Blogger Templates

Friday 29 June 2012

Menjodohkan Jin

28.06.12 (Khamis)
...ini sambungan dari catatan lepas.

Seterusnya pesakit prpm, kes lama, dah ok, namun sejak bersalin sakit dtg lagi, kini baru habis pantang, suaminya pelajar pengubatan Islam, dah lulus lebih setahun lps, namun dia belum bersedia merawat, termasuk ahli keluarga sendiri. Bab merawat ini bukan semua yg belajar dan dpt ijazah mampu merawat, ada saja ujian, pencen terus, inilah yg kerap berlaku. Ringkas cerita pesakit gangguan ni kata dia batuk2, mimpi susui bayi, dah 3 kali baru2 ini. Mula saja ruqyah, dia menderam, jin dlm badannya diajak berdialog. Agama dia Budha. Dia dihantar seseorg tapi bermati-matian tak nak cakap, tak leh cakap, nanti tuannya marah. Dia diambil dari sebuah ketik (wat Siam) di Semerak dgn harga RM 500. Harga jin dari ketik tersebut biasanya antara RM500 ke RM1500 bergantung pada tujuan dan perjanjian. Perjanjian dia selama-lamanya, nak matikan org ini. Dia termasuk kelas biasa, murah. Masa dlm pantang, ada org selalu beri gulai ayam, hari2 hantar beri makan kat prpm ni. Sy tanya apa ada dlm gulai tu. Dia kata dimasukkan serbuk, abu mayat utk diberi makan. Sy dengar saja, sebab jin ni banyak temberang. Selesai ruqyah, pesakit sedar.

Kemudian giliran pesakit yg menyampuk tadi, belum mula rawatan dia dah cakap, oiii, matilah aku kali ini, memang aku akan mati, tolonglah ustaz, jangan matikan aku, aku tak mahu mati, ini dikatakan berulang2 kali. Sy cakap siapa nak matikan kamu, bukankah kerja ambil nyawa itu ditentukan Allah, bukan manusia. Tapi kalau kamu asyik sakitkan org ini, zalimi org, memang patut kamu mati. kalau matipun tak apa, kamu pun kalau mati, mana ada kubur. Ini juga pesakit ulangan, jin yg ada dlm badannya adalah jin Islam, yg sy Islamkan lama dulu, dan pengakuan ini dibuat secara konsisten, dan diakui jin2 lain,  dia terlalu tua, usia 80 ribu th, dah bongkok tiga. Dia hanya ikut pesakit ni masa keluar rumah atau pergi kerja. Dia tinggal di luar rumah pesakit ini, tak masuk dalam. Ini antara amaran saya tempuh hari dan dia akur. Sy rawat macam biasa dan pesakit ini sedar.

Seterusnya pesakit yg dia dah bertukar tempat kerja ke pantai timur, tinggal sementara bersama mertua, dtg Puchong krn ada beberapa hal nak diselesaikan. Dulu ada ketua Syaitan yg menghuni dlm badannya, kini dia dah kembali kpd keluarganya, tak kacau dia lagi. Pesakit ini beberapa ketika selepas balik kg dan pindah tempat tinggal. Namun jin yg satu ini masuk krn badannya pesakit ini kosong, dia mengaku tidak bertuan, saja2 nak masuk dan mula suka org ini, usianya baru 40 tahun. Hitungan usia manusia, dia ni masih budak, sunti lagi. namun dia jin pemalas, justeru itu pesakit ini mengadu sejak jin ini datang dia rasa malas sangat, sedangkan selama ini dia memang tak menang tangan, ada2 saja yg dibuatnya, aktif. Pesakit di atas pernah melalui pelbagai kesakitan dan kezaliman makhluk2 halus, dari jin2 liar, jin penyihir, iblis dan ifrit sehinggalah ketua syaitan. Sejak merawat pesakit ini, banyak pengalaman dpt dikutip, banyak rahsia2 jin dan makhluk halus dikongsi, kehidupan mereka, pekerjaan, pendidikan, perkahwinan, tipudaya dan helah mereka, kejahatan manusia dsb. Jin2 memang banyak yg menipu, namun akuinya, syaitan biasanya tak ada sebab nak menipu, kecuali kalau nak menyesatkan manusia, dia secara terang2an buat kejahantan, tak berselindung. Dia mengaku kerjanya nak rosakkan manusia, mensyirikkan Allah, kerja yg diwarisi dari nenek moyang mereka, tak takutkan mati kerana ini perjuangan katanya, dah ditakdirkan begitu. Dia cakap kalau ada perawat nak ruqyah sampai dia mati, silakan, dia tak takut, kerana memang dia takkan mati, hidup sampai kiamat. Kalau nak dakwah dia sekalipun, tak guna, sebab mana ada sejarah syaitan masuk Islam, Jin biasa adalah. Cuma kalau sakit dan cedera memang mereka mengakui akan alami, itupun  kalau manusia itu ikhlas ketika baca ayat-ayat Quran. Dan mereka akan keluar.
Bab ini panjang ceritanya, dan menerusi pesakit ini saja sy telah mengislamkan lebih 60 ekor jin,  dan data ini ada dalam catatan sy termasuk nama2 Islam mereka. Ertinya dalam badan org ini ada lebuhraya yg menerima kemasukan banyak jin2 dan iblis. Kini yg tinggal cuma satu, tersesat, tak bertuan dan masih muda, perempuan pulak tu. Manusia memang tak boleh nampak makhluk2 ghaib, kerana kalau nampak ia dah tak jadi ghaib lagi, jadi makhluk nyata.  Kenapa Allah jadikan mereka?. Tentu ada hikmahnya. Ramai pesakit yg boleh baca Quran dgn baik dan amalkan zikir2 setelah berusaha memulihkan diri dari gangguan. Betapa ramai pula peruqyah2 yg dah hafal al-Quran dlm usaha mendapatkan kesembuhan dan proses ini berlangsung terus menerus, kecuali dia berhenti dari meruqyah pesakit. Kalau tidak lagi mengamalkan, bermakna dia telah meninggalkan satu sunnah, iaitu Tibb al-Nabawi, yg menerusinya Nabi Saw telah mengajarkannya kepada ummatnya.

Makluk2 ghaib ini kena ditangani dgn berhemah, ada yg ganas dan mengancam dan ada yg berlembut, elok percakapan dan menghormati kita sebagai perawat. Kalau patut berkeras dgn mereka, berkeraslah, kalau tidak kena gaya, dia tuduh kita ego, sombong dan bongkak dgn kebolehan diri sendiri. Ini bergantung kpd pengalaman seseorg. ..
.......Secara berjenaka saya cuba menjodohkan jin Islam, asal kelantan dgn jin kafir dari Siam (akan diislamkam), episod ini berlaku di hujung rawatan malam tadi, setelah kedua2 jin dari 2 pesakit berdialog sesama sendiri, sebenarnya bertiga dgn saya. Jin pertama, lelaki usia 80 ribu tahun, dah bongkok tiga, namun masih kuat, manakala jin kedua pula masih budak, 40 tahun, sunti, namun amat pemalas. . Memang makluk2 ini adalah berakal, ada perasaan, emosi dsb. Sy tidak mengambil kesempatan ke atas pesakit, kerana kedua2 pesakit dah sedar, namun bagaimana hal ini boleh berlaku?. Sy ada bertanya TGUH ttg hal mengahwinkan jin dan seingat sy,  sy belum mengahwinkan mana-mana jin, Namun menjodohkan mereka ni adalah, jin sesama Islam. Bila mereka suka dan masng2 bersedia, diminta pergilah jumpa para pemimpin mereka, guru2 mereka, para alim di kalangan mereka,  untuk dikahwinkan berlandaskan syariat dan uruf bangsa mereka. Sy kenal pasangan jin yg dah berkahwin itu dan ada ketikanya maklumat mereka diberitahu oleh jin lain. Mereka menjadi jin Islam yg baik sekarang. Nantilah catatan ini pada masa sesuai nanti. Ini kisah benar yg jarang terungkap. Moga diberi laluan.

Wednesday 27 June 2012

Pesakit Dituduh Membela Jin

28(06.12 (Khamis)
Pagi tadi sy dihubungi oleh pesakit semalam pasal anaknya masih tak nak pergi sekolah. Nak pergi tapi tak dapat sebab tak dapat buang air dan mandi. Selepas bangun ditidur anaknya diberi minum air zam-zam dan sapu muka, lepas tu dia takut nak masuk bilik air, sampai tak masuk bilik air di rumah dia, so tak pergi lagilah ke sekolah hari ini. Sy minta agar mak dia pujuk pergi sekolah agama petang nanti. Ini biasalah, sebagai tindakbalas rawatan dan kesan minum air zam-zam yg diruqyah, lagipun ada sedikit salahfaham atau kurang jelas sebab yg sy maksudkan semalam, eloklah dia minum dan sapu muka tu selepas siap mandi dan sebelum pergi sekolah, bukannya terus selepas terjaga dari tidur, kalau kes2 lain bolehlah, namun sy minta bapanya bersabarlah dan jangan mudah panik.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, seorang pemanggil memberitahu nak jumpa sy sebab anaknya sekarang dah tak sedarkan diri, sy kata sy ada temujanji dgn seseorang pagi ni, insyaAllah petang nanti.  Memandangkan ada 8 keluarga confirm nak dtg mlm, sy terpaksa beri peluang pesakit dtg awal sikit, iaitu sebelum maghrib, Kalau macam semalam satu pesakit diiringi 13 org, tak tahulah berapa ramai yg dtg nanti. Biasanya purata satu keluarga dtg 4-5 org, Ok, bermula dgn pesakit prpm yg hamil anak ke 2, dah 36 minggu, doktor kata kepala baby ada air, jantung kecil atau sempit ruang sebelah kiri, masalah usus, buah pinggang, tangan ada kecacatan. Bagaimanapun gerakan dan denyutan jantung aktif dan ok, pernah diperiksa 3 kali, lps ni pada 5.7.12 nanti. Berikut anakna lelaki 4 th, hyperaktive, ada ruam satu badan sejak usia setahun lagi, lehernya panas dan berpeluh dan doktor dah mengesahkan dia alami ekzema.

Kemudian pesakit prpm yg dulunya disahkan ada fibroid, ini pesakit ulangan, nak sambung air, dia rajin dan konsisten sebab itulah sakitnya dah ok, fibroid dah mengecut dan dia sihat termasuk tiada lagi masalah period dan senggugut, dulupun dia ada bleeding yg terus menerus sampai keluar macam air paip. Pada 3 .7.12 nanti nak check doktor lagi spt dijadualkan.

Kawan pesakit di atas, seorg ibu tunggal bawa anaknya, lelaki 7 th, dia ceria tapi tak fokus, sekolah main2, tak serius belajar, tak reti duduk diam, tak dengar cakap, pelupa, namun rajin pergi sekolah. Mak dia juga cakap bekas suaminya tak bertanya khabar atau tidak mempedulikan anak-anaknya, nafkah ke sakit demam ke, bahkan tak jengukpun anak-anaknya seramai 4 org sejak raya haji tahun lepas, setelah beristeri lain. Dia mohon doakan agar bekas suaminya ingatkan anak-anaknya lagi pun dia tinggal tidak jauh dari tempat tinggal mereka skrg.

Kes berikut agak serius, yg dtg beberapa hari lps, dia dtg bersama suami, mak mertua, anak saudara, anak2 dan anak buah. Sy mulakan rawatan dgn saudaranya, prpm, 25 th, dia ada gangguan, demam dan siang tadi tak sedar, sy ruqyah tak sampai 2 minit dia mula menderam, akhirnya berdialog dgn makhluk yg ganggunya, mengaku dia masuk dlm badan prpm ni masa di toilet, waktu pagi kat rumah (dia tinggal dgn neneknya), akhirnya makhluk tu yg mengaku iblis keluar. Pesakit awal, yg bawa keluarganya ini dtg, bila dirawat rupanya ada jin lain yg masuk, yg hari tu dah Islam, yg ini lelaki, ganas dan nak cekik dan tumbuk saya dah bersedia utk menepis, dia hanya acu, sy kata kalau kamu berani tumbuk, tumbuklah, jin ni tak jadi tumbuk, dia didakwah dan akhirnya masuk Islam dgn nama Ali, dah ok sikit datang lagi pontianak dari Siantan, didakwah, juga masuk Islam dgn nama Siti Aishah. Masa sy rawat keluarga ini, ada seorg pesakit sy yg sedang menunggu giliran sempat menyampuk, bukan dia yg bercakap tapi makhluk dlm badannya, Jin Islam yg dah lama, hampir 20 th kat dia. Dia kata prpm yg sy rawat ni ada membela sesuatu, iaitu jin, 2 ekor semuanya dan ramai pontianak ada kat luar yg mengekorinya dari tadi, di kedainya juga ada benda , diletak kedua2 penjuru kedai. Sy biarkan saja  dulu jinnya menyampuk krn sdg merawat org lain. Mungkin betul apa yg dikatakan, kerana prpm ini pernah memberitahu dia pernah belajar dan org yg mengajarnya beri sesuatu kpdnya, pindahkan sesuatu kpdnya, sejak itulah dia sakit teruk dan jenuh berubat. Sy kata kena istiqamah sebab pesakit ini dah berniat nak tinggalkan benda2 tak elok dan tak beramal lagi dgn apa yg pernah diajarkan, mudah2kan perjanjian itu dpt diputuskan dan makhluk itu dilepaskan, bebaskan dia ke mana sahaja, asalkan jangan ganggu org ini.

Enggan ke sekolah dan lupa ingatan

27.06.12 (Rabu)
Hari ini badan rasa semacam, agak letih, mungkin juga kesan merawat seorg prpm semalam, yg dia sendiri kata tukang urut tak mahu mengurutnya, bahkan sentuh pun tidak. Ini hanya kemungkinan dan kita hendaklah sentiasa bersedia utk hadapi situasi macam ni sebab perawat ni ada pelbagai ujian samada yg dpt dijangka mahupun tidak. Tengahari sy ada temujanji dgn seorg staf, anaknya yang tidak mahu pergi sekolah, so dia datang bersama anak dan isterinya, lalu sy rawatlah anak dia, moga dia dpt pergi sekolah, ingin pergi dan suka belajar. Bukan saja sekolah kebangsaan tak nak, bahkan sekolah agama pun dia tak nak pergi. Mak dia kata sebaik-baik saja bersiap ke sekolah, pakai setokin dsb, anaknya tiba2 tak nak pergi, dan ini dah 3 minggu. Inilah yg merisaukan ibubapanya. Dia bawa air mineral dan 3 botol air zam-zam. Selain itu bapa budak ini juga dirawat sebab dia juga ada masalah batuk yg belum sembuh2, maka setelah ruqyah sy syorkan minum madu dicampur 3 titik getah buah betik hijau yg diambil terus dari pokok utk diamalkan selama 3-7 hari.

Pagi ini sy terima beberapa call utk temujanji rawatan, sy kata bukanlah malam ni tapi malam lainlah, yg kemudiannya sy tentukan. Selain nak rehat sy juga nak pergi kedai beli beberapa barang mlm ni utk ramuan sejenis makjun dan juga kapsul istimewa utk kaum perempuan. Sebahagian barang2 yg diperlukan sudah habis. Utk makjun sy gunakan antara 19-21 jenis herba manakala kapsul istimewa utk prpm sy rumuskan sekitar 13 jenis bahan herba. Selain itu sy turut menyediakan beberapa bahan rawatan bergantung kpd kehendak pesakit khususnya pesakit kronik spt kanser, cyst, fibroid, thyroid, ekzema, hemangioma, reumatik, hepatitis, prostat, diebetes, gout,  prolaps dsb. Bahan rawatan ini tidak dijual di mana2, tiada di pasaran, pesakit beritahu, sy sediakan dan ambil terus dari sy. Biasanya pesakit yg dah biasa dan kenal sy. mrk minta disediakan, sy tidaklah offer kpd semua pesakit yg bermasalah. Kalau perlu insyaAllah sy cuba disediakan.

Selepas solat maghrib, dpt call nak dtg berubat, sy kata esoklah, dia jawab oke, dlm perjalanan ada lagi call, sama juga sy beritahu, masa di kedai ada lagi call, begitu juga sy beritahu, masa balik ada call lg, juga sedemikian sy beritahu, esok malamlah. Sampai rumah anak beritahu tadi ada org datang nak berubat, bila diberitahu sy tiada, dia dan keluarga balik. So, mlm ni sepatutnya 6 keluarga nak dtg, namun apakan daya, ada ketikanya sy perlu rehat. Sampai rumah tak sampai 5 minit, tiba2 datang sekumpulan org, bawa seorang pesakit lelaki untuk dirawat. Disertai oleh kawan2 dia, mak dia, kakak dia, anak saudara dan kawan2 dia dan pekerja dia , sy agak 13 org.  Kata kawan dia, pesakit ini dah hilang ingatan, tak ingat apa-apa, tak kenal orang dan nama2 ahli keluarga sendiri. Nampaknya dugaan sy dpt berehat ni meleset. Mrk datang pun tak call dulu, so terimalah. Menurut saudaranya, pemuda ini, 36 th, dah kahwin, anak sorang, satu pagi di bilik air dia pening, keluar pandangan jadi kabur, tak ingat apa-apa, kosong, dia ada 4 buah kedai, ini berlaku pada 21.06.12 lepas, hari Rabu, dah 8 hari, lps itu dibawa ke Hosp. Serdang, kemudian dihantar ke HKL, kelmarin keluar, namun keadaan tak berubah, bahkan semakin teruk. Buat MRI ada kesan darah kat kepala, lps tu buat sekali lagi, tak ada pulak, doktor pening kepala, kena main ni, lalu dibenarkan keluar wad.

Di rumah dia jadi panas baran, pemarah dan garang pada anak isteri dan org2 lain, sebelum ni tak pernah macam ni. Sy nampak dia ok, tapi bila ditanya sepatah, dia jawab berjela-jala, tak henti2, membebel2 dan sering sebut pasal berniaga, duit, hutang, pekerja dsb. Nampak peramah tapi bercakap merapu2, entah apa-apa dan dia mengaku banyak yg tak ingat. Sy cuba selidik dan tanya kalau2 dia simpan sesuatu dlm dompet atau di rumah, penangkal ke , azimat ke, pelaris ke, didapati dompetnya telah ditukar isteri, dia pakai dompet baru, isinya yg asal ada beberapa kertas berlipat dikeluarkan oleh isteri, letak kat rumah. Isterinya baru cabut lari balik kampung di Nilai bawa anak kerana tak tahan dimarahi sejak kejadian tersebut. Rumah dia juga jadi panas, isteri, anak dan ahli keluarganya mengaku rumah itu panas. Anak saudaranya call tanya pasal ini, dia kata ada sejenis bungkusan kecil berlipat bawah bantal atau tilam di rumah, tapi pergi cari tak dapat masuk rumah sebab rumahnya dikunci dan anak kunci dibawa bersama. Sy kata tak apalah, itu cuma kemungkinan salah satu punca jadi macam ni. Sy nasihatkan buat ketika ini jangan masuk dulu rumah itu, lelaki ini menumpang rumah saudaranya dekat situ. Apa yg penting mengubatinya agar pulih seperti sediakala. Sy ruqyah dia, beri minum air dan sapu muda serta kepala. Diajar mengucap, gagap2, fatihah tak ingat, 3 qul dan ayat kursi juga merapu2 dibacanya. Sy baca dan minta dia ikut , berkali2, pun tak boleh. Sy teruskan ruqyah dan lepas itu ulangi dgn zikir dan baca satu persatu , dia ikut,sehingga dia boleh baca dgn baik dan betul. Kini dia dah boleh mengucap syahadat, fatihah, 3 qul dan ayat kursi. Sy minta ahli keluarganya bimbing dia bacaan ini di rumah, sentiasa, termasuk sebelum tidur dan selepas bangun tidur, kena istiqamah. Buat juga solat sunat taubat dan hajat, air ruqyah kena minum, sapu dan dibuat mandi campur daun bidara. Jgn biar dia cakap banyak pasal perkara2 lain, asyikkan dia dgn zikir dan membaca ayat yg diajar tadi. Jam 1.30 pagi baru selesai.

Tuesday 26 June 2012

Tukang Urut Enggan Sentuh

26.06.12 (Selasa)
Ini kes berkaitan pesakit yg dah elok setelah beberapa kali dirawat, bukan saja masalah dia yg ada gangguan, tapi masalah dgn suami, di tempat kerja dan anak-anak. Kali ini dia mengadu sakit2 badan, sakit ni biasalah, sebab tiada org yg langsung tak sakit, lalu dia pergi berurut dgn seorg prpm (nama rahsia), setelah ditengok, tukang urut tu tak bersedia nak mengurutnya, bahkan pegang pun tidak, lalu dia mengesyorkan pergi dulu berubat dgn seseorang, lalu pergilah dia berubat dgn org tu, bomoh Indon yg tinggal tak jauh dari rumah sy, sy tahu dia berubat pakai apa tapi tak eloklah cerita keburukan org, bomoh tu baru pindah ke sini setelah dikatakan buat hal di tempat lamanya. Sy tak tahu dia tersilap pergi rumah ke atau apa, sebab sebelum ini tukang urut tu kalau ada org yg masalah gangguan dsb, dia suruh pergi jumpa sy. Tak apalah, sy tak kisahlah kalau dia pergi mana-mana asalkan perawat tu menggunakan kaedah yg betul, tidak menyalahi syarak dan etika pengubatan. Ini sebulan lepas, setelah itu sakitnya bertambah2 teruk, lalu pergi pula ke Johor berubat dgn seseorang, sampai kena mandi air penawar dsb, balik dari situ, sakitnya masih ada, macam ada benda pegang bahu, belakang dan pinggang, berat, dan sakit bisa2 dan nyilu. Setelah beberapa hari menanggung sakit ni, dia call sy nak dtg, dia kata masalah berkaitan anak dia, yg tiba2 baran dan garang tak tentu pasal sehingga cikgu sekolahnya juga mengadu pasal ini, Sy kata datanglah. Dia tak cerita pula pasal dirinya. Suami dia juga datang, dia kata suaminya kini tak berselera, tak ada nafsu nak bersama, terkunci, sy kata itu terpulang pada dia, kalau dia tak menyuarakan nak berubat, biarkan, sebab suaminya menyangka hanya isteri yg bermasalah, dia sendiri tak nak diubati, maka sy tak boleh buat apa. Cuma di sini sy agak kecewa kerana proses rawatan yg telah diterima sebelum ini telah dicemari dgn rawatan2 yg mengelirukan. Setelah bersih sebelum ini, lumpur pula yg dimasukinya. Moga selepas ini dia tak tersilap lagi dlm mencari kesembuhan. Sy tidak kata hanya sy atau kaedah DS saja yg betul, pergilah mana-mana asalkan mereka mengamalkan kaedah yg tidak bertentangan dgn Islam.
Pesakit seterusnya suami isteri, adik dan iparnya. Masalah utama iparnya yg hamil 6 blan, anak sulung, doktor kata baby kecil sangat, namun sihat dan aktif, ada gerakan normal, cuma masalahnya setelah dibuat ultrasound, ada air kat jantung dan perut baby, air ketuban pulak sikit kuantitinya. Khamis depan pakar nak check sekali lagi dan kalau perlu akan dibuang kandungan tu. Kemudian abang iparnya yg leguh2 dan sakit2 badan setelah menebas semak samun di belakang rumah, sebelum ni taklah sampai sakit begini.

Monday 25 June 2012

Burung Cenderawasih

Burung cenderawasih ini dikatakan burung kayangan dan tiada sesiapa pun yang pernah menemuinya dalam keadaan hidup. Bila jumpa,  dia memang dah mati, namun seluruh badannya termasuk bulu tidak rosak, tidak berbau, berulat, seolah2 diawet, namun tidaklah diperbuat sedemikian halnya. Terdapat dakwaan bahawa terdapat banyak spesis burung ini di beberapa negara di dunia termasuk di China dan Afrika, namun tidaklah dapat dipastikan itu spesis cenderawasih kah atau spesis lain. Yg ditemui biasanya di Irian jaya. Apa yang istimewa ialah burung ini amat cantik dan menakjubkan, sehingga dikatakan segala spesis burung dan unggas di alam ini mencemburuinya. Namun sedarkah anda bahawa burung ini sering menjadi buruan para bomoh, dukun dan pawang. Pernah diberitahu harga satu bulunya mencecah RM 5 ribu, maka bayangkan kalau harga seekor atau sepasang. Dikatakan harga seekor pernah ditawarkan mencecah RM 2 juta. Bagaimanapun jangan mudah percaya kalau ada yg mahu menjualnya, jangan2 bulu ayam katik atau ayam kapan. Beginilah, berhati2 kalau ada mendakwa burung ini mempunyai kesaktian keistimewaan yang luar biasa, ini kemungkinan saja, kerana siasatan mendapati burung ini amat digemari oleh makhluk2 ghaib, menumpanginya sebagai alat untuk menyesatkan manusia, apabila manusia mula memuja dan membelainya. Nak tengok?....nantilah.

Cacatan Perawat

26.06.12 (Selasa)
Sudah menjadi kebiasaan saya mencatat maklumat ringkas setiap pesakit untuk rujukan kemudian hari, apa-apa yg dpt, secara shorthand. Dah hampir 5 th sy buat catatan berkaitan rawatan, ribuan pesakit jugalah, dan blog ini cuma bermula penghujung tahun lepas, 2011. Catatan ini sy buat setelah selesai semua sesi rawatan pada satu2 masa atau dicatat besoknya. Utk posting kadang2 memakan masa beberapa hati bergantung kpd kelapangan. Justeru itu ingatan kena okeylah, supaya tiada kesilapan. Apa yg diposting bukannya dari semua yg ada dlm catatan sy. Maklumat lengkap hanya ada dlm catatan asal, yg di sini cuma sebahagian, itupun tidak detail dan tiada nama dan identiti lengkap pesakit. Hal kerahsiaan menjadi keutamaan. Tujuan sy posting ialah utk berkongsi pengalaman dan moga ianya menjadi iktibar kpd semua pengunjung blog ini. Bukanlah bertujuan untuk bermegah atau menunjukkan kebolehan kerana ramai lagi perawat yg berdepan dgn pelbagai masalah dan penyakit yg lebih pelik, kronik dan menggerunkan. Selain itu sy menyimpan beberapa tulisan, mentera, puisi, skrip kuno atau lama yg ditulis atau dilakar oleh pesakit dalam keadaan tak sedar atau ketika dirawat. Setelah sedar mereka tak tahu itu tulisan mereka dan tak tahu apa-apa yg ditulisnya, ada yg tak difahami pun, bahasanya amat klasik.  Ada ketikanya tulisan atau lakaran tsbt menjadi petunjuk tertentu semasa sesi rawatan. Minggu ini dan lepas juga ada kes2 spt saiz jin sebesar telor. Juga kes jin yg dalam pantang selepas bersalin. Juga jin yg membotakkan kepada org, menghilangkan memori seseorang, mengeluarkan api dan turut bermain komputer.

Sy namakan blog ini sebagai catatan perawat, kerana perawat berbeza dgn bomoh. Malangnya ramai rakan2 kita terutama yg berpendidikan agama, para ustaz, golongan yang berlatar belakangkan Islam menggelar kami perawat Islam sebagai bomoh, dia dah jadi bomoh, pergi berbomoh, asyik berbomoh  dsb. Panggilan mereka seolah-olah memperlekehkan usaha kami, disamakan kami dengan bomoh pulak, panggilan yg penuh sindiran, sinis dan amat menghinakan. Ada juga yg menggelar kami tok bomoh Islam, kenapalah busuk sangat hati mereka. Tak apalah, moga mereka faham suatu hari nanti.  Sebaliknya, masyarakat awam pula menggelar kami dgn panggilan perawat, mu`allij. Memanglah secara umum bomoh sama dengan tabib dan tabib itu doktor dalam bahasa Arab. Dalam kamus, bomoh, khasnya di nusantara diertikan sebagai dukun, pawang atau pengamal kuasa2 mistik yg berhubungan dengan kuasa2 tertentu, semangat, para arwah, makhluk halus dan banyak terlibat dgn hal2 syirik dan merosakan aqidah.

Jin Botakkan Kepala Pemuda

25.06.12 (Isnin)
Hari ni beberapa temujanji terpaksa ditangguhkan kerana malam nanti sy ada mesyuarat PKPI (Darussyifa') Pusat di Bangi dan selaku AJK kenalah hadir. Sy sedang tunggu maklumbalas kakak seorang pemuda yg dibotakkan kepala baru2 ini utk dapatkan rawatan.  Takkan dia mengigau dan mencabut sendiri seluruh rambutnya. Ini kes baru yg jarang berlaku, kecuali rambut yang gugur dgn banyak sebab spt fungus dsb, tapi tidaklah sampai botak terus. Ini pula sekelip mata. Masalah fizikalkah atau masalah gangguan?. Kalau sebab fungus mungkin daun pokok lidah jin boleh membantu dgn cara tumbuk dan pupuk. Tunggulah nanti sebabnya.

Sunday 24 June 2012

Jin masuk Islam, pontianak pula datang

24.06.12 (Ahad)
Wanita ni dtg bersama ahli keluarganya 8 org, bawa anak angkatnya lelaki, yang masa ambil usianya 3 hari, latar belakang sebenar tak tahu, kawan dia syorkan, kata ada org nak bagi kat dia, dia ambillah. Dia kahwin dah lama tapi belum dikurniakan zuriat, bagai org mengantuk disorong bantallah. Kini usia baby tu 12 hari, tidur terkejut, ari2 bengkak sebelah kiri, macam angin pasang, diberi susu babelac, tak boleh telanhabis, terluek, muntah. Kemudian anak saudaranya, 1 th, 1 bu, ada kesan merah di tengkuk dan kepala, pergi cek doktor tak ada apa-apa.

Berikut, kes agak berat, mereka puas berubat merata-rata, belum diberi kesembuhan dan terangkat masalahnya, dia suami isteri berniaga, ada bas sekolah dan kedai runcit. usia isteri 37 th, suami 38 th, anak ada 4, mereka kata ada gangguan sihir dan buatan orang. Sebelum ni pernah sakit selama 2 bulan lalu berubat dgn seseorang, kemudian belajar sesuatu dgn org yg mengubat dia, lalu org itu buang sebab2 sakitnya. Dia tak juga sembuh bahkan bertambah sakit, dia rasa org itu ada masukkan sesuatu dlm badannya, kini sakit2 serang dia seluruh badan, fikir macam nak mati saja, masalah tidur dan rungsing. Pernah berubat pula dgn org tasawuf  yg syorkan agar dia buat amalan doa dan zikir2 untuk mendapat kesembuhan hakiki. Dia tak suka kaedah ini sebab org itu hanya suruh dia buat segala-galanya, utk diri sendiri, mohon kpd Allah. Dia pernah mimpi ada orang pakai baju putih, dgn pakaiannya ada darah kotor, nak ambil nyawa dia tapi dia tak nak, jangan ambil katanya, makhluk tu berada di laluan menuju ke dapur. Masalah lain period dia cuma 1 hari, ini dah lama berlaku. Lembaga yg sama juga usik anak dia sampai menjerit dan mengigau2. Juga bunyi org tolak sofa, bunyi guli dsb. Sy mulakan ruqyah dan tak sampai seminit, badan dia mula menggeletar dan menangis, terus menangis dan mohon simpati, simpati, jangan bunuh dia dsb, sy biarkan dan teruskan ruqyah pembakar, akhirnya sy tanya makhluk itu, dia kata dihantar oleh seseorang, namanya....(rahsia) dia asal dari .(rahsia), usianya 400 ribu tahun (ukuran usia manusia sekitar 40 ribu tahun), beragama kristian. Dia lelaki dan berkeluarga, isterinya baru bersalin, anak ada 70 ekor ...tempat tinggal di rumah pesakit ini. Sy teruskan dakwah agar meninggalkan kerja2 kezaliman dan penyiksaan ke atas manusia, tinggalkan tuan kamu (dia sebut nama tu...rahsia) yg dah menipu kamu, jangan bimbang Allah akan menyelamatkan kamu kalau kamu betul2 ikhlas menerima Islam. Sy tanya mana isteri dia, panggil dia kemari, lalu mereka bersama anak2 seramai 70 ekor datang, minta pengakuan sebab jin ini dah mula sedar dan sedia berjanji buat ikrar akan menerima Islam dgn nama Rahman, sy cadangkan Abdul Rahman dan dia setuju. Isteri pula dia kata Fatimah. Sy minta lepas ni bertaubatlah betul2 dan jangan murtad, sekiranya murtad dia sekeluarga akan menerima balasan buruk dari Allah. Bila dah bersedia sy Islamkan dia dan meminta dia pergi ke mana-mana masjid utk belajar agama. Dia sebut masjid tu dan sy kata, okeylah...di sana nanti kamu jumpalah jin Islam ini (sy sebut nama salah satu ketua di situ utk dia dapatkan panduan belajar agama). Moga2 jin ini tidak menipu, kalau gagal kita kena usaha lagi, jgn putus asa, moga Allah permudahkan usaha hamba-hambaNya yg lemah ini. Lps itu satu jin yg menyibuk datang, ketawa, menggilai, dia kata dia pontianak, beritahu ramai lagi jin2 ada di rumah org ni. Sy kata kamu sengaja nak cari nahas, pergilah kamu jangan kacau org ni. Sy teruskan ruqyah, dia kesakitan dan keluar menerusi mulut. Pesakit dah ok dan sy beritahu suaminya agar dibersihkan rumahnya dari kehadiran atau ditumpangi makhluk2 ghaib, segerakan, jgn lengah2.

Kemudian pesakit lama, dah lebih setahun tak dtg, dia kini sakit semula sejak maknya dtg ke rumahnya baru2 ini dari kampung. Sejak itu dia sakit. Sy ruqyah kira2 5 minit dia pengsan, dibiarkan, selepas ok diberi minum air daun bidara dan sapu muka. Selain dia, 2 org  adiknya juga adalah masalah gangguan dan ini berkaitan dgn gangguan maknya. Dia cerita pasal kejadian melibatkan adik dia, lelaki, 30 th, baru2 ni pindah rumah, masa kemaskan rumah dan lap lampu dlm salah satu bilik, tiba2 mosaic dlm bilik tu terbongkar ke atas dan pecah, sedangkan mosaic itu masih elok sebelum tu. Malam tu dia mimpikn orang tua datang nak ambil nyawa dia dan dia tak bagi. Besoknya dia dapati semua rambutnya luruh sampai botak dan ini berlaku secara tiba2. Luruh habis. Peristiwa ini tidak diberitahu kpd keluarganya, cuma maknya dan kakaknya dapat tahu hanya beberapa hari lepas setelah dia ceritakan kejadian itu. Org ingatkan dia sengaja botakkan kepala.  Sy syorkan dia dapatkan rawatan segera dgn mana2 perawat Islam, ini  tak boleh dilengah2kan sebab mungkin akan memberi kesan buruk pada dirinya. Kakaknya bercadang nak bawa kemari nanti, sy kata insyaAllah akan cuba dibantu sekadar yg boleh.

Kes Homoseks di Pusat Tahfiz

23.06.12 (Sabtu)_Buku Catatan Baru
Hari ni bilangan pesakit boleh tahan, antaranya prpm, 54 th, gangguan, kusut fikiran, rasa macam bersalah, rasa cakap semua tak betul dgn orang, di rumah nampak macam kelibat dan anak 9 org, yang ke 4 pernah nampak. Anak2 dia ramai hafiz Quran dan beljar aliran agama, tapi kena gangguan jugak, hairan dia. Kalau baca Yasin, rasa nak menangis, rasa bersalah. Masalah ni dah 10 th, pernah berubat dgn bapa saudara, pernah mimpi tanah kebun, mimpi menyusu, budak, selalu pergi tempat2 yg sama, belakang kebun, nampak macam ada rumah buruk kat situ, ini selepas dia beli tanah tu, sejak itu sakit2 dan bermasalah.

Kemudian prpm, 48 th, sakit perut sebelah kiri, doktor kata ada fibroid, baru 2 cm, demam, menggigil, penat, ini dah setahun, dia tinggal di Bangsar, baru2 ini doktor kata tak ada pulak fibroid, dah ok, tapi sakit tetap ada. Seterusnya lelaki, 19 th, mak dia kata dia selalu keluar malam, berkawan dgn prpm yg tak baik, sosial, dulu ok dgn mak dia , kini sejak berkawan dgn prpm tu dah tak ok, asyik marah2, tak dengar cakap. Prpm tu tinggal di Selayang dan anak dia asyik ke situ jumpa prpm tu, anak dia dah tak kerja, senang dpt kerja tapi asyik nak berhenti. Dia berkawan serius ni baru 2-3 bulan. Mak dia datang ditemani bekas bos anak dia, India Kristian yg berusaha agar mak dia berubat untuk anaknya. Ini anih, India Kristian percaya kat DS sedangkan ramai org Islam masih percaya bomoh dan dukun. Sy ruqyah pada air untuk diberi minum pada anaknya agar meninggalkan perkara2 tak elok dan kembali taat kpd ibubapa serta berkeinginan kembali bekerja demi masa depannya.

Berikut pesakit tepuk, ulangan dari Bukit Damansara, mimpi ada benda keluar dari hidung dan bengkak bawah payu dara kiri, sebelum ni bengkak sebelah kanan, selepas tepuk minggu lepas bengkak berpindah ke kiri. Juga dileher rasa ada benda, bengkak dan benjol. Seterusnya ibubapa satu keluarga minta air penawar dan penerang hati untuk 4 orang anaknya yang masih bersekolah, mereka dari Bukit Rahman Putra Sg. Buloh. Selepas itu prpm, 65 th, dari Intan Baiduri, Kepong, sakit rasa kebas dari punggung ke kaki, sakit sangat kalau berdiri, rasa menggigil, ini dah 3 th, juga ada darah tinggi, tak boleh berdiri lama sikit, rasa sengal, menyucuk2 tumitnya. Setelah itu pesakit prpm, 70 th, dari kg Dusun, sebelah Felda Kechau, K.Lipis, dtg dari rumah anaknya di Putrajaya, sakit kepala, di leher, biji2 bisa, tyroid, sakit perut ke belakang, ke kepala, kalau dia kena sakit, semua anak-anak akan sakit sama. Ini dah 20 th sakit macam ni, kulit dia juga rasa panas macam kena salai, tidur pun lenguh2 dan sakit betis, lebam2 dsb. Suami dia pula, 80 th, anak ada 6, cucu 13, lenguh2 badan, juga ada gout. Anak dia yg tinggal di Putrajaya, prpm, 32 th, dah kahwin 3 th lepas, belum dpt zuriat, ada masalah senggugut, pernah gugur, masa hamil ada miang2 tubuh dan gatal, panas kepala. Dia kata suaminya kuat cemburu dan mahu doakan agar suaminya tidak lagi cemburu, sy kata kalau cemburu sikit2 ok lah , dia kata cemburu melampau sampai tak benarkan dia keluar rumah dan kemana-mana. Kemudian budak lelaki, 8 th, dari kajang, takut sangat dan tak dengan cakap, di sekolah selalu menengung (BM termenung), tidur meragam dan asyik menangis. Adik dia prpm, 4 th, pulak ketakutan dgn orang, ini sejak tenggelam dlm kolah di rumah, kepala ke bawah dan kaki atas, lepas tu dia jadi garang, marah dan menjerit2 tak tentu pasal. Ini berlaku sejak bulan lepas.

Kes berikut agak menarik, seorang ibu 35 th, bawa anaknya lelaki, 14 th, dari Tampin, dulu bersekolah Tahfiz, dah tiga pusat tahfiz dia belajar dlm 4 th ni, berpindah2 kerana kena buang atau gantung atau lari, akhirnya masuk sekolah biasa, juga buat hal di sekolah biasa. Kes ini agak rumit kerana melibatkan banyak pihak dan sy tidak sesekali bertujuan mendedahkan keburukan2 tertentu, apatah lagi mengaibkan institusi atau individu2 tertentu yang dihormati oleh masyarakat. Ringkas cerita pelajar ni pernah ditangkap berkhalwat dgn sesama pelajar lelaki yg sama2 belajar tahfiz, buat kerja dlm kolah, lepas tu tukar ke pusat tahfiz lain, dibuli di situ, lari, kemudian ke pusat tahfiz lain pulak, juga berlaku kes homoseks dgn pelajar lain berusia 6 th, akhirnya digantung, dibuang dan pindah ke sekolah biasa.  Di sekolah biasa, minggu pertama berlaku kes gaduh dan bertumbuk dgn budak 3 suku, katanya setelah budak tu bertalu2 mencercanya dan mengaibkan maknya ( kata2 lucah), dia tak tahan akhirnya bertumbuk. Pihak pentadbir sekolah belum tahu kes ni. Kes terakhir dia nak parangkan nenek dia dan sepupunya. Dia kini tinggal sementara di rumah nenek. Keluarga dia risau, apa nak jadi dgn dia, dia anak sulung dari 3 beradik, harapan keluarga, mahukan dia jadi hafiz, tapi ini pula yg terjadi. Sy panggil masuk budak tu dulu, kemudian mak dia, kemudian semua sekali termasuk nenek dia yg tak tahu kisah sebenar. Nenek dia beritahu atuk budak ini juga amat garang seperti ayah budak ini juga dan minta air doa agar dilembutkan hati suaminya.  Sy tidaklah nak cerita secara terperinci satu persatu di sini, cuma diringkaskan seperti berikut:
1- Pertama, dia seorg budak baik, cuma berlaku kejutan budaya di mana terdapat kes salahlaku moral yg serius termasuklah di madrasah atau pusat tahfiz, akhirnya dia terdorong sama dan nasib tak menyebelahinya kerana tertangkap.
2. Kedua kes buli, namun tanpa siasatan terperinci, mudir dilihat menyebelahi individu2 tertentu menyebabkan dia tak puas hati.
3. Ketiga, para pembantu mudir, guru2 tahfiz, antaranya 2 org yg terlibat dlm amalan tak bermoral dgn pelajar2 dan akhirnya ramai pelajar terlibat sesama sendiri melakukan amalan yg didorong oleh ustaz2 tahfiz yg menyimpan foto dan video lucah dlm handphone, kemudian ditunjukkan kpd para pelajar, terutamanya pada waktu2 mlm, dan akhirnya pelajar terpaksa merelakan apabila diperlakukan spt yg ditonton.
4. Keempat, ada pusat tahfiz yg menyembunyikan kes sebenar dan memihak kpd individu tertentu menyebabkan timbul rasa tak puashati pelajar, yg menentang akhirnya dibuang atau digantung.
5. Sebahagian besar guru2 tahfiz amat muda, usia antara 19-24 th, dan ada yg dikatakan kaki motor dan merempit pada hujung malam2 minggu.
Sy pada mulanya, tidaklah mempercayai cerita budak itu 100 %, namun berdasarkan maklumat mak dia jugak, maka sy berpendapat maklumat itu ada asasnya. Sy percaya ini adalah kes terpencil, namun ia boleh menjejaskan reputasi beratus2 lagi pusat tahfiz yg tiada masalah sebegini. Budak ini menjadi mangsa persekitaran, dia masih berhasrat menyambung pengajian tahfiz, namun apa yg berlaku membuat dia jadi trauma. Setelah selesai meruqyah dan sebelum beredar budak itu  bersalam dgn saya dan membisikkan: Ustaz, tolonglah saya, doakan saya jadi Hafiz. Terharu saya.




Merawat Bomoh Besar

21.06.12 (Selasa)
Pagi sy didatangi seorg staf, mengadu anaknya, prpm, 6 th, tak mahu pergi sekolah sejak balik cuti di kg tempuh hari. Sebelum tu pergi family day di Bdr Hilir, lps tu ke PD, kemudian ke Taiping, seterusnya ke Ipoh, kemudian balik ke Sg Pencala, ini memakan masa beberapa hari. Lps tu Isnin buka sekolah dia tak nak pergi tanpa sebab, disuruh pergi pergi jugalah tapi dia demam, kemudian sampai hari ni tak nak pergi. Sy mengesyakki dia terambil apa-apa mungkin masa mandi kat PD menjelang  maghrib, minta dia tanya anak dia pasal ini. Selepas tu dia berubat dgn seorang Aji di Sg Pencala, tengok anak dia, namun macam tu juga tak nak pergi sekolah. Dia dtg ni nak tanya pasal rawatan, sy kata insyaallah sy cuba bantu. Tiba2 dia terima call dari isterinya, beritahu di rumahnya sekarang dtg tukang urut, yg baru dikenalinya di tempat tinggalnya itu, juga dtg nak tengok anaknya dan merawat anaknya. Dia tanya macamana?, nak bagi dia mengubatke?. Sy kata itu terpulang pd dirinya, namun tukang urut tu dah ada kat rumah, maka tidak elok sy campur tangan buat masa ini, biarlah dia selesaikan, kalau ada amalan yg bercanggah, terpulanglah pada dia, itu hak dia, sy cuma boleh kata, insyaAllah kalau nanti selepas 3 hari belum diberi kesembuhan, sy bersedia bantunya, itupun kalau diminta.

Sebelum cerita pasal bomoh tu, ada beberapa pesakit lain seperti seorg kenalan bawa 2 org iparnya, kedua2 prpm, pertama 61 th, sakit bisa2 kaki sebelah kiri dari peha ke bawah, dah pergi mengurut, macamtu juga, ini dah 6 thg sakit. Kakaknya 62 th, sakit macam di atas, namun sebelah kanan, kini berjangkit ke sebelah kiri pula, so, kedua2 belah, juga lenguh, kebas2 waktu pagi2, juga ada darah tinggi dan kolesterol juga tinggi. Kemudian saudara mereka , lelaki, 42 th, ada kencing manis dah lebih 8 th, bacaan glukos dalam darah melebihi 20 namun belum dicucuk insulin. Kesemua mereka dirawat dan sy syorkan beberapa pantang dan beberapa petua untuk diamalkan bagi mengatasi masalah penyakit fizikal mereka.

Kes berikut agak berat, kenalan dan ahli keluargnya dtg, dulu dia ada pelajar pondok dan kini guru Quran,  call nak bawa bapanya berubat, tapi tak cerita ttg masalah sebenar. Bila datang barulah tahu rupanya dia adalah bomoh besar, bapa dia sendiri mengakui dia bomoh besar, usia dah 75 tahun, pakai jin sebanyak 5 ekor. Pertama Jin Malikilmaut, tugasnya ambil orang hilang. Kedua jin Salohabat, juga tugas sama. Ketiga hulubalang kelima enam. Keempat hulubalang Maharaja Hanuman Kera Putih dan Kelima jin Budak Kecik Kesaktian. Kelima2 jin tersebut dibuatnya sahabat. Dia dapat amalan berbomoh ni dari gurunya Tok Bomoh (nama rahsia)......tok bomoh orang gila dari (rahsia tempat)........ lepas gurunya meninggal, dia sambung tugas berbomoh dgn dibantu seseorang. Ini dah lebih 10 th dia main bagih, yg seguru dgnnya semua dah mati, kini tinggal dia sorang2. Masa main bagih dia hantar jinnya satu persatu ke tempat org bermasalah atau yg hilang atau gila. dgn bacaan seru tertentu. Sy minta dia cuba perdengarkan, dia baca seru2 tu. sy tanya jin2 tu jenis apa, dia kata jenis orang ghaib. Kini dah hampir setahun tak berbomoh kerana sakit dan sejak itu dia tak berhubung lagi dgn sahabat2 jinnya itu. Mungkin mereka marah agaknya, katanya. Dia dah insaf dan ingin bertaubat, tak mahu berbomoh lagi. Turut datang mlm ni isterinya, tapi isteri tua, masa berbomoh dia dibuat di rumah isteri muda dan isteri muda inilah yg tolong dia masa berbagih. Juga seorang pembantunya yg masih hidup dan belum nak berubat.Yg istri tua tak campur apa-apa, namun dia kini sakit pinggang ke bawah, agak teruk. Tok Bomoh Besar ini pula sy tengok berjalan dan melangkah tak stabil lagi, lemah longlai, nampak terhoyong hayang. dia duduk perlahan2 masa sy nak ruqyah dia. Setelah ruqyah dia kata rasa lega dan ringan tubuhnya. Apa yg sy rasa tidaklah sy ceritakan kpd dia. Sebelum balik, dia nampak sedih, hampir menangis dan peluk cium sy berkali2, mengucapkan terima kasih. Dlm hati sy kata berterima kasihlah kepada Allah kerana Dialah penyembuh sebenar. Moga bomoh besar ini terlepas dari perjanjian yg dibuat dgn sahabat2 jin seramai 5 ekor itu. InsyaAllah selamat dgn izin Allah swt.

Berikut pljr prpm 16 th, yg pernah kena histeria masa ikuti program di sebuah kem, kini badannya lenguh2, agak pendiam, kemurungan dan nampak lesu, pernah tumbang di sekolah lps balik dari kem. Sy ruqyah dan beri daun bidara untuk minum dan mandi. Dia kawan anak sy, sebelum posting ini ditulis, anak sy beritahu dia dah ok dan tak tumbang lagi di sekolah. Kemudian ada pesakit prpm, sambung rawatan gangguan, masih ada sikit2 dan sambung air.



Friday 22 June 2012

Jalan Kengkang

20.06.12 (Selasa)
Suami isteri bawa 2 org anaknya yg ada masalah hampir sama, yg lelaki sakit tapak kaki kanan, susah nak berjalan, kena mengiring, jalan kengkang atau kangkang, begitu juga adik perempuannya, sakit tapak kaki kanan juga. Selepas diruqyah, sy minta mereka berdua cuba berjalan2, eh... elok pulak, namun sy minta teruskan minum dan sapu air ruqyah.

Pesakit berikut, lelaki 28 th, kerja di sebuah klinik kesihatan awam, masalah ada di tempat kerja, katanya ada 2 org staf yg dengkikannya, dia org buat repot kat bos, bos pula cuma nasihatkannya jangan bergaduh, dia rasa tak tenteram kerana asyik terkena aduan yg tak elok2. Dia baru kerja 2 bulan di situ. Kemudian seorg bapa bawa anaknya, lelaki 15 th, badan sangat besar, sekolah agama berhampiran, pemikirannya tak tenteram, celaru, hati dan tentu hala, kepala sakit, benda yg difikirkan macam2, gelisah, tidur tersedar, perasaaan sebak, sedih, menangis dll. Ini terjadi dah 3 tahun sejak sekolah di situ.

Thursday 21 June 2012

Mahu campak anak, kaki tiada

18.06.12 (Ahad)
Ada beberapa kes, spt kanak-kanak 2 th 9 bu, yg terkena demam panas, suhu meningkat mendadak, sampai kejang, ini anak angkat , anak sendiri baru usia 10 bulan, tak ada apa-apa. Seterusnya pelajar prpm sekolah menengah yg ikut satu program di sebuah kem terkena histeria, ramai yg kena, namun yg dtg ni dia soranglah, dibawa bapanya dan juga adik dia , lelaki yg juga ikut program. Masa di kem dia turut terkena gangguan, susak nak ambil wuduk, baca fatihah juga ukar, sesak nafas dsb. Juga prpm hamil 6 bu, tak boleh masuk bilik di rumahnya, dia berniaga dekat satu petrol pump, tak sedar hamil, ada masalah dgn suami yg bermain kayu tiga, dia mengadu urinya kat bawah. Juga kes pekerja sebuah pusat penjagaan haiwan, masa dia balik kg, rasa panas, masa perjananan nak kembali ke Kl pula, mak budak kata dia rasa macam nak campak saja anaknya dari kereta sepanjang perjalanan. Dia juga kata sampai sekarang rasa macam kakinya tiada, dari paras lutut ke bawah.

Makan Abu Mayat, halau anak dan jin sebesar telor

16.06.12 (Sabtu)
Hari ini agak penat , merawat seramai 22 orang termasuk yg datang ke rumah.
Pagi, pemuda 26 th, adik beradik 5 org, dari pantai Melawi, Bachok,  mengadu bapanya dia dah 3 tahun kahwin senyap2, bila dpt tahu mak dia menangis teruk sampai jadi kurus. Bapa dia, usia baru 40 an, sejak kahwin lain tak berapa nak solat. mak dia jumpa minyak dagu kat rumah dan dia ada bertanya pada tok ayah dia di Siam pasal benda tu dan diberitahu minyak tu diguna agar abah dia tak nak balik rumah. Bini no. 2, dah tua, usia lebih 50 th buat biar dia tinggalkan isteri pertama. Dia ada jumpa barang sihir di rumahnya iaitu rambut yang diikat dgn jarum di bawah tangga. Bini no. 2 sebelum tu janda anak 10 org,   dan pemuda tadi dah kenal dia, kerja tempat sama, tapi tak tahu pula dia yg kahwin dgn abahnya. Rambut, jarum dan minyak diberi oleh bini muda kpd abahnya agar tanam bawah tangga, bini ni boleh buat sendiri barang2 sihir tsbt dan mak dia dikatakan termakan abu mayat yg diberi bini no. 2. Kini Mak dia sakit, sembab dari pinggang ke bawah, bengkak2.

Pesakit seterusnya prpm, 31 th, dari Cheras, dh 1 th sakit menyucuk2, dari depan ke belakang, spt ada benda tajam, juga sebelah kanan. Dia juga ada masalah berat jodoh, semua tak menjadi, dia warden di sebuah institut. Kemudian masuk ke bilik rawatan satu keluarga yg sy kenal mereka, pernah terima rawatan, kini dah banyak ok, cuma bapa mereka yg masih bermasalah, bila diruqyah seluruh badannya menggigil dan menggeletar. Selain dia, turut dirawat 5 ahli keluarganya.

Juga pesakit kes ulangan yg perawat wanita hari tu minta dia jumpa sy, diberi air ruqyah, sampai rumah air jadi keruh dan berbuih. Juga masalah dgn suami, suami dia tak nak masuk bilik tidur. Dia pernah mengurut dgn dua tukang urut, namun bertambah pula masalah. Kemudian prpm, 40 th, dapat gangguan sejak kahwin, nampak bayang, jam 12 tengah  malam sering menangis, mimpi baby, jatuh tempat tinggi dsb. Masa balik kg ada barang2 lama yg dah ditawarkan oleh adik iparnya, murid Dato' Ismail Kamus, namun masalah belum selesai, di rumah di kg nampak baby dlm almari, ini 6 bulan selepas kahwin, terakhir mimpi dipatuk ular dan datang pontianak, juga sering mimpi datang makhluk yg berupa dirinya sendiri , kerap macam ni. Dia juga minta tolong pagar rumah, sy kata tengoklah masa sesuai nanti..Petang ke sebuah rumah di Putra Perdana utk rawat rumah seperti dijanjikan tempuh hari.

Malam, baby lelaki 21 hari, bersalin di Hosp. sg. Buloh, tak boleh tidur sampai pagi, asyik menangis, mak dia pula sering terkejut2. Kemudian pesakit prpm, 62 th, dari Jerek Luar Gua Musang, sakit sebelah kiri dari pinggang sampai hujung kaki, kini turut kebas sebelah kanan. Sakit ni dah lama, dah 35 tahun. Masa beranak sulung ada org bubuh sesuatu dlm tempayan, dia tertidur, kemudian mengurut, bekas isteri jiran dia yg kahwin selama 4 th, dapat anak 3, katanya waris dialah yg bubuh benda dlm tempayan. Juga kes berebut harta sampai hari ni tak selesai dan sakit berterusan. Juga pesakit lelaki 80 th, lelah, sakit sendi dan gout.

Pesakit berikut yg pernah dtg mengadu sakit2 seluruh badan dan tulang kipas beberapa hari lepas, hari ini suaminya beritahu dah ok. Kini mereka bawa tangkal yg dijanjikan utk dimusnahkan iaitu pemberian bapanya, ada 2 semuanya, satu ayah dia simpan, satu diberi kpdnya, iaitu bungkusan abu mayat yg diberi oleh Tok Ca Siam. Pesakit lain, prpm kes ulangan, gatal , badan berbiji macam katak.

Seterusnya Prpm 40 th, anak ada 4, masalahnya suami dia panas baran keterlaluan, walaupun kerana benda datau sebab amat kecil, pantang anak2 silap sikit, ini sejak dulu lagi, berterusan sampai hari ini. Dia suka memaksa anak2 dan kalau bantah, tangan cepat naik. Isteri dan anak2 rasa bahgia benar kalau dia tiada di rumah. Suami dia 50 th, asal Melaka dan keturunan mak dia (mertua) panas baran. Masalah sekarang anak lelaki dia, 20 th dah dihalau keluar rumah, jangan balik dan ambil apa-apa barang miliknya,  atas sebab tak mahu ikutnya balik kg tempuh hari. Suaminya sampai hari ni tak pernah tanya ke mana anaknya lari, tak tanya khabar apa-apa, seolaah2 tiada apa-apa, ini dah 2 minggu, mak merekalah yg berendam air mata kerana sikap suaminya yg keras hari, degil dan baran. Dia minta tolong doa agar dilembutkan hati suaminya, juga dan anak-anaknya yg dah ada tanda2 baran seperti bapanya juga.

Kes berikut, kes lama, anak dia hilang memori, kini nampak makhluk2 halus di beberapa tempat tertentu, banyak, di tangki air, bawah talian high voltage TNB, di sekolah agama, mcam2 ada makhluk warna merah, oren, besar, tinggi, dan yg kecil sebesar telor. Kini dia juga tak kenal tempat2 tertentu dan kawan2 dia. Seterusnya kakaknya, yg dulunya dah operate ulser perut, dipotong usus dari 7 kaki menjadi 5 kaki yg tinggal dlm perut, kini dia nampak ada benda nak keluar tapi tersangkut, tempat sakit ada rasa menyucuk, masa ruqyah seolah2 ada benda keluar bawa parang, kapak dll.

Kemudian dtg dua beradik prpm, satu pesakit lama, adiknya prpm berniaga di Johor, 36 th, janda, dah bercerai 11 th, anak ada 3,  badan kebas2, menyucuk2, panas dan tangan, susah tidur, mimpi2 pelik , ular dsb. Masa ruqyak, kakak dia turut sendawa, lebam kat lengan dan urat betis timbul. Kemudian pesakit akhir, anaknya, prpm, pelajar kolej, demam sejak menjalani orientasi sampai hari ni tak baik2.


Memori Hilang

15.06.12 (Jumaat)
Pagi, sebelum ke tempat kerja sy didatangi seorang kenalan, bawa anaknya lelaki 9 th, dulu bisa sebelah kiri sampai tak boleh berjalan, sebelum ni dah masuk wad di beb hospital pakar ternama, tak juga dpt dikenalpasti punca, pelbagai diagnosis dibuat, namun doktor masih gagal cari sebab, lps keluar hospital anaknya dibawa kemari utk dirawat, dan diminta mandi air bidara dan garam ruqyah, kini dah boleh, namun masalah baru datang iaitu lost memory, banyak benda yg dia dah tak ingat, x tahu, sedangkan itu perkara2 biasa dan lazim baginya seperti pakaian, bilik, rumah dsb, seolah kembali ke zaman budak kecil yg baru belajar. Hari ni sy ingin rehat sikit kerana ada hal penting di pejabat dan mungkin memakan masa dan tenaga.

Wednesday 20 June 2012

Tiga Buaya Bagi Amaran

14.02.12 (Khamis)
Sebelum ke tempat kerja sempat doakan air utk seorg pesakit yg tinggal di Muar, gangguan warisan.
Malam, seorg saudara beli kereta baru, mohon didoakan keselamatan utk keretanya agar Allah memberikan kesejahteraan kpd kereta, pemandu dan penumpang, diselamatkan dari kecurian,  musibah atau bala dlm perjalanan dsb. Sejak kebelakangan ni ada beberapa kereta, motor dan termasuk 2 buah  Preve diminta oleh pemilik utk tujuan didoakan kesejahteraan. Mungkin ada org anggap ini dah keterlaluan, benda2 mcm ni pun minta rawatan. Memang Islam menuntut kita menjaga hartabenda kita, memohon dari Allah, dan ini tak salah, bahkan dituntut, cuma janganlah buat ucapara2 yg menyalahi syarak, seperti menepung tawar yg disertai mentera2 tertentu.  

Kemudian pesakit kronik dan teruk, lelaki, , baru 46 th, tapi fizikalnya nampak melebihi 6o th, masauk hospital sejak November 2011, menjelang perkahwinan anak sulungnya. Asalnya operate telinga, berlaku jangkitan kuman, leps tu sakit perut, buah pinggang, kencing manis, sekarang pernafasan pulak bermasalah, sakit berulang2, ada yg berkurang dan ada penyakit baru datang, bertimpa2, keluar masuk hospital, banyak kali diambil darah utk diuji, namun tiada hasilnya. Kini dia tidur sambil duduk, tak boleh baring, makan pula lalu, tidur rasa panas, meracau2 macam ada benda pegang belakang dia. Sebelum dpt sakit2 ni, dia mula mimpi ular. Yg syor bawa pesakit ke sini ialah abang kpd menantunya. Dia kata baru mimpi ada 3 ekor buaya beri amaran, tak bagi dia masuk campur , iaitu jangan bawa pesakit ni datang berubat kat sy. Yg kena warning ni tak datang malam ini, dia cuma tolong uruskan, buat temujanji. Mak pesakit ni masih ada, dia bidan yg didakwanya ada saka warisan, mlm ni tak dtg, anaknya kata akan dtg berubat lain kali. Sewaktu dirawat, badan dia menggeletar, macam ada bisa2 yg tak boleh keluar, sy teruskan dan minta dia berpantang beberapa jenis buah, makanan dan minuman. Pesakit seterusnya ialah anak pesakit di atas, yg baru berkahwin, prpm, 19 th. Sy dapati dia mempunyai masalah gangguan juga, dia kata nampak kelibat, lembaga, bunyi 2 tertentu di rumah dsb., ini tidakpun diceritakan kpd bapanya sblm ni, hanya baru buka mulut mlm ni. Sy ruqyah dan suruh dia minum serta sapu air ruqyah pada masa2 tertentu.

Pesaki lain, kes ulangan, mimpi dan betul2 jumpa gumpulan rambut putih dan beberapa batang paku serta bau hancing di laman rumahnya, dibawa utk dibatalkan dan mlm itu juga sy bakar. Kes2 lain spt pesakit rasa pedih dada, menyucuk, bisa dsb, juga demam panas, air penerang hati dll.
..

Bangunan Berpenunggu

13.06.12 (Rabu)
Hari ini terakhir cuti, pagi dtg prpm, 40 th,  anak 6 org, kawan seorg, kenalan, mengadu suaminya 42 th ada skandal dgn prpm yg tinggal di satu kejiranan, tak mahu balik rumah, asyik ikut perempuan lain, dah lama kes ni baru dia dpt tahu, mohon didoakan agar suaminya berhenti dari tabiat buruk tu.

Malam, semua temujanji ditunda, DS meminta sy menyertai upacara merawat sebuah bangunan 10 tingkat di Jln Pantai Baharu . Ahli2 DS akan dtg dgn bas dan disertai juga oleh semua staf yg bekerja di bangunan itu. Diberitahu ada masalah gangguan agak teruk, darah membuak2, melimpah dlm sinki, angin kuat dlm lif, nampak lembaga dan kelibat, lembaga hanya ada kepala, tingkap tiba2 terbuka dan tertutup sendiri, lampu tutup dan buka sendiri, bunyi muzik2, ada yg terjumpa staf dlm lif sedangkan staf itu sebenarnya bercuti, duit dlm laci yg berkunci kerap hilang dan berbagai2 keanihan yg menimbulkan suasana seram dan menakutkan staf. Pendek kata bangunan ini berhantu atau berpenunggu. Sy sampai 6.30 ptg selepas keluar ofis terus ke lokasi, sedangkan upacara akan bermula sebaik2 saja masuk waktu maghrib. Sy ambil masa meninjau2 keadaan sekitar dan lps itu pekena mi mamak di restoran milik Melayu berdekatan. Sebelum maghrib baru sy melangkah masuk ke bangunan. Upacara selesai jam 11.00 dan balik rumah.

Batalkan tangkal, sakitpun hilang

12.06.12 (Selasa)
Malam, prpm, 35 th, seorg isteri, anak 4 org, tinggal di pengkalan TUDM Subang, mengadu sakit menyucuk2, berdenyut2 di bhg belakang, bahu, pinggang, kepala, tulang kipas, berubah2, berpindah2, biras cikgu tadika berdekatan, sakit ni sejak minggu lepas, balik berubat di kg dgn bomoh budak 14 th di Slow Machang. Sejak berubat dgn budak tu, sakitnya bertambah2.  Sy syakki dia ada simpan tangkal dan minta cari di rumah dan bawa kemari utk dibatalkan. Semasa posting ini ditulis, dia dah bawa tangkal tu utk dibatalkan. Suami dia juga beritahu sakit isterinya termasuk yg teruk di tulang kipas kini dah tiada, dah sembuh.
Kemudian seorg pesakit yg masih terima rawatan bawa anaknya, juga sakit selepas pergi sekolah (anaknya ini memang tak mahu pergi sekolah dari dulu, kalau pergi pasti sakit), balik sekolah dan terus sakit, sendawa semacam dan nampak macam sesak nafas.

Perasaan Allah Tak Wujud

11.06.12 (Isnin)

Petang ada sesi rakaman inteview dgn TV al-Hijrah utk slot Isu Akidah-terbakarnya sihir (tayangan rabu minggu dpn, 10.00 mlm)

Mlm, Seorg ibu bawa anaknya, prpm, 15 th, budak baik, kini hati dan jiwanya jadi tak keruan, was-was, tak tenteram, timbul pertanyaan dlm hati, adakah Allah itu wujud, lalu dia baca Yasin, solat taubat, dll, namun pertanyaan masih dtg ke fikirannya, dadanya rasa sesak, susah bernafas, berlaku ini sejak Mac 2012, persoalan2 ini datang tak kira masa.

Berikut prpm, peniaga, suaminya masih ada affair dgn prpm Indon, suaminya tak kerja, hanya sekali sekali tolong dia berniaga, di tempat dia berniaga katanya masih ada benda org taruh kat situ, juga mimpi yang bukan2, ular, hantu dsb. Kemudian pesakit gangguan saka dari Melaka, sambung rawatan dan air ruqyah.

Seterusnya prpm, 25 th, hamil 4 bulan, sakit kepala, dia guru, semalam buat lukisan dinding-mural di sebuah sekolah di Puncak Alam, balik maghrib, sampai waktu azan, terus sakit kepala amat sangat.

Pesakit berikut, prpm, 46 th, lengan kanan tak boleh nak angkat, ini dah 1 bulan, dia kerja mengurut orang lepas bersalin. Kebolehan berbidan dan mengurut ni dia dapat daripada maknya dan maknya dapat dari nenknya, kini kepala dia rasa berdenyut, sejak mengurut seseorg.

Kemudian prpm, 18 th, sakit kaki sebelah kiri dan buku lali, buang air besar agak kerap, kaki bengkak dan 2 minggu, sakit bahu kanan, tidur mengugau, dia ada jumpa benda di asrama, terus lebam kaki tangan. Adik prpmnya, 17 th, jug sakit perut, pening2, dia kata ada juga alami senggugut.

Tak Nak Sekolah, 3 kali bertukar

10.06.12 (Ahad)
Malam, ingin rehat mlm ni, ada kerja nak disiapkan, namun tanpa appointment dtg seorang ibu bawa anak lelakinya, 16 th, anak ke 4 dari 5 beradik, tak nak pergi sekolah, dah berhenti pun, kes disiplin juga, dah 3 kali tukar sekolah, kuat berjalan ikut kawan2, masalah sejak tingkatan 2, suka ke cybercafe tapi kawan2 dia pergi sekolah, bapa dia polis bertugas di selatan, balik 3-4 bulan sekali.
Selepas itu terima call dari seorg cikgu, asal Sabah, dia minta tolong, kawannya sedang merasuk katanya, gangguan lama berulang, juga banyak masalah dgn bekas suaminya, anak sorang, dia menangis2 di rumahnya. Cikgu yg call tadi rupanya sedang tunggu sy depan rumah, so, kenalah pergi juga, sampai di rumah kawan dia, juga seorg guru, keadaan tiba-tiba dah ok sikit, sy ruqyah pada air serta beri daun bidara untuk minum dan dimandikan. Lps tu dia hantar sy balik.

Isteri mengadu suami rogol dia

09.06.12 (Sabtu)
Kes pertama prpm, 32 th, belum kahwin, asal Guchil Jln Bayam KB, ada gangguan sejak 2008, dah puas berubat, tidur kerap terjaga, ada benda tak kasi dia kahwin. Setelah ruqyah, jin dalam badan berdialog, sebut namanya, iaitu isteri kpd lelaki yg nakkan dia tapi pesakit ni tak sukakan lelaki tu. Mrk kahwin 2009 sedangkan pesakit ni tak kahwin2. Pesakit ini pula pernah tinggal serumah dgn prpm yg mendakwa dirinya jin tu. Dia mohon agar dihadirkan jodoh buatnya. Pesakit ini menderam kuat dan setelah didakwah, jin itu sanggup keluar setelah merasa kesakitan yg amat sangat.

Seterusnya prpm, 27 th, kwn yg di atas dari S.Alam, juga ada gangguan, mimpi susukan baby, sering kena tindih, kebas2 masih ada, badan sakit2. Pesakit lain prpm, 28 th, ketiga2 ni berkawan,  asal Jengka Pahang , sakit batuk2 tak baik2 sejak ting. 5 lagi. Tidur juga mudah terjaga , juga mohon jodoh. Seorg baby usia 34 hari, anak ke 2, ibunya minta ditahnik, ada kuning juga, dari Bdr Tun Razak, bapanya penguatkuasa DBKL.

Kemudian pesakit lelaki 31 th, asal Negeri 9, isterinya 30 th, asal Batu Pahat, tinggal di Putrajaya. Mereka baru saja kahwin iaitu pd 19.05.12, baru 20 hari. Pasangan ini bermasalah ketika hampir nak kahwin, senang nak gaduh, isteri pun sama, sering nak marah. Isteri seorg janda, pernah kahwin selama 4 th, bercerai 2010, manakala suami teruna sebelum mrk kahwin. .......isteri mendapati mulut suami berbau amat busuk, sebelum kahwin ok, dah ambil vitamin, mcm tu jugak, sy juga perasaan bau busuknya kuat benar, so, mrk tak dpt bersama sejak kahwin, suami rasa tercabar dan bertindak agak kasar, isteri tertekan, selepas kahwin kedua2 mereka demam dan batuk2, pertama kali hari nak bersama, isteri rasa macam dirogol dibuat suaminya, dia rasa sakit dan hubungan tak jadi, maka suami mengamuk sakan, ini berlaku 2 mlm lepas, kali pertama cuba., katanya suami dia gelojoh dan dia rasa sakit...sy minta mereka masuk bilik rawatan satu2, sebab nak ceritakan yg amat secret, mereka bercerita tanpa menyembunyikan apa-apa, yg lain2 agak sulit dan segan nak diceritakan di sini... bersambung.

Kemudian lelaki 54 th, dulu kena santau, dah buat rawatan tepuk, kini tekak rasa ada masalah bercampur air seolah2 berlendir, juga perut sakit, belakang lebam, merah kedua2 bahu, pusat, kebas jari2 tangan, tidur mimpi2 digigit di tengkuk, masalah paling kronik kat leher, minum air saja rasa masam, lidah juga panas, ini semua baru 4 hari. Pesakit berikut, prpm ,k kerja petronas KLCC, baru jadi janda, masalah tidur dan sakit2 badan, tinggal sorang kat rumah, tekanan darah rendah, sy syorkan minum air rebusan ketam nipah atau kerang.

Malam pula lelaki dari surau berdekatan, bawa iparnya, gangguan masa dalam kereta berdekatan sebuah gerai makan, dulu masa UiTM pernah kena. Isterinya (kakak budak ni), juga ada gangguan, sy ruqyah tapi hilang sedikit tumpuan, kerana beberapa org yg menemani pesakit berborak2 sesama sendiri dan sy memang pantang hal ini, namun cuba jugalah fokus dan beri tumpuan agar pesakit ini sembuh, kerana sy percaya jin dan syaitan bukan saja ganggu pesakit, bahkan perawat juga diganggu oleh org2 sekeliling, sekiranya makhluk2 jahat ini mendorong org2 berborak tanpa mempedulikan kita yg sedang ruqyah ni.  Selain itu seorg ustaz, guru sekolah, anak dia usia 90 hari, isteri dia dah habis pantang dan akan  masuk kerja balik. Masalahnya baby ini tak nak minum susu formula, mohon diikhtiarkan agar anaknya suka dan boleh minum susu formula kerana isterinya taklah dapat bagi susu badan selalu kerana kerja.

Monday 18 June 2012

Lembaga tumpang tengok komputer

08.06.12 (Jumaat)
Malam, lelaki 28 th, dari Desa Pandan mengadu dia sakit perut 2-3 minggu dah, badan panas, berpeluh. Pada 24 Mei 2012 lepas masa kerja sorang2 kat ofis dia rasa ada lembaga di belakang dia, turut tengok komputer, lepas tu dia tertidur, sejam kemudian dia sedar dan rasa badan panas. Dia pergi hospital periksa dan doktor ambil darah, suspek denggi, semua badan rasa sakit, malam susah nak tidur.

Kes berikut seorg isteri, 42 th, anak ada 6, kena gangguan dah 3 th, badan bergerak2, tak berani keluar rumah dan dia mengaku ada saka keturunan. Beberapa pesakit lain tidaklah kronik sangat, sakit fizikal, namun agak sukar sembuh kerana faktor usia.

Syaitan bermain api, bakar rumah

05.06.12 (Isnin)
Selepas solat maghrib di rumah mertua di kampung, sy terima panggilan dari jiran rumah berdekatan. Katanya rumahnya sedang disambar api, motor dibakar, kain2, handphone dan barang2 lain turut dibakar api. Sebenarnya kes api ni asalnya berlaku di rumah iparnya, sebelah rumahanya, kes ni dah lama, kini berulang dan rumah dia pulak berjangkit kena. Sebabnya sebahagian barang2 dari rumah iparnya dibawa simpan di rumahnya dan barang2 itulah yg terbakar. Rumahnya bersebelahan dgn rumah yg bermasalah tu. Ramai bomoh dah cuba rawat tapi tidak berhasil. Sy tidaklah berhajat atau bercadang merawat rumah yg bermasalah tu sebab tuan rumah tidak menyuarakan apa-apa, mengadu ke , minta tolong ke dsb sebab dia dikatakan dah putus asa, tak nak fikir lagi, wayar2 letrik rumahnya turut dibakar, selepas tukar wiring lain dibakar lagi, kini mereka sekeluarga tinggal bergelap, hanya pasang lilin dan pelita, kalau terang, ada letrik pasti dibakar lagi oleh syaitan. Pernah dipanggil grup hafiz, tengah baca Quran ramai, terbakar sana, terbakar sini.

Ringkas cerita, oleh kerana jirannya yg mohon bantuan, sy minta dtg jumpa sy, bawa air mineral, sy ruqyah dan minta dia balik dan renjis kat rumah termasuk barang2 yg ditumpangkan dari rumah iparnya. Hanya rawat rumah dia yg turut dijangkiti api, bukan rumah yg asalnya bermasalah. Esoknya sy diberitahu rumah dia dah ok, tak disambar api lagi, namun rumah iparnya terus ada api, lenguh dipadamkan. Rumah ipar dia biarlah. Dia dah putus asa berikhtiar,biarlah. Sy berpegang pada prinsip dan etika rawatan DS, kalau tidak diminta bantuan, jangan pandai2 nak bantu, jangan menawarkan diri, kalau diminta tolong, kenalah tolong. Sebelum tu sy call kawan sy, pengerusi DS Kelantan yg pernah bawa geng DS rawat rumah tu, memang slps tu rumah tu dah ok, selama 14 bulan ok, namun sejak bomoh cina datang bersama krew TV tempuh hari, kejadian api ini berulang. Kwn sy  beritahu, dia pernah minta dibawa anak prpm tuan rumah yg dikatakan ada kaitan dtg ke pusat rawatan DS untuk berubat, namun mak dan neneknya tidak bawapun, sampailah ke hati ni tak bawa, dan inilah yg mengecewakan, dan kes ini tak berkesudahan.  Sy teringin sangat nak bantu mengusir syaitan tu, namun apakan daya, hanya dengar dan lihat.

Isteri suka merayau tanpa haluan

04.06.12 (Ahad)
Selepas hadiri satu kursus di masjid semalam, sy dan keluarga (kecuali 2 org) berangkat balik kampung sebab dah lama tak balik, juga sempena cuti sekolah.

Hari ni, seorg kawan lama mengadu masalah isterinya, ada gangguan, sihir dan saka sejak kahwin. Isterinya suka merayau tanpa tujuan dan tidak mempedulikan anak-anak dan rumahtangga, rumah bersepah dan anak-anak tidak terurus. Juga kes kawan dia yg ada masalah dgn isterinya yg baru diceraikan.

Gadis sekolah agama, tak solat, berseluar pendek

02.06.12 (Sabtu)
Hari ni merawat hampir 20 org, termasuk di DS. Prpm 21 th, pelajar UiTM SA, tangan sakit dah lbh 1 bu, dah operate, juga operate hidung th lps, kini sakit rasa berdenyut seluruh badan, tak kira waktu, jaga mahupun tidur sakit. Adik dia, prpm 10 th, juga mula sakit, sejak renovation rumah keluarga dia di sek. 4, S.Alam, tambah bhg depan rumah, kontraktor Indon, ada pernah bergaduh, towkey lain tapi tak bayar gaji pekerja2, sejak itu ahli rumah kerap demam, ada bunyi atas ssiling, bilik tidur. Dia kata rasa seram masa nak merawat dia. Sy kata bertenanglah, kalau nak sembuh.
Berikut lelaki 45 th, ekzema dah 3 th, kini maslah percakapan, masa permulaan cakap akan gmentar, lama baru ok. Ini setiap kali dan setiap hari, masalah public speaking, sedangkan kerjanya sering kena buat presentation dsb.
Kemudian lelaki 32 th dan isteri 35 th, dari Tmn Tropica, Sri Kembangan, kahwin 2003, pernah gugur 3 kali sejak 2004 dan anggur 2 kali,  lps tu hamil 2005, lahir baby 2006, lelaki. Kini mereka bercadang nak tambah zuriat. Masalah dulu berulang, isteri selepas bangun tidur, ada kesan cakar2 halus slps mimpi benda2 yg menakutkan. Anihnya kesan cakar2 ini memanjang atas ke bawah, secara vertikal, hanya kat muka.
Kes berikut hampir sama, isteri 33 th, dari BBB nak tambah zuriat, anak pertama dah 3 1/2 th, lelaki, dia selalu gugur, suami 38 th. mereka kahwin 2007. Kini period isteri tak betul sejak gugur pada Mac 2011. Sy syorkan taugeh dan kulit pokok durian belanda utk zuriat, manakala utk period tak teratur disyorkan biji kurma ajwah.
Seterusnya prpm, 50 th, Seremban, lenguh2 badan terutama slps balik kerja, wktu mlm, masa di tempat kerja semua ok, tak sakit, ini dah setahun. Dia ada sorang anak, 18 th, sejak 2004 period terganggu manakala sejak 2012 tempuh berkurang, tak pernah lebih, dah 2-3 bulan ni tak datang langsung, kecuali bleeding.
Antara kes lain, prpm, 41 th, Bkt Jalil, telinga berdesing, sakit kepalaa, berat belakang, pinggang, sblh kanan berat, dengung macam ada benda merayap dlm kepala, dah buat rawatan tepuk 3 bu. Juga kes prpm 18 th, Teluk Intan, sakit kepala masa maghrib sejak th lps, mimpi benda2 kotor, tidur, bangun lebam2 kaki, sakit ulu hati dll. Kemudian lelaki 30 th, Putrajaya, pusing kepala, dada berdebar2,  badan letih, mimpi tengok kematian, dah pergi hosp. Putrajaya, doktor kata denyutan jantungnya lemah. Lain2 tak dpt dikesan apa sebab.
Sebelah petang pula, seorang wanita dtg bawa sekali anaknya,  budak prpm 17 th,  dia pernah sekolah agama, kini sekolah biasa, ibunya ajar budak2 mengaji, tapi dia kini suka melawan, marah, maknya kata macam org hisap dadah, suka pakai seluar pendek, join kawan2 bersosial, asyik nak keluar rumah, berkawan, dengar lagu2 org putih, tak nak lagi pakai tudung, sama saja katanya, dia pernah sepak mak dia, lepas tu dia terjatuh kat rumah, patah kaki, pergi hospital dimasuk besi, maknya ingatkan dah serik, tapi tidak serik jugak, tak nak solat, dan bila terdengar bacaan Quran, sakit telinga katanya. Dah lebih sebulan macam ni. Masa diruqyah dia diam saja, patuh dan tak melawan.

Kemudian datang sekeluarga, masalah rumah yg ditinggalkan 10 th lepas, masa tu bertugas di kedutaan luar negara, kini dah balik, cadang nak duduk akhir Jun nanti. Rumah tu bermasalah, kini sedang renovate, mohon dirawat nanti sebelum 23 Jun 2012. Anak mereka juga ada masalah nak penerang hati, juga lembutkan hati, anak prpm, mohon masuk UM bidang geologi, ada diploma luar negara bidang tu.
Berikut pesakit ulangan dari USJ3, baru balik melancong di Pulau Redang, mimpi di sana prpm pakai t-shirt kuning kacau dia, mimpi ni masa dlm flight pergi dan balik. Dia 3 hari di sana, sebelum ada ada bayang hitam kat rumah. Dulu masalah anak prpm tunggalnya di sekolah swasta di N9, kini dah ok.
Seterusnya dtg lagi sekeluarga bawa bersama 3 anak yg semuanya bermasalah, ada kesan lebab2 kat kaki, pernah pergi kat us TV tu, beri air dan charge beratus2. Namun masalah tak selesai, anak buah dari Johor pulak nampak ada org tua kat bilik utama rumahnya. Sy cadangkan dia bersihkan rumahnya, bersepakat cari kesembuhan dan saling bekerjasama mendapatkan rawatan sekeluarga. Mak mereka nampaknya tidak faham apa yg sy cadangkan, dia ingatkan bersih tu cuci di segi lahiriah. Sy katakan perlu pagar dan pendinding rumah dari kemasukan makhluk2 ghaib yg membuat kacau ganggu dlm rumahnya, dia masih kurang faham, tak apalah. Mereka selalu cari bomoh sebelum ni dan pergi kat perawat2 yg popular dlm TV, tapi baru sedar byk duit melayang, tak juga sembuh2.

Malam pula pesakit prpm, kes ulangan, lps gaduh dgn mak dia, pergi rumah kwn dia dan  masa tidur  dia ada dengar benda berdengkur sblh kawan dia, dia tidur sebilik, sekatil. Namun dia tak ceritakan hal ni kat kawan dia tu. Sebelum ni sakitnya dah ok, kini slps peristiwa tu, jadi kuat balik, cucuk betis dan badan, kena hempap dan benda tu kejar dia. Dia bawa bersama seorg kawan yg pernah diceritakan lama dulu, yg berubat dgn bomoh Indon, yg sikat2 rambut dia bwh cahaya bulan di satu taman, dia disuruh wak Indon tu tengok bulan masa rawatan. Masa dirawat dia rasa berdebar2.
Beberapa kes berikut berkaitan baby yg tak nak makan, menyusu, demam2 , menggigil dsb , masih berlaku slps pergi banyak klinik dan hospital, ambil darah dsb.





Tengok bola, lumpuh sebelah kaki

29.05.12 (Selasa)
Waktu tengahari sy diajak kenalan ke sebuah hospital swasta, saudaranya tiba-tiba kebas dan lumpuh dari pinggang ke bawah sebelah kanan waktu tengok bola final FA di TV dan kini tak boleh berjalan. Diberitahu oleh saudaranya, setahun lps masa di Gua Musang ada bawa balik tangkal dan azimat dari sana. Pesakit ini sy pernah ke rumahnya 2 th lps, pulihkan rumahnya, namun tak disangka beliau masih percayakan tangkal dan azimat, sy agak kecewa. Tak apalah, sy ke hospital, ruqyah dan masa sy letak tapak tangan dari lutut ke bawah hingga hujung kaki, dia kesakitan, perit menahan sakit, sedangkan sy tak menekan pun kulitnya, hanya ada sedikit sentuhan. Dia dah 10 hari di hospital, makan lalu, bahkan merokok lagi, namun pakar2 tak dpt kesan penyakitnya, dia nak balik namun doktor tak bagi. Isterinya tanya, ada buatan orangkah, atau gangguan luar, sy tak jawab (dlm hati tentulah ada, tapi tak blh beritahu) cuma sy minta dia terus minum air zamzam dan sapu air ruqyah secara konsisten. 

Malam pula, kes bayi 6 bulan, tak mahu minum susu, badan ada bintik2 merah, sebelum ni demam, dah sembuh, dia amat takut kalau bersendirian, ini dah satu minggu.

Kes berikut prpm Indon, masalah saudara dia yg baru datang dari Semarang, Jawa Tengah, asyik nak balik, kerja baru 1 bulan. Dia minta tolong doakan agar saudaranya itu tak ingat nak balik kg di sana, tumpukan kerja di sini, kerja di Balakong.

Bilik Pengantin Berpasir

28.05.12 (Isnin)
Suami isteri bawa anak angkat yang baru sampai tengahari tadi dari sebuah negeri di Pantai Timur, mereka pergi ambil bayi tu yg diusahakan oleh bapa saudaranya, usia bayi 2 bulan dan terus di bawa ke mari. Mereka kahwin dah 4 tahun belum dpt zuriat. Masalah bayi bila bagi susu tak nak, bahkan tak henti2 menangis.

Berikut juga masalah bayi lelaki, 4 bulan, anak pertama, selalu menangis. Juga kes ulangan, prpm, sakit kepala teruk, juga sakit perut, belajar di Politeknik. Perutnya mengelembung, macam ada angin, lepas tu kempis balik, sebelum tu mengeras, juga sakit tulang belakang.

Juga seorang mak bawa anak dia, prpm, pelajar sek. agama, gatal2 di pelipat, disahkan ekzema oleh doktor. Ibunya, dulu nurse, kini berhentikerja,  juga pesakit ulangan, kes sihir, masa hamil anak ke2, ada org kata, iaitu attandent lelaki di hospital tempat dia bertugas dulu kata, kalau dia kahwin, tak boleh masuk Melaka, namun tidak dihiraukannya. Kini mak mertua dia, 84 th,  tinggal di Melaka juga dah lama sakit, dia sendiri dah 20 th sakit. Masa kahwin dulu, dia  masuk bilik pengantin, didapati berpasir, dan lain2 keanihan yg tidaklah dpt sy sebutkan satu persatu di sini.

Tengok cermin, muka lain

25.05.12 (Jumaat)
Kes ulangan, prpm yg berkulit katak kerana sihir lebih 20 th,, kini kurang mood bekerja, banyak lupa dan murung, tiada tumpuan, dia beritahu mimpi lagi benda tu, cuma kali ni menempel kat kaki, tapi kalau nak toleh ke situ tak dapat, dia nak terajang benda tu pun tak dapat, dtg balik minggu ni. Sy Teruskan sambung ruqyah dan insyaAllah akan sembuh kiranya yakin Allah akan membantu dia.

Seterusnya seorg ahli jemaah surau berdekatan, bawa kawan dia dari Dengkil , masalah isteri dia kena gangguan dah 2 th sejak balik dari ofis, dia tengok cermin, nampak muka lain. Dia turut bawa tangkal bungkusan putih yg diberi oleh seorg bomoh di Gua Musang. Sebanyak 3 tangkal diberi oleh bomoh tu, namun 2  dah diberi kpd bomoh lain di Bachok.

Kes berikutnya, seorg guru prpm, sihir pelalau dari Terengganu, mimpi balik arwah mak ayah, juga masuk hutan, sesat. Masa beri tusyen malam, dia nampak prpm tua duduk atas kerusi kayu di sekolah, juga bunyi gergaji dlm sebuah setor, pelajar2 pun dengar, juga ada guru lain diusik lampu bernyala dan gelap bersilih ganti. Ini jin tua yg baru masuk minggu lps dan dia minta sy cari tempat baru untuk dia, tempat2 lain dah dihuni jin2 penjahat yg amat ramai di sekolah tu, sy kata cuba usahakan asalkan dia sanggup beriman dan bertaubat.

Kembara ke Alam Bunian

24.05.12 (Khamis)
Ini satu lagi kes kembara ke alam bunian. Terjadi ke atas pljr prpm, 13 th, sekolah tahfiz di S.Alam, mimpi pelik2, ada lelaki bawa dia ke kg2 bunian, juga jumpa ramai lelaki nak bunuh dia, diberi bayi untuk disusui, mimpi ni hampir setiap hari @ minggu, juga sering ditindih2.

Nenek Macam Udang

23.05.12 (Rabu)
Antaranya pesakit lelaki 53 th, Sri Andalas, berdebar2, sakit satu badan, tak boleh tidur, sejak bapa meninggal 2 minggu lps di Kuala Besar. Sejak itu dia sakit dada dan slps kembali ke sini rasa kosong, hanyut, mak dia di Kajang, ibubapa berpisah sejak dia kecil. Nenek sebelah bapa ada di kg.Panji. Nenek dia juga sakit lama, dah 7 th, jadi macam udang, kering, terbaring dan ada org kata suami dia ada simpan benda, dulu ada mengubat org, sekarang benda tu tak bertuan. Badan dia lebam2, nenek usia lebih 100 th.

Memori 42 th hilang, serangga keluar ikut jari

21.05.12 (Isnin)
Hanya kes ni nak dicatat iaitu wanita 62 th, dari JB, eksiden depan kubur, namanya Kubur Mahmudiah, masa hujan panas, pandu kereta tak nampak kubur, juga tak nampak apa yg dilanggarnya, lepas tu tinggalkan kereka berjalan masuk rumah, doktor cakap kena stroke sebelum eksiden, ada blood blockage namun tiada setitis darah yg keluar. Semua ini, belik rumah dan pergi hospital dia tak sedar, ini dah 20 hari. Dia diberitahu ada seorg cina yg hantar dia ke hospital. Suami dia dah meninggal, tak ada anak. Sejak itu dia sebut macam2, pktn2 kotor spt babi dsb, juga cakapnya dah terbalik spt panas dikatanya pedas. kat hospital 1 minggu, selepas CT scan dah tak ingat nama2 org. Dia cuma ingat sehingga dia berusia 20 th, apa yg berlaku slps itu dia tak ingat, lupa apa yg berlaku 42 tahun berikutnya. Masa diruqyah, dia merasa seolah2 keluar serangga2 ikut jarinya.

Monday 11 June 2012

Jin penyihir lebih 20 th

20.05.12 (Ahad)
Pesakit prpr terkena sihir dah lebih 20 th menderita,  kini anak prpm dia, usia 18 th turut sakit, gatal kepala, pelipat, belakang ruam2, bintik2 merah, garu rambut, juga doktor kata ekzema seluruh badan, garu pedih kena air. Ini dialami sejak usia 12 th lagi. Selepas itu ruqyah emak dia, datang jin penyihir yg dah 20 th menyihir org ini, setelah dakwah secara psikologi, jin ini cuba nak tinjau2 keadaan jin2 Islam di sebuah masjid, dia kembali dan mengatatakan dia tak suka masjid tu, sy tanya kenapa?, dia kata org2 di situ ramai yg berhati busuk, dengki, tak ikhlas dsb. Dulu mereka ok tp sekarang ramai dah tak ok, masing2 berebut nakkan nama dan kesempatan.

Pesakit berikut, ada masalah dgn suami, hubungan pelik, dia tak tahan hari2 dibuat macam haiwan, tak kira dia datang period atau tidak, dia turut minta nasihat nak mohon fasakh, dia jumpa 200 keping foto seks pelbagai aksi dlm phone suami dia, pelbagai bangsa, terkejut beruk dia sebab foto dia dgn suami juga ada dlmnya, dirakam tanpa sedar. Setelah diruqyah sy nasihat buatlah repot polis, periksa klinik, simpan dokumen tu, manalah tahu berguna nanti sebagai bukti.