan dia. Semasa sy meruqyah pesakit ni, dia nampak marah dan mengancam kawan yg sorang tu. Sy cuba tenangkan jin ni, jgn tuduh sembarangan, kamu ni memang selalu menipu dan bawa fitnah, kalau kamu tahu, sebut saja mana barang tu diletakkan, di kedainya ke atau di rumah, bolehlah dicari utk dibatalkan, dia tak nak beritahu, sy kata tak apalah, lebih baik diam dari menabur fitnah2 ni, kalau diizinkan Allah kamu cedera ke, terbakar ke , mati ke, itu dah nasib kamu, sebagai pembalasan kerana menganiayai makhluk Allah. Tiba2 sy dpt firasat tentu ada di kalangan yg dtg ni bawa azimat. sy terus tanya kawannya yg turut dtg. Ada simpan apa-apa ke dlm dompet, kertas ke, tulisan ke, yg dilipat2, ditulis dn ayat Quran dan tulisan lain spt mentera. Kedua2 mereka tak mengaku, seorg mengatakan dia tak bawa dompet, seorg lagi kata tak ada apa-apa , cuma wang. Dia juga peniaga macam pesakit tadi. Sy kata sy tak nak tengok wang, cuma kertas itu saja, berlipat tu,  beberapa kali sy tanya, akhirnya dia mengaku, sy kata cuma nak tengok, namun berkali2 dia tak nak tunjukkan, tak nak keluarkan, tak nak bagi,  maka suami pesakit tadi pujuk dia, akhirnya dia keluarkan dompet dan keluarkan lipatan kertas yg terselit. Kalau sy memang malu sangatlah sebab tadi bermati2an tak mengaku ada simpan azimat, sekarang terpaksa tunjukkan pula. Oklah sy tak nak menyalahkan dia 100 % sebab terntu dia takut, mungkin ancaman dari bomoh yg dia perolehi benda ni, biasanya bomoh bagi syarat jgn tunjukkan kepada sesiapa dan jangan buka. Bila sy pegang azimat tu, sy suakan kpd pesakit tadi, pantas dia marah, maka sahlah azimat ini berisi, makhluk jahat, memang dia guna ni sebagai pelaris dan perisai. Sy katakan azimat macam ni tak elok, ada hadith2 yg menunjukkan ia membawa kpd syirik, lagipun ada tulisan nama2 Allah dan ayat2 Quran selain mentera, dia mengaku bawa masuk toilet dsb, takpun keluarkannya dari dompet. Setelah selesai rawatan sy beri kembali azimat tu, sebab sy hanya minta nak tengok, kalau dia tak minta batalkan, tak bolehlah kita batalkan, nanti jadi kecoh pula, bila beri dia terus ambil dan selitkan kembali dlm dompet. Sy kata elok batalkan azimat tu dan jangan percaya tangkal dan azimat, dia diam. Menurut suami pesakit ni, kawan dia tu memang suka cari bomoh. Dlm hal ni sy tidaklah menilik apa yg ada dlm dompet seseorg atau barang2 peribadi seseorg, sy bukan penilik, sy tak nampak azimat dlm dompet dia, cuma gerak hati sy kuat mengatakan ada. Masa dia tak mengaku ada simpan dlm dompet, hati sy masih tetap kata ada, dan terjadilah apa yg telah terjadi. Sewaktu meruqyah mintalah Allah beri petunjuk tertentu, jgn mengundang pembantu2 dari kalangan makhluk ghaib. Moga2 hal ini memberi pengajaran kpd semua termasuk diri sy sendiri.
Kebetulan masa tu ada pesakit lama tunggu giliran, yg dah berbulan tak dtg sambung air, dia dtg sekeluarga dan dialah yg banyak beri nasihat kpd pesakit tadi dan suaminya, sy biarkan, sebab pengalaman dia sekeluarga mendapat gangguan antara yg terkuat sy tangani. Rumahnya selalu ada pembantu, buka suis lampu, kipas, mengemas rumah, cuci pinggan mangkuk, sapu sampah dll kerja pembantu rumah dibuatnya, tapi makhluk itulah yg buat, dia tak pakai bibik pun. Hubungan kelamin dgn suami juga terganggu, pernah katilnya terangkat dan digoyang2, makhluk tu tidur bersama, ada haiwan masuk rumah, haiwan mati dsb, juga lebam, gatal, bengkak dan calar di badan2 dia dan anak-anak dia, pernah dia beritahu muka anak dia jadi macam berok, dia bawa jumpa sy, memang betul, dan bermacam2 yg pelik yg tak muat sy nak catat di sini, kereta juga diganggu, ini kes2 sebelum sy create blog ini, jadi tak adalah dlm posting. Apapun sy tabik sebab dia istiqamah dalam berusaha memohon pertolongan Allah, sebab itulah dia berjaya dan sembuh. Mlm ni dia bawa 11 tong besar air mineral utk didoakan, diguna utk minum sekeluarga lebih 1 bulann mungkin stok ni cukup utk 2 bulan.  Alhamdulillah dia sekeluarga dah ok, namun memohon keselamatan kepada Allah tidak boleh berhenti sama sekali.  

Sunday 1 July 2012

Harimau Putih Dari Aceh

30.06.12 (Sabtu)

Beberapa kes semalam biasa saja dan tak perlukan dicatat di sini. Mlm pula ada beberapa 13 kes yg agak teruk dan memenatkan, kes kronik dan gangguan.
Kes pertama seorg pelajar lelaki, 16 th, dulu badannya 115 kg, 2 minggu lps ditimbang menjadi 105 kg, terkini belum disukat, biarpun merosot namun masih anginnya tak menentu, muntah saja keluar najis ikut mulut, tak boleh berak, kalau makan ubat muntah, asal cirit birit, mula sakit ni pada 3.6.12 , ke hospital dah 3 kali, klinik dah 6 kali, doktor kata tak apa-apa cuma angin, diberi ubat angin, tetap sakit, namun bapa dan maknya naik angin sebab doktor tak nak tahan anaknya dlm wad, tak nak ambil darah ke , ambil air kencing ke utk ujian, lps tu ambil ubat homeopathi, ada kesan sikit, tapi lambat, pengubatan2 Islam juga pergi, tapi bukan DS, dikatakan karang hempedu, perut makin membesar biarpun berat susut. Sy mula saja nak ruqyah dia terus pening dan minta baring, namun sy teruskan juga ruqyah. Selain minum dan sapu air ruqyah, juga guna air zamzam selain air rebusan biji kurma yg dikeringkan.
Kes seterusnya pesakit yg dtg beb. mlm lps, kali ni jinnya yg satu lg dtg, dulu pasangannya dah masuk Islam, kini dia bersedia masuk Islam dgn nama Salbiah, nama ini dia pilih sendiri. Lps dia keluar, dtg lagi pontianak, spt sebelumnya diruqyah dia terus keluar.

Sy teruskan kes yg paling berat, pesakit terakhir iaitu prpm, 39 th, asal P.Pinang, dtg sekelurga dgn suami, 30 th yg berkahwin pd 2007 dan 3 anak. Yg teruknya prpm itu yg mengaku masalah dia ni dah lama, sebelum kahwin lagi, ada tiga anak masing2 berusia 4, 10 dan 14 th (sy syak 2 anak dari suami terdahulu). Mula saja ruqyah dia mula menggerakkan jari2 tangan dan kaki, mula mencengkam, kedua2 anak matanya melilau sambil mengecil dan merenung tajam ke arah saya. Dia mula mengangkat kedua2 tangan nak terkam dan cekik sy, sy teruskan dgn ruqyah pelemah lalu menghentikan ruqyah. Sy menjangka ini kes berat dan perlu bantuan utk pegang dan rebahkannya. Firasat sy mengatakan ini saka darat iaitu rimau, bukan saka buaya atau monyet, sebab ruqyah utk menentangk saka ni biasanya ada dua iaitu saka darat dan saka laut atau air. Bila dibaca dgn ruqyah menentang saka darat, dia mula menunjukkan agresif dan melawan. Sy hentikan ruqyah dulu dan dia jadi normal. Masa normal dia beritahu dia anak tunggal dan ada saka rimau, iaitu rimau putih, sy cuma angguk sebab sy dah duga dari tadi. Sy hubungi pembantu yg selalu bantu kalau ada kes2 begini. Tak sampai 10 minit sampailah 4 org (mrk ni dah tamat belajar pengubatan Islam) dan sy sambung kembali ruqyah, kali ini ruqyah penentang saka darat, 10 saat kemudian dia mula membuka langkah, seakan2 bersilat, mula mengganas dan nak terkam serta cekik saya, hanya sy di depan dia, lalu sy pegang dan bagi isyarat agar pembantu2 sy pegang dari belakang. Dia menendang dan sy mengelak dan menepis, cuma terkena sikit, akhirnya dia direbahkan, suaminya turut bantu pegang. Ertinya diperlukan 5 org utk menumbangkan dia ketika mengganas. Ruqyah diteruskan, sy sempat berdialog dan menasihati jin dlm badannya agar menghentikan kezaliman ini, putuskan perjanjian dan minta dilepaskan. Dia mengaku saka harimau putih dari Acheh  yg ditugaskan menjaga org ini. Sy minta rimau putih ini hentikan kezaliman ini dan akhirnya dia akur, sy terus baca ruqyah penidur agar dia berehat dan relaks sekejap. Dia terus tidur, persis tidur harimau dan 5 minit kemudian dibaca lagi doa lain agar dia sedar kembali. Kami berlima terus menyambung ruqyah2 lain sehingga dia benar2 pulih , lps itu pesakit nampak lemah longlai sampai lengan pun dia tak boleh diangkat. Sy beri minum air daun bidara, barulah dia ok dan normal. Dlm hal ini TGUH selalu berpesan agar perawat kena berhati2 dlm mengambil risiko, ada masanya kita kena hentikan rawatan dan kalau line dah clear,  ok, boleh teruskan kembali dan dlm situasi tertentu jangan merawat bersendirian, spt kes tadi, kerana kekuatan makhluk ini boleh menyamai 25 tenaga lelaki. Mengenai doa penidur ni, kerap rakan perawat bertanya, sy kata bacalah ruqyah biasa cuma kesannya bergantung pada niat, bukan saya tak nak beritahu, cuma takut disalahguna, bila dah bersedia tiada yg perlu disembunyikan. Semasa meruqyah sentiasalah mohon petunjuk dari Allah swt.